25 643 Terlibat Aktiviti Judi Ditangkap Dalam Op Dadu Bukit Aman


Oleh UtusanTV
SEBANYAK 25,643 individu ditangkap dalam 17,382 serbuan berkaitan aktiviti perjudian di seluruh negara yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Dadu sejak awal tahun ini sehingga 31 Oktober lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, hasil daripada serbuan yang dijalankan, polis turut merampas 18,038 unit komputer, komputer riba dan telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM8,297,213.
Datuk Seri Abd. Jalil Hassan. – GAMBAR: Abd Razak Aid “Serbuan loteri awam tanpa lesen adalah penyumbang tertinggi kepada jumlah serbuan iaitu sebanyak 9,561, diikuti judi dalam talian (6,321), catit taruh (535), judi dalam bangunan (407), judi luar bangunan (294) dan ‘calling center’ (264).
“Bagi tahun lalu, sebanyak 15,958 serbuan dengan tangkapan seramai 26,656 orang dilakukan.
“Polis turut merampas sebanyak 25,098 unit komputer, komputer riba dan telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM9,201,631 dirampas,” katanya ketika sidang media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini, memetik laporan BH Online.
Beliau berkata, bagi statistik serbuan pada tahun lalu turut mencatatkan loteri awam tanpa lesen adalah penyumbang tertinggi kepada jumlah serbuan iaitu sebanyak 8,324 diikuti judi dalam talian (6,350), judi dalam bangunan (408), judi luar bangunan (400), ‘calling center’ (264) dan catit taruh (275).

“Bagi jumlah pertuduhan kes perjudian pula sebanyak 15,958 kertas siasatan dibuka dan 7,632 bersamaan 47 peratus kertas siasatan berjaya dituduh di mahkamah pada tahun lalu.
“Bagi tahun ini, jumlah berkenaan meningkat iaitu sebanyak 17,382 kertas siasatan dibuka dan 8,362 bersamaan 48 kertas siasatan berjaya dituduh,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Abd Jalil berkata, sebanyak 161 operator perjudian berlesen dilesenkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
“Pemantauan berterusan dibuat bagi memastikan tiada pelanggaran syarat-syarat lesen.
“Kita lihat tiada penambahan premis judi berlesen dan tiada penambahan lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia,” katanya. – Agensi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/25643-terlibat-aktiviti-judi-ditangkap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukit Aman Verifying With Jais On Nur Sajat S Molest And Assault Claims

Bukit Aman Verifying With Jais On Nur Sajat S Molest And Assault Claims

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 283 hits
The police are checking with the Selangor Islamic Religious Department to ascertain the veracity of Nur Sajat Kamaruzzaman s claim that she was assaulted and molested by Jais officers We are still seeking verification from the religious dep...
Berkelah Di Lata Keding Bukit Kudung Air Jernih Dan Cetek Sekeding Nama Lata

Berkelah Di Lata Keding Bukit Kudung Air Jernih Dan Cetek Sekeding Nama Lata

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 439 hits
Assalamualaikum Bila dapat rentas negeri mula mula sekali pergi tengok mak dan abah di Pahang 2 minggu kemudian kami terus shoot ke Kelantan untuk jumpa ma dan abah pula Ambil cuti 9 hari terus Memang betul betul kami spend time bercuti rel...
Kepala Air Bukit Wang 2 Pengunjung Terperangkap

Kepala Air Bukit Wang 2 Pengunjung Terperangkap

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 477 hits
Kepala air Bukit Wang 2 pengunjung terperangkap JITRA Dua pengunjung lelaki terperangkap dalam kejadian kepala air di Hutan Lipur Bukit Wang di sini petang tadi Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu Kapten Mohd Adenin Suhaimi ...
Prn Melaka Perkembangan Di Ppc Bukit Katil Hang Tuah Jaya

Prn Melaka Perkembangan Di Ppc Bukit Katil Hang Tuah Jaya

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 258 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
16 Pendaki Ditahan Ceroboh Hutan Bukit Kutu

16 Pendaki Ditahan Ceroboh Hutan Bukit Kutu

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 284 hits
16 pendaki ditahan ceroboh Hutan Bukit Kutu Tindakan 16 pendaki memasuki hutan simpan tanpa permit sah di Hutan Simpanan Kekal Bukit Kutu Hulu Selangor memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa semalam Penahanan kesemua individu berusia 3...
Jj Raj Hero Bukit Kepong Meninggal Dunia

Jj Raj Hero Bukit Kepong Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR Bekas Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia Tan Sri JJ Raj Jr meninggal dunia di Pusat Perubatan Ara Damansara Petaling Jaya awal pagi tadi
Soroti Anjing Yang Mati Usai Ditangkap Satpol Pp Di Aceh Singkil Sherina Munaf Sakit

Soroti Anjing Yang Mati Usai Ditangkap Satpol Pp Di Aceh Singkil Sherina Munaf Sakit

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 307 hits
Anjing bernama Canon tersebut dievakuasi dari kawasan wisata halal oleh Satpol PP Namun proses itu pada akhirnya membuat Canon meregang nyawa
Pelaku Pembunuhan Dengan Penggal Kepala Warga Lembata Ditangkap Polisi

Pelaku Pembunuhan Dengan Penggal Kepala Warga Lembata Ditangkap Polisi

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 231 hits
Pelaku kini telah diamankan di Mako Polres Lembata dan langsung diperiksa penyidik unit Pidum Satuan Reskrim Polres Lembata
Polis Sesb Potong Bekalan Elektrik 14 Premis Judi Haram Di Labuan

Polis Sesb Potong Bekalan Elektrik 14 Premis Judi Haram Di Labuan

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 193 hits
Ketua Polis Labuan Ahmad Jawila berkata kerjasama dengan SESB itu sebahagian daripada operasi berterusan polis untuk membanteras kegiatan perjudian haram di seluruh Labuan 14 premis judi haram dipotong bekalan elektrik LABUAN Polis Labuan d...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga