Bunga Terbesar Di Dunia Rafflesia


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Dah sampai ke belum. Itulah antara kata-kata yang sering didengari apabila berada di Jeti Aman Jaya, Pulau Banding. Pulau Banding merupakan pintu masuk utama ke Kompleks Hutan Belum-Temengor dimana kawasan ini merangkumi Taman Negeri Royal Belum seluas 117,500 hektar, Hutan Simpan Gerik seluas 34,995 hektar dan Hutan Temenggor seluas 147,505) hektar dan menjadi salah satu kawasan tadahan hujan utama bagi Semenanjung Malaysia

Kali ini Sob nak share antara tempat yang cukup menarik terdapat di Daerah Hulu Perak Iaitu Royal Belum State Park, lokasi percutian yang wajib dikunjungi sekali seumur hidup terutama kepada semua nature lovers di Malaysia! Cuba hampa semua bayangkan luas kawasan Kompleks Hutan Belum-Temengor, hampir empat kali ganda dari saiz Negara Singapura dimana lokasi hutan ini sangat kaya dengan kepelbagaian flora serta fauna dan pastinya menarik perhatian setiap pelawat yang mengunjungi kawasan ini.

Entry kali ini agak istimewa dimana sob ingin berkongsi sedikit sebanyak info Bunga Rafflesia dan pengalaman melihat  sendiri bunga ini sedang berkembang mekar di depan mata

Bunga Terbesar Di Dunia - Rafflesia
Sebelum ini sob pernah berkongsi mengenai tempat menarik yang terdapat disini seperti round island di sekitar kawasan Komplek Belum-Temenggor , melawat perkampungan orang asli, melawat kawasan sira gajah atau salt lick dimana itu adalah kawasan haiwan liar mendapatkan mineral , bird watching terutama burung enggang dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan antaranya nature walk di Waterfall Kooi, berkayak, berakit dan mandi -manda air terjun di santuari ikan kelah di Sungai Ruok jadi boleh cari di ruangan search untuk article yang terdahulu ya 1

Sungai Ruok, Royal Belum
Beautiful scenery at Belum-Temenggor lake
Sedikit info berkaitan Hutan Belum

Apa yang lebih menarik melalui kajian-kajian yang telah dijalankan dikatakan bahawa Hutan Royal Belum yang wujud sejak 130 juta tahun lalu adalah lebih tua daripada usia hutan Amazon di Brazil dan Hutan Kongo di Afrika Tengah. ternyata Hutan Belum mempunyai pelbagai tarikan dan pesonanya yang tersendiri diantaranya  merupakan salah satu lokasi yang cukup menarik untuk melihat bunga rafflesia atau turut dikenali sebagai bunga pakma dengan lebih dekat kerana di sini terdapat 3 jenis spesies rafflesia yang hidup subur di kawasan Hutan Belum

Alhamdulilah awal tahun 2020 pada bulan Januari, salah satu hajat sob untuk melihat satu diantara 3 spesies bunga rafflesia yang terdapat di Hutan Belum tercapai, apa yang membuatkan sob begitu teruja spesies bunga ini dikenali sebagai R.kerrii diantara bunga pakma yang paling besar saiz kopak bunga bila mekar berkembang dan cantik berbanding spesies bunga rafflesia yang lain yang terdapat di kawasan ini serta  antara bunga rafflesia yang terbesar terdapat di semenanjung Malaysia 
Spesis Bunga Rafflesia R.kerrii 
Untuk post kali ini sob nak berkongsi sedikit sebanyak info mengenai Bunga Rafflesia
Untuk makluman semua, tiga daripada 30 spesies Rafflesia yang ada di dunia, tumbuh subur di dalam kawasan Hutan Belum iaitu spesies R.cantleyi, R.kerrii serta R.azlanii yang dinamakan sempena Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Tahu atau tidak apa yang membuatkan uniknya komplex Belum -Temenggor kerana terdapat 3 spesies yang dinyatakan di atas boleh didapati di dalam satu kawasan di sini berbanding di tempat lain.
Sob dimaklumkan antara penemuan yang paling menarik berkaitan bunga rafflesia ialah penemuan spesies hibrid betina Rafflesia yang ditemui memiliki 10 kelopak berdiameter 46 sentimeter di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Gerik, Perak . Penemuan bunga ini dikenal pasti sebagai hasil evolusi antara spesies Rafflesia Azlanii dan Rafflesia Cantleyi dan ianya juga telah disahkan sebagai yang pertama di dunia

Penemuan spesies Rafflesia hybrid yang memiliki 10 kelopak, berbanding spesies biasa memiliki 5 kelopak sahaja

Penulis - Khairul Abidin NuarSumber - Utusan MalaysiaTarikh - 23 Jun 2012
Di sini sob kongsikan gambar-gambar spesis Rafflesia yang ditemui di Hutan Belum
Bunga Rafflesia R.Kerrii
Bunga Rafflesia R.CantleyiCredit - Hafizul Haron
Bunga Rafflesia R.AzlaniiCredit - Hafizul Haron
Di Hutan Belum, terdapat beberapa lokasi Bunga Rafflesia boleh ditemui antaranya di Sungai Gadong, Pos X-ray, Sungai Ruok dan Sungai Kooi, tapi semuanya bergantung kepada nasib ketika mengunjungi kawasan ini, jika bertuah boleh melihat Rafflesia yang sedang kembang penuh atau melihat kubis merah yang sedang membesar sebalik akar-akar pokok atau tergantung kerana spesies Rafflesia merupakan tumbuhan parasit yang menumpang pada akar pokok lain untuk bergantung punca makanan daripada rumahnya.Apa yang membezakan bunga pakma ini dengan bunga-bunga lain yang kita lihat setiap hari ialah apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.
Rafflesia Tikus - ditemui di Hutan Simpan Kenderong
Rafflesiaceae terbahagi kepada tiga jenis genera iaitu Rafflesia, Rhizanthes, Sapria. Dimana dua daripadanya iaitu Rafflesia dan Rhizanthes terdapat di Malaysia. Direkodkan terdapat lebih daripada 30 spesies Bunga Rafflesia yang terdapat di seluruh dunia dimana pertama kalinya direkod penemuan Bunga Rafflesia oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816 di bandar Bengkulu (Bencoolen), Sumatera. Spesies Rafflesia Arnoldii merupakan spesis Bunga Rafflesia terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sobriyaacob.com/2020/03/bunga-terbesar-di-dunia-rafflesia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Macam Bunga Mawar Yang Ada Di Dunia Si Cantik Yang Jadi Lambang Cinta

10 Macam Bunga Mawar Yang Ada Di Dunia Si Cantik Yang Jadi Lambang Cinta

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 363 hits
Bunga mawar merupakan salah satu bunga yang sangat terkenal di dunia Banyak orang menyukai bunga ini karena bunga ini memiliki beragam warna yang cantik serta baunya yang harum Bunga mawar ternyata memiliki banyak macam tidak hanya mawar me...
Dengan 2371 Telefon Mudah Alih Koleksi Mr Nokia Mungkin Yang Terbesar Di Dunia

Dengan 2371 Telefon Mudah Alih Koleksi Mr Nokia Mungkin Yang Terbesar Di Dunia

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 639 hits
Secara purata rakyat Malaysia mempunyai lebih daripada dua telefon mudah alih Di Makmal Amanz kami mempunyai ratusan telefon pintar pelbagai jenama yang dikumpul sejak memulakan operasi Tetapi koleksi kami amat kerdil jika dibandingkan deng...
Inilah Kapal Terbang Terbesar Di Dunia

Inilah Kapal Terbang Terbesar Di Dunia

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 982 hits
Inilah kapal terbang terbesar di dunia ketika ini Antonov An 225 Mriya Kapal terbang yang dibuat oleh Soviet Union pada tahun 1988 ini hanya ada satu di dunia dan masih beroperasi hingga sekarang Kapal terbang raksasa dengan berat 285 tan i...
Ayam Terbesar Dan Tertinggi Di Dunia

Ayam Terbesar Dan Tertinggi Di Dunia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 438 hits
Ayam terbesar di dunia ini disandang oleh ayam bernama Little John tidak sesuai memang dengan namanya yang mengandungi kata litte atau kecil Little John mempunyai tinggi 66 cm dan hampir boleh menakutkan semua anak anak ayam di ladang pemil...
Ancol Resmi Jadi Lokasi Museum Rasulullah Saw Terbesar Di Dunia

Ancol Resmi Jadi Lokasi Museum Rasulullah Saw Terbesar Di Dunia

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 281 hits
Peletakkan batu pertama pembangunan Museum Internasional Sejarah Nabi Muhammad SAW dan Peradaban Islam secara resmi dilakukan di Pantai Ancol Timur Jakarta Utara Rabu Museum ini akan menjadi Museum Rasulullah terbesar di Indonesia Peletakka...
4 Franchise Makanan Terbesar Dunia Ini Sudah Ada Di Indonesia

4 Franchise Makanan Terbesar Dunia Ini Sudah Ada Di Indonesia

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 277 hits
Frachise adalah hubungan yang salah satu pihaknya diberikan hak untuk memanfaatkan dan menggunakan hak dari kekayaan intelektual
General Electric Ge9x Enjin Pesawat Komersial Terbesar Di Dunia

General Electric Ge9x Enjin Pesawat Komersial Terbesar Di Dunia

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 374 hits
Oleh Muhammad Safwan Zaini Dr Mazliana Ahmad Kamarudin Jabatan Fizik Fakulti Sains UPM Setelah sekian lama menjalani ujian sebelum dapat digunakan secara komersial akhirnya GE9X berjaya diterbangkan di udara bersama pesawat baharu Boeing 77...
Pemerintah Berencana Mengadakan Forum Tokoh Agama Dari Seluruh Dunia

Pemerintah Berencana Mengadakan Forum Tokoh Agama Dari Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 179 hits
Wapres berharap peran Rabitah Al Alam Al Islami lebih besar mempersatukan seluruh negara negara muslim Sehingga Indonesia dapat memberikan peran lebih besar lagi dalam mengawal kerukunan
10 Macam Macam Profesi Berbahaya Yang Ada Di Dunia Ekstrem Dan Menantang Maut

10 Macam Macam Profesi Berbahaya Yang Ada Di Dunia Ekstrem Dan Menantang Maut

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 159 hits
Ada banyak profesi yang sebenarnya bisa Anda jalani di dunia ini Namun mencari profesi yang sesuai minat dan keahlian Anda terkadang menjadi hal yang tidak mudah Di berbagai belahan dunia ternyata banyak macam macam profesi yang berbahaya d...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa