Bukit Besi Sebenarnya Indah Dungun


BUKIT BESI suatu ketika dahulu gah di mata dunia hanya kerana memiliki hasil bumi yang kaya. Tetapi tidak gah di mata rakyat jelata setelah hasil bumi itu 'diragut' hilang dari muka buminya. Itu semua berlaku dari zaman penjajahan lagi dan sehingga hari ini pun minda kita masih dijajah. Lihat sahaja apa yang tinggal? Hanya itu sahaja untuk dikenang... itu pun jika ada yang mengenangnya

Ia kini terbiar sepi
Jika landasan keretapi tidak dibinasakan, anak cucu cicit kita pasti dapat merasainya. Boleh ulang alik dari Sura Jetty ke Bukit Besi. Seronok seandainya semua itu masih terpelihara. Namun ia 'tergadai'. Apabila kita tidak belajar sesuatu dari 'sejarah' maka kita akan mengulangi kesilapan yang serupa sepanjang masa walaupun tempat kita sudah tiada penjajah namun minda kita terus menerus dijajah

Sayang betul, semua musnah dan hanya tinggal sedikit sahaja untuk diamati sedangkan ia tidak lagi dimahsyurkan. Adakah kita tidak dapat hidup dengan sejarah? Sedihnya... Bukit Besi lebih beruntung untuk bergelar tempat yang paling maju, namun hari ini ia terpinggir dari kecaknaan. Walau bagaimanapun, masih ada tarikan di sana dengan permandangan Tasik Puteri yang indah namun ia tidak diperindahkan dan kurang promosi

Oleh itu, Kampus UiTM dibina bagi menghidupkan kesepian dengan permindahan pelajar dari UiTM Dungun ke sana. Kini Bandar Dungun pula dihentam 'kesepian'. Tapi tak apa, kita berdoa dan berusaha sedaya upaya agar apa yang kita ada ni kita jaga dan menambahbaik lagi strukturnya untuk dikenang sebagai monumen sejarah penting Dungun. Insya-Allah..

Tasik Puteri Yang Indah. Dahulu Inilah Tempat Perlombongan Bijih Besi

Kronologi Sejarah Bukit Besi
Bagaimana Bukit Besi mendapat nama? Ada pendapat menyatakan, ceritanya bermula dengan penemuan oleh beberapa orang penduduk setempat yang masuk ke hutan untuk mencari rotan. Ketika dalam perjalanan mereka berhenti rehat dan ingin menikmati bekal yang dibawa

Salah seorang daripada mereka ternampak seketul batu sederhana besar dan sesuai dijadikan tempat duduk. Beliau lalu mengambil keputusan untuk mengangkat batu tersebut. Walau bagaimanapun, niatnya terpaksa dibatalkan apabila batu tersebut ternyata sangat berat. Ada yang cuba untuk mengangkat batu tersebut namun tetap juga gagal. Maka salah seorang daripada mereka mencadangkan menamakan tempat tersebut dengan nama Bukit Besi dan ia kekal sehingga ke hari ini


Manakala sejarah kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kaji bumi dari Jepun, Mr. Kuhara datang ke Cemuak, Ulu Dungun pada tahun 1916. Beliau mendapati terdapat kandungan bijih besi dengan jumlah yang besar di kawasan tersebut. Pada permulaannya, bijih besi diangkut dengan menggunakan kereta tolak daripada Bukit Besi ke Kampung Dendang. Kemudian ia dibawa ke Dungun menggunakan bot. Syarikat Kuhara Mining Ltd yang bertanggungjawab sepenuhnya menjalankan kegiatan melombong bijih secara tidak rasmi semenjak 1927

Ia kemudian ditukar nama kepada Nippon Mining Company (NMC). 'Mining Lease' telah dikeluarkan dengan rasmi oleh Kerajaan Terengganu kepada NMC pada 13 Januari 1929. Kawasan yang berkeluasan kira-kira 360 hektar, terdiri daripada M.L. 129, M.L. 130, M.L. 131 dan M.L. 132 adalah pecahan daripada M.L. 75, iaitu kawasan yang telah dikurniakan oleh Sultan Terengganu kepada seorang kerabatnya, Tengku Abu Bakar Tengku Abdul Jalil


Pada tahun 1930, laluan kereta api Dungun - Bukit Besi telah dapat disiapkan di stesen Che' Lijah. 'Stock Pile' atau Tempat Memunggah Bijih yang pertama juga adalah di Kampung Che' Lijah. Dari situ bijih-bijih besi dimuatkan ke dalam bot untuk dibawa ke Kuala Dungun. Tahun 1935, jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja). Pendapatan penduduk Bukit Besi pada masa itu sangat mewah

Perkhidmatan awam seperti bekalan air, elektrik, kereta api juga disediakan secara percuma. Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk dapat disiapkan dalam tahun 1936. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh itu tempat memunggah bijih dari Che Lijah telah dipindahkan ke Nibong, dan akhirnya dipindahkan pula ke Sura

Pengeluaran bijih besi oleh NMC mencapai kemuncaknya antara 1936 - 1940. Selepas itu ia mula menurun dan berakhir pada tahun 1945, iaitu selepas Jepun menyerah kalah kepada British dalam Perang Dunia ke II. Tiada aktiviti perlombongan yang dijalankan sekitar 1946 - 1949 kerana keadaan darurat dan tiada permintaan. Kerajaan British telah menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Company(EMMCO). 
EMMCO telah memulakan kegiatannya secara besar-besaran di awal 1950an, kerana permintaan yang tinggi dari syarikat-syarikat di Jepun. Untuk mendapatkan keuntungan besar dalam masa yang singkat, EMMCO telah menggandakan pengeluaran bijih. Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat. Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. Dengan ini, pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi yang lebih bermutu, di samping mengaut keuntungan yang berlipat ganda

Kemuncak pengeluaran ialah antara 1960-1964 di mana jumlah pengeluaran melebihi 2,000,000 tan setahun. Pada 1 Oktober 1970, Lembaga Pengarah EMMCO telah membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong Bukit Besi. Terdapat berbagai faktor yang menyebabkan penutupan lombong tersebut walaupun kandungan bijih besi dipercayai masih banyak lagi. Penutupan lombong bijih besi ini telah mempengaruhi ekonomi dan kehidupan penduduk-penduduk Bukit Besi dan Dungun. Ramai daripada mereka telah berhijrah ke tempat-tempat lain untuk mendapatkan pekerjaan baru. - sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rashidsalim.blogspot.com/2016/10/bukit-besi-sebenarnya-indah-dungun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukit Indah Simarjarunjung

Bukit Indah Simarjarunjung

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 215 hits
Bukit Indah SimarjarunjungBukit Indah Simarjarunjung Merupakan Salah Satu Objek Wisata Hits Di Sumatera Utara Bukit Indah Simarjarunjung Menawarkan Berbagai Spot Kece Untuk Menikmati View Danau Toba Sambil Selfie Bukit Indah Simarjarunjung ...
Sebenarnya Geli Tapi Bila Dah Cuba Wow

Sebenarnya Geli Tapi Bila Dah Cuba Wow

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 305 hits
Saya tak nak rasa menyesalSerius saya geli nak makan benda alah ni Tapi bila Ayie cakap sedap dan saya PATUT mencubanya jadi apa lagi kena jugak cuba Kalau tak sampai bila bila pun saya tak tau rasa Yang tinggal hanyalah rasa menyesal melep...
Hiburan Mereka Hero Yang Sebenarnya Aman Ra Buat Video Penghargaan Kepada Pekerja Penghantar Makanan

Hiburan Mereka Hero Yang Sebenarnya Aman Ra Buat Video Penghargaan Kepada Pekerja Penghantar Makanan

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 243 hits
Penyanyi rap Aman Ra yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi rumah tangga kembali mencuri perhatian peminat apabila tampil dengan video penghargaan berkonsepkan Spoken Words yang ditujukan khas buat pekerja penghantar makanan di luar s...
Tun M Sebenarnya Takut Dengan Najib Dakwa Puad

Tun M Sebenarnya Takut Dengan Najib Dakwa Puad

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 170 hits
AHLI Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad hakikatnya takut terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Mohd Puad berkata ini kerana Najib adalah penghalang utama untuk membolehkan Dr M...
Beli Air Cincau Sebab Nak Minum Lepas Terawih Bila Buka Bungkusan Air Itu Terkejut Beruk Lelaki Apabila Ia Sebenarnya

Beli Air Cincau Sebab Nak Minum Lepas Terawih Bila Buka Bungkusan Air Itu Terkejut Beruk Lelaki Apabila Ia Sebenarnya

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 530 hits
nbsp Bazar ramadhan dan bulan puasa memang sesuatu yang tidak dapat diplsahkan ianya paling dinanti nantikan oleh umat islam kerana disinilah kita akan berjumpa dengan pelbagai juadah makanan kuih muih dan minuman yang kadang kadang tidak b...
Lejenflix Seorang Youtuber Sanggup Baling Rm10 000 Di Jalan Raya Apa Motif Sebenarnya

Lejenflix Seorang Youtuber Sanggup Baling Rm10 000 Di Jalan Raya Apa Motif Sebenarnya

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 242 hits
Jika seorang YouTuber pernah menjadi bualan ramai tahun lalu apabila beliau cuba mengagihkan wang bernilai RM10 000 di hadapan Istana Negara kini muncul pula YouTuber sanggup baling wang sebanyak RM10 000 di Bukit Bintang Sekiranya anda ton...
Sep4k Ter4jang Dah Jadi Makanan Kenali Siapa Sebenarnya Janna Nick Dan Keadaan Dirinya Sekarang

Sep4k Ter4jang Dah Jadi Makanan Kenali Siapa Sebenarnya Janna Nick Dan Keadaan Dirinya Sekarang

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 241 hits
Pelakon Dini Schatzmann 27 menyatakan teman wanitanya aktres Janna Nick 25 sedang berehat daripada menggunakan telefon bimbit dan media sosial Selepas memuat naik video sedang memandu kereta dalam keadaan men4ngis Janna atau nama sebenarnya...
Menteri Besi Jangan Diam Tampil Jawab

Menteri Besi Jangan Diam Tampil Jawab

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 187 hits
Kita dah disajikan dengan pelbagai geng kartel Kartel daging sudah kartel beras sudah dan pelbagai jenis kartel dengan untung juta juta billion billion Sekarang dedahkan kartel ni pulak Isu kenaikan harga bara ngan asas pembinaan khusus nya...
Kerajaan Negeri Sedia Rm200 000 Setiap Kampung Baiki Paip Air Bukit

Kerajaan Negeri Sedia Rm200 000 Setiap Kampung Baiki Paip Air Bukit

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 285 hits
ALOR SETAR Kerajaan negeri menyediakan peruntukan maksimum RM200 000 bagi membaiki sistem saluran paip dari kolam tadahan air bukit di setiap kampung yang mempunyai kemudahan tersebut di daerah Sik dan Baling Menteri Besar Muhammad Sanusi M...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir