Bukan Semua Orang Pekak Sesuai Pakai Alat Bantuan
Bukan Semua Orang Pekak Sesuai Pakai Alat Bantuan || Pernah terfikir jika suatu hari, nikmat pendengaran tu ditarik semula?? Huuu, hampir hampir dulu, telinga aku berdengung je...Sedih betul tau...Tapi masatu sebab lain, bukan sebab selalu dengar bunyi bising.. oh tapi bukan sebab tak korek telinga pulak. Lol..
Pekak adalah satu keadaan di mana individu tidak mampu untuk mendengar sebarang bunyi atau suara yang terhasil di sekeliling mereka.
Ini menjadikan golongan kurang bernasib baik ini mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Namun dengan kemajuan teknologi masa kini, sudah ada alat yang mungkin boleh membantu kalian mendengar.
Ia dinamakan sebagai alat bantu pendengaran! Apakah ia dan bagaimana ia berfungsi?
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.
Alat bantu pendengaran untuk orang pekakAlat bantu pendengaran adalah sejenis alat yang membolehkan orang pekak memperbaiki atau memulihkan semula pendengaran mereka.
Untuk pengetahuan anda, terdapat 4 komponen utama pada alat ini iaitu:
MikrofonAmplifierFon telingaBateriIa berfungsi dengan cara menerima bunyian yang terhasil di sekeliling melalui mikrofon lalu menukarkan tenaga bunyi kepada elektrik.
Kemudian, amplifier akan memproses gelombang tersebut lalu menghantarnya ke telinga melalui fon telinga untuk golongan ini mendengar.
Terdapat 3 jenis alat bantu pendengaran yang utama dan ia dibezakan melalui tempat di mana alat ini diletakkan pada kawasan telinga iaitu:
Alat bantu dengar belakang telingaAlat bantu dengar dalam telingaAlat bantu dengar dalam salur telingaPemilihan jenis-jenis alat ini adalah sangat bergantung kepada tahap keterukan masalah pendengaran ataupun kesesuaian mengikut individu masing-masing.
Persoalannya, siapa sahaja yang boleh menggunakan alat ini?
Untuk siapa alat bantu pendengaran?Setiap kali terlintas soalan sebegini, sudah pasti jawapan yang paling mudah akan terkeluar adalah untuk orang pekak sahaja bukan?
Ya, namun ia sangat bergantung kepada pelbagai faktor yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Golongan utama yang memerlukannya adalah orang pekak yang mengalami kerosakan pendengaran teruk sehingga menjejaskan kebolehan untuk mendengar dan berkomunikasi.
Keputusan untuk menggunakannya pula bukan hanya tertakluk kepada kemahuan penderita masalah pendengaran itu sendiri kerana saranan doktor pakar juga sangat diperlukan.
Faktor-faktor berikut perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat:
Tahap pendengaran berdasarkan ujian klinikalJenis pekerjaanMasalah perubatanGaya penampilanAktiviti seharian yang dilakukanKos alat bantu pendengaranJadi, sila pastikan kalian telah berbincang dengan golongan profesional sebelum sebarang keputusan dibuat okay?
Perlu pakai satu atau dua pada telinga?Ada kemungkinan di mana individu akan mengalami masalah pendengaran pada sebelah telinga sahaja atau kedua-duanya sekali.
Jika anda hanya pekak sebelah telinga, doktor mungkin tidak mengesyorkan penggunaan alat ini kerana anda masih boleh mendengar.
Namun bagaimana jika anda pekak kedua-dua belah telinga? Ya, anda mungkin perlu menggunakannya!
Sama ada hanya perlu pakai satu atau dua alat ini, ia adalah sangat bergantung kepada cara anda menjalani kehidupan seharian.
Paling penting, sila dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang bakal mengubah kehidupan anda ini.
Alat bantu pendengaran ada pro dan kontra?Setiap perkara pasti ada kelebihan dan keburukan yang tersendiri dan alat bantu pendengaran ini juga tidak boleh lari daripadanya.
KelebihanDapat membantu orang pekak mendengarDapat membantu orang pekak berkomunikasiAdalah sangat mudah dan cepat untuk dipasangTerdapat pelbagai jenis mengikut kesesuaian dan kemampuanKekuranganAkan menjejaskan penampilan andaTidak sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai telinga bernanah dan berairTidak sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai salur telinga sempit atau kecilKos yang agak mahalJika hendak dibandingkan, pro dan kontra alat ini adalah lebih kurang setara sahaja dan kalian perlu berfikir masak-masak sebelum sebarang keputusan dibuat.
Pun begitu, sebenarnya adalah sangat berbaloi untuk individu dengan masalah pendengaran mengambil keputusan untuk menggunakannya.
Ini kerana ia adalah satu keputusan yang mampu mengubah kehidupan anda secara total dan membantu kalian mendengar semula.
Bagaimana cara untuk menjaga alat ini?Mungkin mudah untuk kalian hanya menggunakan tanpa tahu cara untuk menjaga atau memasang alat ini pada telinga anda bukan?
Oleh itu, sila pastikan kalian telah berkonsultasi dengan doktor pakar (audiologi) untuk memilih, membeli dan menggunakan alat ini!
Pertama sekali, sila belajar cara untuk mengendalikan alat ini dan hubungi doktor anda jika masalah berikut terjadi:
Alat bantu pendengaran tidak berfungsiBunyi suara sendiri menjadi terlalu kuatBunyi persekitaran menjadi terlalu bingitBunyi berdesing daripada alat itu sendiriUntuk menjaganya pula, terdapat beberapa perkara yang kalian perlu jauhi atau amalkan termasuklah:
Jauhkan alat ini dari persekitaran penuh haba atau lembapBersihkan alat ini dengan mengikut arahan doktor pakarElakkan menggunakan produk berbunyi dan berfrekuensi tinggi semasa menggunakan alat bantuan pendengaran seperti pengering rambut atau vakumPadamkan alat bantu pendengaran sekiranya ia tidak digunakanSimpan ia bersama komponennya jauh daripada kanak-kanak dan haiwanTukarkan bateri yang lemah dengan segeraPendek kata, alat bantu pendengaran ini memang merupakan penyelamat orang pekak bagi membolehkan mereka mendengar dan berkomunikasi semula.
Terima kasih wahai teknologi!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2020/11/bukan-semua-orang-pekak-sesuai-pakai.html