Bursa Malaysia Ditutup Bercampur Campur



DAGANGAN di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah pasaran serantau yang lengang apabila pasaran China, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan ditutup sempena cuti nasional mereka masing-masing serta para pelabur mengambil keuntungan menjelang hujung minggu.
Pada penutup, FBM KLCI naik 3.53 mata kepada 1,500 daripada 1,496.77 yang dicatatkan pada Khamis.
Indeks itu dibuka rendah turun 1.93 mata dan berlegar antara paras 1,489.66 dan 1,501.85 sepanjang hari dagangan.
Suasana pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 669 berbanding 373, manakala 393 kaunter tidak berubah, 662 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.47 bilion saham bernilai RM4.08 bilion daripada 4.91 bilion saham bernilai RM2.60 bilion sebelumnya.
Minggu yang akan datang mungkin menyaksikan dagangan berhati-hati susulan berita Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan isterinya Melania disahkan positif koronavirus (Covid-19), memburukkan lagi keadaan tidak menentu sebelum pilihan raya presiden AS bulan depan.
Pergerakan pasaran hari ini dipengaruhi terutamanya oleh kaunter perladangan susulan keputusan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan Perintah Sekatan Pelepasan (WRO) ke atas minyak sawit dan produk minyak sawit daripada FGV Holdings Bhd, yang menyebabkan saham perladangan lain turut berisiko.
Bagaimanapun, saham wajaran tinggi perladangan seperti Sime Darby Plantation dan IOI Corp melantun semula pada sesi penutup, masing-masing meningkat empat sen kepada RM4.83 dan satu sen kepada RM4.40 yang seterusnya menyelamatkan indeks tersebut daripada terus jatuh.
Kaunter penjagaan kesihatan terus menarik minat yang tinggi susulan peningkatan bilangan kes positif Covid-19 di seluruh dunia.
Hartalega meningkat RM1.24 kepada RM17.50 manakala Top Glove naik 33 sen kepada RM8.76.
Pada penutup, saham wajaran tinggi Maybank turun tujuh sen kepada RM7.11, Public Bank susut empat sen kepada RM15.75, Petronas Chemicals jatuh lima sen kepada RM5.60 dan IHH berkurangan lapan sen kepada RM5.
Penceraian : Kebajikan anak maha penting

Dalam kalangan kaunter cergas, XOX naik setengah sen kepada 12 sen, Vsolar susut setengah sen kepada 3.5 sen dan Iris Corp berkurangan 1.5 sen kepada 31 sen.
Kaunter rugi utama diterajui Nestle yang turun 90 sen kepada RM139.60 diikuti Greatech Technology yang susut 24 sen kepada RM6.68, Pharmaniaga yang jatuh 17 sen kepada RM4.53 manakala Imaspro berkurangan 16 sen kepada RM2.15.
Sementara itu, kaunter untung utama diterajui tiga kaunter berkaitan penjagaan kesihatan — Hartalega meningkat RM1.24 kepada RM17.50, Kossan Rubber melonjak RM1.12 kepada RM14.62 dan Supermax naik 56 sen kepada RM8.98.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 23.08 mata kepada 10,821.70, Indeks FBM Emas Shariah naik 69.06 mata kepada 12,921.63 dan FBM 70 menokok 47.33 mata kepada 14,198.98.
Indeks FBMT 100 meningkat 27.73 mata kepada 10,650.20 dan FBM ACE naik 145.07 mata kepada 10,003.88.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 57.16 mata kepada 12,379.53, Indeks Perladangan susut 8.68 mata kepada 6,906.81 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 1.05 mata kepada 136.48.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.76 bilion saham bernilai RM2.92 bilion daripada 2.55 bilion saham bernilai RM2.01 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran naik kepada 669.96 juta unit bernilai RM190.87 juta berbanding 384.45 juta unit bernilai RM90.69 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE menokok kepada 2.03 bilion saham bernilai RM974.51 juta berbanding 1.98 bilion saham bernilai RM502.98 juta.
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 876.63 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (758.50 juta), pembinaan (193.27 juta), teknologi (258.48 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (20.34 juta), hartanah (141.81 juta), perladangan (57.12 juta), REITs (12.73 juta), dana tertutup (41,500), tenaga (215.06 juta), penjagaan kesihatan (151.24 juta), telekomunikasi dan media (30.76 juta), pengangkutan dan logistik (42.55 juta) dan utiliti (10.85 juta). – Bernama
Ayuh saman saya, kata Zuraida kepada PKR

The post Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/02/bursa-malaysia-ditutup-bercampur-campur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bursa Malaysia Named Best Stock Exchange For Islamic Listings

Bursa Malaysia Named Best Stock Exchange For Islamic Listings

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 210 hits
715 of the total 933 companies listed on Bursa Malaysia are shariah compliant KUALA LUMPUR Bursa Malaysia has been named the Best Stock Exchange for Islamic Listings by Islamic Finance News in its recent 14th annual IFN services providers p...
Isu Bahasa Mandarin Sprm Runtuhkan Jati Diri Rakyat Malaysia

Isu Bahasa Mandarin Sprm Runtuhkan Jati Diri Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 351 hits
Pergerakan Wira Parti Bumiputra Perkasa Malaysia hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menarik balik penggunaan bahasa Mandarin dalam portal rasminya Ketua Pergerakan PUTRA Nasrul Ali Hassan Abdul Latiff berkata tindakan ...
Tengku Zafrul Pelabur Asing Sangat Yakin Pasaran Malaysia

Tengku Zafrul Pelabur Asing Sangat Yakin Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Walaupun seluruh dunia masih menghadapi cabaran kerana pandemik Covid 19 keyakinan dalam pasaran Malaysia tetap teguh terutamanya daripada pelabur asing berdasarkan pelaburan sebanyak RM23 1 bilion dalam pasaran bon sehingga Og...
Hiburan Dipuji Sedap Nyanyi Lagu M Nasir Dalam Program Immortal Song Malaysia Yonnyboii Akui Tak Pandai Menyanyi

Hiburan Dipuji Sedap Nyanyi Lagu M Nasir Dalam Program Immortal Song Malaysia Yonnyboii Akui Tak Pandai Menyanyi

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 392 hits
Kemunculan komposer Yonnyboii menyanyikan lagu Keroncong Untuk Ana dalam program Immortal Song Malaysia baru baru ini telah mendapat pujian melambung daripada netizen di luar sana Mana tidaknya pembawaan lagu lama nyanyian M Nasir dalam naf...
Prihatin Penjana Bawa Malaysia Keluar Dari Kemerosotan Mof

Prihatin Penjana Bawa Malaysia Keluar Dari Kemerosotan Mof

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 214 hits
M Update 22 9 2020 Langkah proaktif awal kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara membantu Malaysia keluar dari kemerosotan akibat COVID 19 Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Ten...
Raja Muda Perlis Berkenan Sertai Kayuhan Hari Malaysia Unimap

Raja Muda Perlis Berkenan Sertai Kayuhan Hari Malaysia Unimap

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 300 hits
PADANG BESAR Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bersama hampir 300 peserta melakukan cabaran Kayuhan Hari Malaysia 2020 sejauh 17 kilometer anjuran Universiti Malaysia Perlis di sini pada Ahad lalu K...
Police Say It Again Don T Cycle On Highways In Malaysia Or You Risk Being Fined

Police Say It Again Don T Cycle On Highways In Malaysia Or You Risk Being Fined

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 248 hits
File picture shows motocyclists riding on the motorcycle lane along the Federal Highway in Kuala Lumpur January 25 2018 Picture by Mukhriz HazimKUALA LUMPUR Sept 22 The Royal Malaysia Police has reminded Malaysians not to cycle on the highw...
2 Filem Animasi Monsta Bagi Tahun 2021 2022 Akan Tonjolkan Lebih Lagi Tentang Malaysia Kepada Dunia

2 Filem Animasi Monsta Bagi Tahun 2021 2022 Akan Tonjolkan Lebih Lagi Tentang Malaysia Kepada Dunia

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 471 hits
Bagi peminat animasi tanahair pasti mengikuti perkembangan syarikat animasi tempatan negara iaitu Monsta yang sebelum ini telah mengumumkan yang pihaknya terpaksa menangguhkan BoBoiBoy Movie 3 pada tahun 2022 yang sepatutnya ditayangkan pad...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City