Bukan Sekadar Kisah Khianat Belot Juga Hikayat Kegagalan Ph



Oleh AHMAD LUTFI OTHMANMarch 28, 2020 7:54 pmSebenarnya saya menjalani “perintah kawalan pergerakan” atau “lockdown” bukan hanya bermula sejak pengumuman rasmi kerajaan ekoran meluasnya Covid19, tetapi jauh lebih awal.Keuzuran berikutan penyakit ginjal kronik dan masalah jantung bermula sekitar akhir tahun 2015 membataskan aktiviti saya. Justeru, dunia saya agak terkepung dengan penjuru yang sempit. Sumbangan penulisan turut semakin terhad; idea kontang-tumpul apabila hubungan terbatas dan bacaan khususnya melalui bahan bercetak tambah menipis.Kualiti penglihatan masih bermasalah walaupun tidak seteruk dulu. Buku-buku semakin berdebu di rak. Agak lama juga tidak jalani rawatan mata susulan di hospital berdekatan selepas lalui prosedur jantung tempoh hari.Bagi penggemar buku, boleh anda bayangkan hidup tanpa membaca? Bagaimana sunyi dan sepinya. Aroma buku baharu sudah lama tidak dinikmati. Bagai terputus hubungan dengan kekalutan alam. Lebih menyeksakan, idea dan pemikiran baharu gagal dihayati.Benar dunia aktivisme sudah lama menghilang, tetapi kegiatan menulis dan kembarnya membaca, sekali gus merenung dan berfikir membuatkan kita terus ceria dan hidup. Terasa percikan kuat daripada pergolakan sekeliling.Sebagai wartawan pencen yang terdedah dengan dinamika politik, tentu saja kemeriahan lingkungan menuntut respons.Perubahan mengejutkan kerajaan melalui Langkah Sheraton yang mengkhianati mandat rakyat dalam PRU14 cukup pedih dan perit. Kerajaan pintu belakang atau ditebuk melalui atap bukan gurauan lagi.Masih terkenang peristiwa manis awal pagi 10 Mei 2018, terakamnya “Revolusi Tanpa Darah”. Saya mengungkapnya dalam dua bab khas buku yang berjudul sama. Tidak terduga meniti hari-hari akhir — kebanyakan masa dihabiskan di pembaringan ini — saya sempat menghirup udara segar kebebasan dan kicauan burung yang merdu di bawah kerajaan reformasi, yang bertekad membawa perubahan dan pembaharuan.Perjuangan berdekad lamanya membuahkan hasil juga akhirnya. Tapi tentu sekali ia bukan penamat cerita, sebaliknya bermula babak-babak baharu yang menuntut dan menagih upaya-ikhtiar berkali lipat.Impian dan harapan rakyat menggunung tinggi. Bukan mudah menunaikan janji manifesto tapi lebih penting memastikan pentadbiran baharu di atas landasan yang betul dan mantap. Atas daripada itu, salahguna kuasa dan pelbagai skandal mega yang menghanguskan dana negara mesti ditamatkan. Asasnya pula pada tapak yang kukuh dan tidak rapuh.Namun seperti lazimnya, ramai kurang sabar untuk menikmati perubahan yang sekian lama didamba itu. Mereka mahu kualiti hidup ditingkatkan segera selepas mandat diberikan. Di pihak pemerintah pula, banyak kelemahan dan kealpaan dikesan.Ya, bukan mudah proses pembersihan mengambil tempat selepas enam dasawarsa regim lama berakar. Fenomena “daulah terpendam” juga merencatkan pembaharuan. Pentadbiran baharu pula kurang pengalaman dan ada kalanya dilihat saling bertelingkah atau kurang harmonis tautannya.Seringkali penyokong hampa dan kecewa melihat pemimpin atasan gagal menguruskan perbedaan di antara komponen “grand coalition”. Malah lebih memburuk, dalam sesama parti juga, riuh dan kecoh perseteruan. Mulanya dianggap gejala biasa dalam politik. Tapi marak bagai api dalam sekam. Sesal tidak berguna lagi. Perangkap dan jerat musuh menunggu. Hanya menunggu detik paling sesuai.Iktibar bermakna jika mahu mengutip pengajaran daripada episod paling malang ini. Ratib “kerajaan sepenggal” rupanya menjelma lebih awal. Musnah dan hangus harapan rakyat dek kegagalan pimpinan mengolah konflik yang timbul.Masing-masing mementingkan sejemput keuntungan peribadi dan tidak mahu berkompromi menyerap kelainan. Kita sendiri terpedaya dengan kemilau kuasa dan terbakar dek api permusuhan sesama keluarga. Idealisme perjuangan hanya basahan lidah ketika berpidato depan penyokong.Saya tidak mampu melakar garis masa secara lebih terperinci adegan demi adegan yang menusuk kalbu itu. Kisah pilu itu bukan sekadar cerita pengkhianatan dan pembelotan yang tragis tetapi juga hikayat pedih kegagalan menguruskan kejayaan. Lebih tragis, kelemahan memikul amanah dan tanggungjawab.
Saya pernah menekankan pada akhir tahun lalu sejurus kekalahan yang mengecewakan di Tanjung Piai, empat parti dalam Pakatan Harapan — PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu — masih dalam proses saling mengenal dan memahami antara satu sama lain. Mungkin tiga parti asal termasuk AMANAH (semasa bersama Pas), selain Bersatu, sudah lama berhubungan melalui Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif. Namun parti yang dipresidenkan Muhyuddin Yassin, Bersatu, masih cukup muda, khususnya untuk meredah cabaran elemen politik baharu dan membentuk kerajaan bersama DAP.Secara peribadi, saya sendiri tidak dapat menyelami kegelisahan dan keresahan pihak tertentu dengan “karenah” DAP. Saya gagal mengesan bagaimana tohmahan bahawa DAP sering bertindak “di luar batasan dan menyinggung sensitiviti Melayu-Islam” mempunyai justifikasi.Rupa-rupanya dakwaan dan serangan berterusan pihak pembangkang waktu itu berjaya mempengaruhi persepsi sebahagian masyarakat Melayu.Sikap politik mereka yang agak melampau dan ekstrim dengan faham perkauman dan keagamaan sempit disuburkan, antara lain, oleh dasar kebebasan bersuara kerajaan PH. Sememangnya nasihat, kritikan dan teguran — sepahit mana pun — tidak dihalang, namun realitinya pembohongan, fitnah dan berita palsu mendominasi suasana.Kata-kata nista dilempar sesuka hati termasuk kepada para menteri. Mimbar masjid dan forum agama tidak sunyi daripada menyebar-luaskan mesej politik kepartian yang sarat kebencian.Secara peribadi, sebagai penyokong pasif Pakatan Harapan, saya bersikap terbuka dengan aneka kecaman melulu terhadap kerajaan itu. Berdiri atas kapasiti pemerintah haruslah bersedia berdepan dengan teguran dan kritikan keras. Ingatlah semasa era kita sebagai oposisi, bagaimana asakan disasarkan kepada kerajaan saban waktu. Mungkin penekanan berbeda, dengan isu-isu kenegaraan yang mendesak, namun sentiasa ditampilkan fungsi pembangkang yang kritikal dan konstruktif.
—–Artikel seterusnya nanti mengenai polemik punca-punca kejatuhan sesebuah kerajaan, apakah semata-mata disebabkan korupsi dan salahguna kuasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/bukan-sekadar-kisah-khianat-belot-juga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Pilu Rakyat Miskin Di Tengah Pandemi Corona Jadi Sorotan Media Asing

Kisah Pilu Rakyat Miskin Di Tengah Pandemi Corona Jadi Sorotan Media Asing

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 228 hits
Dengan merebaknya kasus Covid 19 di Indonesia ini yang paling merasakan dampak adalah warga miskin yang tidak memiliki akses kesehatan yang baik dan tingkat ekonomi yang minim
Kisah Perjuangan Para Dokter Lawan Corona Di Garda Depan Nyawa Jadi Taruhannya

Kisah Perjuangan Para Dokter Lawan Corona Di Garda Depan Nyawa Jadi Taruhannya

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 200 hits
Di balik terus meningkatnya penyebaran Virus Corona ada tim medis yang tak henti berjuang untuk menyembuhkan para pasien COVID 19 itu Mereka bekerja siang malam tak kenal waktu Bahkan mereka juga bertaruh nyawa dalam tugasnya itu
Kisah Dokter Randy Berjuang Untuk Pasien Corona Di Tengah Kerinduan Pada Keluarga

Kisah Dokter Randy Berjuang Untuk Pasien Corona Di Tengah Kerinduan Pada Keluarga

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 215 hits
Sikap diam diri di rumah sangat baik untuk warga sekaligus membantu petugas medis yang sedang bekerja keras menangani pasien terpapar virus Corona atau Covid 19 Mengingat sebaran virus ini sangat cepat Semakin banyak pasien terpapar kerja p...
Penglipurlara Kisah Menteri Pasir Dua Butir

Penglipurlara Kisah Menteri Pasir Dua Butir

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 194 hits
Caruta panglipurlara Ahmad shahril shahrilCaruta panglipurlara Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi dia terdiam Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila Menteri Alam Sekitar YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man me...
Kisah Dan Teladan Dari Italy

Kisah Dan Teladan Dari Italy

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 274 hits
Jangan jadi ego dan degil jika ingin selamat 5 476 jumlah kematian di Italy setakat 8 jam yang lepas Tak ada tanda surut kes baru covid 19 semakin meningkat tak bagi belas kasihan Italy sedang dalam peperangan getir Mereka sedang keletihan ...
Pandemi Corona Ini Kisah Miris Perawat Jadikan Plastik Sebagai Apd

Pandemi Corona Ini Kisah Miris Perawat Jadikan Plastik Sebagai Apd

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 244 hits
Virus corona yang hingga saat ini masih menjadi pandemi dunia mengakibatkan pasien terinfeksi semakin terus bertambah
Kisah Maslamah Kelaparan Di Rumah Khalifah Umar Abd Aziz

Kisah Maslamah Kelaparan Di Rumah Khalifah Umar Abd Aziz

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 306 hits
Sebagai seorang keluarga raja Maslamah bin Abdul Malik terkenal sebagai seorang yang sangat mewah dalam hidup hinggakan mahu makan makanan yang mahal dan lazat sahaja Gambar HiasanPada suatu hari Khalifah Umar bin Abd Aziz yang sangat soleh...
Tak Kisah Beratur Panjang Janji Selamat

Tak Kisah Beratur Panjang Janji Selamat

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 349 hits
BATU GAJAH Tidak mengapa beratur panjang janji selamat Itu antara reaksi pengunjung Pasar Awam Batu Gajah di sini apabila dikenakan tindakan kawalan termasuk beratur dalam jarak selamat oleh Majlis Daerah Batu Gajah bagi membendung penulara...
Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Tkbpg 3 November Tkbpg Top 5 By Octavio

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Satay Buaya Dan Kisah Tom Yam Paste Yang Dibuang Di Airport

Drama Selamat Pengantin Haru

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Lebih Ramai Bukan Bumiputera Akan Masuk Sebagai Ahli Bersekutu Bersatu Pahang Dalam Masa Terdekat Ini

Cara Buat Link Whatsapp

Bekas Penjaga Gol Lagenda Pulau Pinang Meninggal Dunia Ketika Beraksi