Bukan Mengada Ngada Tapi Ini Perubahan Pada Ibu Menyusu Suami Kena Faham Ambil Tahu
Selain hamil dan seterusnya bersalin, ini fasa perubahan dalam bentuk fizikal dan emosi yang sering dilalui oleh wanita-wanita. Bukan itu sahaja malah ketika menyusukan bayi juga ada beberapa perubahan yang ada ketikanya dipandang ringan oleh orang lain terutamanya suami.
Melalui perkongsian Puan Nurasyikin Ali, terdapat beberapa perubahan besar yang boleh menyebabkan ibu menyusu lebih sensitif. Ia merupakan pengalaman dari dirinya sendiri. Menurutnya lagi penyusuan memerlukan sokongan dari suami dan keluarga terdekat.
Ada orang kata bini waktu berpantang dan menyusu anak ni, mengada-ngada je lebih. Alasan anak susah nak menyusu, padahal dia nak ‘MEMBUTA’.
Diorang tak tahu, bini tu seksa nak lalui sorang. Lelagi anak pertama takde pengalaman. Pejam mata, ketap bibir menahan sakit puting luka masa menyusukan anak.
Ada jugak yang kak ekin dengar sampai satu tahap ibu menyusu ni rase nak cubit anak, picit hidung suruh diam. Stress sampai macam tu sekali. Allahu..
Sebab tu kak ekin nak bagitahu ibu menyusu ni mereka bukan mengada-ngada. Tapi ada beberapa perubahan besar yang menyebabkan ibu menyusu lebih sensitif.
Based on pengalaman kak ekin sendiri, journey berpantang dan menyusukan anak ni tak mudah. Perlu support dari suami dan keluarga terdekat.
Yes, peritnya tempoh penyusuan 2 tahun itu bukan sekejap. Tapi trust me ibu-ibu, yang diri kamu itu Allah jadikan sungguh istimewa. Besar pahala dan ganjaran buat ibu-ibu semua.
Moga bermanfaat.
#kakekinkongsiinfo
Ini perubahan-perubahan tersebut dan apa yang suami dan keluarga perlu tahu:
1. Penat & letih
2. Kerap lapar & haus
3. Emosi turun naik
4. Rutin tidur berubah
5. Sakit pinggang & belakang
6. Berat badan turun
Sumber: Nurasyikin Ali
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
The post Bukan Mengada-ngada Tapi Ini Perubahan Pada Ibu Menyusu. Suami Kena Faham & Ambil Tahu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bukan-mengada-ngada-tapi-ini-perubahan-pada-ibu-menyusu-suami-kena-faham-ambil-tahu/