Bukit Gambang Resort City Dan Mcdonald S Ceriakan 60 Pelajar Tahfiz Al Hidayah Ad Diniah Bukit Goh Dengan Program Amal



Berpeluang mengikuti percutian santai bersama keluarga tercinta serta 61 orang pelajar tahfiz di Bukit Gambang Resort City pada hari Rabu yang lalu, merupakan pengalaman istimewa yang pasti tidak akan saya lupakan. Program amal hasil anjuran bersama oleh Bukit Gambang Resort City dan McDonald's Malaysia serta dibantu oleh team Blogger Pantai Timur ini merupakan program yang julung kali diadakan dan berjaya mencipta kenangan di hati para pelajar daripada Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampungan Bukit Goh yang mengikutinya.


Ketibaan 2 buah bas yang membawa para pelajar dan guru pengiring seawal jam 9.30 pagi disambut mesra oleh kakitangan Bukit Gambang Water Park. Dapat dilihat di setiap wajah yang melangkah turun daripada pintu bas, terselit senyuman kegembiraan serta diselangi dengan gelak tawa riang yang jelas menunjukkan perasaan teruja mereka. Siapa yang tidak teruja jika dapat menghabiskan masa di salah sebuah taman tema air popular di Malaysia kan? Jumlah keseluruhan pelajar dan guru yang mengikuti program ini adalah seramai 74 orang termasuk tambahan 5 orang wakil daripada team Blogger Pantai Timur (#teambpt).


Bukit Gambang Resort City

Sebelum masuk ke dalam water park, para pelajar dan guru dipakaikan tiket wristband oleh kakitangan. Harga tiket masuk adalah RM33 bagi dewasa dan RM23 bagi kanak-kanak dan warga emas. Terdapat juga beberapa pelajar membeli alatan keperluan mandi terlebih dahulu di kedai yang terdapat di pintu masuk. Perkara pertama yang kami lakukan sebaik sahaja masuk ke dalam adalah menuju ke tempat sewaan pelampung (tube) bagi urusan sewaan 2 buah cabana dan 20 biji double tube. Wajah teruja setiap pelajar dapat dilihat saat membawa tube masing-masing ke cabana.




→ Sistem E-Value

 Di Bukit Gambang Resort City, sistem e-value digunakan bagi setiap urusan sewaan dan pembelian barangan. Sebarang pembayaran menggunakan wang tunai adalah tidak diterima. Pelawat boleh membuat tambah nilai e-value di kaunter yang disediakan dan semasa pembayaran, pelawat hanya perlu menunjukkan tiket wristband untuk di scan. Jumlah belian akan ditolak terus ke dalam akaun e-value pelawat dan baki e-value yang tidak habis digunakan boleh ditebus kembali di pintu keluar dalam bentuk wang tunai. 

Sistem e-value ini memudahkan pelawat untuk membuat bayaran secara cashless. Pelawat tidak perlu risau kemungkinan wang hilang ketika bermandi-manda atau masalah sukar membawa dompet. Dengan e-value wristband, wang akan disimpan dengan baik serta jaminan pulangan baki wang. E-value boleh digunakan bagi tempahan tube, locker, cabana, makanan dan barangan di kedai cenderahati


→ Sub-Bahagian Water Park

Selesai membuat bayaran, kami bergerak ke cabana yang telah disewa dan mula bersiap untuk mandi-manda. Yang paling teruja tentulah para pelajar kerana belum sempat duduk, mereka telah siap melayang ke dalam kolam. Macam-macam aksi dan gaya yang dapat dilihat termasuk mendengar lontaran suara jeritan kegembiraan di sana sini. Daripada satu lokasi ke satu lokasi mereka bermain tanpa lelah. Ekspresi muka usah ditanya, semua super excited dan bergelak riang. Gembira saya melihat telatah para pelajar, malahan siap ada aksi lawak yang sempat saya lihat :D


Terdapat lapan bahagian kecil di dalam water park ini yang mempunyai ciri-ciri berbeza antara satu sama lain bagi menambahkan lagi pengalaman bermain air di Bukit Gambang Water Park. Antara sub-bahagian tersebut adalah:


1. Cabana Coco Beach (wave pool)
2. Penguin Island - Glacier River, Aqua Play, Kids Splash Pool and Slides
3. Tree Top Hill Slides - 6-Lane Racer, Family Raft Ride, Crystal, Galaxy and Canopy Slides


Ingin berbaring di bawah terik matahari ala mat saleh? Cabana Coco Beach adalah tempat yang sesuai. Dikelilingi dengan cabana, pantai buatan ini menghasilkan ombak buatan yang akan berlaku setiap selang masa tertentu dan siren amaran akan dibunyikan sebelum gelombang ombak dipasang. Berbaring di atas pelampung dan nikmati perasaan bagai dialun oleh gelombang ombak di pantai. Yang penting, anda tidak akan dihanyutkan ke tengah dan usah bimbang jika hanyut, anda masih di Gambang Water Park!



Penguin Island merupakan tempat yang paling sesuai untuk kanak-kanak. Curahan air dari mulut ikan di Aqua Play pasti mengujakan. Jika ingin bersantai, mereka boleh menyelusuri perjalanan sepanjang Glacier River menggunakan pelampung. Kemudahan slides untuk kanak-kanak juga turut disediakan.





Antara tempat yang paling mencabar dan menyeronokkan kegemaran saya adalah di Tree Top Hills Slides. Tidak lengkap sekiranya datang ke Gambang Water Park tanpa masuk ke bahagian ini. Namun jika tidak mencapai ketinggian lebih daripada 110cm dengan berat di bawah 80kg, maka pengalaman terbang di 6-Lane Racer terpaksa dibatalkan. Jika berdegil, mungkin anda akan dapat rasai pengalaman terbang dan terhentak di slide yang boleh menyakitkan tubuh badan. Berani ke?


Tak mengapa jika tidak boleh masuk ke 6-Lane Racer, anda masih boleh menaiki Family Raft Ride yang mampu memuatkan 6 orang di dalam satu raft. Berpusing dalam terowong terpanjang di Malaysia sambil menjerit sepuas hati pasti melegakan. Dan jika anda datang berpasangan, apa kata nikmati perjalanan gelap dalam Canopy dan Galaxy Slides untuk pengalaman mencabar. Namun, anda harus mencapai ketinggian 110cm ke atas untuk masuk ke bahagian ini.


→ Tempat Makan di Water Park

Setelah penat bermain, perut mula menyanyikan lagu merdu. Jadi saya mengalas perut di Pizza Time sementara menanti waktu makan tengahari. Para pelajar juga telah diperuntukan oleh pihak sekolah dengan wang saku masing-masing untuk membeli makanan yang terdapat di dalam water park. Terdapat dua buah kedai yang boleh diserbu sekiranya perut mula berkeroncong iaitu di Pizza Time yang menyediakan pelbagai jenis menu pizza yang lazat dan terbaik, serta di Penguin Express yang menyediakan makanan berat seperti nasi.


Antara perkara yang tidak boleh dilakukan di sini ialah membawa masuk makanan luar ke dalam kawasan water park. Ketika melalui pintu masuk ke dalam water park, setiap beg yang ingin dibawa masuk akan digeledah oleh kakitangan bagi memastikan tiada makanan di bawa masuk. Sempat jugalah saya tengok beberapa bungkusan makanan yang tersadai di pintu masuk tidak berjaya diseludup. Jadi ingat ya, makanan luar adalah tidak dibenarkan di bawa masuk.


Kejutan Happy Meal oleh McDonald's

Lebih kurang jam 1.30 tengahari, kebanyakan pelajar telah mula kepenatan dan hanya menghabiskan masa bermain air di Cabana Coco Beach kerana persekitarannya yang lebih santai dan terbuka. Berbaring di atas double tube sambil diulit dengan alunan ombak memukul dinding pelampung menghasilkan perasaan tenang dan rileks. Walaubagaimanapun, pancaran matahari terik memaksa sesetengah pelajar dan guru berteduh di bawah cabana bagi mengelakkan panahan mentari yang boleh menyebabkan sunburn :P


Pada ketika ini, saya telah mula bersiap menukar baju di bilik persalinan bagi membuat persediaan menyusun set Happy Meal daripada McDonald's yang bakal tiba tidak lama lagi. Ini merupakan kejutan buat para pelajar kerana mereka tidak dimaklumkan akan menerima set makanan happy Meal. Seorang wakil blogger iaitu Husniey, telah siap mengambil bekalan Happy Meal daripada McDonald's Jalan Gambang untuk diberikan kepada pelajar tahfiz. Jadi tugas saya seterusnya adalah menguruskan pemberian Happy Meal bersama dengan kakitangan yang lain.





Terukir senyuman di wajah setiap pelajar sebaik melangkah keluar daripada water park dan melihat Happy Meal sedia terhidang di atas meja. Tambah mengujakan apabila seekor maskot singa juga turut berada di situ untuk memeriahkan majlis. Setiap pelajar menerima Happy Meal masing-masing sebagai bekalan dalam perjalanan pulang ke sekolah. Program berakhir jam 3.30 petang dan saya meneruskan misi untuk merehatkan badan di Arabian Bay Resort pula :D


Semoga adik-adik tahfiz daripada Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampung Bukit Goh gembira dengan program yang telah dijalankan dan belajar rajin-rajin. Ucapan terima kasih buat guru pengiring yang banyak membantu iaitu Ustazah Atikah dan Ustaz Saiful serta tidak lupa juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada wakil daripada Bukit Gambang Resort City iaitu Cik Atiqah selaku marketing team yang setia melayani kerenah kami sepanjang program berlangsung. Jika terdapat sebarang kekurangan daripada pihak Blogger Pantai Timur, mohon maaf dipinta.


Program di Sponsor Oleh

Ucapan terima kasih tidak terhingga buat pihak yang telah menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program ini. Semoga perniagaan terus maju jaya dan berkembang buat :

Bukit Gambang Resort City
Laman web : https://bgrc.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/BukitGambangResortCity/

McDonald's Malaysia
Laman web : https://www.mcdonalds.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/My.McDonalds/


Serta tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Sis Awadah selaku founder Blogger Pantai Timur yang telah memberi saya peluang untuk menyertai program ini. Untuk sebarang sebarang program tajaan seumpama ini pada masa akan datang, boleh berhubung secara langsung dengan :

Blogger Pantai Timur
Laman web Official : http://www.bloggerpantaitimur.com/
Laman web Founder : https://www.sishawa.com/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2018/11/bukit-gambang-resort-city-dan-mcdonalds-ceriakan-60-pelajar-tahfiz-alhidayah-addiniah-bukit-goh-dengan-program-amal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arabian Bay Resort Penginapan Selesa Bagi Percutian Di Bukit Gambang Resort City

Arabian Bay Resort Penginapan Selesa Bagi Percutian Di Bukit Gambang Resort City

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 637 hits
Sebaik selesai program amal saya seterusnya menyambung perjalanan menuju ke Arabian Bay Resort bagi merehatkan diri setelah hampir seharian menghabiskan masa di Bukit Gambang Water Park Tidak perlu menggunakan maps Arabian Bay Resort terlet...
China Bina Rm8 Bil Resort Di Labuan Forest City Jual Negara

China Bina Rm8 Bil Resort Di Labuan Forest City Jual Negara

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 638 hits
Dr Mahathir Persoalkan Kedaulatan Negara Yang Di Jual Kepada Warga Asing Atas Aset Berstatus Strata Sebelum Berkuasa Pada 20hb Januari 2017 Dr Mahathir telah menulis didalam blognya chedet cc sebuah artikel bertajuk Dr Mahathir telah menuli...
Bukit Merah Laketown Resort Here I Come

Bukit Merah Laketown Resort Here I Come

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 912 hits
Assalamualaikum semua Hangpa pernah p Bukit Merah Laketown Resort tak Bagi yang pernah best kan Entri aku kali ni aku nak share sikit dengan hangpa yang tak pernah p tu Untuk pengetahuan hangpa Bukit Merah ni terletak di Semanggol Perak Dek...
Pelajar Tahfiz Perlu Diberi Perlindungan Sewajarnya Dr Maszlee

Pelajar Tahfiz Perlu Diberi Perlindungan Sewajarnya Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 379 hits
Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula garis panduan menyelia dan mengendalikan pusat pusat tahfiz di seluruh negara agar diperketatkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik akan mengadakan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana ...
Kolam Renang Bukit Beruntung Golf Country Resort

Kolam Renang Bukit Beruntung Golf Country Resort

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 1419 hits
Beriadah bersama keluarga sememangnya aktiviti yang menarik dan aktiviti yang dapat mengeratkan lagi sillaturrahim sesame keluarga Baru baru ini Cik iena dan keluarga serta adek beradik mak dan anak cucu mereka beriadah bersama sama di Kola...
Golkar Sebut Politik Genderuwo Muncul Karena Tak Ada Ide Dan Program

Golkar Sebut Politik Genderuwo Muncul Karena Tak Ada Ide Dan Program

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 240 hits
Golkar Sebut Politik Genderuwo Muncul Karena Tak ada Ide dan Program Menurutnya percuma saja lawan politik Jokowi pakai cara nakut nakuti seperti itu Mekeng yakin rakyat sudah cerdas dan tidak bisa dibodohi
Ibas Sebut Jokowi Lanjutkan Program Pendidikan Gratis Era Sby

Ibas Sebut Jokowi Lanjutkan Program Pendidikan Gratis Era Sby

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 188 hits
Ibas berjanji mengawal kebijakan pendidikan gratis terutama yang berlangsung di kampung halamannya Pacitan
Timses Jokowi Tim Ekonomi Prabowo Lemah Cuma Kritik Tapi Sulit Bikin Program

Timses Jokowi Tim Ekonomi Prabowo Lemah Cuma Kritik Tapi Sulit Bikin Program

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 225 hits
Irma mengamini penilaian Mega bahwa faktanya rakyat bertanya tanya soal program Prabowo Sandi Faktanya di lapangan menurutnya kubu Prabowo hanya mengkritik dan menyampaikan narasi terkait program namun minim implementasi
Psi Anggap Kritikan Sby Dan Mega Soal Program Seperti Tamparan Untuk Prabowo

Psi Anggap Kritikan Sby Dan Mega Soal Program Seperti Tamparan Untuk Prabowo

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 226 hits
Menurut dia Prabowo harus segera mendengar kritikan kedua tokoh tersebut Karena apa yang disampaikan baik Megawati maupun SBY adalah masukan untuk demokrasi yang lebih baik
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi