Bukan Nak Tangkap Ibu Curi Ubat Untuk Anak Terkejut Ketua Polis Pj Datang Bagi Bantuan


Faye KwanKetua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal menyampaikan sumbangan kepada Norhidayah Hamid di PPR Lembah Subang hari ini.PETALING JAYA: Ibu berusia 36 tahun ini hilang pekerjaan sebagai pengasuh, suaminya yang membaiki lif juga tidak bekerja, wang simpanan sangat sedikit ditambah pula anak bongsu sedang sakit dan terpaksa menanggung lapar.
Dalam situasi cukup mendesak, wanita itu perlu melakukan apa saja yang termampu demi anak kecil yang berusia tiga tahun.
Dia mengambil Kool Fever patch dan kek dari sebuah pasar raya, belum sempat memberikan makanan itu kepada anak kecilnya, Norhidayah Hamid ditangkap oleh pengawal keselamatan yang membuat laporan polis berhubung kejadian.
Namun, atas dasar belas ihsan, polis yang datang ke rumahnya tidak sampai hati mahu menahan wanita itu.
Sebaliknya, wanita itu menerima kejutan apabila Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal datang sendiri melawat dan menyampaikan sumbangan di kediamannya hari ini.
Sungguh menyentuh hati, Nik Ezanee mengambil tindakan pantas dengan membeli beberapa barang keperluan untuk keluarga Norhidayah.
Mereka melawat Norhidayah yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, dengan membawa bersama pakej barangan keperluan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Norhidayah berkata, sebelum ini dia seorang pengasuh, kehilangan pekerjaan apabila ibu bapa kepada anak yang diasuhnya tidak lagi memerlukan perkhidmatan kerana mereka kini bekerja dari rumah.
Suaminya yang membaiki lif untuk menampung kehidupan seharian juga sudah kurang mendapat pekerjaan, dan hanya bergantung kepada upah membaiki tandas rumah jiran jika ada permintaan.
Pasangan itu sudah berusaha untuk menyara kehidupan mereka lima beranak selama pandemik.
“Kedua ibu bapa saya telah tiada. Adik beradik duduk di Pahang dan sedang bergelut pula dengan masalah banjir di sana,” kata Norhidayah kepada FMT.
“Saya tida beritahu mereka yang saya sedang alami masalah kewangan disebabkan mereka dalam masalah. Bagaimana saya mahu mengharapkan mereka untuk membantu saya?”
Selepas anak bongsunya jatuh sakit kerana demam, Norhidayah menjadi lebih terdesak sehingga mendorongnya untuk mencuri di sebuah pasar raya.
“Saya hanya ada RM50 dalam poket, dan Kool Fever patch mahal. Ketika itu, saya tidak berfikir dengan baik dan terus menyumbat makanan ke dalam beg saya. Saya fikir untuk menggunakan RM50 beli makanan,” katanya.
Bagaimanapun, Norhidayah ditangkap pengawal keselamatan, yang membuat laporan polis, sekali gus menarik perhatian ketua polis daerah Petaling Jaya, yang turut bersimpati dengan nasib keluarga itu.
“Saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia tidak akan buat perkara tersebut. Kalau kita lapar kita boleh tahan, tapi kalau anak-anak kita yang lapar, itu perkara yang tak boleh kita terima,” katanya di Facebook hari ini.
Di kala orang lain merungut mengenai sekatan jalan raya dan kesesakan trafik ketika perintah kawalan pergerakan (PKP), beliau mengingatkan orang awam sebenarnya ada yang lebih menderita.
“Mari kita berkorban sedikit dan hadapi kesusahan ini untuk masa depan yang lebih baik. Marilah membantu golongan yang memerlukan selagi kita mampu,” katanya.
Polis mengklasifikan kes Norhidayah sebagai “tiada tindakan lanjut” dan menasihatinya supaya tidak mengulangi kesalahan sama.
Norhidayah berkata, dia berterima kasih kepada polis atas belas kasihan mereka dan pihak lain yang menghulurkan bantuan.
“Saya melakukan kesalahan. Saya sangat berterima kasih atas semua bantuan mereka,” katanya.
Bagi mereka yang ingin membantu Norhidayah, hantarkan pesanan WhatsApp ke Talian Bantuan FMT di 019 389 9839. Klik di sini untuk WhatsApp kami.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/bukan-nak-tangkap-ibu-curi-ubat-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Anak Ibu Ditahan Curi Ubat Makanan Polis Datang Tak Tangkap Tapi Bawa Makanan

Demi Anak Ibu Ditahan Curi Ubat Makanan Polis Datang Tak Tangkap Tapi Bawa Makanan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 409 hits
Betullah orang kata demi anak ibu sanggup berkorban apa sahaja Susah senang hidup kita ni tak sama Begitu juga masalah orang lain kita tak tahu sejauh mana kesusahan mereka Seperti kisah ibu ini di Petaling Jaya yang didapati mengambil bara...
Tok Empat Halau Ibu Tunggal Dan Anak Oku Hanya Kerana Ada Pihak Rayu Agihan Bantuan

Tok Empat Halau Ibu Tunggal Dan Anak Oku Hanya Kerana Ada Pihak Rayu Agihan Bantuan

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 300 hits
PEKAN Mangsa banjir di Kampung Padang Rumbia dekat sini semakin hairan dengan sikap tok empat kampung itu yang terusan bertindak zalim terhadap penduduk hanya kerana menuntut hak bantuan banjir Terkini satu sumber mendedahkan beliau telah m...
Terkejut Ibu Sampai Menangis Lihat Aksi Anak Nakal Korang Jangan Gelak

Terkejut Ibu Sampai Menangis Lihat Aksi Anak Nakal Korang Jangan Gelak

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 305 hits
Menjadi seorang ibu bukanlah perkara yang mudah dan pastinya terpaksa berhadapan dengan perangai anak anak yang bermacam hal dan selalunya perkara ini berlaku bila adanya anak melebihi seorang pastinya ada sahaja akal mereka untuk buat proj...
Seorang Ibu Sanggup Berkorban Apa Sahaja Asisten Komisioner Nik Ezanee Bantu Ibu Terdesak Curi Kerana Anak Demam

Seorang Ibu Sanggup Berkorban Apa Sahaja Asisten Komisioner Nik Ezanee Bantu Ibu Terdesak Curi Kerana Anak Demam

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 265 hits
551 total views 551 views today Kerana terlalu terdesak seorang ibu sanggup mencuri makanan dan plaster untuk kebah demam bagi mengubati demam anaknya Kisah itu telah mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Ni...
Sebagai Ibu Bukan Nak Bertanding Anak Siapa Pandai Rumah Siapa Kemas Buat Semampunya

Sebagai Ibu Bukan Nak Bertanding Anak Siapa Pandai Rumah Siapa Kemas Buat Semampunya

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 293 hits
Mommy mama ibu bonda ummi emak amma Ingat hidup kita dalam menjadi ibu bukanlah suatu pertandingan Bukan pertandingan anak siapa paling ramai rumah siapa paling kemas anak siapa paling senang makan anak siapa paling cerdik anak siapa paling...
3 Anak Cucunya Jadi Penumpang Sriwijaya Air Sj 182 Ibu Ini Menangis Berharap Keajaiban Datang

3 Anak Cucunya Jadi Penumpang Sriwijaya Air Sj 182 Ibu Ini Menangis Berharap Keajaiban Datang

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 278 hits
Tiga orang warga Kabupaten Kediri asal Kecamatan Pare menjadi korban jatuhnya pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang hilang kontak pada Sabtu Diketahui mereka adalah Rahmania Ekananda Fazilla Amara dan Fathima Ashalina Ada juga Dinda Amelia seor...
Kalau Nak Anak Bijak Ibu Hamil Kena Suka Membaca Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan

Kalau Nak Anak Bijak Ibu Hamil Kena Suka Membaca Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 440 hits
Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Tabiat membaca buku oleh ibu mengandung Ibu hamil sering dihujani maklumat yang boleh menimbulkan ...
Minggu Lepas Kelam Kabut Minggu Ni Mak Ayah Makin Bijak Urus Kelas Online Anak Ibu Ni Kongsikan Tip

Minggu Lepas Kelam Kabut Minggu Ni Mak Ayah Makin Bijak Urus Kelas Online Anak Ibu Ni Kongsikan Tip

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 347 hits
Kecoh di media sosial masing masing gelabah campur serabut mengendalikan kelas online anak anak Bermacam ragam mak ayah dan anak anak Ada yang sibuk membuat grup telegram mengendalikan anak ketika belajar begitu juga memujuk anak anak untuk...
Sebak Tengok Ibu Punggah Sampah Bawa Tiga Anak Kecil

Sebak Tengok Ibu Punggah Sampah Bawa Tiga Anak Kecil

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 299 hits
Betul apa orang kata kalau kita rasa hidup kita dah betul betul susah pandanglah sekeliling Mesti kita akan nampak realiti kehidupan yang akan ada orang yang lebih susah dari kita viral di TikTok dan Twitter video seorang ibu yang memunggah...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever