Apa Beza 10 Muzium Pelik Yang Unik Di Pulau Pinang



Anda sukakan perkara yang unik dan pelik? Rasa takjub melihat benda-benda yang pelik? Di Malaysia sekarang ini semakin banyak perkara pelik yang sememangnya menarik perhatian orang ramai. Ini termasuklah dalam pameran galeri dan muzium. Di Penang sahaja, ada 10 muzium atau galeri pelik yang portal Sini.Com berjaya senaraikan.

Mari kita lihat 10 muzium dan galeri yang akan membuatkan anda berasa hairan.

1. MUZIUM EMAS PG
Terletak di salah satu bangunan warisan di Pulau Pinang, Muzium Emas PG ini diwujudkan untuk memberikan ilmu, pengetahuan dan pengalaman kepada anda tentang dunia emas termasuk dalam proses mendulang emas. Anda juga berpeluang menyentuh dengan jari tangan anda sendiri jongkong emas seberat 50 kg! Di sini juga mempunyai lukisan 3D. Bolehlah anda bergambar seolah-olah sedang bekerja keras di lombong emas.

Waktu Operasi :
Isnin - Ahad
9 pagi - 6 petang

Bayaran Masuk :
Dewasa (MyKad) - RM 30
Kanak-Kanak 7 - 12 Tahun (MyKid) - RM 15
Warga Emas 60 Tahun Ke atas - RM 15

Alamat Muzium : 
No 95, Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang (maps)
No Tel : 04-261 9999
Facebook Page : PG Gold Museum

2. MUZIUM UPSIDE DOWN
Muzium rumah terbalik yang sempurna. Di sini anda akan dapat melihat sebuah rumah yang mempunyai perabot dan peralatan dalam keadaan terbalik tetapi sempurna kedudukannya. Bila melihat gambar-gambar para pengunjung, terasa hairan pula bagaimana rumah sedemikian rupa boleh dibangunkan?

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 8.45 pagi - 4.30 petang
Sabtu & Ahad : 8.45 pagi - 7.30 malam

Bayaran Masuk :
Dewasa (MyKad) - RM 16
Dewasa (Tanpa MyKad) - RM 27
Kanak - Kanak ( 5 - 12 tahun ) - RM 8
Kanak - Kanak ( Tanpa MyKad ) - RM 16
Pelajar ( Kad Pelajar ) - RM 11

Alamat Muzium : No 45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 Pulau Pinang (maps)
No Tel : 04-2642660
Facebook : Muzium Upside Down

3. MUZIUM MAINAN PULAU PINANG

Ingin melihat patung watak-watak hero animasi secara lebih dekat? Di Muzium ini, kanak-kanak akan teruja melihat dengan lebih dekat patung hero animasi kesayangan mereka seperti Batman, Superman, Ultraman, Spiderman, Star Wars, Pikachu , Shrek, Pirates of Carribean , Hulk, Snoopy dan banyak lagi. Seolah-olah berada dalam dunia fantasi yang dipenuhi oleh watak-watak penyelamat dunia! Ianya diiktiraf sebagai Muzium Mainan terbesar di dunia oleh The Malaysia Book Of Records.


Waktu Operasi
Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang

Bayaran Masuk
Dewasa : RM 15
Kanak-Kanak : RM 10

Alamat Muzium : 1370, MK2, Teluk Bahang, 115050 Penang (maps)
No Tel : 012-4602096
Website : http://www.penangtoymuseum.com/


4. MUZIUM HANTU PULAU PINANG
Hantu cina, hantu firaun, hantu tanpa kepala, dan segala jenis hantu memang digeruni manusia. Cuba atasi ketakutan anda dengan melawat Muzium Hantu Di Penang ini. Perasaan berada di sini seolah-olah berada di dalam sebuah rumah yang dipenuhi hantu dan tengkorak orang mati!

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat
10 pagi - 7 malam
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
10 pagi - 9 malam

Bayaran Masuk
Mykad / Mykid
Dewasa : RM18
Kanak- Kanak : RM 8
Warga Emas : RM 8
Pelajar : RM 10

Tanpa Mykad
Dewasa : Rm 36
Kanak - Kanak : RM 16
Warga Emas : RM 16
Pelajar : RM 16

Alamat Muzium : 57, Lebuh Melayu, Georgetown, 10100 Penang (maps)
No Tel : 04-2612352
Facebook Page : Muzium Hantu Penang

5. RUMAH PERANAKAN PULAU PINANG
Legasi, budaya dan keunikan gaya hidup baba dan nyonya di Malaysia sememangnya tidak pernah lekang dek panas matahari sejak abad ke 15. Asimilasi budaya Cina bersama budaya tempatan di Tanah Melayu melahirkan keunikan tersendiri dari sudut agama, budaya, pakaian, masakan, perkahwinan dan sebagainya. Rumah Peranakan Penang ini dapat memberikan gambaran yang lebih dekat dan realiti tentang dunia sebenar Peranakan di Malaysia.

Waktu Operasi :
Isnin - Ahad : 9.30 pagi - 5.00 petang

Bayaran Masuk
Dewasa : RM 20
Kanak - Kanak ( 6 - 12 tahun ) : RM 10
Kanak - Kanak ( bawah 6 tahun ) : PERCUMA

Alamat : 29, Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang (maps)
No Tel : 04-2642929
Website :http://www.pinangperanakanmansion.com
Facebook Page : Penang Peranakan Mansion

6. MUZIUM TEROWONG MASA PULAU PINANG
Muzium ini memberi anda peluang menerokai dunia masa lampau. Anda dapat melihat peralatan yang digunakan oleh orang-orang pada zaman dahulu iaitu kira-kira 400 tahun yang lalu. Muzium ini juga mempunyai pameran lukisan 3D , bilik anti graviti dan lain-lain yang menakjubkan.

Waktu Operasi :
Isnin : 9.15 pagi – 7.30malam
Selasa - Jumaat : 9.15 pagi – 7.00 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 9.15 pagi – 8.00 malam
(waktu masuk terakhir adalah satu jam sebelum tutup)

Bayaran Masuk :
Mykad / Mykid
Dewasa : RM 16
Kanak-Kanak (5-12 tahun) : RM 8
Pelajar(kad pelajar) : RM 11

Pelancong Asing
Dewasa : RM 27
Kanak-Kanak (5 tahun ke atas) : RM 16

Alamat : 39, Jalan Green Hall,, 10200 George Town, Penang (maps)
No Tel : 04 - 261 9181
Website : http://penangtimetunnel.com/
Facebook : https://www.facebook.com/pgtimetunnel

7. MUZIUM PUPPET DAN OPERA TEOCHEW
Pada masa lalu Opera Teochew sangat popular di Pulau Pinang. Kini, persembahan opera bukan lagi menjadi hiburan utama masyarakat. Di Rumah Opera dan Puppet Teo Chew ini anda berpeluang mendekat dunia opera sebenar yang pernah popular suatu ketika dahulu. Ada pelbagai koleksi boneka besi Teochew, pakaian tradisional opera, gear kepala yang dipakai dalam persembahan serta alat muzik yang digunakan untuk persembahan opera ada di pamerkan di sini. Rumah Opera ini dibangunkan di sebuah rumah kedai di kawasan zon warisan yang diwartakan oleh UNESCO. Ia dikendalikan oleh generasi ke 5 keluarga Kim Giak Low Choon.

Waktu Operasi
Selasa - Ahad : 10 pagi - 6 petang

Bayaran Masuk
RM 5

Alamat : 122 Lebuh Armenian, 10200 George Town (maps)
No Tel : 04-2620377
Facebook : https://www.facebook.com/TeochewPuppetAndOpera

8. MUZIUM KAMERA PULAU PINANG

Terletak di bandar Georgetown, Muzium Kamera ini mempamerkan pelbagai koleksi kamera terutamanya kamera lama dari jenama-jenama terkenal seperti Leica, Canon, Minolta, Pellix, Yashica, Olympus, Nikon, Agfa dan sebagainya. Saksikan sendiri betapa besarnya saiz kamera pada zaman dahulu berbanding dengan saiz kamera kini. Anda juga berpeluang untuk berada dalam bilik gelap pemprosesan gambar, pameran pelbagai hasil fotografi yang menakjubkan dari seluruh dunia dan lain-lain pameran tentang dunia kamera.

Waktu Operasi :
Isnin - Ahad
9.30 pagi - 6.30 petang

Bayaran Masuk :
Dewasa : RM 20
Pelajar & Warga Emas : RM 10

Alamat : 49, Leboh Muntri, George Town, 10200 Pulau Pinang (maps)
No Tel : 04-2613649
Website : http://www.thecameramuseumpenang.com/
Facebook : https://www.facebook.com/PenangCameraMuseum

9. I-BOX MUSEUM GLASS OF PENANG
Hayati keindahan hasil seni dan ukiran indah di atas kepingan kaca di Muzium Kaca Pulau Pinang. Pelbagai hasil seni lukisan kaca yang berwarna warni dapat disaksikan. Selain itu, ada juga barangan hiasan dan cenderamata seperti jam dinding kaca, jam dalam botol kaca, keychain dan sebagainya semuanya dari hasil ukiran kaca. Jika berminat untuk menghasilkan lukisan sendiri di atas kaca, anda boleh cuba melukis mengikut kreativiti dan kemudian membawa pulang hasil seni itu sebagai kenang-kenangan.

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 9.30 pagi - 6.00 petang
Sabtu : 9.30 pagi - 5.00 petang

Bayaran Masuk :
Dewasa : RM 15.00
Kanak-Kanak (3-12 tahun) : RM 7.00

Alamat : No. 80-0, Jalan Mount Erskine, Tanjung Tokong, Pulau Pinang (maps)
No Tel : 017-584 1017
Website : http://www.iboxglass.com/
Facebook : https://www.facebook.com/IboxMusuemOfGlass

10 . MUZIUM INTERAKTIF MADE IN PENANG
Muzium Interaktif Made In Penang in sebenarnya adalah muzium yang mempamerkan lukisan interaktif dalam bentuk 3D, himpunan miniatur patung-patung seperti orang sedang berdayung sampan dan lukisan dinding yang menarik. Apa yang menariknya ialah segala lukisan interaktif yang dipamerkan menceritakan segala-galanya tentang Pulau Pinang dari segi sejarah, budaya dan gaya hidup di Penang.

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu dan Ahad : 9.00 pagi - 8.00 malam

Bayaran Masuk
Dewasa (Mykad ) : RM 15.00
Kanak-Kanak (Mykid) : RM 10
Pelancong Asing : RM 30.00


Alamat : No 3, Pengkalan Weld, George Town, 10300 Pulau Pinang (maps)

No Tel : 04-2626119

Facebook : https://www.facebook.com/MadeInPenang

Sumber artikel: Sini.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://apabezanya.blogspot.com/2018/11/apa-beza-10-muzium-pelik-yang-unik-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Beza Jambatan Pulau Pinang Yang Pertama Dan Kedua

Apa Beza Jambatan Pulau Pinang Yang Pertama Dan Kedua

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 842 hits
Ada banyak perbezaan antara jambatan pertama dan jambatan kedua Pulau Pinang Jambatan pertama hanya dikenali sebagai Jambatan Pulau Pinang manakala Jambatan kedua pula dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah Rajah di bawa...
Baik Pulih Bumbung Feri Pulau Pinang

Baik Pulih Bumbung Feri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 481 hits
Projek Pemasangan Baik Pulih Bumbung Feri Pulau PinangHarbour Malaysia Group mempunyai kepakaran dalam bidang komposit Telah diberi kepercayaan oleh Penang Port Sdn Bhd pada tahun 2012 untuk membaik pulih dan mengganti bumbung feri Pulau Pi...
Pendaftaran Dan Maklumat Program Insentif Usahawan Pulau Pinang 2018

Pendaftaran Dan Maklumat Program Insentif Usahawan Pulau Pinang 2018

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 361 hits
DAFTAR PERCUMA PROGRAM INSENTIF USAHAWAN PULAU PINANG 2018Anjuran MMK Pembangunan Usahawan Pulau PinangTarikh 29 Dis 2018 Masa 8 30 pg 1 00 ptgTempat Ixora Hotel Sbg Perai Untuk pendaftaran sila isi Borang Online pautan berikut Klik Aturcar...
Mulai 1 Julai 2019 Tiada Lagi Beg Plastik Setiap Isnin Di Pulau Pinang

Mulai 1 Julai 2019 Tiada Lagi Beg Plastik Setiap Isnin Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 388 hits
Semua peniaga di Pulau Pinang diminta tidak memberi beg plastik kepada pembeli pada setiap Isnin mulai 1 Julai depan sebagai inisiatif baharu bagi mengawal penggunaan plastik EXCO Kebajikan Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri Phee ...
Cadangan Lapangan Terbaru Di Pulau Pinang

Cadangan Lapangan Terbaru Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 504 hits
EXCLUSIVE GEORGE TOWN Amid all the hype surrounding the Kulim International Airport there is now even talk of two companies proposing to build a new airport in two different locations in south Seberang Perai on mainland Penang It is learnt ...
Dua Lapangan Terbang Baru Dicadang Untuk Pulau Pinang Lapor Media

Dua Lapangan Terbang Baru Dicadang Untuk Pulau Pinang Lapor Media

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 424 hits
Dua lapangan terbang baru dicadang untuk Pulau Pinang lapor media Dikemas kini 28 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Jun 20
Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Pulau Pinang

Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 263 hits
ALHAMDULILLAHAkhirnya acara hari ni berlangsung dengan baik dan lancar Terima kasih kepada semua yang hadir Aturcara Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Zakat Penang8 30 pagi Pendaftaran9 00 pagi Sarapan pagi9 45 pagi Ucapan YB Dato Hj ...
Senarai Event Menarik Sepanjang Festival Pulau Pinang Jun Julai Ini

Senarai Event Menarik Sepanjang Festival Pulau Pinang Jun Julai Ini

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 326 hits
Festival Pulau Pinang kembali lagi tahun ini Bagi korang yang tak tahu nak bercuti ke mana pada bulan ini hingga Julai nanti mungkin korang boleh singgah ke pulau mutiara ini untuk sama sama meraikan kemeriahan pelbagai pesta termasuk Festi...
Lapan Maut Akibat Demam Denggi Di Pulau Pinang

Lapan Maut Akibat Demam Denggi Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 294 hits
GEORGETOWN Lapan orang maut akibat demam denggi di Pulau Pinang sepanjang tempoh 22 minggu tahun ini berbanding dua kematian dalam tempoh yang sama tahun lalu Menurut kenyataan Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Pulau Pinang jumlah k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba