Buku Motivasi Bersangka Baik Dengan Tuhan I Recommend To Everyone
Buku Motivasi Bersangka Baik Dengan Tuhan I Recommend To Everyone. Assalamualaikum dan hi semua..Sebenarnya zaza memang pengemar buku motivasi. Masih zaza ingat ketika zaman zaza study dulu..kerap membeli buku motivasi dari beberapa orang penulis kesukaan zaza.
Dan sekarang zaza ada tertarik dengan sebuah buku motivasi baru dari Syira Lokman bertajuk “Bersangka Baik Dengan Tuhan”. zaza memang kenal syira ni masa tahun 2012.. zaman masing-masing tengah aktif dengan blogger sehinggalah sekarang.
Blognya syiralokman.blogspot.com dan merupakan pelajar kaunseling. Bersangka Baik Dengan Tuhan adalah buku ke tiga syira. Sebelum ini pernah menerbitkan Buku Serenity dari Komrad Buku dan Fragile.
Zaza suka dengan buku ini sebab covernya walaupun simple tapi warnanya menarik. Warna purple adalah warna kesukaan zaza selain hijau. Dan setiap helaian buku dicetak dengan cetakan berwarna.
Buku ini diterbitkan oleh Mustread Sdn Bhd dan setebal 157 mukasurat
Bersangka Baik Dengan Tuhan
Bersangka Baik dengan Tuhan adalah buku yang mengimbas semula segala prasangka buruk yang berada di minda dan ruang hati kita. Mungkin banyak persoalan yang sering memakan diri dan tidak menemui jawapan.
Buku Bersangka Baik Dengan Tuhan membawa kepada kita tenyang harapan yang kita adalah hamba yang bertuhan.
Buku ini menceritakan kebaikkan ALLAH SWT kepada hambanya.
****
Ujian atau Cubaan itu akan membawamu semakin DEKAT kepada ALLAH SWT atau MENJAUHKAN kamu daripada ALLAH SWT. Pilihan ada di TANGAN KAMU – Boona Mohammed
Itulah bait-bait kata pembuka bicara buku ini.
Mungkin ada dikalangan kita sering berasa dunia ini tidak adil. Ya..sama juga seperti zaza sendiri sering berasa begitu. Selalu berasa kenapa banyak sangat dugaan yang menimpa, kenapa terjadi pada diriku..kenapa hidup ku begini dan mereka hidup sempurna?
Sebenarnya setiap orang mempunyai ujian masing-masing. Cuma cara kita je bagaimana kita menghadapi ujian tersebut.
Bila baca buku ini, ia seolah memang dekat dengan diri zaza. Penulis juga bijak dalam menceritakan situasi yang dihadapi dan bagaimana penulis menghuraikan kembali persoalan-persoalan yang kerap berada dalam minda kita.
Misalnya bermula dengan tajuk “Allah Tidak Adil” Benarlah hidup ini tidak adil, penat. Susah. Dahulu selalu rasa tak sabar nak tamat belajar. Boleh kerja. Ada duit dan beli apa saja. Angan-angan nak keluar negara. Berjalan sana sini dengan rakan dan keluarga Nampak saja barangan cantic dan baru pasti mahu dibeli Nampak makanan sedap dan harum ingin sahaja dirasai Tapi itu cuma mimpi yang belum pasti..
Ketika ini, Rakanku yang lain sudah bekerja Ada yang telah berkahwin, Ada juga telah memiliki kereta dan rumah
Aku masih mencari hala tuju hidup Kerja tetapi tidak tahu arah Nak kahwin tetapi belum ada calon Nak beli kereta gaji pun tak seberapa Nak beli rumah alahai duit pun cukup-cukup makan saja Aku dah berusaha mencari kerja tetap bertahun lamanya tetapi masih tidak ada yang berjaya…
****
Tentu ramai dikalangan kita yang merasai situasi sebegini bukan?
Oleh itu penulis menerangkan kembali kepada kita perihal rezeki.
Perihal rezeki sering kali dipersoalkan sedangkan kita tahu segalanya sudah Allah SWT tentukan. Hati kita yang masih lemah dan sering bimbang dengan rezeki kita.
“ Mana rezeki aku hari ini?’ “ Bila aku nak dapat hidup senang seperti orang lain?”
Maka disinilah penulis menjelaskan setiap persoalan tersebut. Dan disinilah kita akan mula berfikir kembali.
Bagi zaza buku ini memang antara buku terbaik dan sesuai dijadikan bahan bacaan remaja hingga orang tua yang masih mencari hala tuju kehidupan.
Dalam buku ini juga turut diselitkan kata-kata yang terdapat di dalam surah seperti
"Sesungguhnya ALLAH SWT tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” ( Surah Ar – Rad 13: ayat 11 )
“Kami beriman” sedang mereka tidak diuji ( dengan sesuatu dugaan )? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka ( dengan ujian yang demikian ) nyata apa yang diketahui ALLAH SWT tentang orang-orang yang benar-benar beriman dan nyata pula apa yang dketahui-NYA akan orang-orang yang berdusta” ( Surah Al-Ankabut 29 : ayat 2-3 )
Begitu juga terdapat mutiara kata :
Bahagia dan ketenangan itu apa yang kita benar-benar rasa dalam jiwa,
Bukan daripada senyuman serta tawa yang kita tunjukkan di alam maya
Sesuatu yang bermula dengan penipuan tidak akan ada keberkatan di dalamnya, Jujurlah jika mahu bahagia,
Niat tidak menghalalkan cara, Menipu bukan sahaja buat manusia tidak lagi percaya tetapi ALLAH SWT juga murka.
Zaza sangat rekemenkan pada semua orang untuk membaca buku ini. Mudah-mudahan ia membantu anda membina semangat yang baru.
Nak dicerita kan semua panjang lebar. Jadi lebih baik jika anda mendapatkan terus buku ini. Dijual pada harga RM23 senaskah untuk semenanjung dan RM26 senaskah bagi Sabah dan Sarawak.
Boleh didapati di kedai buku seperti POPULAR, MPH dan semua rangkaian kedai buku seluruh Malaysia. Boleh juga membeli secara online melalui web rasmi Must Read atau whatsapp 011 1172 7476
Instagram Penulis : www.instagram.com/syira_lokman
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2020/01/buku-motivasi-bersangka-baik-dengan.html