Buli Siber Kalangan Belia Malaysia Kedua Tertinggi Di Asia


 
Penyelidik mengenai buli siber belia, Jessie Yong, berkata perbuatan itu mungkin berpunca daripada rasa tidak gembira si pembuli akibat keperluan asasnya tidak dipenuhi.KUALA LUMPUR: Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan kedua di Asia pada 2020 bagi perbuatan buli siber dalam kalangan belia, membuktikan bahawa buli siber kini menjadi masalah semakin ketara dalam negara.
Penggunaan media sosial yang meluas telah menjadikan ia platform yang menggalakkan perbuatan buli siber dan sikap buruk, bukan sahaja dalam kalangan belia, malah orang dewasa.
Penyelidik mengenai buli siber belia, Jessie Yong berkata, perbuatan itu mungkin berpunca dari rasa tidak gembira si pembuli akibat keperluan asasnya tidak dipenuhi.
“Menurut Teori Pilihan Glasser, keperluan-keperluan itu berkisar kepada aspek kelangsungan hidup, isu kepunyaan (untuk menyayangi, disayangi dan harga diri), kuasa, kebebasan dan keseronokan,” jelasnya kepada Bernama dalam satu temu bual.
Teori Pilihan yang dibangunkan oleh pakar psikiatri Amerika Syarikat, William Glasser itu menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai lima keperluan asas yang menggerakkan tingkah laku (pilihan mereka).
“Apabila satu atau lebih keperluan asas ini tidak dipenuhi, mereka mungkin menggunakan buli siber sebagai platform bagi memuaskan keperluan itu. Itu sebabnya kes buli siber tidak hanya dilakukan oleh golongan belia sahaja, tetapi turut membabitkan orang dewasa,” jelas Yong, yang juga pensyarah sambilan di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC).
“Kajian juga menunjukkan bahawa pelaku buli siber mengalami kadar kesunyian yang tinggi,” katanya dalam webinar TalkSpace yang diadakan baru-baru ini, bagi menangani isu berkaitan dengan buli siber terutama dalam kalangan belia.
“Ini disebabkan oleh kekurangan kasih sayang ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka. Membuli dalam talian adalah usaha mereka untuk meraih perhatian daripada orang asing,” katanya.
Beliau berkata, mereka yang mempunyai rasa harga diri rendah, rasa kurang diterima secara sosial dan rasa kurang popular atau kurang disukai, juga mempunyai kecenderungan untuk terlibat dalam buli siber, berikutan kajian menunjukkan bahawa pembuli siber selalunya individu tidak pandai bersosial.
Sementara itu, dalam seminar sama, pengasas Projek #Cybercancelled dan bekas Miss Petite Universe International Semenanjung (MPUIS) 2020, Narvinni Jayakumar, berkongsi pengalamannya berhadapan dengan pelbagai bentuk buli siber sejak berusia 16 tahun.
Menurutnya, beliau melalui pengalaman dibuli secara lisan, secara penyamaran serta secara menghendap siber (cyber stalking); dan kini beliau berhasrat untuk membantu mereka yang mengalami situasi sama dengannya.
Sesi webinar pada 29 Dis lalu itu, dianjurkan buat julung kalinya oleh pelajar tahun akhir Komunikasi Persuasif dari Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia dan dihadiri lebih 400 orang.
Kumpulan pelajar itu turut melancarkan kempen NETHICS bagi tujuan memupuk etika media sosial yang baik dan membendung gangguan siber.
Pengarah projek Larissa Lorelle Christian berkata kempen itu akan memberi peluang kepada belia untuk menangani isu buli siber dan mempelajari etika berkomunikasi dalam talian.
Bengkel WorkSpace turut diadakan sempena kempen berkenaan pada 10 Jan lalu untuk berkongsi kepentingan membina jenama diri dan cara untuk memperbaiki identiti dalam talian menerusi platform media sosial. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/buli-siber-kalangan-belia-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Peribahasa Kerjasama Dan Perpaduan Di Malaysia

Himpunan Peribahasa Kerjasama Dan Perpaduan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 213 hits
Senarai peribahasa berkaitan dengan kerjasama dan perpaduan di Malaysia berserta maksud peribahasa dan juga contoh ayat yang sesuaiPeribahasa adalah satu susunan kata atau ayat yang mempunyai maksud tertentu yang merujuk kepada maksud berki...
Temui Kapolri Kepala Bp2mi Bahas Pmi Ilegal Ke Malaysia

Temui Kapolri Kepala Bp2mi Bahas Pmi Ilegal Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 132 hits
Ia mengungkapkan di luar dugaannya pendalaman kasus tersebut dapat mengungkap jaringan sindikasi pengiriman ilegal PMI hingga ke akarnya
Is There Anyone In Charge Of Malaysia

Is There Anyone In Charge Of Malaysia

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 139 hits
Many people are getting the sinking feeling that there is no one in charge and that the country is run by a bunch of misfits from different political parties who compromised to keep each other in power The backdoor government is further hel...
Melioidosis Beban Dan Kesedaran Penyakit Di Malaysia

Melioidosis Beban Dan Kesedaran Penyakit Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 186 hits
Oleh Dr Vanitha Mariappan Pusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Apakah itu Melioidosis Melioidosis juga dikenali sebagai penyakit Whitmore pertama kali dilaporkan pada tahun 1912 oleh seorang ahli pato...
High Tide Phenomenon Expected To Hit Malaysia In January February Says Irrigation And Drainage Dept

High Tide Phenomenon Expected To Hit Malaysia In January February Says Irrigation And Drainage Dept

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 152 hits
Mohd Hilmi Husi 48 carries his son Nia Azzad Mohd Helmi 5 to leave his house area after it was flooded due to the high tide phenomenon in Kampung Sungai Janggut in Kuala Selangor in this file picture taken on October 18 2020 Bernama picKUAL...
Yang Perlu Anda Tahu Tentang Samsung Galaxy S21 Fe Malaysia

Yang Perlu Anda Tahu Tentang Samsung Galaxy S21 Fe Malaysia

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 221 hits
Samsung Galaxy S21 FE kini rasmi dan ini adalah model baharu Samsung Malaysia bagi siri Galaxy S21 Sama seperti Galaxy S20 FE sebelum ini Edisi Peminat menyasarkan untuk memberikan pengalaman unggul pada harga yang lebih rendah Jika anda be...
Health Ministry 58 More Covid 19 Omicron Cases Detected In Malaysia Four In Kedah

Health Ministry 58 More Covid 19 Omicron Cases Detected In Malaysia Four In Kedah

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 193 hits
Of the 54 import cases 39 were from Saudi Arabia seven from UAE four from the United Kingdom two from Nigeria and one from Kazakhstan and France Reuters picKUALA LUMPUR Jan 4 The Health Ministry said they have found another 58 cases of the ...
Andai Ada Rezeki Dapat Anak Lgi Aku Sedih Aku Di Malaysia Dlm Diam Suami Hanyut Dgn Amoi Sgpore

Andai Ada Rezeki Dapat Anak Lgi Aku Sedih Aku Di Malaysia Dlm Diam Suami Hanyut Dgn Amoi Sgpore

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 193 hits
Foto sekadar hiasan Assalamualaikum dan salam sejahtera Isteri di Malaysia Skandal di Singapura
Greenfield Residence By Ong Ong In Subang Jaya Malaysia

Greenfield Residence By Ong Ong In Subang Jaya Malaysia

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 183 hits
Project Greenfield residence Architects ONG ONG Location Bandar Sunway Subang Jaya Petaling District Malaysia Area 914 932 sf Photographs by ONG ONG Greenfield Residence by ONG ONG Located within the proximity of Bandar Sunway Greenfield Re...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

Lelaki Diganggu Oleh Pemandu Selepas Mengekori Kenderaannya

Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing