Bulan Tenggelam Di Pantai Barat Dan Utara


NOTA PELANCUNGAN 

Satu pose di Bagan Serai.SUASANA cerita dan cakap-cakap selepas penamaan calon berbeza dengan suasana dan cakap-cakap sebelum penamaan calon. Sebelum penamaan calon spekulasi yang dimainkan, siapa bertanding dan siapa lawan siapa. Selepas selesai penamaan calon spekulasi itu tidak timbul lagi.Selepas penamaan calon pilihan raya mula memasuki ke alam realiti. Kita sudah tahu siapa lawan siapa, parti mana berhadapan dengan parti mana, dan kenal lawan masing-masing. Latar belakang, ketokohan, keilmuan calon-calon juga dikenali. Dari sini maka kita dapat membuat ulasan dan perkiraan awal yang lebih realistik mengenai keputusan di sesuatu kawasan.

Begitu juga dengan perjalanan dan rentak kempen. Kempen jadi rancak sebaik selesai penamaan calon. Calon akan aktif berkempen sehingga ketidak cukupan masa. Kempen akan berjalan hingga ke saat-saat akhir tengah malam menjelang hari mengundi 19 November. Logistik pilihan raya seperti bendera parti, poster, signboard dan gambar-gambar berunsur kempen dan gambar wajah calon juga mula dinaikan dan menghiasi suasana menjadikan pilihan raya akan jadi semakin menarik, rancak dan panas. 

Poster Aziz Bari.Dari keadaan ini memberikan kita gambaran atau indikator siapa yang lebih layak, akan disokong atau mendahului dari segi kempen. Kempen memainkan peranan penting dalam pilihan raya. Tanpa kempen bererti seperti tidak ada pilihan raya atau perlawanan. Pilihan raya itu akan jadi sunyi sepi. Dalam sistem berpilihan raya demokrasi kesuksesannya sangat bergantung kepada bentuk kempen dan pemasangan poster dan segala macam alat propaganda. Itu adalah sebahagian daripada jentera pilihan raya.Manakala untuk mengetahui apakah sesuatu kawasan atau calon itu mempunyai kekuatan jentera pilihan raya atau tidak, ia bergantung kepada persiapan di sesuatu kawasan itu. Suasana dalam kawasan itu memberi gambaran dan petunjuk tertentu dan sejauh mana kekuatan jentera pilihan raya berjalan. Misalnya pemasangan bendera, pengedaran risalah, aktiviti kempen, pengaturan ceramah umum dan berkelompok  serta juga pembinaan pos atau pun bilik gerakan, merupakan perkara penting. 
Parti yang mempunyai kekuatan apabila memiliki bilik gerakan yang tersusun, bersistemetik dan berfungsi 24 jam. Senantiasa meriah dan dikunjungi orang ramai. Bilik gerakan adalah saluran kepada sesuatu parti menerima maklumat dan menjadi pengkalan menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Bilik gerakan merupakan pengkalan melancar dan mengaturkan serangan. 


Perjalanan pertama.

Jalan di Kampung Pinji. Sepanjang hari kelmarin 6 -7 November, saya memulakan pelancungan politik saya, untuk meninjau
keadaan pilihan raya dan memerhati suasana awal pilihan raya di beberapa kawasan (parlimen). Perjalanan saya bermula dari Kuala Lumpur menuju ke destinasi Bagan Serai, Perak. Sebelum sampai ke Bagan Serai saya memasuki ke Ipoh Timur menerusi Simpang Pulai. Sempat memerhati keadaan di Gopeng.
Di Ipoh Timur saya memusatkan perhatian di Dun Tebing Tinggi di sini Dr Abdul Aziz Bari bertanding mempertahankan kerusinya. 
Di Kampung Pinji yang merupakan pusat bandar dalam Dun berkenaan, suasana pilihan raya sudah bermula. Bendera dan poster calon sudah mula dipasang. Sepanjang jalan di kiri kanan Kampung Pinji sudah dipenuhi dengan bendera. Paling menonjol ialah bendera berwarna merah kepunyaan PH. Bendera PH lebih banyak berbanding bendera berwarna biru milik BN dan Perikatan Nasional. Di sini 'merah" telah menelan "biru".

Apa yang tergambar disini nampaknya PH mendahuli parti lain. Dengan melihat poster calon sudah dipasang ia menjelaskan PH di sini menyediakan logistik itu awal-awal lagi. Ini juga menunjukkan kecekapan jentera pilihan raya PH di sini

Dari Ipoh saya terus ke Bagan Serai untuk melihat apa yang berlaku di Bagan Serai di sana. Kerusi parlimen Bagan Serai antara kerusi yang dikira hangat dan menjadi tumpuan saya secara peribadi kerana salah seorang calonnya. 
Di sini sang serikandi Siti Aishah Shaik Ismail (PH) diberikan amanah dan tanggungjawab oleh PH untuk merampas kerusi Bagan Serai. Tugas dan tanggungjawab itu penting bagi memastikan jumlah kerusi cukup untuk menjamin Anwar Ibrahim jadi PM. 
Kenapa saya prihatin kepada calon seorang ini, kerana memandangkan beliau seorang wanita gigih yang siap untuk berjuang. Tanpa mengira masalah kewangan dan tanpa kemudahan mewah seperti dimiliki calon-calon parti lain, Aishah sedia ke gelanggang

Kesusahan, kekurangan tampaknya tidak sedikit pun menjadi penghalang dan melemahkan semangatnya. Baginya sebagai wirawati, lemparlah ke hujung tanjung mana beliau akan memikul amanah dengan tabah dan gagah. Beliau menyedari untuk muncul sebagai wira dan pemimpin perlu bermandi peluh dan mengharung lumpur. Bagan Serai bukan kawasan bandar. 
Bagai Serai adalah kubu BN dan Pas sejak kesekian lama. Bagan Serai termasuk dalam bilangan kawasan luar bandar yang cara masyarakatnya berfikir masih belum begitu terbuka. Majoriti rakyat yang hanya mendengar dan menerima masih banyak berbanding dengan yang menilai dan menyelidik sesuatu isu dimainkan secara rasional. Kebanyakan masyarakat di sini petani dan nelayan. 
Kerana demikian kapasiti masyarakatnya ia bukan mudah untuk PH menguasai kawasan berkenaan. Ia memerlukan kesungguhan, kesabaran dan keulitan tinggi memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat di situ. "Batu Karbala" yang ditanam oleh orang Pas kesekian lama kepada masyarakat di situ perlu dipecahkan. Sikap dengar dan taat menjadi satu cabaran besar buat meraih kemenangan.  
Di Sungai Besar, Selangor.Kehebatan Pas kini bergabung dengan Bersatu menjadi Perikatan Nasional (PN) dan BN jelas. Bandar Selinsing ditawan oleh sang biru. Di tempat-tempat strategik sudah dipacak bendera PN dan BN. PN dan BN seperti sedang bertarung di antara satu sama lain dan dalam masa sama menghimpit bendera PH. PH bolehlah dianggap under dog di Bagai Serai.  PH saya kira akan mencuri kesempatan daripada pertarungan kedua lawan dan seterunya. Kerana situasi dan kondisi itu apa yang perlu PH lakukan berwaspada dan mengambil kesempatan sebaik mungkin di atas pertarungan dan perebutan kuasa di dua kawan yang berseteru itu. Jika langkah dan strategi diatur jangan terkejut kalau PH tengah malam 19 November nanti diumumkan menang di Bagan Serai. 
Banner BN di Manjung.Dari Bagan Serai saya memasuki Bukit Gantang untuk menuju ke Manjung. Sebelum ke Manjung melalui Bruas dan menyimpang ke Pantai Remis. Sepanjang jalan dari Bukit Gantang ke Pantai Remis, sang biru menguasai suasana. Hanya sekali sekala ternampak sang merah yang terselit kemalu-maluan. Bruas tidak perlu diceritakan lagi kerana ia seolah-olah kota kebal buat PH menerusi DAP. Kawasan ini tidak mungkin dapat diceroboh mana-mana pihak baik PN maupun BN. Kehadiran mereka di sini untuk mengelakkan PH menang tanpa bertanding sahaja

Suasana agak berbeza di Manjung. Bendera BN hampir merampas seluruh kawasan di sini. Maksudnya warna biru menawan Manjung. Kombinasi bendera PN dan BN menjadikan Manjung bermandikan warna biru menjadikan bandar ini seperti berpesta warna biru. Warna merah, bendera PH masih belum memberi tentangan. 

Melihat kepada kombinasi dua bendera biru ini, PN dan BN, dapat disimpulkan bahawa mereka menyediakan persiapan lebih awal lagi. Sebagai parti kerajaan mereka memiliki beberapa kelebihan dan keistimewaan seperti mengetahui tarikh dan masa untuk berpilihan raya. Kelebihan itu menjadikan mereka membuat persiapan awal. Jadi tidak pelik kalau mengapa Umno gila-gila untuk mengadakan pilihan raya walaupun dimusim tengkujuh.  
Kemunculan bendera biru khasnya BN, juga menguasai sepanjang jalan Lumut - Telok Intan. Hampir semua sembilan jejantas yang merentang di sepanjang Lebuh Raya Pantai (WCE) itu disilangi dengan bendera warna biru, BN dan PN. Ini menguatkan hujah saya bahawa kedua parti ini menyediakan logistik mereka lebih awal. 

Memasuki ke Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang hingga ke Kuala Selangor, biru menguasai kawasan ini. Hanya di Sekinchan kelihatan ada tentangan dan sanggahan daripada PH. Sekinchan adalah kawasan kubu DAP. Kehebatan bendera BN di Tanjung Karang sungguh menyolok mata ia seolah-olah satu manifestasi di atas kegagalan Noh Omar menjadi calon. 

Manjung dibirukan bendera BN.Membuat kesimpulan awal hasil daripada pemusafiran politik saya bersama isteri semalam, menunjukkan BN dan PN lebih bersiap sedia berbanding dengan PH. Ini kerana penentuan masa berada ditangan mereka. 
Kelebihan itu menyebabkan mereka lebih awal bersedia dan menawan kawasan dengan bendera. Tempat-tempat strategik dikuasi mereka. Perang warna sehingga semalam saya istyhar ia dimenangi oleh BN da PN. 
Bagaimana pun suasana akan berubah dalam tempoh dua tiga hari lagi. Semua parti yang mengambil bahagian sedang mempersiapan logistik masing-masing. Apabila gambar cogan (gambar calon) siap nanti ia menjadi makin meriah dan sumringah. 
Semua bentuk bekalan atau peralatan "perang" akan mulai masuk ke kawasan masing-masing dalam tempoh itu dengan pelbagai bentuk lagi. Kemeriahan dan kehangatan perang poster akan bermula. 

Ia menjadi lebih rancak dan realistik lagi apabila poster calon baik berupa kain rentang, atau papan tanda (billboard) akan di pasang. Sepanjang jalan dan kawasan di kiri kanan akan terpampang dengan bilboard atau bersilangan kain rentang, berwarna MERAH dan biru. Kekuatan dua warga gergasi ini dalam pilihan raya ini akan melenyapkan sama sekali warna-warna lain milik parti dalam GTA atau Warisan.
Berbicara mengenai warna, bendera dan simbol parti ini sedikit menyendukan saya, atas ketiadaan bendera hijau putih dan simbol bulan milik Pas. Di negeri-negeri Perak, Selangor dan Kedah kemunculan sang bulan ini tidak seperti menjelang pilihan raya ke-14 lalu. Kalau dahulu Hijau atau Bulan akan menawan sepanjang jalan tetapi tidak kali ini. Kalau ternampak pun hanya bendera hijau yang sopek yang dipasang nun kejauhan dalam keadaan sayu dan pilu. 
Bulan nampaknya tenggelam di pantai barat dan utara dalam pilihan raya kali ini.  [wm.kl.7:46 am 08/11/2022]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/11/bulan-tenggelam-di-pantai-barat-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Cuti Cuti Malaysia Di Fishing Bay Resort Pantai Air Papan Mersing Johor

Pengalaman Cuti Cuti Malaysia Di Fishing Bay Resort Pantai Air Papan Mersing Johor

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 384 hits
Pengalaman Cuti Cuti Malaysia di Fishing Bay Resort Pantai Air Papan Mersing Johor Hi Alhamdulillah masih bernyawa Walau apa pun yang berlaku terus kuatkan semangatnya Kalau penat rehat Ini kisah throwback aku berehat bersama sama dengan ka...
Cek Fakta Video Kuil Hampir Tenggelam Berada Di China Bukan Bogor

Cek Fakta Video Kuil Hampir Tenggelam Berada Di China Bukan Bogor

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 240 hits
Kuil yang tenggelam dalam video itu merupakan kuil yang ada di China bukan di Bogor Kuil tersebut berada di sungai Yangtze dan saat itu volume air sedang tinggi sehingga kuil tampak hampir tenggelam
Dua Kereta Terperangkap Tenggelam Dalam Banjir

Dua Kereta Terperangkap Tenggelam Dalam Banjir

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR Dua buah kereta terperangkap sebelum ditenggelami banjir di Jalan Chan Sow Lin di ibu negara malam ini Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7 52 malam sebelum menghantar jent...
Bayi Ibu Cedera Dihempap Pokok Ru Ketika Berkelah Di Pantai Puteri

Bayi Ibu Cedera Dihempap Pokok Ru Ketika Berkelah Di Pantai Puteri

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 198 hits
MELAKA Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan dan ibunya cedera selepas dihempap sebatang pokok ru yang tumbang ketika berkelah di Pantai Puteri Tanjung Kling dalam kejadian 6 30 petang tadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor ...
Nelayan Pantai Selatan Dukung Gibran Rakabuming Maju Pilgub Jateng

Nelayan Pantai Selatan Dukung Gibran Rakabuming Maju Pilgub Jateng

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 179 hits
Keluarga Besar Nelayan Pantai Selatan menggelar acara Selamatan serta deklarasi mendukung Wali Kota Solo Gibran Rakabuming Raka maju menjadi Calon Gubernur Jawa Tengah pada tahun 2024 mendatang
Musim Memancing Ikan Dukang Di Kg Pantai Kg Baru Penarik Setiu Terengganu

Musim Memancing Ikan Dukang Di Kg Pantai Kg Baru Penarik Setiu Terengganu

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 349 hits
Musim awal hujan November ini merupakan antara musim menarik bagi memancing ikan Dukang atau Kedukang di pantai Kg Baru Penarik Setiu Terengganu Seronok tengok abang abang memancing ikan dukang Sekejap je naik Sekejap je sentak Naik Abang s...
Lbu Rindu Adik Tragedi Lepas Solat Jumaat Adik Asyraff Ditemui Lemas Di Pantai

Lbu Rindu Adik Tragedi Lepas Solat Jumaat Adik Asyraff Ditemui Lemas Di Pantai

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 171 hits
Kanak kanak lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Puteri Tanjung Kling Melaka ditemui di dasar pasir kira kira 30 meter dari pesisiran pantai peranginan itu
Aniaya Wanita Di Spbu Anggota Dprd Palembang Dituntut 7 Bulan Penjara

Aniaya Wanita Di Spbu Anggota Dprd Palembang Dituntut 7 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 172 hits
Jaksa penuntut umum menuntut Syukri Zen dengan hukuman 7 bulan penjara Jaksa menilai anggota DPRD Palembang itu terbukti melakukan penganiayaan terhadap Juwita alias Tata saat antrean di SPBU
Kreator Terbaik Bulan September 2022 Mengalihkan Emosi Secara Produktif

Kreator Terbaik Bulan September 2022 Mengalihkan Emosi Secara Produktif

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 230 hits
Ini dia para kreator dari Hipwee Creator Community yang menjadi kreator terbaik bulan September 2022
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah