Bukan Muntah Ikan Paus Penyelidik Jelaskan Kenapa Bau Wangi


Oleh UtusanTV Hasil kajian UMT, objek yang ditemui seorang pemancing di Dungun bulan lalu bukanlah muntah ikan paus./ Gambar FB Bernama MUNTAH ikan paus atau ambergris nilainya memang tinggi dan ia sangatlah sukar untuk ditemui di mana-mana benua sekalipun.
Dan baru-baru ini, muntah ikan paus menjadi topik perbualan di Malaysia susulan dakwaan seorang wanita di Terengganu menemui bahan buruan industri minyak wangi itu.
Namun, setelah melalui analisis makmal Universiti Malaysia Terengganu (UMT), ketulan yang ditemui wanita berkenaan ketika memancing di Marang itu bukanlah muntah ikan paus.
Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, pihaknya telah mengambil sampel ketulan tersebut daripada wanita itu pada 15 Disember lalu untuk dikaji oleh penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang dan UMT.
Bagaimanapun, katanya, analisis mendapati bahawa objek tersebut bukan muntah ikan paus kerana tidak menunjukkan kehadiran tiga bahan aktif iaitu ‘ambrein’, ‘epicoprosterol’ dan ‘coprostanone’ di dalamnya.
“Sebaliknya, kandungan yang dijumpai pada sampel itu mendapati ia terbentuk daripada pengumpulan bahan organik seperti asid lemak lalu membentuk ketulan sedikit berfiber (berserabut).
“Secara saintifiknya, peratusan terbanyak yang terkandung di dalam ketulan tersebut ialah Pyrazole (94.56 peratus) dan Pyrrole (3.34 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 14 Disember lalu media melaporkan seorang wanita dari Kemaman menjumpai objek yang dipercayai muntah ikan paus itu ketika memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada akhir November lepas.

Susulan itu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah berkunjung ke rumah wanita tersebut pada keesokan harinya untuk mengambil sedikit sampel bagi tujuan kajian sama ada ia benar-benar muntah ikan paus atau hanya gumpalan sisa-sisa lain yang dibawa ombak.
Mengulas lanjut, Ruzaidi berkata sebaik sahaja keputusan rasmi dikeluarkan pagi semalam, satu perbincangan antara Jabatan Perikanan Malaysia dan UMT telah dilaksanakan dan keputusan itu turut disahkan Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT, Prof Madya Dr Hasrizal Shaari.
“Analisis termal turut dilaksanakan bagi mengetahui takat lebur ketulan yang dijumpai. Melalui analisis tersebut, takat lebur ketulan yang dijumpai adalah 76.04˚C sedangkan takat lebur ambergris tulen ialah 82.32˚C.
“Dakwaan mengatakan ketulan tersebut mengeluarkan bau yang wangi adalah diandaikan daripada bahan 1H-Pyrazole yang terdapat bersama ketulan tersebut dan bahan ini mempunyai salah satu struktur gegelang heterosiklik dan akan mengeluarkan bau atau aroma apabila dibakar,” katanya.
Di Malaysia, hanya UMT satu-satunya universiti yang berupaya untuk menentusahkan ketulenan sampel ambergris itu berdasarkan kepakaran PPPL yang turut dibantu oleh pakar di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT serta Universiti Plymouth di England.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/bukan-muntah-ikan-paus-penyelidik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Dibakar Objek Itu Meleleh Keluar Bau Wangi Wanita Temui Sisa Muntah Ikan Paus Bakal Jadi Jutawan

Bila Dibakar Objek Itu Meleleh Keluar Bau Wangi Wanita Temui Sisa Muntah Ikan Paus Bakal Jadi Jutawan

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 380 hits
Awalnya objek yang ditemui disangka sampah sehinggalah dimaklumkan objek tersebut berkemungkinan besar adalah sisa muntah ikan paus mendorong wanita berusia 41 tahun ini mahu menjalankan ujian terhadap objek tersebut bagi memastikan ketulen...
Rezeki Terpijak Peniaga Jumpa Objek Dipercayai Muntah Ikan Paus Di Marang

Rezeki Terpijak Peniaga Jumpa Objek Dipercayai Muntah Ikan Paus Di Marang

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 281 hits
Seorang wanita menemui satu objek dipercayai muntah ikan paus ketika sedang memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Marang di sini Aida Zurina Long 41 berkata pada mulanya dia menyangka objek aneh itu adalah sampah sebelum...
Objek Ditemui Sah Bukan Muntah Ikan Paus

Objek Ditemui Sah Bukan Muntah Ikan Paus

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 328 hits
KUALA TERENGGANU Jabatan Perikanan Negeri Terengganu hari ini mengesahkan ketulan objek yang ditemui seorang wanita ketika sedang memancing di perairan Marang pada akhir Nov lepas bukan muntah ikan paus Pengarahnya Ruzaidi Mamat berkata pih...
Saya Tak Pernah Berangan Hendak Jadi Jutawan Ini Tindakan Pengusaha Kedai Selepas Pakar Sahkan Bukan Muntah Ikan Paus

Saya Tak Pernah Berangan Hendak Jadi Jutawan Ini Tindakan Pengusaha Kedai Selepas Pakar Sahkan Bukan Muntah Ikan Paus

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 221 hits
KEMAMAN Pengusaha kedai makan yang menjumpai ketulan batu berlilin pada akhir bulan lalu akur dengan keputusan analisis dikeluarkan Jabatan Perikanan Terengganu yang mengesahkan objek itu bukan muntah ikan paus
Jangan Teruja Sangat Jumpa Muntah Ikan Paus Konon Boleh Jadi Kaya Tetiba Mengaku Sedara Ekspress

Jangan Teruja Sangat Jumpa Muntah Ikan Paus Konon Boleh Jadi Kaya Tetiba Mengaku Sedara Ekspress

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 190 hits
The ReporterOrang ramai dinasihatkan agar tidak terlalu teruja dengan berita penemuan muntah ikan paus atau ambergris yang kononnya boleh mengubah nasib sesiapa sahaja yang menemuinya dengan menjadi kaya sekelip mata Ini kerana tiada lagi r...
Tahukah Anda Ikan Paus Masih Dikategorikan Mahkluk Mamalia Sehingga Sekarang

Tahukah Anda Ikan Paus Masih Dikategorikan Mahkluk Mamalia Sehingga Sekarang

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 200 hits
Korang tahu tak selama ini ikan paus masih lagi dikategorikan sebagai mahkluk mamalia sehingga sekarang Pernah dengar bahawa generasi nenek moyang ikan paus tu sebenarnya datang daripada kawasan daratan Tetapi gambar padang pasir Gurun Saha...
Muntah Paus Tulen Jika Dibakar Berbau Harum Pakar

Muntah Paus Tulen Jika Dibakar Berbau Harum Pakar

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 191 hits
Muntah paus tulen jika dibakar berbau harum pakar KUALA TERENGGANU Ketulan seberat lima kilogram yang dijumpai seorang pengusaha kedai makan di Kemasik Kemaman memiliki ciri ciri ambergris atau lebih dikenali sebagai muntah ikan paus Pengar...
Muntah Paus Umt Akan Analisis Sampel

Muntah Paus Umt Akan Analisis Sampel

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 326 hits
HARAKAH DAILY KUALA TERENGGANU Universiti Malaysia Terengganu akan membuat analisis terhadap objek yang didakwa muntah ikan paus atau ambergris yang dijumpai seorang wanita di Marang baru baru ini Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan da...
Kebanyakan Muntah Paus Tulen Tidak Dijumpai Di Pantai

Kebanyakan Muntah Paus Tulen Tidak Dijumpai Di Pantai

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 188 hits
Oleh Prof Madya Dr Hasrizal Bin Shaari Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan Universiti Malaysia Terengganu Umpama emas terapung di permukaan lautan yang menanti pemilik bertuah untuk memilikinya begitulah boleh diibaratkan ...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Curang Itu Pilihan Tapiiii


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Amira Syahira Ragam Melayu Chord

Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Kisah Seram Hostel