Bunuh Ibu Di Chenor Adik Beradik Kandung Tak Mahu Lagi Tengok Muka Abang Mereka


 

MARAN – Tiada apa yang diharapkan seorang anak melainkan melihat suspek yang menjadi punca kematian ibu mereka dikenakan hukuman setimpal sekali pun individu itu adalah abang kandung sendiri.
Khairul Anwar Ahmadiah, 37, berkata, meskipun mempunyai pertalian darah dengan suspek, namun perbuatan abangnya itu sesuatu yang sukar diterima oleh akal.
Khairul merupakan salah seorang anak kepada Mariani Ismail, 55, yang maut selepas dicekik dan ditetak anak sulungnya sendiri dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Kampung Pesagi, Chenor di sini awal pagi Khamis lalu.
“Perbuatan abang terhadap ibu begitu kejam dan sememang­nya sukar untuk dimaafkan sepanjang hidup kami.
“Tindakannya sangat zalim dan sampai sekarang kami tidak tahu mengapa dia sanggup berbuat demikian. Kami sedih melihat pengakhiran emak macam ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Mujibur (tiga dari kanan) meluangkan masa melawat anak-anak mangsa di Kampung Pesagi di Chenor, Maran semalam.
Menurut Khairul, ahli keluarga yang lain juga mahu hukuman setimpal dikenakan kepada abang mereka di atas perbuatan kejam itu.
“Biarlah abang dikenakan hukuman setimpal dan kalau bebas sekali pun, kami tidak mahu dia balik ke sini lagi. Kami juga tidak mahu lagi tengok muka dia,” jelasnya.
Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mujibur Rahman Ishak.
Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, seorang anak berusia 39 tahun bertindak di luar batasan apabila mencekik sebelum menetak anggota tubuh ibunya bertubi-tubi ketika mangsa sedang tidur.
Kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu menyebabkan Mariani meninggal dunia dengan kece­deraan pada dahi, mulut, perut dan tangan kanan.
Berdasarkan siasatan polis, suspek yang baru sebulan keluar dari penjara atas kesalahan dadah telah menggunakan sebilah parang untuk menetak mang­sa selepas berhalusinasi dan mendengar bisikan suara halus yang menyuruhnya berbuat demikian.
Selain itu, sumber keluarga tu­rut mendedahkan bahawa ma­ngsa sebelum ini pernah me­na­sihati suspek agar tidak lagi membeli dadah, lebih-lebih lagi selepas permohonan lelaki itu untuk mengeluarkan duit i-Sinar daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja diluluskan.
Sementara itu, Khairul Anwar berkata, kejadian yang menimpa ibu mereka amat mengejutkan adik-beradik yang lain memandangkan sebelum kejadian, suspek tidak pernah menunjukkan tingkah laku yang luar biasa dan tidak pernah memukul ibunya.
“Saya tidak menyangka keja­dian ini boleh berlaku, emak sering menasihatkan kami adik-beradik supaya berlaku baik dan tidak meninggalkan solat. Kami juga diberikan didikan yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, Mujibur Rahman berkata, kejadian itu amat mengejutkan dan perlu dijadikan iktibar agar tidak berulang lagi termasuk melalui usaha membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.
“Saya berharap usaha berte­rusan dapat dilakukan pihak berkuasa dalam mengekang dan membanteras serta mendidik masyarakat di kampung mengenai bahaya penyalahgunaan dadah,” ujarnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/05/kes-bunuh-ibu-di-chenor-adik-beradik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganggur Di Dakwa Membunuh Ibu Kandung Sendiri Di Kampung Pesagi Chenor Ahad Lalu

Penganggur Di Dakwa Membunuh Ibu Kandung Sendiri Di Kampung Pesagi Chenor Ahad Lalu

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 263 hits
MARAN Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh ibu kandungnya minggu lalu Tertuduh Mohd Fairul Ahmadiah 39 dari Chenor di sini mengangguk faham terhadap pertuduhan ketika dibacakan di ha...
Hanya Mainan Timbul Selagi Tak Jumpa Ibu Tunggu Usaha Mencari 2 Beradik Diteruskan

Hanya Mainan Timbul Selagi Tak Jumpa Ibu Tunggu Usaha Mencari 2 Beradik Diteruskan

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 317 hits
Usaha mencari dua beradik yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika membonceng motosikal yang ditunggang ibunya masih diteruskan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Diraja Malaysia Kedua d...
Doa Ibu Dimakbulkan Mayat 2 Beradik Ditemui Terapung Berdekatan Satu Sama Lain

Doa Ibu Dimakbulkan Mayat 2 Beradik Ditemui Terapung Berdekatan Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 290 hits
Dua adik beradik yang terjatuh ke sungai ketika melalui jambatan gantung Kampung Rekoh Rompin kelmarin masing masing ditemui lemas malam tadi dan pagi ini Ditemui terapung berdekatan lokasi kejadian Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin Asiste...
Diduga Stres Ditinggal Suami Merantau Ibu Di Oki Bunuh Anak Saat Tidur

Diduga Stres Ditinggal Suami Merantau Ibu Di Oki Bunuh Anak Saat Tidur

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 313 hits
Dari pemeriksaan tersangka mengalami gangguan kejiwaan setelah ditinggal suami bekerja di luar kota Tersangka tinggal bersama korban di rumah itu
Lebih Suka Memendam Rasa Ini Perlakuan Ibu Bapa Yang Tidak Mahu Bimbangkan Anak Mereka

Lebih Suka Memendam Rasa Ini Perlakuan Ibu Bapa Yang Tidak Mahu Bimbangkan Anak Mereka

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 426 hits
Semasa kecil ibu bapa merupakan segalanya bagi kita namun bila meningkat dewasa dan sibuk dengan bekerja serta mempunyai keluarga sendiri kita kadang kala terlupa ibu bapa turut mahukan perhatian daripada kita Tambahan pula apabila halangan...
Selalu Perhati Ibu Pakai Mask Sekali Anak Ambil Sapuan Coklat Letak Kat Muka

Selalu Perhati Ibu Pakai Mask Sekali Anak Ambil Sapuan Coklat Letak Kat Muka

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 300 hits
Apa agaknya perasaan anda sebagai ibu bila lihat anak buat sesuatu yang diluar jangkaan Terkejut nak marah atau istighfar banyak banyak Situasi mengejut ini mungkin anda tak sangka pun Tapi inilah yang ramai ibu bapa akan lalui sementara tu...
Butterworth Kerana Jantan Wanita Tergamak Ketuk Kepala Ugut Bunuh Ibu

Butterworth Kerana Jantan Wanita Tergamak Ketuk Kepala Ugut Bunuh Ibu

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 453 hits
Sakit hati rakan lelaki disuruh pulang seorang wanita tergamak mengetuk kepala ibunya dengan telefon bimbit selain memukul mangsa dengan penyapu dan mengugut mahu membunuhnya Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor berka...
Bertemu Ibu Kandung Betrand Peto Ruben Onsu Ungkap Kekesalan Setiap Telepon Ada Ujungnya

Bertemu Ibu Kandung Betrand Peto Ruben Onsu Ungkap Kekesalan Setiap Telepon Ada Ujungnya

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 196 hits
Padahal selalu kirim uang dari hasil keringatnya Betrand malah dituding lupa keluarga kandungnya sejak terkenal dan hidup mewah
Ibu Yang Suruh Bunuh Wanita Dibunuh Anaknya Yang Baru Bebas Dari Penjara Selepas Terdengar Bisikan Suara Halus

Ibu Yang Suruh Bunuh Wanita Dibunuh Anaknya Yang Baru Bebas Dari Penjara Selepas Terdengar Bisikan Suara Halus

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 633 hits
Ibu yang suruh bunuh Wanita dibunuh anaknya yang baru bebas dari penjara selepas terdengar bisikan suara halusSeorang wanita warga emas berusia 55 tahun maut dibunuh oleh anak sulungnya sendiri dalam kejadian di Kampung Pesagi Chenor Pahang...
Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam