Bukan Lima Tapi Enam Mp Umno Disekat Peruntukan Jadi Berapa Tinggal Majoriti Muhyiddin Sekarang


 
Dalam wawancara dengan sebuah saluran tv internet malam semalam, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, lima Ahli Parlimen UMNO telah dikurangkan peruntukan pembangunan untuk kawasan masing-masing oleh kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin bagi tahun 2021.
Katanya, berbanding Ahli Parlimen kerajaan lain yang diberi peruntukan sebanyak RM3.7 juta, lima Ahli Parlimen UMNO berkenaan hanya diperuntukkan sebanyak RM100 ribu sahaja.
Mereka yang dikurangkan peruntukan itu, tambah beliau adalah dirinya sendiri (Bagan Datuk), Najib Razak (Pekan), Ahmad Maslan (Pontian), Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Ahmad Jazlan Yaakob (Machang),
“Setakat ini saya terima peruntukan sebanyak RM100,000 setahun untuk tahun 2021. Ahli Parlimen kerajaan yang lain dapat RM3.7 juta.
“Alhamdulilah saya mendapat RM100,000. ‘Cukuplah’ untuk Bagan Datuk rasanya.
“Kami sokong Belanjawan 2021 tiga kali, di peringkat dasar, jawatankuasa dan peringkat bacaan kali ketiga.
“Tetapi hadiah yang kami dapat, Alhamdulillah…peruntukan sebanyak RM100 ribu setahun.
“Saya ucapkan terima kasih atas peruntukan yang diberikan itu,” katanya dengan nada menyindir kepada Muhyiddin dan kerajaan PN.
Jika diperhati berdasarkan pendedahan Ahmad Zahid semalam, adalah jelas mereka yang dikurangkan peruntukan itu adalah merupakan Ahli Parlimen yang kuat mengkritik kerajaan PN, termasuk dua daripadanya telah mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin.


Ahmad Jazlan dan Nazri Aziz telah mengumumkan tidak lagi menyokong kepimpinan Muhyiddin, manakala Ahmad Zahid dan Najib diketahui begitu lantang mengkritik Bersatu dalam ucapan di menyuarat perwakilan UMNO bahagian masing-masing baru-baru ini, selain dalam beberapa kenyataan media lainnya.
Majoriti UMNO bahagian-bahagian seluruh negara juga telah meluluskan usul putus hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.
Ahmad Maslan pula dipercayai dipercayai turut dipotong peruntukan pembangunan untuk kawasan Parlimennya kerana beliau adalah Setiausaha Agung UMNO dan BN serta kebelakangan ini turut kerap mengkritik Bersatu dan kerajaan.
Walaupun Ahmad Zahid mendedahkan hanya lima Ahli Parlimen yang dikurangkan peruntukan pembangunan untuk kawasan Parlimen yang mereka wakili, angka sebenar yang terlibat ialah enam orang.
Seorang lagi yang turut dimangsakan oleh kerajaan PN, tetapi mungkin terlupa disebut oleh Ahmad Zahid ialah Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang.
Lebih malang, menurut sumber yang dekat dengan Ku Li memberitahu, peruntukan untuk Gua Musang bukan saja dikurangkan, malah tidak diberikan langsung.
“Untuk tahun 2021, tiada peruntukan pembangunan walau satu sen pun diberikan untuk Gua Musang,” jelas sumber tersebut.
Sama seperti lima Ahli Parlimen UMNO yang dipotong peruntukannya itu kerana didapati kritikal terhadap Bersatu dan kerajaan serta dianggap tidak lagi menyokong Muhyiddin, Ku Li sejak awal memang diketahui tidak mengakui keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berkali-kali menuntut agar usul undi tidak percaya dibenarkan dibentang di Parlimen bagi membuktikan Muhyiddin benar-benar memiliki majoriti yang sah serta diiktiraf.
Ku Li turut bertindak tidak mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021 serta tidak hadir dalam semua pengundian belanjawan sebagai menunjukkan sikapnya yang tidak mengiktiraf kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Persoalan penting di sini, dengan memotong dan menyekat terus peruntukan pembangunan untuk enam Ahli Parlimen UMNO itu, ia dengan jelas dan sahih membuktikan Muhyiddin benar-benar telah hilang sokongan majoriti di Parlimen.
Ini kerana, sama ada secara sedar atau tidak, Muhyiddin telah meletakkan mereka itu dalam kategori yang setaraf dengan Ahli Parlimen pembangkang atau tidak lagi menyokongnya.
Lantaran dianggap tidak lagi menyokongnya, maka peruntukan pembangunan untuk kawasan Parlimen masing-masing yang mana peruntukan itu sebenarnya adalah untuk pengundi atau rakyat dan bukan untuk kepentingan wakil rakyat, telah dipotong atau disekat terus.
Oleh kerana dalam pengundian Belanjawan 2021 bagi bacaan kali ketiga baru-baru ini, undi yang menyokong adalah 111 berbanding 108 yang menentang, sekarang dengan lima daripada mereka itu (Ku Li tidak hadir ketika pengundian) telah disisihkan sendiri oleh Muhyiddin atau sokongannya tidak lagi diperlukan, maka berapakah lagi majoriti yang tinggal menyokong Perdana Menteri?
Tidakkah dengan tindakan ini sebenarnya Muhyiddin sendiri telah mendedahkan kepada umum bahawa majoritinya telah tiada lagi?
Dengan itu, kenapakah beliau masih tak malu duduk sebagai Perdana Menteri?
Dalam hal ini, apakah Muhyiddin juga telah menipu Agong mengenai jumlah sebenar majoriti yang dimilikinya? 


(Shahbudindotcom 04/02/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/bukan-lima-tapi-enam-mp-umno-disekat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
At Friendly Forum Umno Dap And Pkr Men In One Voice Against Muhyiddin

At Friendly Forum Umno Dap And Pkr Men In One Voice Against Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 290 hits
Leaders from Umno DAP and PKR appeared to be in agreement with each other during a discussion programme last night as they questioned the legitimacy of Prime Minister Muhyiddin Yassin and his advice to the Agong to declare a state of emerge...
Pru 15 Umno Pas Dan Bersatu Bergelut Tapi Mampukah Ph Bangkit Semula

Pru 15 Umno Pas Dan Bersatu Bergelut Tapi Mampukah Ph Bangkit Semula

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 235 hits
FAKHRURRZAI RASHIDPengisytiharaan darurat masih menjadi kontroversi dalam kalangan rakyat Alasan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk tidak membubarkan Parlimen kerana Covid 19 telah menimbulkan pelbagai persoalan Sama ada Muhyiddin cuba ...
Pejuang Bukan Setakat Muhyiddin Takut Luluskan Umno Pas Dan Ph Pun Tak Akan Berani

Pejuang Bukan Setakat Muhyiddin Takut Luluskan Umno Pas Dan Ph Pun Tak Akan Berani

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 290 hits
Kalau ada sesiapa yang berani LULUSKAN PEJUANG bolehlah di letakan sedikit salute kepada nya Kalau Najib memang langsung tiada harapan
Umno Dah Tak Kutuk Lagi Dap Sekarang Ni

Umno Dah Tak Kutuk Lagi Dap Sekarang Ni

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 264 hits
Mungkin dah setuju dengan Mahathir DAP ok Kalau ada niat mahu bekerjasama dengan DAP ITU memang langkah terbaik Jika boleh BERBAIK DENGAN PAS tidak ada sebab tidak dengan DAP Mahathir telah lakukan lebih awal just follow him Sasaran sekaran...
Majoriti Ahli Parlimen Umno Tak Setuju Persidangan Semasa Darurat

Majoriti Ahli Parlimen Umno Tak Setuju Persidangan Semasa Darurat

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 256 hits
JANUARY 22 2021Hanya sebahagian kecil Ahli Parlimen UMNO daripada kluster mahkamah dilaporkan menyokong persidangan Parlimen untuk membincangkan isu darurat Sinchew Daily melaporkan daripada 38 wakil rakyat UMNO yang ada hanya terdapat kira...
Seumpama Arsenal Presiden Umno Sindir Kerajaan Minoriti 109 Muhyiddin

Seumpama Arsenal Presiden Umno Sindir Kerajaan Minoriti 109 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 277 hits
Malam tadi ada sikit masa terluang sempat menonton game EPL Southampton lawan Arsenal Dengar cerita tahun 2003 masa ada Therry Henry dulu Arsenal hebat Tapi apa pasal makin lama makin landur je ni yob Saya berharap betul Arsenal menang kala...
Jangan Lupa Muhyiddin Jadi Pm Atas Ihsan Umno Razlan Rafii

Jangan Lupa Muhyiddin Jadi Pm Atas Ihsan Umno Razlan Rafii

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 244 hits
Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii menyoal jika Bersatu mahu mengharamkan Umno Malah Razlan turut mengingatkan Bersatu pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri melalui Langkah Shereton sebelum ini dibuat atas ihsan ...
Dalam Satu Forum Pemimpin Umno Pkr Dap Kutuk Muhyiddin

Dalam Satu Forum Pemimpin Umno Pkr Dap Kutuk Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 251 hits
Pemimpin daripada Umno DAP dan PKR dilihat sebulat suara ketika program diskusi malam tadi dalam mempersoalkan legitimasi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan nasihatnya kepada Agong untuk mengisytiharkan darurat Dalam program yang disiarka...
Muhyiddin Yang Tiada Keabsahan Umpama Orang Tiada Air Sembahyang Tapi Tak Malu Solat Di Saf Depan

Muhyiddin Yang Tiada Keabsahan Umpama Orang Tiada Air Sembahyang Tapi Tak Malu Solat Di Saf Depan

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 195 hits
Sekurang kurangnya tiga pihak telah mengemukakan saman terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung peranannya dalam memberi nasihat kepada Yang Dipertuan Agong berkaitan perisytiharan darurat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang mew...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025