Buli Bukan Benda Remeh Ia Hal Serius


Bila kita sebut pasal buli, ada orang masih anggap ia cuma 'gurauan.' Ada yang kata “alah biasalah budak-budak, nakal sikit tu tanda rapat”. 
Tapi sebenarnya, apa yang kita panggil gurauan itu boleh jadi luka yang sangat dalam terutama kepada mereka yang dibuli. Luka yang tak nampak pada kulit, tapi parutnya melekat dalam hati dan terbawa-bawa sampai dewasa

Buli bukan sekadar tumbuk, sepak atau tolak. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang hanya dengan kata-kata, ejekan dan sindiran yang berulang-ulang. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk 'pulau'. Tak nak kawan, tak nak duduk sebilik, tak nak sama kumpulan. 
Zaman sekarang, buli jadi lebih “advance” sebab ia boleh berlaku di hujung jari melalui media sosial. Hanya dengan satu posting, satu komen atau satu gambar yang disebarkan, hidup seseorang boleh berubah sekelip mata

Kenapa sebenarnya orang membuli? 
Ada yang membuli sebab nak rasa berkuasa, ada yang buat sebab ikut-ikutan kawan dan ada juga yang sebenarnya menyimpan luka sendiri lalu lepaskan pada orang lain. Tak kiralah apa puncanya, buli tetap satu perbuatan yang salah. Ia bukan cara untuk tunjuk kuat, malah sebenarnya tanda kelemahan dalam diri

Yang paling menyedihkan, kesan buli tak berhenti pada masa kejadian saja. Mangsa buli biasanya akan hilang keyakinan diri, takut nak bersuara, dan rasa rendah diri yang melampau. Ada yang jadi murung, ada yang sampai trauma nak pergi sekolah atau tempat kerja


Bila orang kata “alah, dah lama berlalu, lupakan sajalah”, hakikatnya bukan semudah itu. Ingatan tentang kata-kata hinaan atau pukulan itu boleh berulang-ulang dalam kepala. Lebih perit lagi bila ada mangsa yang akhirnya pilih jalan paling tragis, mencederakan diri sendiri kerana dah tak tahan. Nauzubillah

Kalau kita fikir balik, buli sebenarnya bukan masalah individu. Ia masalah masyarakat. Selagi ada orang yang diam dan tengok saja tanpa menegur, selagi ada orang yang ketawa bila orang lain dihina, selagi itulah budaya buli akan hidup. Kita semua ada peranan masing-masing untuk hentikan perkara ini. 
Sebagai ibu bapa, kita perlu lebih dekat dengan anak-anak, dengar cerita mereka dan perhatikan perubahan tingkah laku. 
Sebagai guru atau pendidik, kita perlu peka dengan suasana di sekolah, jangan biarkan buli jadi perkara “biasa” di kalangan murid. 
Dan sebagai rakan, kita jangan sesekali jadi penonton. Tegur bila nampak salah atau paling kurang laporkan pada orang yang boleh ambil tindakan

Bagi yang pernah jadi mangsa, percayalah bahawa luka itu tak menjadikan korang lemah. Korang tetap berharga, korang tetap bernilai. 
Berceritalah dengan seseorang yang korang percaya. Jangan simpan seorang diri, sebab kesunyian itu kadang-kadang lebih menyakitkan daripada apa yang berlaku

Buli mungkin nampak kecil di mata pelaku, tapi kesannya boleh jadi sangat besar kepada mangsa. 
Moga Allah permudahkan urusan kita


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/08/buli-bukan-benda-remeh-ia-hal-serius.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tekanan Emosi Akibat Buli Siber Gangguan Seksual Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis

Hiburan Tekanan Emosi Akibat Buli Siber Gangguan Seksual Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 356 hits
Pelakon Sophia Albarakbah tampil membuat laporan polis selepas menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual sejak memenangi kategori Anugerah Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Terhangat Melodi baru baru ini Laporan itu dibuat ke ata...
Buli Asyraf Wajdi Dedah Ada Ibu Bapa Pelajar Dibuang Mrsm Mahu Saman

Buli Asyraf Wajdi Dedah Ada Ibu Bapa Pelajar Dibuang Mrsm Mahu Saman

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 235 hits
Buli Asyraf Wajdi Dedah Ada Ibu Bapa Pelajar Dibuang MRSM Mahu Saman KUALA LUMPUR Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan ada ibu bapa yang anak anak mereka dibuang Maktab Rendah Sains MARA kerana kes buli in...
Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 409 hits
Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli KEMAMAN Enam pelajar sebuah sekolah menengah agama bantuan kerajaan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes pukul dan buli terhadap seorang pelajar lelaki tingkatan tiga...
Biarlah Budak Budak Ayat Ini Mungkin Punca Anak Jadi Kaki Buli

Biarlah Budak Budak Ayat Ini Mungkin Punca Anak Jadi Kaki Buli

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 237 hits
Biarlah budak budak je pun Ayat ini kedengaran biasa malah sering keluar daripada mulut ibu bapa yang menyaksikan gelagat anak mereka menolak merampas mainan atau menjerit tanpa kawalan Tapi tanpa sedar inilah bibit awal yang membentuk sifa...
Farahdhiya Pernah Jadi Mangsa Buli

Farahdhiya Pernah Jadi Mangsa Buli

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 209 hits
Farahdhiya Pernah Jadi Mangsa Buli Memandangkan kebelakangan ini kita kerap mendengar tentang kisah buli termasuklah kisah Allahyarhamah Zara Qairina ramai orang mula membuka mulut menceritakan kisah mereka dibuli ketika waktu persekolahan ...
Protes Ajar Orang Kibar Bendera Tindakan Buli Dap Bidas Pemuda Umno

Protes Ajar Orang Kibar Bendera Tindakan Buli Dap Bidas Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 335 hits
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mengingatkan semua pihak tidak menangguk di air keruh susulan isu kibar Jalur Gemilang terbalik Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata tindakan seperti mengugut mengadakan protes di depan premis pern...
Tindakan Tegas Bakal Diambil Terhadap Pelajar Terlibat Buli Fadhlina

Tindakan Tegas Bakal Diambil Terhadap Pelajar Terlibat Buli Fadhlina

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 353 hits
Tindakan Tegas Bakal Diambil Terhadap Pelajar Terlibat Buli Fadhlina KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan Malaysia menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana mana pelajar yang terlibat dalam salah laku buli dan tindakan tegas akan diamb...
Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 1064 hits
Anak anak kita pergi ke sekolah dengan satu tujuan untuk belajar berkawan dan merasai suasana yang selamat Namun tidak semua pulang dengan senyuman Ada yang kembali dengan hati yang luka Bukan kerana beratnya buku di beg sekolah tetapi kera...
Kes Kematian Zara Qairina Siasatan Kini Fokus Elemen Jenayah Termasuk Buli Inkues Akan Diadakan

Kes Kematian Zara Qairina Siasatan Kini Fokus Elemen Jenayah Termasuk Buli Inkues Akan Diadakan

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 564 hits
KUALA LUMPUR Siasatan kes kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar Sabah yang sebelum ini diklasifikasi sebagai kematian mengejut kini akan menjurus kepada elemen jenayah termasuk kesalaha...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi