Bukan Tak Sanggup Tengok Tapi Berderai Air Mata Lelaki Lihat Isteri Balut Janin Dalam Tudung


Bukan mudah menerima hakikat, anak yang dikandung tiada lagi. Seluruh ahli keluarga menanti si kecil ini setelah 8 tahun menanti. Tapi perancangan Allah lebih hebat. Dia maha mengetahui segalanya. Bukan hati tak redha cuma hati terlalu rindu. 

Isteri ku Keguguran anak ke 5, di pagi Jumaat dan didalam Masjid.
Ku Simpan sebagai kenangan, pengalaman & kisah sebuah kehidupan. Setelah 8 tahun berlalu, kami menerima khabar gembira… Sekali lagi isteri mengandung anak ke 5.
Rezeki yg tidak kami duga. Alhamdulillah,seronok nak dapat baby, walaupun kami sama2 terkejut dan tidak menyangka akan kehadirannya…
Bukan kami suami isteri sahaja yg teruja… Anak-anak ( Izzah, Mu’azz & Mu’izz ) cukup gembira bila kami memaklumkan perkara ini kepada mereka. Cuma Ammar sahaja yg tidak tahu akan berita gembira ini kerana berada di asrama.
Keadaan Isteri Tak Pernah Selemah Ini
Kebiasaannya dari mengandung anak pertama hingga anak ke empat, keadaan isteri tidak selemah begini. Kali ini nampak pada raut wajahnya suram, lesu dan tidak bermaya…
Mungkin sudah lama tidak berbadan dua dan mungkin juga faktor usia yg meyebabkan perkara itu berlaku.
Dari permulaan hamil dia tidak mengetahui akan kehamilanya sehingga kandungan 5 minggu, dia merasakan kelainan pada dirinya dan secara rahsia dia membeli alat ujian kehamilan tanpa pengetahuan ku.
Ternyata keputusan alat ujian kehamilan itu positif. Pada mulanya dia ingin merahsiakan akan berita gembira ini untuk pengetahuan ku, sehingga tarikh 21 Februari 2020 nanti, sebagai hadiah untuk hari ulangtahun kelahiran ku.
Namun rasa tidak sampai hati untuk berahsia kepada ku, 2 minggu lepas dia memberi tahu berita gembira ini menerusi whatsapp.
Katanya ada sesuatu perkara yg ingin di beri tahu kepada ku… Dan minta aku untuk meneka perkara itu. Aku secara berjenaka meneka… Aku teka ” U Mengandung & emoji
Dia membalas juga dengan emoji yg sama
Aku ingatkan dia gelak dengan tekaan ku… Aku terus meneka lagi… Aku teka ” dia dapat tawaran kuaters…” Aku terus meneka ” dia kena tukar ke sekolah lain”
(Lupa tarikh bila di whatsapp sebab lepas whatsapp isteri suruh delete supaya tak nak bagi anak² baca dan tahu)
Akhirnya dia mengesahkan kepada ku yg dia hamil. Aku terjejut dan sekali pun tidak menyangka… Ya Allah gembiranya Tuhan sahaja yg tahu. Aku terus menelefonya. Dia minta aku merahsiakan berita gembira ini buat sementara waktu untuk pengetahuan anak² dan keluarga.
Aku mengajaknya untuk mendapatkan rawatan dan pengesahan Doktor di Klinik berhampiran rumah ku. Namun dia menolak… Katanya baru lagi.. Tunggu lah sebulan dua lagi.
Berita Ini Mulanya Dirahsiakan
Berita gembira yg pada mulanya kami rahsiakan pada anak² dan keluarga, akhirnya aku memaklumkan pada mereka.
Seusai solat maghrib, 3 hari selepas isteri memberi tahu hal ini kepada ku. Aku membuat pengumuman secara rasmi kepada anak²
Kata ku ” Ayah ada berita gembira yg ingin disampaikan… Selepas ini Mu’izz anak ke 4 kami tidak boleh lagi di panggil adik… Sebab dah nak jadi abang… Adik ada dalam perut umi… Umi mengandung…
Izzah, Mu’azz dan Muizz terkejut dan gembira.
Kata ku lagi kepada mereka… ” Ayah minta tolong semua anak² bantu ayah dan umi, jangan nakal² & tolong buat kerja rumah… Kesian umi tak larat… ” Semuanya berjanji bagai bulan dan bintang kepada ku.
Sanggup Kumpul Duit Untuk Beli Katil Baby
Dan kerana keseronokkan mereka nak dapat baby…. Izzah membuat pakatan bersama adik² secara rahsia tanpa pengetahuan ku dan isteri. Meraka bertiga mengumpul duit pemberian atuk, nenek dan mengutip duit syiling kepunyaan ku serta duit upah yg aku berikan kepada mereka kerana membantu aku dan isteri membuat kerja rumah serta upah mengurut kami berdua.
Izzah membuat tabung dari kotak terpakai untuk menyimpan duit simpanan mereka
( gambar tabung dan duit ada di bawah). Mereka bertiga berjanji untuk merahsiakan perkara ini kepada kami.

Duit simpanan ini cadangan mereka untuk membelikan katil baby dan peralatan baby untuk adik mereka. Siap tulis pada kotak tabung tu…
Namun pakatan mereka terbongkar, mana tidaknya kotak tabung mereka tidak disimpan.. Aku dapat tahu niat mereka.. Mereka meminta aku untuk terus merahsiakannya pada isteri ku…

Sejak isteri ku hamil, banyak perubahan yg aku lihat padanya. Nampak letih dan tidak bermaya. Dia juga ada memaklumkan perkara yg sama kepada ku dan lain² perkara yg tidak boleh aku kongsikan di sini. Aku sekali lagi mengajaknya ke Klinik, namun sekali lagi dia menolak.
Mula Risau Dengan Kandunganya
Akhirnya seminggu selepas itu dia sendiri mengajak ku ke kinik berhampiran rumah ku. Katanya dia nak scan baby… Pergilah kami berdua ke klinik untuk tujuan itu.
Doktor mengesahkan isteriku hamil hampir memasuki 6 minggu… Dan keadaan janin juga ok. Alhamdulillah ( gambar scan pertama ada di bawah )
Dan dua hari selepas kami ke klinik, sekali lagi isteri mengajak ku ke klinik. Dia risau dengan kandungannya kerana terdapat tanda² yg kurang baik padanya. Sekali lagi kami berdua ke klinik yg sama. Doktor sekali lagi membuat pemeriksaan dan scan kepada isteri ku. Kata dokter nampak keadaan janin ok dan makin membesar. Doktor minta kami tunggu seminggu untuk kembali ke klinik dan scan sekali lagi bagi melihat perubahan pada janin itu. ( Gambar scan ke 2 ada dibawah )
Seminggu kami menanti untuk kembali membuat pemeriksaan ke klinik… Aku berdoa agar dipermudahkan segala urusan isteri dan baby dalam kandungan. Moga Allah selamatkan kedua²nya. Keadaan isteri tetap sama.. lesu dan tidak bermaya.
Ada Pendarahan, Lebih Banyak Dari Sebelum Ini
Sehinggalah pada jam 3 pagi Jumaat 24 Januari 2020, isteri mengejutkan ku dari lena tidur. Katanya ada pendarahan pada dirinya. Katanya kali ini lebih banyak dari sebelumnya..
Aku mengajaknya untuk terus ke hospital. Dia menolak… Katanya kita tunggu siang sikit laa.. Sebab risau nak kejut dan tinggalkan anak² yg sedang tidur. Isteri meminta ku untuk tidur semula, sedang dia seolah² sedang menahan kesakitan.
Aku sekali lagi mengajaknya ke hospital. Akhirnya dia bersetuju. Dia kejutkan anak² dari sedang tidur lena di tingkat atas rumah kami untuk dimaklumkan akan pemergian kami kehospital dan minta mereka untuk tidur di ruang tamu.
Jam 5 pg kami berdua bertolak menuju ke hospital Putrajaya. Sepanjang perjalanan ke hospital aku sempat memberi kata² semangat untuknya. Kataku tak apalah kalau tak ada rezeki kita untuk dapat baby kali ini… Dia hanya terdiam seperti sedang menahan kesakitan.
Sampai di wad bersalin hospital Putrajaya isteri diperiksa oleh doktor. Dan sekali lagi scan dilakukan. Aku menanti di tempat menunggu wad berkenaan. Sempat aku up status fb dan status whatsapp unt rakan² mendoakan kesejahteraan buat isteri ku.
Kira² jam 6.15 pagi isteri keluar dari bilik pemeriksaan dan menyatakan kepada ku.. Katanya doktor kata janin masih ada dan ok… Tapi dah semakin ke bawah.. Doktor izinkan kami pulang kerumah namun pesannya kalau ada terkeluar ketulan darah selepas ini, doktor minta untuk kami bawa terus ke hospital.
Kami pun terus mengambil keputusan untuk segera pulang ke rumah, kerana risaukan tiga orang anak² yang kami tinggalkan di rumah.
Singgah Di Masjid Untuk Solat Subuh
Dalam perjalanan pulang aku dan isteri singgah untuk menunaikan solat subuh di sebuah masjid. Pesan ku kepadanya selepas kami sampai di masjid tersebut supaya berhati-hati untuk ke tandas, memandangkan keadaannya yg agak lemah.
Seusai solat subuh, aku sekali lagi mendoakan agar Allah mempermudahkan segala urusan kami suami isteri serta anak dalam kandungan isteri ku. Berderai air mata ini sewaktu menadah tangan memohon bantuan dan pertolongan Nya…
Ada Sesuatu Yang Dia Sorok Dalam Tudung
Lama aku menantikannya di kereta, namun kelibat masih belum ku lihat. Aku semakin risau… Risau sekiranya ada perkara yg mungkin terjadi kepadanya di ruang solat wanita. Akhirnya isteriku kelihatan keluar dari kawasan masjid dengan menyorokkan sesuatu di dalam tudungnya.
Sekali Lagi Air Mataku Berderai
Buka sahaja pintu kereta terus ia berkata kepada ku… “Abang… Dah keluar bang. Dia rasa ada sesuatu terkeluar semasa dia berada di dalam masjid dan terus dia ke tandas bagi memeriksanya.Sebesar separuh genggaman tangan. Cuba Abang tengok katanya…. “
Aku menolak untuk melihatnya… Bukan sebab aku takut untuk melihatnya… Tapi aku tak kuat untuk menahan kesedihan bila aku melihatnya nanti… Berderai sekali lagi air mata ku mengalir ke pipi. Kini sah lah isteri ku keguguran .
Aku sekali lagi bergegas ke hosital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan untuk isteri ku.
Dalam perjalanan sekali lagi aku memberikan kata² semangat untuknya. Kata ku tak apa… Tak ada rezeki kita kali nie… Insyaallah Allah nak bagi kita rezeki lain… Isteriku seperti biasa hanya terdiam. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan yang berada dalam hatiku pada waktu itu.
Setibanya di hospital kira² jam 8 pagi isteriku terus di bawa ke bilik rawatan untuk pemeriksaan. Aku sekali lagi menanti di ruang menunggu. Baru ada kesempatan untuk aku baca whatsapp dan fb kata² semangat dan doa daripada rakan² kepada kami. Ada yg terus pm di whatsapp unt bertanyakan dengan lebih lanjut dan ada juga yg menghubungi unt mengetahui dari mulut ku sendiri. Maaf aku tidak dapat membalas satu persatu dan menjawab panggilan. Kerana fikiran ku begitu berserabut pada waktu itu.
Sekali lagi aku upkan status whatsap dan fb… Tapi kali ini ayat yang aku karang untuk memberitahu berita mengenai baby dalam kandungan isteriku telah tiada…

Isteri ku Keguguran di pagi Jumaat dan didalam Masjid 
Aku menghubungi Izzah anak kedua ku untuk menanyakan keadaan dirinya dan adik² yg ditinggalkan di rumah. Aku juga memaklumkan kepadanya yang baby telah tiada… Sekali lagi air mata ku berlinangan. Izzah juga sedih… Dia dah baca status whatsapp ku terlebih dahulu mengenai perkara itu sebelum aku menelefonnya. Ku tanya kepadanya adik² dah tau ke perkara ini. Izzah jawab ” adik² kecik lagi… Mana da perasaan sedih “. Semakin basah mataku melimpahkan air mata.
Baru aku perasan sewaktu aku menangis… Ada seorang lelaki di depan ku yg sedang menunggu isterinya yg baru sahaja melahirkan anak.
Selepas aku memutuskan talian telefon bersama anak ku. Lelaki tu bertanyakan kepada ku… Dia mendengar apa yg aku cakap pada anak ku…
Jam 10 pagi isteri ku keluar dari bilik pemeriksaan dan dibenarkan pulang
Kesian anak ku Ammar…dia tidak tahu pun yg uminya mengandung. Malam sebelum isteriku keguguran… Ammar ada telefon kami dari sekolahnya… Kerana petang hari jummat dia akan pulang dari asrama untuk cuti CNY.
Aku sempat memaklumkannya ada berita gembira yg ingin ku beritahu kepadanya… Isteiku melarang untuk aku beri tahu Ammar. Katanya tunggu Ammar balik nanti…
Terima kasih kepada semua keluarga dan rakan² yg telah mendoakan dan memberi kata² semangat kepada kami… Semoga Allah juga mengurniakan kebaikan dan perlindungan kepada anda semua.
Terima kasih kepada anak-anak kami di atas bantuan dan kasih sayang mereka kepada kami. Semoga kita dipertemukan dengan baby kita di syurga nanti. Insyaallah
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya dan kebaikan untuk yg lain di luar sana.
Yang merasai pengalaman ini
Sumber: z. azman B. mohd
 
The post Bukan Tak Sanggup Tengok Tapi Berderai Air Mata Lelaki Lihat Isteri Balut Janin Dalam Tudung appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-tak-sanggup-tengok-tapi-berderai-air-mata-lelaki-lihat-isteri-balut-janin-dalam-tudung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Isteri Beli Tudung Pakai Cantik Cantik Dia Tak Harap Lelaki Lain Puji Tapi Suami Sendiri

Bila Isteri Beli Tudung Pakai Cantik Cantik Dia Tak Harap Lelaki Lain Puji Tapi Suami Sendiri

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 541 hits
Sebak juga bila tengok tudung isteri saya ni Bila saya fikirkan balik banyaknya kurang saya ni sebagai suami Bila isteri beli tudung dan pakai cantik cantik Dia tak harapkan lelaki tepi jalan puji dia Dia tak harapkan lelaki lelaki tempat d...
10 Sebab Kenapa Mata Merah Tapi Tidak Sakit

10 Sebab Kenapa Mata Merah Tapi Tidak Sakit

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 434 hits
10 Sebab Kenapa Mata Merah Tapi Tidak Sakit Pernah tak alami keadaan mata merah tanpa sebab Maksudnya dengan sendiri tiba tiba mata merah dan berair Sebagai contoh mata merah sebelah kanan tapi tidak sakit Urat mata juga merah dan bawa mata...
Menyayangi Isteri Itu Adalah Perintah Allah Tapi Ramai Suami Yang Ambil Mudah

Menyayangi Isteri Itu Adalah Perintah Allah Tapi Ramai Suami Yang Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 433 hits
Mendirikan rumahtangga merupakan perintah Allah SWT kepada hambaNya Ia juga merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW dan kita sebagai orang islam harus mengikutinya apabila kita mampu dan telah memenuhi syarat Dalam rumahtangga yang dibina harus ...
Ziarah Ke Kuburan Olga Syahputra Air Mata Jessica Iskandar Tumpah Kenang Masa Lalu

Ziarah Ke Kuburan Olga Syahputra Air Mata Jessica Iskandar Tumpah Kenang Masa Lalu

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 243 hits
Jelang pernikahannya dengan Ricard Kyle yang semakin dekat Jessica Iskandar menyambangi makam sahabatnya Olga Syahputra untuk meminta izin dan mengenalkan calon suaminya
Sebak Gaya Koala Seolah Olah Meratapi Kematian Sahabat Undang Air Mata

Sebak Gaya Koala Seolah Olah Meratapi Kematian Sahabat Undang Air Mata

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 384 hits
Satu gambar yang diambil memaparkan seekor koala sedang meratapi kematian kawannya akibat daripada kebakaran hutan di Australia menyimpan seribu kesedihan yang sukar untuk diungkapkan Gambar tersebut telah diambil di Pulau Kangaru selatan A...
Yoe Parey Hampir Keluarkan Air Mata Selepas Dengar Nasihat Dari Ustaz Ebit Liew

Yoe Parey Hampir Keluarkan Air Mata Selepas Dengar Nasihat Dari Ustaz Ebit Liew

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 522 hits
Sumber Gambar Dunia Dan AkhiratMesti ramai di antara korang sangat mengenali Ustaz Ebit Lew yang sentiasa berdakwah dan menasihati masyarakat Malaysia Baru baru ini Ustaz Ebit ada berjumpa dengan Yoe Parey dan Asif selepas selesai ceramah d...
Suami Isteri Sukarela Make Over Kelas Anak Tapi Hasilnya Sangat Mengejutkan

Suami Isteri Sukarela Make Over Kelas Anak Tapi Hasilnya Sangat Mengejutkan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 602 hits
Tidak dinafikan cara guru mengajar dalam kelas menjadi penyumbang kepada mudahnya seseorang murid itu faham dalam pembelajaran Namun suasana serta keadaan kelas mampu untuk memberi aura serta semangat kepada pelajar untuk belajar Ikuti kisa...
Isteri Cantik Tapi Suami Biasa Biasa Saja Namun Hubungan Tetap Utuh Amp Setia Ini Rahsianya

Isteri Cantik Tapi Suami Biasa Biasa Saja Namun Hubungan Tetap Utuh Amp Setia Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 412 hits
Wow isteri cantik tapi tengok suami dia biasa biasa je kan Itulah dinamakan jodoh Biasa tak anda dengar seperti dialog di atas terutama bila menghadiri majlis perkahwinan Wajah kedua dua raja sehari mestilah ditunggu tunggu oleh para jemput...
Isteri Dipenjara 25 Tahun Mengaku Letak Ubat Mata Dalam Minuman Suami Hingga Maut

Isteri Dipenjara 25 Tahun Mengaku Letak Ubat Mata Dalam Minuman Suami Hingga Maut

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 472 hits
Mahkamah South Carolina menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun terhadap seorang wanita selepas dirinya mengakui telah meletakkan racun ke dalam minuman suaminya hingga menyebabkan kematian Wanita terbabit dipercayai telah memasukkan ubat titi...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles