Bukan Tak Bersyukur Tapi Kos Terlalu Membebankan


kosmo.com.my
Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
6 Februari 2025, 8:28 am

Pesawah berhimpun secara aman bagi menuntut kenaikan harga lantai belian padi RM1,800 di Kampung Lana Bulu, Jerlun kelmarin.
JERLUN – Jaminan kerajaan untuk mengumumkan harga lantai belian padi baharu pada minggu depan belum memberi kele­gaan sepenuhnya kepada golo­ngan petani yang mengusahakan sawah di negeri ini.

Rata-rata mereka mendakwa, setakat ini belum ada jaminan harga lantai tersebut akan dinaik­kan hingga paras yang dirasakan sesuai iaitu RM1,800 per tan.

Menurut Ahli Jemaah Pengarah Muda Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Aswadil Khairi Che Omar, golongan petani amat berharap agar kerajaan menunaikan permintaan mereka kerana nilai RM1,800 itu dilihat paling munasabah dalam keadaan semasa.

“Kalau dapat diumumkan harga lantai itu pada paras RM1,800, maka golongan pesawah akan rasa terbela dan boleh menampung kehidupan dengan lebih selesa. Pada musim menuai ketika ini, khabarnya ada kilang-kilang yang telah membuat pembelian pada paras RM1,500 berbanding harga lantai semasa RM1,300.

“Jumlah RM1,500 itu pun sebenarnya ‘memenatkan’ buat kami. Dengan nilai itu, kami jangkakan pendapatan pesawah hanyalah kira-kira RM200 sebulan berikutan peningkatan kos, selain penurunan hasil disebabkan pelbagai penyakit padi ke­belakangan ini.

“Bukan kami tak bersyukur dengan nilai RM1,500, tetapi kos yang ditanggung selama ini terlalu membebankan. Sudahlah segala input pertanian naik harga, kami ditekan pula dengan peningkatan kos jentera berikutan penyelarasan subsidi diesel sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Aman Menuntut Kenaikan Harga Lantai Padi RM1,800 di Kampung Lana Bulu, di sini kelmarin.

Dalam sidang Dewan Rak­yat kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan dijangka me­ngumumkan kenaikan harga lantai belian padi minggu depan.

Sementara itu, Pengerusi PPK A2 Kodiang, Mohd. Shukri Samsuddin, 60, berkata, kerajaan ketika ini dilihat tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga beras tempatan yang kekal pada kadar RM2.60 dan tidak pernah dikaji sejak 17 tahun lalu.

“Ketika ini golongan pesawah sendiri sudah tidak dapat membeli beras pada harga itu, malah terpaksa membelinya pada harga mahal, sama seperti rakyat lain.

“Selama ini pun kita memang sudah beli beras pada harga le­bih mahal kerana ‘permainan’ pihak tertentu yang mencampurkan beras tempatan dengan import untuk dijual pada harga lebih tinggi. Kami golongan pesawah ini pula terus tertekan kerana kos kian meningkat.

“Kalau tak mahu harga beras naik, beri subsidi secara terus kepada pesawah. Sebagai contoh, tetapkan harga lantai belian padi pada RM1,400 kemudian beri tambahan subsidi RM400 kepada kami agar nasib para petani dapat dibela,” tambahnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/bukan-tak-bersyukur-tapi-kos-terlalu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Kejar Harga Tapi Nak Imbang Kos Persatuan Jawab Mahfuz

Bukan Kejar Harga Tapi Nak Imbang Kos Persatuan Jawab Mahfuz

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 132 hits
freemalaysiatoday com01 Feb 2025 06 04 PMPertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia tidak setuju kenyataan pengerusi LPP bahawa ada pesawah hanya kejar harga dan tidak mahu tingkat hasil padi Pengerusi Pesawah Abdul Rashid Yob berkata jika ha...
Penampilan Macam Orang Arif Agama Tapi Mulut

Penampilan Macam Orang Arif Agama Tapi Mulut

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 97 hits
Rupanya banyak lagi tuduhan Razman kali ini Hannah bertegasHarapandailyMenteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pagi ini bertegas akan mengenakan tindakan undang undang terhadap Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria susulan dakwaan anak YTL Seben...
Beetroot Superfood Yang Jarang Diketahui Tapi Penuh Khasiat Dr Rizal

Beetroot Superfood Yang Jarang Diketahui Tapi Penuh Khasiat Dr Rizal

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 104 hits
Dalam usaha untuk menjaga kesihatan kita selalu mencari makanan yang bukan sahaja sedap tetapi juga memberi manfaat untuk tubuh Salah satu makanan yang semakin popular kerana khasiatnya adalah beetroot Mungkin ramai yang tak biasa dengan ra...
Berulang Kali Memfitnah Bukan Sebab Terkhilaf Tapi Ketagih Pemerhati Politik

Berulang Kali Memfitnah Bukan Sebab Terkhilaf Tapi Ketagih Pemerhati Politik

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 107 hits
SITI NUR ZAWANIPemerhati politik Norman Radzuan berkata tindakan pemimpin Pas yang berulang kali menyebarkan fitnah bukan disebabkan terkhilaf tetapi kerana sudah ketagih Beliau berkata demikian membalas respon Timbalan Presiden Pas Datuk S...
Ni Spesis Walaun Tapi Di Indon

Ni Spesis Walaun Tapi Di Indon

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 90 hits
Kira kira 100 orang dari pelbagai kumpulan hak asasi manusia dan kesatuan pekerja bertindak agresif melemparkan telur di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta pada Khamis Tindakan itu bagi membantah kes tembakan membabitkan warga Indonesia p...
Iman Itu Tidak Boleh Diwarisi Tapi Kebangangan Boleh

Iman Itu Tidak Boleh Diwarisi Tapi Kebangangan Boleh

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 118 hits
Selangor Rabel PAS telah membuktikan IMAN tidak boleh diwarisi tetapi bangang itu boleh
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r

Menginap 2h1m Di Concorde Hotel Shah Alam