Bye Bye Myvi Our First Car After 14 Years Of Great Service
By : Kam Maria Abdul Mutalib
BYE BYE #MYVI, thank you for your 14 years of great service ❤️
Harini kereta MYVI ni dah bersama tuan baru.
Inilah kereta pertama keluarga kami. MYVI first edition. Warna asal hijau muda.
Kereta ni sangat banyak kenangan dan berjasa kepada kami sekeluarga. Saya memang sayang sangat dengan MYVI ni.
Kereta ni saya beli tahun 2006, atas nama saya dan guna duit gaji saya sendiri. Masa tu saya baru je start kerja tahun 2006. Belum kahwin lagi.
Husband pun tak beli kereta lagi masa tu. Dia hanya guna kereta kancil kakak dia.
Lepas kami berkahwin tahun 2007, inilah kereta yang kami gunakan memulakan kehidupan berkeluarga.
Inilah kereta yang bawa kami balik kampung KL - Parit Buntar setiap bulan.
Inilah kereta yang bawa pulang anak pertama kami Farees balik dari hospital lepas dilahirkan tahun 2009.
Ini lah kereta yang saya guna sepanjang bekerja sebagai Engineer, berulang-alik 80km setiap hari dari Parit Buntar - Kulim sejak tahun 2009-2011.
Syukur Alhamdulillah, tahun 2011 Allah berikan kami limpahan rezeki dan kami upgrade ke #HONDA_CRV.
Tapi MYVI ni tetap kami gunakan juga untuk short distance travel.
Tahun 2013, kami layak menerima #SHAKLEE_CARBONUS setiap bulan, dan kami gunakan Car Bonus tu untuk bayar CRV kami yang sedia ada.
Tahun 2015, kerana bertambahnya ahli keluarga (anak ketiga), kami ambil keputusan untuk jual CRV dan upgrade ke #TOYOTA_VELLFIRE.
So VELLFIRE inilah hasil #SHAKLEECAR PERTAMA kami. Alhamdulillah.
Tahun 2017, Allah beri kami rezeki #SHAKLEECAR KEDUA iaitu #MERCEDES_C200.
Tahun 2020, Allah beri kami rezeki #SHAKLEECAR KETIGA iaitu #FORD_RAPTOR.
Walaupun Allah berikan kami rezeki kereta lain yang lebih baik, saya tetap sayangkan MYVI ni dan masih gunakan untuk travel short distance.
Hantar & jemput anak di sekolah, pergi pos office, pergi kedai. Sebab kereta ni kan kecil dan senang parking.
Walaupun dah 14 tahun, kereta ni masih elok dan takde masalah sangat.
Tengok lah siapa yang jaga kan hehe.
Tapi sejak PKP ni, kereta ni memang dah sangat jarang digunakan.
Jadi kami rasa, its time to let it go, walaupun memang rasa sayang juga nak jual.
Mudah-mudahan MYVI ni dapat berkhidmat dan berjasa untuk tuan baru dengan baik. InsyaAllah.
Sekian kisah kenangan kereta pertama keluarga kami. 😁
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2020/12/bye-bye-myvi-our-first-car-after-14-years-of-great-service.html