Arabian Bay Resort Penginapan Selesa Bagi Percutian Di Bukit Gambang Resort City



Sebaik selesai program amal >> Bukit Gambang Resort City dan McDonald's menceriakan 60 orang pelajar tahfiz, saya seterusnya menyambung perjalanan menuju ke Arabian Bay Resort bagi merehatkan diri setelah hampir seharian menghabiskan masa di Bukit Gambang Water Park. 
Tidak perlu menggunakan maps, Arabian Bay Resort terletak di dalam kawasan Bukit Gambang Resort City yang berhampiran dengan pintu masuk. Terdapat dua jenis penginapan yang boleh dipilih sekiranya bercuti di sini iaitu Carribean Bay Resort dan Arabian Bay Resort. Kali ini saya berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di Arabian Bay Resort sambil menikmati suasana santai di sini.


Berjarak hanya 300m daripada Gambang Water Park serta 27km daripada pusat bandar Kuantan, pengunjung boleh menaiki shuttle bas secara percuma untuk pergi ke sekitar taman yang terdapat di dalam Bukit Gambang Resort City. Sekiranya pengunjung memerlukan perkhidmatan shuttle menuju ke lapangan terbang yang berjarak 25km daripada resort, usah bimbang kerana pengunjung boleh dapatkannya secara berbayar di kaunter hotel.

Suite Dua Bilik
Saya tiba di kaunter hotel pada anggaran jam 4 petang untuk urusan check-in sambil ditemani oleh suami, anak serta Cik Atiqah selaku orang kuat bagi program amal. Kami diberi satu suite yang mengandungi 2 bilik di dalamnya.


Tanpa melengahkan masa, kami bergerak ke suite bernombor 2104 dengan menggunakan lif setelah selesai urusan pendaftaran. Suite ini boleh memuatkan dua keluarga serta dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan dan balkoni berasingan di luar bilik. Saya berkongsi suite dengan blogger >> Husniey. Disebabkan Husniey masih belum mendaftar masuk, jadi saya ambil kesempatan untuk snap seberapa banyak gambar yang boleh.


Bilik yang luas serta dilengkapi dengan dua buah katil, TV dan bilik air serta penghawa dingin di dalam bilik memberi keselesaan buat kami sekeluarga. Selain sejadah, keperluan tambahan yang lain seperti cerek air, peti ais mini dan minuman segera 3-in-1 juga turut disediakan di pantry kecil yang terdapat di tepi pintu masuk.


Terasa amat selesa sebaik badan yang kepenatan menyentuh tilam ditambah pula suasana sejuk diselubungi kesejukan pendingin hawa. Suami tidak melepaskan peluang membilas badan di pancuran air panas walaupun kami baru pulang daripada bermain air di water park tadi. Saiz bilik yang luas iaitu 40 m₂ membolehkan Ameera bebas bermain dengan gembira sementara Auni pula berselimut di atas katil sambil menonton siaran TV

Arabian Coffee House
Waktu makan malam bermula jam 6.30 petang sehingga jam 10.30 malam dan hidangan adalah secara bufet. Sebaik selesai membersihkan diri dan solat, kami menuju ke ruang makan yang terdapat bersebelahan lobi hotel iaitu di Arabian Coffee House.


Ketibaan kami disambut dengan pelbagai jenis lauk pauk dan hidangan yang istimewa dan menarik. Rambang mata dibuatnya. Pelbagai pilihan makanan dengan pemanis mulut yang comel berjaya membuat saya hilang ingatan seketika tentang diet.


Nasi putih, lauk ikan salmon goreng dan ayam masak kicap meenjadi pembuka selera buat suami, ditambah pula dengan sayur cendawan campur menyebabkan beliau mengambil pula lauk tambahan akibat tidak cukup. Pilihan saya tentulah deretan pencuci mulut yang berwarna warni dan dipenuhi coklat. Pilihan Auni dan Ameera pula buah-buahan segar dan kepingan coklat daripada pencuci mulut yang saya makan.


Pilihan makanan yang banyak dengan rasa yang sedap menyebabkan kami tersadai di coffee house selama hampir dua jam. Jika tidak disebabkan ruang usus yang telah penuh, pasti kami akan masih berada di coffee house dalam jangka masa yang lebih lama sambil menikmati juadah makan malam yang terbaik! Aktiviti pada malam itu hanyalah menghabiskan masa dengan menambah lemak badan di coffee house dan kemudiannya menikmati kesejukan penghawa dingin di dalam bilik.


Keesokan hari, kami bangun seawal pagi demi untuk tidak membazirkan masa yang ada sebelum check out. Jam 7.30 pagi lagi kami sudah terpacak di coffee house untuk menikmati breakfast sebelum meneruskan aktiviti mandi-manda. Hidangan breakfast secara bufet bermula seawal jam 7.00 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi. Pilihan makanan tetap meriah dan setiap makanan yang dihidang berjaya menarik hati saya untuk mencubanya.


Jam 12 tengah hari, tempahan untuk lunch secara a la carte telah boleh dilakukan. Tiada lagi hidangan secara bufet, namun kami masih lagi menikmati hidangan tengahari kami yang sedap dan masih panas. Waktu tempahan adalah sehingga jam 2.30 petang.

Swimming Pool
Selepas breakfast, kami bersiar-siar di sekitar Arabian Bay Resort sebelum menuju ke bahagian swimming pool. Seperti biasa, tempat kegemaran kami untuk berendam setiap kali tidur di hotel haruslah tidak disiakan. Kebetulan tiada sesiapa yang berada di pool pada ketika itu, jadi kami terus menukar baju untuk mandi.


Kehadiran Husniey bersama adiknya menambahkan keceriaan sewaktu sesi mandi-manda. Dengan action kamera yang kiut milik kepunyaan Husniey, kami bergambar dan bermain sepuas hati seolah kolam itu kami yang punya :D


Setelah waktu beranjak ke 11 pagi, kami bergerak pulang ke suite. Waktu check out adalah jam 12, jadi kami perlu menyiapkan diri dan menyimpan beg sebelum keluar. Sempat saya ke tingkat 3 untuk menggosok baju sebelum melangkah keluar daripada suite hotel.


Disebabkan tiada aktiviti luar yang kami lakukan, jadi kami hanya menghabiskan masa di Arabian Bay Resort. Kawasan kolam renang yang luas dan menarik, kakitangan yang ramah dan mesra serta kemasan suite yang teratur dan bersih menjadikan percutian kami di Bukit Gambang Resort City suatu percutian yang hebat! Disertai dengan pengalaman menguruskan pelajar tahfiz bermain air di Gambang Wet World menjadikan percutian kali ini pasti tidak akan saya lupakan.

Hubungi
Jika anda bercuti ke Bukit Gambang Resort City, samada untuk ke Water Park, Safari Park atau Active Academy, apa kata anda menginap di Arabian Bay Resort atau Carribean Bay Resort kerana mereka menawarkan harga pakej bagi tiket masuk beserta bilik penginapan yang jauh lebih murah termasuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan shuttle bas ke taman yang ingin anda lawati secara percuma. Layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut :

Bukit Gambang Resort CityLaman web : https://bgrc.com.my/Facebook : https://www.facebook.com/BukitGambangResortCity/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2018/11/arabian-bay-resort-penginapan-selesa-bagi-percutian-di-bukit-gambang-resort-city.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukit Gambang Resort City Dan Mcdonald S Ceriakan 60 Pelajar Tahfiz Al Hidayah Ad Diniah Bukit Goh Dengan Program Amal

Bukit Gambang Resort City Dan Mcdonald S Ceriakan 60 Pelajar Tahfiz Al Hidayah Ad Diniah Bukit Goh Dengan Program Amal

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 631 hits
Berpeluang mengikuti percutian santai bersama keluarga tercinta serta 61 orang pelajar tahfiz di Bukit Gambang Resort City pada hari Rabu yang lalu merupakan pengalaman istimewa yang pasti tidak akan saya lupakan Program amal hasil anjuran ...
Bukit Merah Laketown Resort Here I Come

Bukit Merah Laketown Resort Here I Come

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 918 hits
Assalamualaikum semua Hangpa pernah p Bukit Merah Laketown Resort tak Bagi yang pernah best kan Entri aku kali ni aku nak share sikit dengan hangpa yang tak pernah p tu Untuk pengetahuan hangpa Bukit Merah ni terletak di Semanggol Perak Dek...
Kolam Renang Bukit Beruntung Golf Country Resort

Kolam Renang Bukit Beruntung Golf Country Resort

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 1425 hits
Beriadah bersama keluarga sememangnya aktiviti yang menarik dan aktiviti yang dapat mengeratkan lagi sillaturrahim sesame keluarga Baru baru ini Cik iena dan keluarga serta adek beradik mak dan anak cucu mereka beriadah bersama sama di Kola...
China Bina Rm8 Bil Resort Di Labuan Forest City Jual Negara

China Bina Rm8 Bil Resort Di Labuan Forest City Jual Negara

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 645 hits
Dr Mahathir Persoalkan Kedaulatan Negara Yang Di Jual Kepada Warga Asing Atas Aset Berstatus Strata Sebelum Berkuasa Pada 20hb Januari 2017 Dr Mahathir telah menulis didalam blognya chedet cc sebuah artikel bertajuk Dr Mahathir telah menuli...
Bonde Suka Makan Dekat Pak John Steamboat Bbq Ioi City Mall Putrajaya

Bonde Suka Makan Dekat Pak John Steamboat Bbq Ioi City Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 928 hits
BONDE SUKA MAKAN DEKAT PAK JOHN STEAMBOAT BBQ IOI CITY MALL PUTRAJAYA Assalamualaikum Dan Selamat Malam Hai reader semua Ya Ampun maafkan Bonde membuatkan anda semua terngences dengan gambar gambar makanan dalam entri ni sebenarnya Bonde se...
Kejari Jakarta Selatan Buka Layanan Urus Tilang Di Mal Gandaria City

Kejari Jakarta Selatan Buka Layanan Urus Tilang Di Mal Gandaria City

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 198 hits
Kegiatan tersebut telah digelar mulai hari ini dan akan kembali ada pada Minggu 18 November 2018 besok Lokasinya tetap berada di Mal Gandaria City
Pelancaran Art In The City Iaitu Pameran Visual Seni Secara Paparan Luar Di Sekitar Kuala Lumpur

Pelancaran Art In The City Iaitu Pameran Visual Seni Secara Paparan Luar Di Sekitar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 535 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Korang yang meminati seni lukisan ini adalah peluang untuk menyaksikan hasil seni anak tempatan dipamerkan sekitar bangunan terpilih di Kuala Lumpu...
Barrancas House By Ezequielfarca Arquitectura Y Diseno In Mexico City

Barrancas House By Ezequielfarca Arquitectura Y Diseno In Mexico City

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 266 hits
Project Barrancas House Architects EZEQUIELFARCA Arquitectura y diseno Location Mexico City Mexico Area 7 750 sf Photographs by Roland Halbe Jaime Navarro Barrancas House by EZEQUIELFARCA Arquitectura y diseno The Barrancas House is a compl...
Bocah Hilang Di Kali Depan Mal Season City Ditemukan Meninggal Dunia

Bocah Hilang Di Kali Depan Mal Season City Ditemukan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 289 hits
Koordinator Lapangan UPK Badan Air Kecamatan Tambora Robert Suherman mengatakan tubuh bocah yang dilaporkan bernama Ahmad ditemukan di Kanal Banjir Barat yang berada tidak jauh dari RPTRA Kalijodo Tambora
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan