Bukit Gondol Sungai Keruh
Harian Metro, halaman 22, Khamis, 3 September 2009
Setempat
Kerja korek Bukit Batu Putih membimbangkan penduduk >>Oleh Noor Hastikah Hassan
NIBONG TEBAL: Lebih 150 keluarga di Taman Relau Indah, Sungai Bakap, berdepan risiko kejadian tanah runtuh berikutan kerja mengorek dan menarah Bukit Batu Putih berhampiran kawasan perumahan mereka yang dimulakan sejak dua bulan lalu.
Lebih membimbangkan, keadaan bukit itu yang terdedah luas dikhuatiri akan mengundang bahaya, terutama ketika musim hujan selain turut menyebabkan pencemaran alam sekitar di kawasan berhampiran.
Penduduk, Ekhlass Ibrahim, 43, berkata kerja mengorek dan menarah bukit itu menvebabkan sungai berhampiran yang dulunya bersih dan jernih kini mcniadi keruh.
Katanya, sebelum ini penduduk taman itu menggunakan air sungai berkenaan untuk mandi dan minum jika bekalan air terputus akibat tekanan air rcndah.
"Tekanan air di kawasan taman ini rendah mungkin kerana enjin pam di Loji Air Serdang rosak menyebabkan kami sering ketiadaan air."
"Sebagai altematif kami gunakan air sungai berhampiran. Tetapi, selepas kerja mengorek dan menarah bukit berhampiran dilakukan, kami tidak lagi boleh menggunakan air sungai untuk minum dan mandi kerana keruh," katanya.
Ekhlass berkata, dia sudah menghubungi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengenai kerja mengorek dan menarah bukit berkenaan, tetapi dimaklumkan JAS kerja terbabit mendapat kelulusan agensi berkaitan.
Rakannya, Mohd Shariffuddin Mohd Tahir, 43, berkata setiap hari hampir 1,000 kali lori keluar masuk ke kawasan itu mengangkut tanah yang dibawa ke Parit Buntar, Perak. Menurutnya, walaupun lori terbabit tidak menggunakan jalan di kawasan taman itu untuk keluar masuk mengangkut tanah, dia tetap khuatir ia menyebabkan pencemaran udara ekoran debu merah beterbangan sehingga ke kawasan perumahan mereka.
Ahmad Yani Saad, 42, pula berkata dia menyambut baik setiap pembangunan yang ingin dijalankan, tetapi berharap agar ia dilakukan secara terancang agar tidak menyusahkan orang rarnai.
"Kami tidak berniat menghalang pembangunan demi kehidupan selesa pada masa depan tetapi berharap kerja yang dilakukan itu tidak akan menjejaskan kehidupan seharian penduduk setempat," katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2009/09/bukit-gondol-sungai-keruh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29