Bukan Mereka Perlukan Sanjungan Dan Cemuhan
Akhi Fairuz
Bila rakan-rakan aktivis sampai di Istanbul, aku terus mesej sahabat dari Cinta Gz Malaysia, "kawan-kawan kita balik bila ke Malaysia?" Namun beliau tak dapat berikan perincian lagi kerana belum pasti. Tanya pula Musa Nuwayri, beliau juga jawab tak tahu, belum ada details.

Aku beranggapan boleh jadi kepulangan mereka nanti akan dirahsiakan dek memberi ruang pertemuan dengan keluarga, berehat, kemudian sambung perjuangan dengan menyebar kesedaran pembebasan bumi G di negara tercinta.
Namun tiba-tiba kepulangan mereka di war-warkan oleh pihak media, siap letakkan waktu mereka sampai lagi. Maka, berbondong-bondonglah manusia hadir demi menyambut mereka. Beribu! Sesak bahagian ketibaan tu dengan manusia! Walau flight delay sekalipun, orang ramai sabar berdiri berjam-jam!
Jujurnya, 23 orang aktivis ni taknak pun diangkat sebagai hero, wira dan sebagainya. Sebab bukan mereka topik utamanya, tapi rakyat G! Misi mereka untuk break the silence, biar masyarakat dunia terus bising pasal kanak-kanak yang kebuluran dan warga yang ditindas!
Bahkan mereka pun sedar risiko dalam menjayakan misi ini. Ditangkap, dipenjarakan, dipijak, dibogel, diaibkan bahkan dibun*h pun mereka maklum. Siap ada yang berniat nak mat* syahid lagi dalam misi berkenaan!
Nak join sumud ni pun kena keluar duit sendiri. Bukan sikit, banyak. Beribu-ribu! Ada yang bermula dari Sepanyol, ada dari Itali, ada dari Greece, semua tu makan modal. Ada yang jual kereta, ada yang keluarkan duit simpanan dan banyak lagi pengorbanan yang tak perlu pun mereka cerita.
Duduk atas kapal tu pun bukan naik cruise, kapal kecik je! Mereka bukan pi bercuti, bukan pula untuk makan sedap-sedap! Bercatu makan woih! Sampai ada yang susut badan 10 kg!
Itupun ada si bodoh yang kata semua ni wayang! Betullah kan, kalau kau bodoh sorang-sorang, orang tak tahu pun, tapi bila dah bercakap, dah menulis, ramailah tahu. Tapi peliknya si bodoh ini berbangga pula dengan kebodohannya dan berjangkit pula pada si bodoh lain yang menyokong.
Tentang gelaran wira atau hero pula, masyarakat yang meletakkan gelaran itu pada mereka, siap buat poster selamat pulang wira negara lagi. Aku yakin mereka tak suka pun diangkat sampai ke tahap itu. Sebab khuatir akhirnya orang fokus kepada mereka, bukan fokus kepada misi sumud berkenaan!
Bila Tn Hj ZRA pulang awal, kita kena hormatlah pendirian beliau. Tak perlu kita kata 22 aktivis yang lain gila publisiti, nakkan perhatian dan menadah muka untuk kemahsyuran! Depa taknak pun. Mereka sendiri pun terkejut tengok sambutan masyarakat semalam, bahkan ada yang sampai menangis!
Ya lah, masa pergi keluarga dan kawan-kawan je iring, tapi bila balik Mashaallah, ramai yang menyambut! Ardell sampai nak rebah, berpusu-pusu orang nak sambut dan beri semangat kepada mereka.
Kalau semua ikut jalan belakang atau keluar senyap-senyap, tak ke kesian mereka yang hadir sejak jam 4 petang tu? Keluarga yang menanti? Media yang melaporkan?
Buat rakan-rakan sumud flotilla sumud nusantara Rahmat Sumud Nusantara, Taufiq Razif, Farah Lee, Ardell Aryana, Nadir Al-Nuri, Musa, Mujahidah At Toyyibah, Iylia Balqis Suhaimi terus komited sebarkan kesedaran tentang isu ini. Ingat, kembali kepada fokus misi, kesedaran untuk warga G! Sama seperti yang Greta tekankan dalam PC awal-awal selepas dibebaskan!
Note : Terus doakan ayah-ayah, ibu-ibu, para doktor yang diculik oleh Zio ni s hari ini agar dibebaskan segera. Dr Fauziah tu dah 2 kali dah kena tangkap! Umur pun dah 67 tahun! Sebab tu kita ni jangan perleceh perjuangan mereka! Tak semua orang mampu buat ya!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/10/bukan-mereka-perlukan-sanjungan-dan.html