Bukan Rm75 Juta Tetapi Rm82 Juta Koo Ham


IPOH: “Saya bukan Ahli Parlimen terkaya di Malaysia, saya yakin ada lebih kaya namun (mereka) belum isytiharkan harta mereka,” kata Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.
Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berkata, kekayaan yang diisytiharkan itu adalah bukti ketelusan dirinya dan harta yang diperoleh adalah daripada kerjayanya sebagai peguam selama 32 tahun serta pelaburan yang dibuat sejak 20 tahun lalu.
“Biar saya jelaskan, saya mahu telus dan apa yang sudah diisytiharkan ini saya bukan Ahli Parlimen terkaya kerana ada mereka (Ahli Parlimen) yang belum mengisytiharkan berapa harta mereka di mana terdapat beberapa orang lagi dari pihak Pakatan Harapan (PH).
“Semua Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) atau pihak pembangkang belum melakukannya dan saya rasa daripada laporan (pengisytiharan harta) selepas ini ramai daripada mereka ada berbilion atau ratusan juta (kekayaan).
“Jadi jumlah saya ini bukanlah banyak sangat berbanding mereka, bagaimanapun saya bukan orang yang tidak bersyukur dan saya syukur kepada tuhan dengan apa yang ada,” katanya ketika ditanya mengenai aset bernilai RM75.81 juta yang diisytihar dan disiarkan di portal Perisytiharan Harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, nilai aset yang diisytihar kepada SPRM adalah sebanyak RM82 juta dan bukannya RM75 juta seperti yang dilaporkan dalam portal berkenaan.
“Jika dalam tempoh dua tahun akan datang, umum mendapati saya mempunyai harta lebih beberapa juta, sebenarnya saya isytihar kepada SPRM saya mempunyai aset sebanyak kira-kira RM80 juta dan RM2 juta lagi di bawah nama isteri dan anak.
“Jadi sepatutnya RM82 juta dan ini tidak termasuk dua lagi aset yang belum dinilaikan iaitu pegangan saham dalam syarikat guaman yang sudah saya serahkan kepada rakan kongsi selain insurans yang juga belum dinilaikan,” katanya.
Beliau berkata, bukan niatnya ingin bermegah dengan kekayaan yang dimiliki tetapi bersyukur dengan segala yang diperoleh dan berterima kasih kepada rakan serta komuniti yang memberikan sokongan kepadanya.
“Saya sudah menjadi peguam selama 32 tahun dan sejak 20 tahun lalu saya bukan bekerja hanya untuk wang dan selepas saya mendapat RM2 juta pertama, saya turut menyumbang kepada masyarakat.
“Hasilnya pelaburan yang saya buat memberi pulangan besar di mana saya mendapat hasil daripada aset dibeli yang meningkat harganya.
“Kesederhanaan pada saya adalah kebebasan di mana saya masih memotong rambut pada kadar RM6 atau paling mahal di salun RM15,” katanya.
Beliau turut menegaskan sepanjang hidupnya sama ada dalam dunia politik atau perundangan beliau tidak pernah mengambil sebarang rasuah dan berdasarkan prinsip tolak rasuah itu juga beliau berjaya dalam hidup serta masyarakat mempercayainya kerana prinsip berkenaan.
The post Bukan RM75 Juta Tetapi RM82 Juta – Koo Ham appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/bukan-rm75-juta-tetapi-rm82-juta-koo-ham/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perghh Penasihat Dap Perak Ngeh Koo Ham Miliki Aset Rm75 Juta

Perghh Penasihat Dap Perak Ngeh Koo Ham Miliki Aset Rm75 Juta

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 332 hits
Ngeh Koo HamSHAH ALAM Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham merekodkan jumlah pengisytiharan harta tertinggi berjumlah RM75 816 184 00 Jumlah itu dipaparkan pada portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di pa...
Koo Ham Miliki Aset Rm75 Juta Tun M Pula

Koo Ham Miliki Aset Rm75 Juta Tun M Pula

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 208 hits
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham merekodkan jumlah pengisytiharan harta tertinggi berjumlah RM75 816 184 00 Jumlah itu dipaparkan pada protal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di pautan mydeclaration spr...
Ngeh Koo Ham Akui Harta Rmrm82 Juta Bukan Rm75 Juta Seperti Dipapar Sprm

Ngeh Koo Ham Akui Harta Rmrm82 Juta Bukan Rm75 Juta Seperti Dipapar Sprm

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 412 hits
Datuk Ngeh Koo Ham menjelaskan harta yang diisytiharkan beliau adalah RM82 juta dan bukan RM75 juta seperti dilaporkan Anggota Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham menjelaskan RM80 juta diisytiharkan di atas nama beliau manakala RM2 juta lagi...
Ahli Parlimen Beruas Miliki Aset Tertinggi Rm75 Juta

Ahli Parlimen Beruas Miliki Aset Tertinggi Rm75 Juta

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 257 hits
Ahli Parlimen Beruas miliki aset tertinggi RM75 jutaKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mengisytiharkan aset bernilai RM75 81 juta iaitu paling tinggi dalam kalangan wakil rakyat Pakatan Harapan Berdasarkan portal Perisytih...
1 Juta Pengguna Dapat Manfaat Pas Bulanan Rapid Kl Tanpa Had Rm100

1 Juta Pengguna Dapat Manfaat Pas Bulanan Rapid Kl Tanpa Had Rm100

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 484 hits
sumber Langkah kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang membabitkan perkhidmatan rel dan bas Rapid KL mulai 1 Januari 2019 dijangka memberi manfaat kepada hampir satu juta pengguna ...
Langsung Rosmah Dituduh Terima Rm189 Juta Dari Ahli Perniagaan Malysiakini

Langsung Rosmah Dituduh Terima Rm189 Juta Dari Ahli Perniagaan Malysiakini

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 333 hits
LANGSUNG Isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor dan bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor akan didakwa di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini Kedua duanya akan didakwa dengan pertuduhan rasuah di hadapan hakim M...
Bro Kalau Samun Pun Dah Juta Juta

Bro Kalau Samun Pun Dah Juta Juta

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 251 hits
Bekas pegawai khas Najib Isham Jalil mempertikai keputusan mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM1 juta terhadap Rosmah Mansor yang dituduh menerima rasuah berkaitan projek solar untuk sekolah sekolah di Sarawak Turut didakwa bersama Rosma...
Rosmah Mengaku Tak Salah Bebas Dengan Jaminan Rm1 Juta

Rosmah Mengaku Tak Salah Bebas Dengan Jaminan Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 275 hits
Diterbitkan 15 Nov 2018 3 41 petangIsteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1 5 juta berhubung proje...
Projek Solar Sarawak Rosmah Rizal Didakwa Terima Rasuah Lebih Rm200 Juta

Projek Solar Sarawak Rosmah Rizal Didakwa Terima Rasuah Lebih Rm200 Juta

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 438 hits
Isteri kepada bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor didakwa bersama bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berhubung projek hibrid solar bernilai RM1 25 bilion bagi sekolah di pedalaman Sarawa...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Mont Kiara Traffic A Nightmare


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb