Bunga Siti Zubaidah Tumbuhan Yang Pelik Tapi Unik


Di Malaysia, bunga Siti Zubaidah dikenali sebagai bunga tiga bulan. Gelaran ini diberi kerana bunga ini mengambil masa tiga bulan untuk kembang mekar.


Nama saintifiknya adalah Hydrangea. Spesis ini boleh ditemui dengan banyak di kawasan yang beriklim sederhana. Berdasarkan kepada rekod, tumbuhan ini berasal dari Jepun dan hidup subur disana.

Namun begitu, tidak semua hydrangea yang ditanam akan berbunga. Ada kalanya pokok hanya dipenuhi daun. Dan di Malaysia, kawasan tanah tinggi menjadi lokasi flora ini tumbuh meliar. Malah, dari jauh lagi tumbuhan ini seperti sebuah lukisan pemandangan yang menyenangkan.

Bunga Siti Zubaidah sesuai hidup di kawasan tanah tinggi. Suhu yang tidak terlalu panas memudahkan hydrangea berbunga dengan saiz lebih besar berbanding di kawasan tanah rendah.

Mengenai gelaran bunga tiga bulan pula, tidak dapat dipastikan kesahihan kisah disebalik nama ini. Ramai beranggapan tumbuhan ini mengeluarkan kuntuman bunga dalam tempoh tiga bulan, namun hakikatnya di Cameron Hihglands, ia berbunga sepanjang tahun. Jadi, mungkin ada cerita lain disebalik gelaran nama bunga tiga bulan itu.

Spesies

Bunga Siti Zubaidah dikategorikan sebagai tumbuhan renek (Deciduous Shrub) yang berketinggian dua meter atau lebih. Flora dari kelompok keluarga Hydrangeaceae ini sebahagiannya bersifat menjalar. Ia juga mempunyai batang yang banyak serta hidup merimbun.

Apabila ditanam, ia kelihatan cantik kerana sifat menjalar itu dapat memenuhi ruangan kawasan. Selain itu, daun tumbuhan ini lebih lebar dan berbentuk bujur (ovate). Permukaannya pula agak kasar dan bergerigi di bahagian tepi.

Ciri-ciri tersebut menambahkan lagi keistimewaan bunga Siti Zubaidah yang terkenal sebagai tanaman hiasan. Lebih menarik, warna yang pelbagai menyebabkan ramai individu terpesona dengan kecantikannya.

Kebanyakan hydragea di Cameron Highlands berwarna biru dan merah jambu. Kombinasi warna ini dapat memberikan ketenangan buat pencinta seni taman.

Untuk pengetahuan anda, warna pada flora ini dipengaruhi oleh kadar potensi hidrogen (PH) tanah.

Sekiranya tanah berasid, iaitu dibawah skala 5.5, bunga Siti Zubaidah akan menjadi warna biru apabila ia kembang. Sebaliknya, jika keadaan tanah beralkali, ia bertukar menjadi merah jambu.

Diserata dunia, sifat tumbuhan ini mampu merubah warna bunga mengikut kesesuaiannya. Dipercayai flora ini mempunyai 600 warna mengikut kategori jenis dan keluarga. Kepelbagaian ini menjadi rona yang disifatkan peminat taman sebagai keindahan yang memukau mata.

Penjagaan


Proses penjagaan bunga ini tidaklah sukar. Ia hanya memerlukan tanah yang lembab serta mempunyai saliran yang baik. Bagi menggalakkan pertumbuhan, ia sesuai ditanam dikawasan yang terdedah kepada matahari atau separa teduh.

Apa yang paling penting, bahagian bunga tidak boleh disiram air. Jika terkena, bunga akan menjadi kecut dan rosak serta-merta. Oleh itu, air harus disiram pada pangkal pokok supaya bunga dapat bertahan lama.

Tumbuhan cantik ini juga mempunyai peminat. Selain manusia, ia juga menarik perhatian serangga perosak. Antara serangga yang menjadi peminat rahsia tumbuhan ini adalah serangga jenis Aphids, Red Spider Mites dan Capsid Bugs.

Jadi, penjagaan dan pengawasan perlu diberikan sepanjang masa. Penanam bunga ini perlu mengetahui penyakit yang selalu menyerang. Bunga ini selalu diancam penyakit kulat 'Botrytis' dan 'Powder Mildew'.

Jadi, penanam perlu jelas tentang cara untuk mengelakkan jangkitan dengan meracun mengikut kesesuaian.

Bagi mengenal pasti penyakit, bahan kimia yang berkaitan perlu disemburkan pada pokok mengikut jadual yang ditetapkan. Kesesuaian cecair kimia amat penting bagi mengelak kerosakan batang pokok.

Jika masih ragu-ragu, nurseri bunga berhampiran boleh dirujuk untuk mengetahui tentang cara penjagaan pokok bunga dan bunga.

Baja pula diberi setiap bulan hingga setahun setengah bagi membantu menyuburkan tumbuhan ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kunyit Penawar Penyakit Kencing Manis?Tumbuhan Hiasan Yang Sebenarnya Berbahaya!
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2015/04/bunga-siti-zubaidah-tumbuhan-yang-pelik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Harus Bunga Mawar Melulu 10 Buket Pernikahan Dari Bulu Ini Juga Bisa Jadi Pilihan Unik

Tak Harus Bunga Mawar Melulu 10 Buket Pernikahan Dari Bulu Ini Juga Bisa Jadi Pilihan Unik

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 296 hits
Yang mau menikah dengan aksen bohemian yang cantik ide ide ini bisa dicoba lo Bisa disimpan juga karena nggak akan pernah layu
Apa Beza 10 Muzium Pelik Yang Unik Di Pulau Pinang

Apa Beza 10 Muzium Pelik Yang Unik Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 792 hits
Anda sukakan perkara yang unik dan pelik Rasa takjub melihat benda benda yang pelik Di Malaysia sekarang ini semakin banyak perkara pelik yang sememangnya menarik perhatian orang ramai Ini termasuklah dalam pameran galeri dan muzium Di Pena...
10 Ide Suvenir Pernikahan Dari Lilin Yang Tak Biasa Sederhana Tapi Dijamin Terlihat Beda

10 Ide Suvenir Pernikahan Dari Lilin Yang Tak Biasa Sederhana Tapi Dijamin Terlihat Beda

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 268 hits
Duh siap siap mata dimanjakan sama sederetan suvenir lilin nan cantik ini Kamu pasti senang juga kan dikasih beginian pas resepsi
Baik Tapi Tak Bertudung

Baik Tapi Tak Bertudung

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 502 hits
Oleh Baik Tapi Tak BertudungDia wanita yang baik Amat baik Tetapi dia tak pakai tudung dan tak menutup aurat Jadi mana baiknya sdf Saya berkata insya Allah satu hari nanti dia akan bertudung dan menutup aurat Dia seorang wanita muslim Musli...
Kerja Kosong Gaji In Usd Tawaran Nampak Indah Tapi Jangan Terpengaruh Ini Sebabnya

Kerja Kosong Gaji In Usd Tawaran Nampak Indah Tapi Jangan Terpengaruh Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 685 hits
Scammer mempunyai pelbagai jenis cara untuk menipu Ini antaranya Zaman sekarang ini memang ramai individu yang terus hilang kawalan dan mudah terpedaya jika ada yang datang menawarkan kekayaan dengan sekelip mata Menurut rakyat Malaysia ada...
Hanya Mahu Cinta Dan Kasih Sayang Tapi Adakah Peluang Kedua Buat Bekas Suami Ini Jawapan Tegas A Aida

Hanya Mahu Cinta Dan Kasih Sayang Tapi Adakah Peluang Kedua Buat Bekas Suami Ini Jawapan Tegas A Aida

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 541 hits
SEGALA persoalan mengenai status rumah tangga Datuk A Aida dan Ariff Aziz akhirnya terjawab apabila produser itu mengumumkan mereka sudah be3rcerai secara baik pada 25 April lalu Hanya mahu cinta dan kasih sayang tapi adakah peluang kedua b...
Perasaan Bila Anak Sedara Kawin Tapi Tak Dapat Balik

Perasaan Bila Anak Sedara Kawin Tapi Tak Dapat Balik

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 386 hits
Selamat Pengantin Baru Selamat Berbahagia Esok nun di Malaya inshaallah berlangsungnya majlis resepsi untuk kedua anak sedara ai Perasaan ai tak dapat balik Seperti lagu Pengantin tu alhamdulillah maintain Tip untuk kekal ceria dan strong P...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi