Counting Hours For Mommies Me Time To Ho Chin Min City
Counting Hours For Mommies 'Me Time' To Ho Chin Min City. Ya Allah tak sabarnya dan teruja giler nak travel kali ni. Selalu travel atau bercuti dengan suami dan family. Kali ni travel dengan kawan-kawan sekerja dan bergelar ibu pula. Perasaan tu lain sikit. Bercampur-campur antara teruja dan takut. Wish me luck dan semoga baik-baik saja.
Ho Chin Min City, Vietnam
Idea untuk bercuti dengan geng mommies ni bermula dengan rasa cemburu tengok kawan-kawan dalam fb , rakan sekerja lain asyik travel ja. Terfikir juga kenapa depa boleh pi, kita tak boleh. Dari situ lah bermula dengan idea nak ke mana, budget, itinerary dan terus cari date yang sesuai
Masa cari date ni, kena pastikan tiada halangan yang menyebabkan kita tak jadi travel. Contohnya penangguhan peperiksaan upsr, upkk, pt3 dan juga spm. Karang dah book tiket, ada halangan yang tak boleh settle.. dah kena burn tiket. Sayanglah kan? So, kena cari date yang betul-betul sesuai untuk travel
Time mommy nak pergi ni pun ada penangguhan peperiksaan upkk tapi nasib baik encik suami aka daddy cuti time tu. Bolehlah dia uruskan hal peperiksaan kakak Aisya
Once dah dapat date, banding pula harga tiket. Murah atau mahal? Pilihan di tangan korang.. kitaorang pilih yang murah ja. Kalau nak lagi murah kena book setahun awal masa AA buat promosi tambang murah... Tapi mommy tak berani nak book awal-awal takut masalah-masalah yang timbul bila sampai waktu nak travel. Walaubagaimanapun, kami still dapat book tiket yang agak murah... RM400 pergi balik. Okaylah kan
Opps lupa nak habaq, kami tak pergi dengan mana- mana travel agency yer. Sendirian berhad dan ala- ala backpackers. Nak murah dan jimat punya pasal. Hehe..
Okay setakat ni saja. Nanti mommy update lagi. Hari nak kena masak sedap-sedap untuk kesayangan semua... Ambik hati sebelum kena tinggal. Hihi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.yatizul.com/2019/10/counting-hours-for-mommies-me-time-to.html