Buntu Nak Pilih Carseat Terbaik Ni Faktor Ibu Ayah Kena Pertimbangkan


Kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak sejak Januari 2020, tapi mesti ramai yang keliru dan kurang arif macam mana nak pilih car seat yang sesuai untuk anak dengan harga yang mampu milik.
Pelbagai insentif diberikan kepada ibu ayah supaya mengambil hal ini secara serius, justeru ini beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan oleh ibu ayah semasa membuat pemilihan car seat untuk si kecil tersayang.
Jenis car seat mengikut umur, berat dan ketinggian  
Berdasarkan garis panduan kerusi keselamatan yang dikeluarkan MIROS, kanak-kanak yang memiliki ketinggian kurang 135 cm diwajibkan menggunakan car seat semasa berada di dalam kenderaan dan harus diletakkan di bahagian belakang tempat duduk kereta.
Oleh itu, penting bagi ibu bapa untuk memilih car seat mengikut kesesuaian umur, berat dan ketinggian anak seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).
Car seat untuk bayi Berada dalam kategori umur 0 sehingga 18 bulan. Ketinggian kurang daripada 83 cm dengan berat antara 9 hingga 13 kg.

Car seat untuk kanak-kanak Berada dalam kategori umur 15 bulan sehingga 4 tahun. Ketinggian melebihi 71 cm dengan berat antara 9 hingga 18 kg.

Booster dengan 5 poin harness Berada dalam kategori umur 4 sehingga 7 tahun. Ketinggian melebihi 100 cm dengan berat antara 15 hingga 25 kg.

Booster seat (sokongan) Berada dalam kategori umur 6 tahun ke atas. Ketinggian sehingga 135 cm dengan berat antara 25 hingga 36 kg.

Pastikan car seat yang anda bakal beli mempunyai cop kelulusan ECER44/04 atau ECER129 dan terbaharu, car seat akan didatangkan dengan label QR MIROS bagi menambah baik taraf keselamatan bagi produk CRS baru di Malaysia.
3 jenis car seat di pasaran Ada beberapa jenis car seat yang anda perlu belajar dan tahu sedikit sebanyak mengenai sebelum membeli. Jika anda beruntung, penjual akan menerangkannya dengan baik kepada anda. Namun jika sebaliknya, anda mungkin akan menerima input yang salah mengenai car seat yang sesuai dengan anak anda.
1. Rear-facing car seat (kerusi keselamatan menghadap belakang)   Rear-facing car seat adalah yang terbaik untuk bayi dan kanak-kanak sehingga berumur sekurang-kurangnya 2 tahun. Namun, anda dinasihatkan untuk terus menggunakan rear-facing car seat sehingga anak anda mencapai berat dan tinggi maksimum yang dibenarkan oleh pengeluar kerusi kereta berkenaan.
Terdapat tiga jenis car seat yang boleh digunakan secara rear-facing iaitu infant car seat, convertible seat dan all in one seat.
a) Infant car seat Hanya boleh dipasang menghadap ke belakang. Boleh menampung berat sehingga 13kg (bergantung kepada model kerusi). Oleh itu, sesuai untuk tahun pertama kelahiran. Kerusi jenis ini kecil dan mudah dibawa keluar masuk kenderaan. Kebanyakannya merupakan sebahagian daripada stroller travel system. Oleh itu, mudah untuk anda mengeluarkan car seat jenis ini dan terus meletakkannya di atas stroller tanpa mengejutkan bayi yang sedang tidur.
Apabila bayi mencapai berat atau tinggi maksima yang disarankan pengeluar, anda dinasihati untuk menggunakan convertible car seat atau all-in-one car seat dan masih boleh menggunakannya secara rear-facing.

b) Convertible car seat Boleh dipasang menghadap ke belakang atau ke hadapan. Boleh menampung berat yang lebih berbanding infant car seat. Oleh kerana itu, kerusi jenis convertible car seat membenarkan anda meletakkkan anak anda dalam posisi menghadap ke belakang untuk jangkamasa yang lebih lama. Selain itu, apabila anak anda semakin membesar, anda masih boleh menggunakannya dengan meletakkannya menghadap ke hadapan. Bergantung kepada berat anak anda, kerusi jenis ini boleh digunakan sehingga anak anda berumur lebih kurang 4 tahun.
Kerusi jenis ini lebih besar dan berat berbanding infant car seat. Ia tidak mudah untuk dibawa keluar masuk kenderaan. Oleh itu, anda mungkin perlu mengganggu tidur anak anda setiap kali ingin membawanya keluar atau meletakkannya ke dalam kereta anda.
c) All-in-one car seat Boleh dipasang menghadap ke belakang atau menghadap ke hadapan. Selain itu, ia boleh juga digunakan sebagai booster seat. Oleh itu, ia boleh digunakan sehingga umur anak anda lebih besar berbanding convertible car seat. Seperti juga convertible car seat, all -in-one car seat membenarkan anda meletakkkan anak anda dalam posisi menghadap ke belakang untuk jangkamasa yang lebih lama.
Saiz all-in-one car seat kebiasaannya lebih besar berbanding kedua-dua jenis kerusi di atas. Oleh itu, sebelum membeli kerusi jenis ini, anda perlu memastikan yang ianya muat untuk kereta anda, terutamanya apabila dipasang menghadap ke belakang kerana posisi menghadap ke belakang memakan lebih ruang berbanding posisi menghadap ke hadapan.
2. Forward facing car seat (kerusi keselamatan menghadap depan)  Forward facing car seat mempunyai sistem harness dan tether. Tether ialah tali keselamatan panjang berklip yang terletak di bahagian atas belakang forward-facing car seat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara pemasangan car seat menggunakan tether atau ISOFIX.
Penggunaannya bukan sahaja menghadkan pegerakan kerusi, tetapi yang lebih penting, ia mengurangkan jarak bahagian kepala kanak-kanak daripada tercampak ke hadapan sebanyak 6-8 inci jika perlanggaran berlaku. Ini mengurangkan risiko kepala kanak-kanak daripada terhantuk ke tempat duduk hadapan, sekaligus mengurangkan risiko kecederaan serius pada bahagian kepala.

Terdapat tiga jenis car seat yang boleh digunakan menghadap ke hadapan iaitu combination seat, convertible seat dan all-in-one seat.
a) Combination car seat Sistem 5 poin harness digunakan untuk kanak-kanak yang lebih kecil bergantung kepada berat badan yang ditetapkan oleh pengeluar. Apabila kanak-kanak membesar, harness tidak digunakan lagi dan kerusi ini berfungsi sebagai booster seat.
Bagi convertible dan all-in-one  car seat, boleh rujuk di atas.
3. Booster seat   Digunakan untuk memastikan posisi tali pinggang keledar bersesuaian dengan saiz badan kanak-kanak. Kebiasaannya, digunakan oleh kanak-kanak yang mencapai ketinggian sehingga 135cm. Secara amnya, kanak-kanak boleh menggunakan booster seat jika:
Kanak-kanak tersebut sudah melebihi berat atau tinggi yang ditetapkan untuk menggunakan harness Bahu lebih tinggi daripada slot harness teratas Telinga sudah mencapai bahagian atas car seat Menghadap depan atau belakang? Mana lebih selamat? Kajian daripada MIROS mendapati kedudukan kanak-kanak mengadap ke belakang di dalam kereta adalah lima kali atau 500 peratus lebih selamat daripada mengadap ke hadapan. Terdapat dua faktor penting yang menyebabkan kedudukan ini lebih selamat iaitu:
Struktur tulang kanak-kanak yang belum matang Kanak-kanak berumur bawah 6 tahun mempunyai struktur tulang yang belum matang. Saraf tunjang manusia dilindungi oleh tulang belakang. Berbeza dengan orang dewasa, tulang belakang bayi dan kanak-kanak disambung oleh cartilage atau rawan.
Ia menjadikan tulang belakang mereka lebih fleksibel dan membolehkannya meregang sehingga 2 inci. Namun, regangan sebanyak 1/4 inci sahaja sudah cukup untuk mencederakan saraf tunjang dan menyebabkan lumpuh atau kematian.
Kepala bayi lebih besar dari berat badan Secara umumnya, 25 peratus daripada jumlah berat badan bayi terletak di bahagian kepala berbanding hanya 6 peratus bagi orang dewasa. Ini menjadikan tekanan (force) yang menarik kepala bayi ke hadapan di dalam kemalangan adalah empat kali ganda lebih daripada orang dewasa. Ditambah pula dengan struktur tulang yang tidak matang dan fleksibel, sudah tentu bayi dan kanak-kanak jauh lebih berisiko untuk mendapat kecederaan serius atau maut berbanding orang dewasa.

Apabila kemalangan berlaku, semua penumpang akan tercampak ke hadapan. Dalam keadaan mengadap ke hadapan dan memakai tali pinggang keledar atau harness, pergerakan badan akan dihentikan oleh tali pinggang atau harness tersebut. Namun, kepala tidak dihentikan, malah terus tertarik ke belakang sebelum tercampak ke hadapan hingga dagu menyentuh dada. Kecederaan hasil pergerakan ini dipanggil whiplash injury.
Jika kemalangan berlaku, bayi dan kanak-kanak yang diletakkan mengadap ke belakang akan bergerak ke arah car seat mereka. Ini membolehkan car seat tersebut menyerap tekanan hasil hentakan dari badan kanak-kanak tersebut secara sekata. Kedudukan seperti ini juga akan menyebabkan kepala, leher dan badan kanak-kanak tersebut bergerak serentak di dalam satu garisan, sekaligus mengelakkan whiplash injury daripada berlaku.

3 tips pilih car seat terbaik Setelah mengetahui umur, berat dan ketinggian anak anda serta mengkaji jenis car seat yang sesuai, kini tiba masanya untuk anda membeli car seat terbaik mengikut kemampuan.
Apabila kemalangan berlaku, semua penumpang akan tercampak ke hadapan. Dalam keadaan mengadap ke hadapan dan memakai tali pinggang keledar atau harness, pergerakan badan akan dihentikan oleh tali pinggang atau harness tersebut. Namun, kepala tidak dihentikan, malah terus tertarik ke belakang sebelum tercampak ke hadapan hingga dagu menyentuh dada. Kecederaan hasil pergerakan ini dipanggil whiplash injury.
Jika kemalangan berlaku, bayi dan kanak-kanak yang diletakkan mengadap ke belakang akan bergerak ke arah car seat mereka. Ini membolehkan car seat tersebut menyerap tekanan hasil hentakan dari badan kanak-kanak tersebut secara sekata. Kedudukan seperti ini juga akan menyebabkan kepala, leher dan badan kanak-kanak tersebut bergerak serentak di dalam satu garisan, sekaligus mengelakkan whiplash injury daripada berlaku.
3 tips pilih car seat terbaik Setelah mengetahui umur, berat dan ketinggian anak anda serta mengkaji jenis car seat yang sesuai, kini tiba masanya untuk anda membeli car seat terbaik mengikut kemampuan.
2. Bawa anak sekali   Kesilapan besar yang berlaku apabila ibu bapa yang membeli car seat di atas talian tetapi apabila sampai barangnya, saiz dan berat pula tidak sesuai dengan badan anak jadi terpaksa beli yang baru. Oleh itu, lebih baik membeli dengan membawa anak sekali ke kedai supaya anda boleh lihat mereka duduk di dalam car seat dan pantau kesesuaiannya dengan tubuh badan mereka.
3. Ikut jenis kereta   Jenis kereta anda juga memainkan peranan. Selalunya konsultan car seat yang berpengalaman akan bertanyakan mengenai kenderaan yang anda pakai dan mereka akan berikan pilihan car seat yang sesuai untuk digunakan dalam kereta anda.
Jika kereta besar, mereka akan beri pilihan car seat yang lebih tebal dan lebar. Manakala untuk kereta kecil, mereka akan berikan pilihan yang lebih kecil dan bersesuaian.
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, soal keselamatan anak anda tidak boleh diambil ringan. Penggunaan car seat dengan cara yang betul adalah langkah terbaik untuk memastikan anak-anak anda selamat di dalam kereta.
Sumber: Carlist
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Buntu Nak Pilih Carseat Terbaik, Ni Faktor Ibu Ayah Kena Pertimbangkan!  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/buntu-nak-pilih-carseat-terbaik-ni-faktor-ibu-ayah-kena-pertimbangkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini 8 Perkara Anak Sulung Nak Daripada Ibu Ayah Tapi Tak Mampu Ungkapkan

Ini 8 Perkara Anak Sulung Nak Daripada Ibu Ayah Tapi Tak Mampu Ungkapkan

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 190 hits
Penghuni pertama rahim seorang wanita adalah anak sulung Kehadirannya sangat dinanti tetapi selepas lahirnya anak kedua dan seterusnya ibu bapa seakan lupa yang abang atau kakak tetap perlu belaian dan perhatian Adakah kita pernah terfikir ...
Anak Menangis Bukan Mengada Ngada Itu Tanda Emosi Sakit Kalau Sungguh Sayang Anak Ini Ibu Ayah Perlu Buat

Anak Menangis Bukan Mengada Ngada Itu Tanda Emosi Sakit Kalau Sungguh Sayang Anak Ini Ibu Ayah Perlu Buat

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 471 hits
Bila anak menangis memang buat ibu atau ayah hilang sabar kadang tak sedar yang kita buat tu boleh bahayakan proses perkembangan anak Ada masanya juga ibu ayah jadi persis diktator nak minta anak buat yang diluar kemampuan mereka akhirnya p...
Paling Nakal Selalu Merajuk Tu Cara Anak Tunjuk Kurang Yakin Diri Ibu Ayah Kena Selalu Ambil Tahu

Paling Nakal Selalu Merajuk Tu Cara Anak Tunjuk Kurang Yakin Diri Ibu Ayah Kena Selalu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 173 hits
Bila di rumah dialah paling nakal paling kuat menyakat tapi bila dikalangan kawan kawan guru dan orang luar anak jadi pendiam menyendiri dan takut untuk bersuara Apakah ada antara anak anak kita yang bersikap begini Apa yang dinyatakan di a...
Anak Delay Buat Ibu Ayah Susah Hati Jangan Fokus Masalah Je Pakar Pesan Kena Elak 5 Perkara Ni

Anak Delay Buat Ibu Ayah Susah Hati Jangan Fokus Masalah Je Pakar Pesan Kena Elak 5 Perkara Ni

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 191 hits
Memang risau bila perkembangan anak tidak berlaku seperti yang sepatutnya justeru ibu ayah terlupa tentang beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk anak yang ada masalah seperti lambat bercakap dan sebagainya Akibat terlalu mengharapkan ...
Layanan Ayah Pada Ibu Jadi Ikutan Pada Anak Tunjukkan Yang Baik Baik

Layanan Ayah Pada Ibu Jadi Ikutan Pada Anak Tunjukkan Yang Baik Baik

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 213 hits
Apa yang kita lakukan di rumah sememangnya menjadi ikutan anak anak kita Apa jua yang dituturkan kita pada anak anak dan isteri bukan hanya didengari bahkan diguna pakai oleh anak anak Jadi bercakaplah yang baik baik lebih lebih lagi pada i...
Tak Kisah Bab Duit Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Bantal Patung Kucing

Tak Kisah Bab Duit Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Bantal Patung Kucing

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 235 hits
Bukan setakat rakyat Thailand yang menunggu perkembangan berita kem4tian Tangmo Nida tetapi boleh dikatakan seluruh dunia bersimp4ti dengan pengakhiran hidup artis terkenal itu Paling sedih mer4tapi kehilangan insan tersayang adalah teman l...
Nak Masuk Sekolah Paling Malas Susun Buku Ikut Cara Ibu Ni Tersusun Rapi Anak Pun Mudah Nak Cari

Nak Masuk Sekolah Paling Malas Susun Buku Ikut Cara Ibu Ni Tersusun Rapi Anak Pun Mudah Nak Cari

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 309 hits
Tak sampai sebulan anak anak bakal memulakan sesi persekolahan yang baru Bila dah mula sekolah paling susah anak nak buat susun buku sekolah mengikut jadual Untuk yang masih kecil terutamanya darjah 1 dan 2 memang berterabur la buku mereka ...
Terpaksa Pantang Rumah Keluarga Ibu Ayah Ezzaty Pula Disahkan Covid Minta Doakan Dia Anak Anak Dijauhi Virus Covid 19

Terpaksa Pantang Rumah Keluarga Ibu Ayah Ezzaty Pula Disahkan Covid Minta Doakan Dia Anak Anak Dijauhi Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 163 hits
Terpaksa berpantang di rumah ibu bapanya kerana rumahnya kini sedang dalam proses renovasi Ezzaty Abdullah berdepan dengan situasi lebih rumit apabila ibu dan ayahnya dilaporkan positif Covid 19 Bimbang dengan keselamatan Ezatty dan anak an...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran