Bunyi Nafas Makin Kuat Awas Anak Anda Mungkin Mengalami Laryngomalacia
“Doktor, anak saya sejak umur 6 bulan ni semakin kuat bunyi nafasnya, seolah-olah macam berdengkur. Lebih-lebih lagi ketika menangis. Kenapa ya Doktor?
Awas! Anak anda mungkin menghidapi Laryngomalacia. Jom fahami apa itu Laryngomalacia.
Apa itu Laryngomalacia?
Laryngomalacia ialah masalah congenital dalam kalangan bayi yang disebabkan oleh saluran pernafasan bahagian tisu larinks (kotak suara) yang lembut atau pra-matang. Merupakan masalah yang paling biasa dalam kalangan bayi yang hadapi nafas berbunyi.
Apakah penyebabnya?
Punca utama tidak diketahui. Namun, fator penyumbang struktur larinks yang kekurangan otot atau rawwan yang rapuh menyebabkan tisu larinks menutupi saluran pernafasan. Perkara ini biasanya berlaku kepada bayi pramatang. Selain itu, GERD juga boleh menyumbang kepada permasalahan ini.
Apakah Gejalanya?
Nafas berbunyi semasa menarik nafas. Menjadi teruk semasa menangis atau menelentang. (ketara ketika berumur 6-8 bulan) -Masalah penyusuan ( lama, terganggu & tersedak) -Masalah kenaikan berat badan ( lambat) -Cyanosis ( menjadi kebiruan) -Apnea ( berhenti bernafas)
Bagaimana untuk kenalpasti?
Akan dirujuk kepada Doktor Pakar ENT untuk pengesahan. -Flexible laryngoscopy akan dijalankan (bedside atau dewan bedah + bronchoscopy) untuk melihat terus struktur pada bahagian saluran pernafasan larinks.
Apakah rawatan untuk penyakit ini?
Sekitar 90% akan sembuh tanpa sebarang rawatan. Kebiasaanya akan sembuh pada umur 18-24 bulan ( jika gejala ringan sahaja). Tetapi jikalau terdapat masalah kenaikan berat badan, masalah penyusuan atau kesukaran bernafas yang teruk, pembedahan akan dilakukan jika perlu.
Oleh itu, jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami situasi ini, jangan ambil mudah. Cepat bertindak kerana ia melibatkan saluran penafasan dan segera ke hospital jika alami gejala-gejala di atas.
Kredit: MedTweetMYHQ
The post Bunyi Nafas Makin Kuat, Awas Anak Anda Mungkin Mengalami Laryngomalacia appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bunyi-nafas-makin-kuat-awas-anak-anda-mungkin-mengalami-laryngomalacia/