Bukan Zaman Tunjuk Hebat



COVID-19 adalah wabak yang melanda kita sekarang, bukan terhad di Malaysia tetapi hampir seluruh dunia. Kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan proaktif dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac lalu.

Pelbagai reaksi dibuat oleh rakyat atas arahan kerajaan itu. Ada juga yang mengambil kesempatan bercuti dan pulang ke kampung tanpa apa-apa keperluan. Ternyata ia mematahkan tujuan mengadakan sekatan pergerakan itu. Ini disebabkan tujuan utama sekatan pergerakan adalah untuk mengelakkan risiko jangkitan Covid-19 melalui sentuhan orang perseorangan sama ada dalam kumpulan yang besar ataupun dalam pertemuan sosial dengan orang lain.

Apa yang lebih mengecewakan ialah terdapat beberapa kalangan yang tidak melihat wabak Covid-19 dari sudut kesihatan dan keselamatan. Mereka masih mahu melihat situasi itu dari sudut politik semata-mata. Hal ini sangat menyedihkan. Rakyat sudah jelak dengan permainan politik sebegini.

Hari ini bukan masanya untuk berpolitik. Jangan melihat wabak itu dari sudut parameter politik semata-mata. Mungkin benar terdapat kekurangan tindakan yang dilakukan pihak kerajaan. Mengkritiknya tidak salah tetapi berilah solusi yang sepatutnya. Bantulah kerajaan dalam menangani wabak ini. Bukan sekadar mengatakan kerajaan tidak buat itu dan ini sahaja.

Kita juga nampaknya gagal memberi apresiasi sewajarnya kepada mereka yang bertungkus-lumus membantu pesakit Covid-19. Pekerja kesihatan seperti doktor dan jururawat yang mempertaruhkan nyawa mereka sendiri, bekerja tanpa waktu yang tetap adalah hero sebenar kita.

Begitu juga pekerja keselamatan seperti polis, tentera, pegawai keselamatan dan ramai lagi yang turut mengutamakan rakyat awam berbanding diri sendiri juga sewajarnya diberi penghargaan.

Wabak Covid-19 adalah wabak sedunia. Sama-samalah kita berusaha memelihara keselamatan dan kesihatan dengan mematuhi arahan kerajaan. Ini bukan zaman tak kisah kerana kelak kita yang mungkin dikisahkan sebagai mangsa.

Hari ini juga bukan zaman siapa betul dan siapa salah kerana kitalah yang bersama-sama mengharunginya.Malah ia bukan zaman menunjukkan ego kononnya kita tidak akan dijangkiti wabak ini, nanti jika kita dijangkiti kita akan diisolasikan duduk berseorangan, di manakah ego kita ketika itu?

Bukan juga zaman menunjukkan kehebatan kerana kalau terkena jangkitan itu, tiada siapa yang akan menziarahi kita. Malah jika meninggal dunia pun jenazah kita tidak akan diziarahi, majlis pengebumian dihadkan dan sanak-saudara tidak dibenarkan bertahlil beramai-ramai.

PatuhiBagi orang Islam janganlah juga mempertikaikan penutupan masjid-masjid. Ia dibuat atas alasan tertentu yang bukan sengaja diadakan. Kita bukan seperti puak Jabariyah yang percaya semata-mata kepada takdir dan menyakini manusia dikendalikan sepenuhnya oleh ALLAH. Sebahagian puak Jabariyah mempercayai manusia tiada peranan apa-apa, semuanya berserah kepada ALLAH.

Sebagai seorang muslim berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah kita hendaklah berusaha berdoa dan bertawakal. Jadi usaha inilah yang sedang dilakukan bagi mengekang wabak Covid-19 ini.

Marilah bersama mengambil tindakan proaktif dalam membendung wabak ini. Patuhilah arahan kerajaan dari masa ke masa. Jangan panik. Bersabar dan berdoa agar wabak ini dapat dihindar dari negara kita. Marilah kita berdoa kita dapat menempuh dugaan ini dengan jaya. Ia satu pelajaran buat rakyat Malaysia.

Di samping itu, janganlah menyebarkan berita palsu yang boleh mendatangkan kerisauan awam. Semak dahulu berita yang mahu disebarkan. Seeloknya rujuklah dengan pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dan pihak berwajib lain. Hal yang demikian adalah bagi memastikan hanya berita sahih yang disebarkan untuk informasi awam.

Datuk Zainul Rijal Abu BakarPresiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/bukan-zaman-tunjuk-hebat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Zulkefly Nak Tunjuk Hebat Selangor Pun Tak Boleh Kawal

Dr Zulkefly Nak Tunjuk Hebat Selangor Pun Tak Boleh Kawal

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 321 hits
Kehebatan Dr Zulkefly memang tak dapat disangkal kehebatan dalam menangani covid 19 Semenjak dia mengetuai misi khas tangani Covid 19 di Selangor Dia telah berjaya mencipta rekod dari 92 kes pada tarikh 14 mac dia start operasi terus mencan...
Dah Tunjuk Gila Jawatan Tak Lama Dah Pru15 Woi

Dah Tunjuk Gila Jawatan Tak Lama Dah Pru15 Woi

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 345 hits
Anggota Parlimen Bintulu dari Parti Demokratik Progresif Sarawak Tiong King Sing menolak pelantikan sebagai timbalan menteri perpaduan negara Perkara itu dimaklumkan setiausaha agung parti itu Nelson Balang Rining seperti dipetik Utusan Bor...
Jelajah Harapan Mula Tunjuk Bunga Bunga Sokongan Kata Mahfuz

Jelajah Harapan Mula Tunjuk Bunga Bunga Sokongan Kata Mahfuz

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 216 hits
Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar meyakini bahawa Program Jelajah Harapan yang semakin aktif bergerak kini bakal merancakkan kembali peluang Pakatan Harapan untuk meraih sokongan rakyat Menurutnya usaha yang digerakkan semakin menampak...
Sumbangan Paling Hebat Pm Kali Ini Adalah Emotional Security Rakyat Malaysia Luah Rasa Kagum Dengan Pm

Sumbangan Paling Hebat Pm Kali Ini Adalah Emotional Security Rakyat Malaysia Luah Rasa Kagum Dengan Pm

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 272 hits
Biarpun tidak dilantik melalui pilihanraya kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin diterima rakyat Dalam situasi gawat akibat penularan COVID 19 kebanyakan rakyat Malaysia mula mengetepikan ideologi politik dan dilihat b...
Pentingnya Ketua Sekolah Yang Hebat Tanda Ingatan Buat Seorang Pengetua

Pentingnya Ketua Sekolah Yang Hebat Tanda Ingatan Buat Seorang Pengetua

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 384 hits
Hari nih keluar throwback di Facebook tentang satu artikel yang saya pernah tulis pada Mac 2016 Iaitu hari terakhir Pengetua ketiga saya di SMK Jerlun Puan Rogayah Talib yang kini bergelar Datin Saya tulis kerana saya rasa banyak pengajaran...
Satu Amalan Yang Lebih Hebat Dari Solat Sunat 100 Rakaat Ustaz Syamsul Debat

Satu Amalan Yang Lebih Hebat Dari Solat Sunat 100 Rakaat Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 406 hits
Satu Amalan Yang Lebih Hebat Dari Solat Sunat 100 Rakaat Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Tak Hebat Lagi Berbanding Dengan Malaysia

Tak Hebat Lagi Berbanding Dengan Malaysia

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 118 hits
Presien Filipina pecat pegawai Pejabat imigresen kerana izin warga China masuk negara mereka ini dikira tidak hebat berbanding di Malaysia Di Malaysia bukan pegawai imigresen kami pecat Kami pecat semua menteri menteri Bukan itu sahaja PM k...
Sinar Uv Tunjuk Beza Basuh Tangan Guna Sabun Dan Hand Sanitizer Takut Nak Salam Orang

Sinar Uv Tunjuk Beza Basuh Tangan Guna Sabun Dan Hand Sanitizer Takut Nak Salam Orang

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 907 hits
Ekoran daripada penularan wabak koronavirus yang kini melanda seluruh dunia pelbagai cara pencegahan diambil oleh semua pihak Antaranya adalah dengan amalan mencuci tangan atau menggunakan hand sanitiser Namun tahukah anda terdapat perbezaa...
Pelbagaikan Kegunaan Khemah

Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Selamat Hari Ibu Buat Emak Saya Semua Emak Di Dunia

Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Filem Gayong

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Makan Di Gerai Tip Top Ikan Bakar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhi Hubungan Toxic Sayangi Diri Pilih Jodoh Yang Sihat

Tiga Jenis Daun Ketum

Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Mengurus Emosi Melalui 10 Surah Terakhir

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap