Bukan Sebab Covid Tapi Jangkitan Paru Paru Anak Anak Haziq Hotfm Dimasukkan Ke Hospital Mohon Doa Ramai
Pengacara dan penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni berkongsi foto tangan dua orang anaknya memakai gelang hospital menerusi Instagram.
Menerusi posting tersebut, ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku kepada anak-anaknya. Haziq menjelaskan bahawa kedua-dua anaknya mengalami jangkitan virus pada bahagian paru-paru.
Anak-anaknya mula mengalami demam, selsema dan batuk sejak seminggu lalu sebelum disahkan mengalami jangkitan itu.
Reda dengan dugaan itu, dia dan isterinya Ayunda Putri bersyukur mereka sekeluarga negatif keputusan ujian saringan Covid-19.
“Seminggu anak-anak saya mengalami demam, selsema dan batuk. Selepas buat pemeriksaan, doktor sahkan ada virus pada bahagian paru-paru.
“Hari ini sudah masuk hari kedua kami di hospital. Saya dan isteri teman anak-anak di hospital. Kami sudah pun menjalani ujian saringan terlebih dahulu untuk dibenarkan berbuat demikian.
“Alhamdulillah semua keputusan saringan Covid-19 kami, termasuk anak-anak pun negatif,” katanya.
Haziq memaklumkan keadaan anak-anaknya masih dalam pemantauan doktor dan mereka juga diberikan antibiotik selama empat hari.
Rata-rata warga maya termasuk rakan selebriti mendokan kesembuhan buat kedua-dua anak Haziq ini.
Kredit: hmetro, haziq_hotfm
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Jom jadi peserta terawal!
✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex
Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_
The post “Bukan Sebab Covid, Tapi Jangkitan Paru-Paru” Anak-Anak Haziq Hotfm Dimasukkan Ke Hospital, Mohon Doa Ramai appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bukan-sebab-covid-tapi-jangkitan-paru-paru-anak-anak-haziq-hotfm-dimasukkan-ke-hospital-mohon-doa-ramai/