Bumbung Stadium Sultan Mizan Akan Dibina Semula



KUALA NERUS, 19 November - Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin  yang runtuh pada tahun 2009 dan 2013 akan dibina semula dalam projek naik taraf dan pembaikan Kompleks Sukan Gong Badak yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan fasa pertama projek tersebut yang melibatkan naik taraf Padang Lawn Bowl dengan kos RM6.15 juta yang berjaya disiapkan oleh Jabatan Kerja Jaya (JKR).

“Terima kasih kepada kontraktor utama iaitu Sincere Image Sdn. Bhd. kerana berjaya menyiapkan projek ini lebih awal daripada tarikh akhir yang dijadualkan.

“Projek ini merupakan sebahagian daripada cadangan mereka bagi membina bumbung baru Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan pembaikan padang ragbi di kompleks sukan untuk keselesaan atlet.

“Kita berhasrat untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada atlet Terengganu. Kerajaan negeri berusaha untuk menaik taraf kemudahan sedia ada supaya menjadi venue bertaraf antarabangsa,” katanya ketika hadir dalam Majlis Penyerahan Padang Lawn Bowl di Kompleks Sukan Gong Badak, hari ini.

Projek itu melibatkan naik taraf Padang A dan B, pembinaan bumbung Padang A dan baik pulih rumah kelab dan infastruktur.

Dr. Mamad berkata, lanjutan projek itu adalah pembinaan asrama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan naik taraf padang.

“Untuk makluman, pembinaan bumbung buat masa ini terpaksa ditangguhkan berikutan kekangan kewangan yang dihadapi negeri ketika ini. Sekiranya masalah itu dapat diatasi, kita akan laksanakan.

“Ada beberapa pemaju yang hadir mengemukakan cadangan reka bentuk bumbung termasuk satu syarikat daripada Australia, tetapi kita belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Kita mahu pastikan bumbung tersebut tahan dan kukuh untuk jangka masa panjang dan berfungsi dengan baik melindungi ruang yang perlu ditutup dengan harga yang munasabah.

“Bagaimanapun, stadium itu akan tetap digunakan dari masa ke masa selagi projek belum dilaksanakan. Padang bola sepak stadium  juga perlu diperbaiki kerana berlaku takungan air dan ia akan dilaksanakan segera,” katanya kepada pemberita dalam majlis itu.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pengarah JKR Negeri, Ir. Che Kamarudin Bahar, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Presiden Persekutuan Lawn Bowl Malaysia, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan wakil Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Fakhrol Ruzi Ibrahim. -  Teganukita

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2018/11/bumbung-stadium-sultan-mizan-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Myanmar Hantar Semula Mangsa Pemerdagangan Manusia Ke Kem Pelarian

Myanmar Hantar Semula Mangsa Pemerdagangan Manusia Ke Kem Pelarian

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 290 hits
Myanmar hantar semula mangsa pemerdagangan manusia ke kem pelarian Dikemas kini 31 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 19
Siasatan Kapal Selam Scorpene Dibuka Semula

Siasatan Kapal Selam Scorpene Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 264 hits
Diterbitkan 19 Nov 2018 2 55 petang EKSKLUSIF Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka semula siasatan terhadap pembelian dua kapal selam Scorpene yang dibuat ketika Najib Razak menjadi menteri pertahanan Sumber memberitahu Malaysiaki...
Fatwa Terhadap Syiah Boleh Disemak Semula Mufti Pulau Pinang

Fatwa Terhadap Syiah Boleh Disemak Semula Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 272 hits
GEORGETOWN Fatwa yang menetapkan Syiah sebagai ajaran menyimpang daripada Islam boleh disemak semula berdasarkan beberapa hujah selepas mengambil kira konsensus mengenainya hanya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah Mufti Pula...
Pelancaran Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dari Dettol Untuk Melindungi Keluarga Daripada 100 Jenis Kuman Berbahaya

Pelancaran Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dari Dettol Untuk Melindungi Keluarga Daripada 100 Jenis Kuman Berbahaya

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 512 hits
Pelancaran Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dari Dettol Untuk Melindungi Keluarga Daripada 100 Jenis Kuman Berbahaya Salam semua siapa pengguna setia Dettol angkat tangan terus tanya siap hii Seingat dulu tak suka bau dari Dettol kuat sang...
Seorang Paling Muda Seorang Paling Tua Selepas 36 Tahun Bertemu Semula

Seorang Paling Muda Seorang Paling Tua Selepas 36 Tahun Bertemu Semula

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 300 hits
Seorang paling muda dan seorang lagi paling Mereka kembali bersalaman selepas 36 tahun berlalu Itulah pertemuan antara perdana paling muda Kanada Justin Trudeau dan perdana menteri paling tua di dunia Tun Dr Mahathir Mohamad Mereka pernah b...
Kaji Semula Proses Pemilihan Pkr Kata Anwar

Kaji Semula Proses Pemilihan Pkr Kata Anwar

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 408 hits
17 November 2018 Sinar Harian Anwar Ibrahim SHAH ALAM Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme e undi pada pemilihan PKR perlu dilihat semula memandangkan ia menimbulkan pelbagai masalah kepada segolongan pengundi terutama ya...
Amk Desak Sistem Pemilihan Dikaji Semula

Amk Desak Sistem Pemilihan Dikaji Semula

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 283 hits
Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan Dr Afif Bahardin ketika Kongres Nasional Keadilan ke 13 di Ideal Convention Centre Shah Alam Selangor foto FAREEZ FADZIL SHAH ALAM Angkatan Muda Keadilan menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR mengkaji ...
Tok Mat Dicalonkan Semula Di Dun Rantau Ahmad Zahid

Tok Mat Dicalonkan Semula Di Dun Rantau Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 331 hits
16 November 2018 7 08 PM KUALA LUMPUR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan akan dicalonkan semula bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau
Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Rompak Cari Duit Raya

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung

Buffet Ramadan Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Tyka Zatyka Cahaya Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pakaian Selam Tertua Yang Masih Wujud Di Dunia

Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi

Macau888 15 Slot168 Macau888 Top 95 By Claire Faro168 Co 28 25

Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Focus On 10 Projects In Negeri Sembilan Pm Tells Economy Ministry

Over 1 000 Attend Iftar Event With Pm In Tampin