Bukan Sekadar Benteng Pertahanan Negara



DALAM siri kedua 100 hari KPI kementerian-kementerian, Sinar Premium bersama dua badan penyelidik bebas, Ilham Centre dan O2 Research menilai prestasi lima lagi kementerian di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kementerian Pertahanan antara kementerian yang dipuji dengan usaha Hospital Medan, Combat Medic Vaccination Team (CMVT), PPV Pandu Lalu dan misi-misi penerbangan bagi membantu penghantaran vaksin dan peralatan Kementerian Kesihatan (KKM) ke Sabah dan Sarawak.
Selain itu, kelonggaran SOP pandemik terutamanya kebenaran merentas negeri dan ke luar negara, membolehkan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan kembali aktif dengan pelbagai program menggalak cuti-cuti seluruh negara.
KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (UMNO-BN)
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BERSATU-PN)
ILHAM CENTRE: Bagi saya, apabila pihak tentera turun padang membantu golongan frontliners dalam menangani isu Covid-19, inisiatif itu sangat membantu dan menampakkan keterbukaan pihak kementerian untuk turut serta menyumbang kepada negara pada saat krisis pandemik menekan aspek kesihatan rakyat.
Selain itu, kementerian ini atau lebih dikenali Mindef di bawah teraju Hishammuddin juga berjaya meneruskan kesinambungan kerja-kerja cemerlang yang ditunjukkan Ismail Sabri sewaktu pentadbiran kerajaan PN.
Penyediaan belasan hospital medan tentera bagi menangani isu kapasiti hospital yang penuh akibat peningkatan kes jangkitan Covid-19 selain anggota tentera dimobilisasikan untuk melancarkan urusan pengagihan bantuan kepada rakyat terkesan krisis juga dianggap satu sumbangan besar Mindef kepada negara.
Pada masa sama, komitmen Hishammuddin untuk mengetatkan kawalan sempadan negara bagi menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin yang dibimbangi membawa penularan varian baharu Covid-19, wajar dipuji.
RATING: 6/10
O2 RESEARCH: Ada kementerian yang melaksanakan inisiatif secara berfokus, tetapi ada kementerian yang pendekatan mereka merangkumi pemegang taruh secara lebih luas.
Sebagai contoh, Kementerian Pertahanan sendiri, di mana mereka mempunyai 6 aspirasi dan dari 6 aspirasi ini pula terbahagi kepada 15 Program dan Inisiatif yang berbeza.
Ramai beranggapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara umumnya hanya bertugas untuk kawalan Sekatan Jalan Raya (SJR) semasa krisis Covid-19.
Tetapi seperti kita lihat, mereka telah memainkan peranan yang teramat besar dalam membantu masyarakat awam dari pelbagai aspek selain tugas hakiki mereka. Antaranya, insiatif memerangi Covid-19 melalui pembinaan Hospital Medan, Combat Medic Vaccination Team (CMVT), PPV Pandu Lalu dan misi-misi penerbangan bagi membantu penghantaran vaksin dan peralatan Kementerian Kesihatan (KKM) ke Sabah dan Sarawak.
Inisiatif kebajikan pula melihat program digerakkan untuk membantu rakyat melalui Projek Jiwa Murni di mana tentera sendiri turun padang untuk membantu baik pulih dan bina baharu unit perumahan dan fasiliti awam.
Selain dari menteri yang telah menjalankan tugas dengan baik, anggota tentera inilah wira tidak didendang yang perlu diberikan pengiktirafan dan penghargaan sewajarnya atas jasa baik dan bakti mereka sepanjang 100 hari ini.
RATING: 8/10
 
Hishammuddin membuktikan satria-satria negara bukan sekadar menjadi benteng pertahanan negara tetapi bersiap sedia untuk pelbagai tugas lain demi Malaysia
 
KEMENTERIAN PELANCONGAN, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Menteri: Datuk Seri Nancy Shukri (PBB-GPS)
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu (BERSATU-PN)
ILHAM CENTRE: Setelah rentas negeri dibenarkan, tumpuan rakyat pasti terarah kepada sektor pelancongan domestik di mana mereka teruja untuk melancong sesudah hampir dua tahun ‘terkurung’ akibat krisis Covid-19.
Bagaimanapun, kami berharap kementerian ini memainkan peranan lebih agresif dalam memberikan jaminan kepada vendor dan operator industri pelancongan bahawa sektor itu sudah kembali bernafas dan tidak lagi berdepan risiko penutupan sebagaimana tempoh pandemik.
Namun, tidak dinafikan Nancy berusaha keras dalam memastikan inisiatif gelembung pelancongan yang bermula dari Pulau Langkawi dijayakan dengan cemerlang, sekali gus membuka pintu kepada destinasi pelancongan popular lain untuk diaplikasikan pendekatan yang sama.
Namun, kementerian masih dilihat kurang memberi maklumat dan garis panduan jelas kepada vendor-vendor terhadap keperluan operasi mereka mengikut SOP Covid-19 yang ditetapkan.
Kementerian juga perlu lebih bersungguh-sungguh menggunakan platform media untuk menyemarakkan kembali sektor eko-pelancongan domestik dan perkara ini harus diperbaiki demi kemandirian sektor itu pada masa hadapan.
RATING: 4/10
O2 RESEARCH: Berdasarkan pelbagai sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh dalam sektor pelancongan, O2 Research Centre melihat Nancy merupakan seorang menteri yang serius dalam menunaikan tanggungjawab diamanahkan.
Sebagai contoh, beliau berperanan besar dalam memastikan inisiatif gelembung pelancongan di Pulau Langkawi dapat dilaksanakan pada saat negara masih terkekang dengan larangan rentas negeri ketika itu.
Inisiatif gelembung pelancongan itu ternyata membuahkan kejayaan dan kesan daripada itu, inisiatif berkenaan diperluaskan ke kawasan pelancongan domestik yang lain.
Secara keseluruhan, beliau sangat aktif dalam menghidupkan sektor ekonomi yang dianggap sudah mati sebelum ini.
Pada masa sama, Nancy juga berjaya mewujudkan SOP Covid-19 bersesuaian dengan sektor itu bagi mengelakkan penularan Covid-19 dan perkara itu terbukti apabila tiada laporan penularan kes jangkitan yang mencetuskan kluster membimbangkan sehingga kini.
RATING: 8/10
 
Kejayaan gelembung pelancongan Langkawi yang dilaksanakan Nancy dan kementeriannya membolehkan sektor pelancongan di seluruh negara kembali bernafas
 
KEMENTERIAN DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
Menteri: Senator Idris Ahmad (Pas)
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Pas)
ILHAM CENTRE: Saya menilai kementerian ini lebih kepada usaha menangani persepsi politik berbanding polisi yang diperkenalkan kerana perkara itu yang menjadi buah mulut rakyat sejak kebelakangan ini.
Dari segi polisi dan hal ehwal agama, kementerian ini sejak kerajaan PN lagi dilihat tidak terlalu bermasalah berbanding sewaktu kerajaan PH.
Ada pun isu-isu berbangkit seperti masalah kecelaruan gender dihadapi usahawan kontroversi, Sajat dilihat tidak begitu memberi kesan kepada imej kementerian meskipun ada berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian khusus menteri.
Kaedah kementerian menangani isu kontroversi penggunaan nama Timah kepada produk arak juga dianggap ‘biasa-biasa’ dengan perdebatan mengenai perkara itu akhirnya menghasilkan pandangan subjektif daripada pelbagai pihak.
Cuma dalam isu kerajaan negeri Kedah melarang pengeluaran lesen judi di negeri itu, imej menteri dilihat sedikit terjejas apabila didakwa gagal memberi kerjasama baik dengan pihak media.
Selain itu, kementerian sepatutnya memberi respons terhadap pendirian kerajaan negeri Kedah itu dan menjawab persoalan sama ada kerajaan Pusat akan turut mempertimbangkan pelaksanaan langkah sama di seluruh negara.
RATING: 5/10
O2 RESEARCH: Bagi saya, menteri dilantik sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sekadar meneruskan kesinambungan gerak kerja yang dilakukan menteri terdahulu pada saat pandemik Covid-19 sebelum ini.
Saya tidak melihat isu kontroversi penggunaan nama Timah pada produk arak dan keputusan kerajaan Kedah melarang pengeluaran lesen judi di negeri itu memberi sebarang implikasi negatif kepada kementerian.
Bahkan bagi sebahagian besar masyarakat konservatif Melayu dan Islam, mereka menyokong keputusan kerajaan negeri Kedah itu kerana semua agama mengharamkan amalan judi dan perbuatan itu tidak sewajarnya dikaitkan dengan gaya hidup masyarakat bukan Islam.
Lebih menarik, sikap menteri yang tidak memanjangkan dua isu kontroversi berkenaan juga dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan berlakunya insiden terlepas cakap yang berisiko diambil kesempatan pihak tidak bertanggungjawab.
RATING: 7/10
 
Idris berdepan beberapa cabaran seperti isu nama minuman arak dan kecelaruan gender dalam 100 hari pentadbirannya
 
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu-PN)
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (MCA-BN)
ILHAM CENTRE: Secara jujurnya, Mohamed Azmin yang mengetuai MITI dilihat masih kurang membawa impak positif kepada kementerian itu apabila kami melihat tiada sebarang unjuran kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang signifikan dalam tempoh 100 hari kebelakangan ini.
Lebih mengejutkan, berita mengenai perpindahan syarikat-syarikat pelaburan besar seperti IBM dan Hyundai ke negara lain yang berterusan dilaporkan di media sosial juga tidak memberi gambaran baik bahawa MITI mempunyai solusi dalam mengekalkan kepentingan pelaburan asing pada saat krisis pandemik sebelum ini.
Bagi memulihkan ekonomi negara pasca pandemik Covid-19, Mohamed Azmin dan MITI perlu memainkan peranan besar untuk merangka usaha membawa masuk nilai pelaburan asing yang besar kerana senario itu akan membawa peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Namun begitu, Ilham Centre tidak menafikan Mohamed Azmin dan MITI sememangnya berusaha ke arah itu apabila kementerian tersebut mengadakan lawatan ke luar negara seperti Turki dan Indonesia bagi mengintai peluang pelaburan berimpak tinggi dari negara-negara berkenaan.
RATING: 6/10
O2 RESEARCH: MITI ada beberapa penanda aras yang perlu dinilai terutama daripada aspek pelaburan, eksport dan import selain pembangunan industri komersil secara holistik.
Secara keseluruhan, Mohamed Azmin dilihat berjaya menterjemahkan tiga aspirasi yang perlu dicapai kementeriannya dalam tempoh 100 hari.
Aspirasi pertama MITI yang dilihat berjaya dicapai adalah dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor pembuatan, aspirasi kedua pula berasaskan keperluan mengembangkan pasaran eksport dan aspirasi ketiga adalah memastikan industri bernilai tinggi selamat untuk terus beroperasi di negara ini.
Cabaran MITI bukan sahaja tertumpu kepada faktor ekonomi dalaman tetapi turut melibatkan nilai ekonomi luaran.
Namun kami tidak pasti sama ada pelbagai inisiatif MITI dalam menarik perhatian pelabur asing memberi kesan positif kepada rakyat dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan Ismail Sabri.
Berdasarkan penilaian imej menteri dan MITI sendiri, pada peringkat awal penubuhan kerajaan Keluarga Malaysia, kami mengakui Mohamed Azmin masih lagi terpalit dengan kontroversi dan menerima persepsi negatif daripada orang awam.
Hal ini susulan langkah beliau mempertahankan langkah kerajaan membenarkan sektor perkilangan beroperasi sewaktu ‘lockdown’ dilaksanakan oleh kerajaan PN sebelum ini, masih lagi memberi reaksi negatif dalam kalangan warga maya.
Namun, setelah kerajaan Ismail Sabri kembali stabil, Mohamed Azmin dilihat kembali fokus dalam mempertingkatkan prestasi MITI dan memastikan usaha pemulihan ekonomi negara dapat dilaksanakan dengan lancar.
RATING: 6/10
 
Mohamed Azmin yang menerajui MITI  
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri: Datuk Dr Noraini Ahmad (UMNO-BN)
Timbalan Menteri : Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (UMNO-BN)
ILHAM CENTRE: Kami mengunjurkan prestasi kementerian ini adalah sama seperti Kementerian Pendidikan – polisi masih kurang jelas dan sistem penyampaian dan hala tuju yang bercelaru dalam menangani isu mahasiswa ketinggalan dalam pengajian diikuti bagi tempoh dua tahun pandemik berlangsung.
Selain itu, fokus menteri juga dilihat terganggu sewaktu peristiwa kejatuhan kerajaan PN apabila beliau seolah-olah hilang kawalan dalam menangani isu pelantikan naib canselor di beberapa universiti tempatan yang menjadi kontroversi.
Persoalan pokok yang paling penting, bagaimana Noraini hendak menyelesaikan masalah kemerosotan kadar kebolehpasaran mahasiswa dalam sektor pekerjaan tempatan?
Dengan ruang mahasiswa untuk melaksanakan pengajian berbentuk amali hampir terbatas sewaktu pandemik selain kelompok ini tidak lagi didedahkan suasana kehidupan yang agresif di kampus, evolusi kehidupan mereka untuk berubah menjadi tenaga kerja yang kompetitif semakin terhakis.
Justeru, kementerian ini perlu menilai semula keperluan integrasi di antara proses pengajian bersifat akademik dengan latihan amali yang bersifat praktikal bagi memberi nilai tambah kepada mahasiswa.
RATING: 4/10
 
Noraini  
O2 RESEARCH: Dengan pelbagai isu yang timbul terutama proses pengajian kuliah terpaksa dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian, kementerian ini sememangnya menghadapi pelbagai cabaran dalam mengimbangtarakan kepentingan institusi pengajian tinggi (IPT) dan kebajikan mahasiswa.
Namun kita melihat, menteri berjaya memainkan peranan dengan baik dalam mengharmonikan kekusutan yang timbul dalam kalangan ibu bapa dan mahasiswa di sepanjang berlakunya krisis Covid-19.
O2 Research turut memuji pengenalan program Food Bank kepada mahasiswa yang terkandas di kampus IPT kerana tidak dapat balik ke rumah masing-masing.
Selain itu, Noraini dilihat aktif melaksanakan program turun padang untuk meninjau keadaan mahasiswa di kampus selain berkeupayaan menyelesaikan beberapa isu penting termasuk kos yuran pengajian IPT secara ‘hands-on’.
RATING: 7/10
Baca Artikel Menarik:
Pasca PKP Ramai Perlukan i-Citra RM10 Ribu, PM Beri Komitmen Perhalusi Bersama Menteri Kewangan –Dr Asyraf Remaja bantu kejar pencuri tapi dibelasah polis Selepas 100 hari, ini lima kementerian paling cemerlang Pekerja binaan jumpa ular sawa 250kg Selain Mahkamah Persekutuan, Pengampunan Agong adalah jalan terakhir Cara Pengiraan Zakat ASB Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan Guna tandas OKU sambil persendakan OKU (Video) PrnSarawak: Antara BN dan PN, Nampakkan Parti Mana Yang Lebih Jujur? Isteri Khalid Samad fail pembelaan permohonan poligami ‘Tujuh jahanam’ cuba panggang budak 6 tahun Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

The post Bukan sekadar benteng pertahanan negara appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/10/bukan-sekadar-benteng-pertahanan-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Siti Saleha Tuntut Cer4i Kerana Tiada Persefahaman Suami Di Luar Negara Tak Hadir Jkp

Video Siti Saleha Tuntut Cer4i Kerana Tiada Persefahaman Suami Di Luar Negara Tak Hadir Jkp

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 193 hits
Tiada persefahaman menjadi punca pelakon Siti Saleha membuat tuntutan cer4i terhadap suaminya Ahmad Lutfi Azhar Perkara itu dided4hkan peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili aktres berkenaan ketika ditemui mStar di Mahkamah Rendah Syariah Klan...
Uang Denda Rp32 Miliar Dari Kasus Libatkan Warga Korsel Masuk Ke Kas Negara

Uang Denda Rp32 Miliar Dari Kasus Libatkan Warga Korsel Masuk Ke Kas Negara

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 218 hits
Pelaksanaan penyerahan uang dilakukan di Kantor Kejati Jabar Jalan Naripan Kota Bandung oleh Kasi Pidsus Kejari Kabupaten Bandung Amriansyah
Jangan Jadikan Negara Ini Banglasia

Jangan Jadikan Negara Ini Banglasia

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 150 hits
Menurut sebuah Badan Bukan Kerajaan Fortify Rights tiada rakyat Malaysia yang didakwa berkaitan 139 kubur tersebut walaupun empat warganegara asing telah disabitkan kesalahan dan dipenjara Kerajaan Malaysia perlu segera mengeluarkan laporan...
Kenaikan Harga Barang Boleh Jejaskan Pemulihan Negara Muhyiddin

Kenaikan Harga Barang Boleh Jejaskan Pemulihan Negara Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 182 hits
Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR Abd Razak Aid MAJLIS Pemulihan Negara memandang serius isu kenaikan harga barang yang dilihat akan menjejaskan proses pemulihan negara daripada pandemik COVID 19 Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin ber...
Ringgit Jatuh Balik Ekonomi Makin Tenat Kaum Social Welfare Millionaire Jutawan Duit Rakyat Nak Jadi Penasihat Negara

Ringgit Jatuh Balik Ekonomi Makin Tenat Kaum Social Welfare Millionaire Jutawan Duit Rakyat Nak Jadi Penasihat Negara

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 263 hits
Here is today s USD Ringgit exchange rate The Ringgit is going south again Our currency is already weak and is weakening This means we will be importing even more inflation Here is yesterday s Morgan Stanley Composite Index for ASEAN countr...
Kai Exo Ungguli Carta Album Itunes Di 59 Negara Dengan Album Peaches

Kai Exo Ungguli Carta Album Itunes Di 59 Negara Dengan Album Peaches

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 174 hits
Kai EXO telah mengungguli pelbagai carta iTunes dengan Peaches Sejurus selepas dikeluarkan di seluruh dunia pada 30 November album mini ke 2 Kai yang dinanti nantikan Peaches dengan cepat memasuki pelbagai carta iTunes di seluruh dunia Albu...
Karantina Jadi 10 Hari Bagi Wna Wni Yang Berasal Dari Negara Terindikasi Omicron

Karantina Jadi 10 Hari Bagi Wna Wni Yang Berasal Dari Negara Terindikasi Omicron

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 162 hits
Perpanjangan masa karantina ini akan berlaku sejak 3 Desember ucap Menko Luhut dalam pernyataannya Kamis
Negara Kita Ni Punya Besar

Negara Kita Ni Punya Besar

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 165 hits
NORSHIDAH MOHD DAUDTu pun daging kita import dari luarGunakan modal dari rakyat wujudkan NFC kononnya nk ternak lembu utk elak pergantungan dari negara luarSudahnya rakyat di kencing duit utk bela lembu digunakan utk beli kondo di Singapore...
Hiburan Ingat Ini Pesta Luar Negara Ke Netizen Tegur Bunga Isme Menari Nari

Hiburan Ingat Ini Pesta Luar Negara Ke Netizen Tegur Bunga Isme Menari Nari

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 268 hits
Penyanyi rap dihujani dengan teguran peminat apabila satu video tarian ketika membuat persembahan di sebuah lokasi tular Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari dikecam netizen menerusi TikTok disebabkan kelincahannya Advert...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

Make Your Business Standout


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi

Mount Kinabalu Porter Represents Malaysia S Aspirations Against Global Ultra Trail Champions In Taiping