Buku Buku Kehidupan
Tengah mental lagi 🤣🤣🤣
Tapi bila fikir balik, hmmm sebenarnya kan, dalam apa-apa relationship or friendship, benda yang aku takut bukanlah perpisahan sebenarnya tetapi lebih kepada regret
Regret dengan benda yang aku pilih or buat dan bukan regret dengan tindakan or response orang terhadap aku (benda ni mana ko boleh control kan)
So, selalunya aku akan treat friendship or relationship tu ibarat macam sebuah buku
Setiap orang ada buku masing-masing
Bezanya, ada orang, di pool kan dalam satu buku (kawan berkumpulan)
Ada yang special, dalam buku tu dia sorang je
Ade jenis buku, suddenly termuncul dan dah ada cerita di dalamnya, tanpa di sedari, kau hanya sedar buku ni muncul lepas kau ketawa berdekah-dekah bila reunion dengan kawan-kawan 🤣🤣🤣
Contoh macam kisah di sekolah. Kau boleh ulang-ulang cerita yang sama dan kawan-kawan kau akan gelak guling-guling. Dan yang pasti, musuh ketat pon semua ada dalam buku tu. Masa tu baru kau tahu, hidup kau penuh warna warni, drama bangang, cikgu disiplin yg suka cari pasal dan sebagainya
Buku macam ni auto wujud
Contoh lain buku auto wujud, macam kau dan besfren kau. Yang ntah bila kau decide dia tu jadi besfren ko. Tiba-tiba dah 10 tahun baru ko sedar. Haah la, sejak dari zaman universiti, kau keluar dengan dia walaupon berlainan universiti. Tapi reason ko keluar, bukan sebab dia besfren, tapi masa tu, bila ko free, ko ajak dia keluar, dia pula memang free
So, bila dah besar, ko recall, eh, kita ni memang sejak lepas SPM keluar bersama, tapi mungkin setahun, 2 kali je keluar. Contact pon bukan hari-hari, tapi kau tau je ape jadi dalam hidup dia dan dia pon tau je apa jadi dengan hidup ko tanpa perlu update hari-hari
Buku yang tetiba wujud ni, aku panggil buku kehidupan
Buku zaman persekolahan, childhood - buku auto wujud, tak boleh di edit, hanya boleh dibaca di masa lapang
Ada orang, boleh baca dan gelak-gelak sebab samada childhoodnya best ataupon dia telah menjadi the best version disebabkan pengalaman hidup itu
Ada orang, masih holding on dengan peristiwa zaman kecil dan tak boleh move on sebab terlalu traumatic dan menyebabkan dia menjadi the worst version dalam hidup dia
Alhamdulillah, untuk aku, aku pilih untuk baca dan gelak sebab nobody is perfect. Aku memaafkan je semua orang dalam buku kehidupan yang tidak boleh di edit itu dan aku boleh kembali membaca ulang-ulang kisah kehidupan buku yang tidak boleh di edit itu
Kebanyakkan buku aku, adalah yang jenis auto wujud, spontaneous dan sentiasa mukasurat kosong akan di tambah untuk next next cerita dan adventure akan datang
Aku open kepada all possibilities sebab nanti aku suka membaca kembali kisah-kisah merepek dan merapu dalam buku tu 🤣🤣🤣 dan akan banyak character dalam buku aku. Seronok
Mungkin itu salah satu sebab kenapa aku suka snap gambar dan upload. Sebab setiap moment tu aku memang suka ingat dan simpan, tak kisah la sedih ke gembira, memang aku suka
Maka, dalam “Imaginary rak buku” aku, memang banyak sangat buku-buku, sebab tu aku banyak pengalaman dan boleh memberi kata-kata semangat kepada ramai orang sebab “saya banyak buat benda bodoh pada zaman dulu dik”, so saya memang pandai dan kehidupan saya memang dah macam rainbow
Sebab? Sebab aku memang sentiasa buat benda merepek yang korang takut nak try sebab risau apa orang kata 🤣🤣🤣
Dalam perkahwinan pon sama, aku buku satu buku khas, endless possibility, penuh dengan gelak ketawa, ada juga pengalaman ntah hapa-hapa, awal-awal dulu, aku yang ntah hapa-hapa perangai, tapi pasangan hadap je tanpa rasa perlu ubah, bila dah lama sikit, aku makin ok, so aku pula kena hadap perangai dia 🤣🤣🤣
So, takpe la, tak kisah, yang penting, dua-dua bergerak ke arah yang sama, parallel or continous line pon takpe, asalkan menuju ke arah yang sama, berdua. Walaupon kengkadang ntah hapa-hapa je terjadi 🤣🤣🤣
Its OK, that is life. Asalkan buku sentiasa terbuka, dan continous sheet sentiasa ada untuk menulis kisah-kisah yang akan datang. Buku akan continue atau terbuka, mana la nak tau kan. Sama macam buku-buku kehidupan yang lain
The only buku tertutup adalah childhood dan zaman belajar/persekolahan, sebab kau dah tak sekolah, opkos la dah tertutup 🤣🤣🤣
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kipasbesi.blogspot.com/2023/12/buku-buku-kehidupan-part-1.html