Bunga Pulak Dah


Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal mahu perhatian. Mahu khalayak bercakap mengenainya. Semua politikus begitu, 'attention seeker'.
Seorang kawan lama saya kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal cari publisiti murahan apabila mencadangkan nama bunga Rafflesia ditukar. Saya kata Wan Fayhsal mahu perhatian. Mahu khalayak bercakap mengenainya. Baru rasa relevan. Semua politikus begitu. ‘Attention seeker’.
Jadi, takkan Dr Akmal Saleh si ketua Pemuda Umno sahaja yang boleh dapat atau diberi perhatian dengan stoking dan bendera terbalik? Saya rasa Wan Fayshal rasa beliau pun layak ‘dipercakapkan’. Tapi takkan nak guna stoking? Itu cerita lama. Hal bendera dah dimonopoli Akmal. Lantas bunga Rafflesia. Sekurang-kurangnya ‘isu’ baru. Orang lain belum bawa.
Wan Fayhsal kita tahu ialah Ahli Parlimen Machang. Soal nama bunga beliau bangkitkan di Dewan Rakyat empat hari lalu. Ketika itu Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Johari Ghani sedang buat penggulungan sesi Rancangan Malaysia Ke-13 .
Orang kuat parti Bersatu itu mencelah: “Boleh tak kita bagi nama yang begitu baik bagi bunga kita, mungkin Yang Berhormat menteri (Johari) boleh cadangkan kepada Kabinet untuk cari nama lain yang lebih cantik”. Jawab Johari beliau ambil maklum.
Apa kaitan bunga Rafflesia dengan RMK13 yang sedang digulung semasa Wan Fayhsal mencelah? Yang nyata Wan Fayhsal memanfaatkan peluang bersemuka dengan Johari selaku menteri yang jaga kelestarian alam. Maka cadangan dilontar.
Menurut Wan Fayhsal “Rafflesia ni nama diambil sempena nama Stamford Raffles penjajah kita”. Dan beliau mendakwa Raffles ‘orang yang tak berakhlak tak beretika’.
Lantas beliau cadang apa yang beliau cadangkan ‘sempena Hari Kebangsaan ke-68’ menjelang tiba dan selaras ‘seruan perdana menteri yang mengajak orang ramai melihat sejarah negara di luar kerangka penjajah’.
‘Maybe I am reading too much into it’. Namun, pada hemat saya Wan Fayhsal memerli kerajaan kerana tidak sensitif dan cakap tak serupa bikin berhubung seruan PMX mahu rakyat melihat sejarah di luar kerangka penjajah.
Dan beliau sempat sakat perdana menteri ‘as I see it’, apabila mencadangkan nama bunga Rafflesia ditukar dengan apa juga nama yang lebih bagus termasuk ‘nama Anwar Ibrahim pun boleh’ – meskipun beliau dilihat ‘berseloroh’.
Apa pun saya pelik mengapa Wan Fayhsal mahu nama bunga itu ditukar ‘sempena Hari Kebangsaan?’ Mengapa bawa perkara penukaran nama sekarang? Apa kena-mengena Rafflesia dengan Hari Kebangsaan?
Saya harap beliau tidak keliru dengan bunga raya. Bunga Rafflesia bukan bunga kebangsaan Malaysia. Bunga kebangsaan Malaysia kita tahu ialah bunga raya atau ‘hibiscus rosa-sinensis’.
Rafflesia terkenal dengan saiznya yang besar dan keunikannya dan ia dikenali sebagai bunga yang mempromosikan kekayaan biodiversiti Malaysia di mata dunia.
Bagaimanapun, Rafflesia ialah bunga rasmi Sabah. Mungkin ini sebabnya Wan Fayhsal kaitkan tukar namanya dengan Hari Kebangsaan? Wallahuaklam.
Atau mungkin sebab imej bunga Rafflesia ada atau pernah terdapat pada wang kertas RM10. Imej pada RM10 itu ialah spesies Rafflesia Azlanii. Ia dinamakan sedemikian sempena Sultan Azlan Shah yang memerintah Perak ketika Rafflesia ditemui di Hutan Lindung Temenggor pada 2003.
Rafflesia Azlanii adalah tanda penghormatan kepada Sultan Azlan Shah selaku pelindung warisan ekspedisi atau ‘heritage expedition’.
Oh ya, hampir terlupa pula. Rafflesia ada nama tempatan. Bukan tidak ada iaitu bunga pakma. Terpulanglah nak guna nama Rafflesia atau pakma. Mungkin pakma tidak gah berbanding Rafflesia tetapi pada pendapat saya tetap ada nilai ‘authentic’ tersendiri.
Hakikatnya, memang ada nama Malaysia. Nama lokal yang tidak ada elemen penjajah. Kena tukar juga ke YB?. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/08/bunga-pulak-dah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awat Pulak Din

Awat Pulak Din

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 158 hits
Saya mengecam sekeras kerasnya pendakwaan YB Hilman Idham Ketua Armada BERSATU di bawah Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam himpunan membantah Akta Hasutan Sebagai pemimpin sayap ARMADA yang mewakili anak anak muda beliau berhak untuk...
Hiburan Foto Badan Sasa Zul Ariffin Buat Ramai Wanita Cair Sorry Ter Zoom Pulak

Hiburan Foto Badan Sasa Zul Ariffin Buat Ramai Wanita Cair Sorry Ter Zoom Pulak

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 985 hits
Pelakon terkenal Zul Ariffin sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik foto percutiannya di sebuah pulau menampilkan tubuh sasa tanpa berbaju Dalam perkongsian di Instagram aktor berusia 39 tahun itu memperlihatkan otot peru...
Momoyo Pulak

Momoyo Pulak

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 336 hits
Assalamualaikum Dulu dengan Dania berdua jugak makan aiskrim Mixue kali nampak kiosk baru buka kot kat ST Rosyam Momoyo Dania ajak cuba SA mulanya x nak cuba sebab masih cut sugar kan tapi bila terpandang wajah Dania yg macam frustrated Aha...
2tahun Lagi Nak Lepas Pun Payah Kena Ke Sg Buloh Pulak

2tahun Lagi Nak Lepas Pun Payah Kena Ke Sg Buloh Pulak

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 686 hits
Dua belas parti pembangkang hari ini bersetuju membentuk satu gabungan longgar bagi memperjuangkan isu isu yang didakwa mereka gagal diselesaikan kerajaan Madani termasuk janji reformasi Gabungan itu terdiri daripada Bersatu PAS Gerakan Pej...
Masa Dia Jadi Tim Menteri Dia Bagi Kat Syarikat Kapiaq Ok Pulak

Masa Dia Jadi Tim Menteri Dia Bagi Kat Syarikat Kapiaq Ok Pulak

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 325 hits
KEMBALI NyamanNaratifnya dan fitnah yang ingin dimainkan adalah mengapa melantik 5 syarikat cina non muslim Zaman PN jadi kerajaan dan Pengalalan Chepa menjadi Timbalan Menteri Agama boleh pula pilih 23 syarikat non muslim Ops lupa zaman ma...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia