Bukan Ku Li Tinggalkan Umno Tapi Dr Mahathir Mahathir Bohong Lagi



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah keluar atau meninggalkan UMNO tetapi Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang buat begitu, kata Penasihat Kewangan dan Peribadinya, Datuk Nik Ahmad Azmi Nik Md Daud.

Nik Ahmad Azmi berkata demikian susulan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa Tengku Razaleigh atau Ku Li keluar UMNO dan menubuhkan parti Melayu iaitu Semangat 46.

Nik Ahmad Azmi berkata, UMNO asal ditubuhkan pada tahun 1946 tetapi kemudiannya ia dibatalkan pendaftaran oleh mahkamah pada tahun 1987 atas sebab kononnya terdapat ahli yang mengundi didakwa tidak berdaftar.

Beliau berkata, disebabkan itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada ketika itu mengesyorkan satu parti ditubuhkan iaitu UMNO Malaysia dan memohon kepada Menteri Dalam Negeri serta dibentang dalam Parlimen agar dibenarkan UMNO asal ini dihidupkan semula tetapi ia ditolak.

"Pada masa yang sama, Dr Mahathir pula menubuhkan UMNO Baru (UMNO yang ada sekarang) dengan perlembagaan baharu, sekali gus tidak mencerminkan UMNO asal.

"Bagaimanapun, beliau tak benarkan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Ku Li dan ramai untuk masuk UMNO Baru itu. Beliau pilih orang-orang tertentu sahaja," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. 

Nik Ahmad Azmi
Terdahulu, Sinar Harian menerusi satu temubual eksklusif bersama Dr Mahathir melaporkan bekas Perdana Menteri itu memaklumkan Ku Li keluar parti dan menubuhkan parti Melayu, sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula keluar UMNO menubuhkan parti liberal.

Nik Ahmad Azmi berkata, apabila tidak dibenarkan menyertai UMNO Baru, mereka ini, atas nasihat Tunku Abdul Rahman menubuhkan parti Semangat 46 yang kemudiannya ditukar nama kepada Parti Melayu Semangat 46 bagi memastikan ahli-ahli UMNO yang menentang Dr Mahathir tidak lari dari perjuangan UMNO asal atau menyertai parti lain.

"Selepas Pilihan Raya Umum 1995, Dr Mahathir kemudian mempelawa Ku Li untuk masuk UMNO Baru yang ditubuhkannya dan ketika itu pelawaan itu diterima tanpa syarat, tanpa meminta sebarang kedudukan demi perpaduan serta untuk menunaikan amanat Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mahukan Melayu bersatu.

"Parti Melayu Semangat 46 kemudiannya dibubarkan. Jadi jelas, Ku Li tidak pernah keluar UMNO sejak UMNO asal dibatalkan pendaftaran, sebaliknya kekal memperjuangkan semangat UMNO walaupun tidak dibenarkan menyertai UMNO Baru ketika Dr Mahathir menubuhkannya.

"Fakta lain juga, yang meninggalkan UMNO sebenarnya adalah Dr Mahathir. Anwar dan Muhyiddin dipecat oleh UMNO tetapi Dr Mahathir meninggalkan UMNO Baru yang ditubuhkan sendiri sebanyak dua kali selepas tidak bersetuju dengan dua lagi bekas Presiden UMNO iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak". katanya.

Menurutnya, beliau berharap penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada semua pihak agar sejarah tidak diputar belit.



MR :  Tak berbelit tak nama Mahathir..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/bukan-ku-li-tinggalkan-umno-tapi-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Faizal Azumu Ikut Cara Mahathir Tapi Berjaya

Faizal Azumu Ikut Cara Mahathir Tapi Berjaya

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 240 hits
Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melantik semula Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar negeri yang ketiga belas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor memaklumkan hal berkenaan pada s...
Terkini Baru Bian Tinggalkan Azmin Sokong Mahathir

Terkini Baru Bian Tinggalkan Azmin Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 344 hits
Ahli Parlimen Selangau Baru Bian pula menandatangani akuan berkanun untuk menyokong Mahathir Upacara menandatangani SD itu turut disiarkan secara langsung di Facebook Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil Ketika dihubungi Malaysiakini Fa...
Meninggal Dunia Tak Tinggalkan Harta Tapi Hutang Perlukah Dibahagi Ikut Faraid Ini Jawapan Mufti Wp

Meninggal Dunia Tak Tinggalkan Harta Tapi Hutang Perlukah Dibahagi Ikut Faraid Ini Jawapan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 592 hits
Meninggal Dunia Tak Tinggalkan Harta Tapi Hutang Perlukah Dibahagi Ikut Faraid Ini Jawapan Mufti WP Bila kita sentuh bab harta pusaka mungkin ramai waris yang dah mula celik mata dan tahu selok belok hukum faraid demi mempertahankan hak mas...
Dr Mahathir Dap Berubah Tapi Pas Amat Mengecewakan

Dr Mahathir Dap Berubah Tapi Pas Amat Mengecewakan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 287 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata DAP telah berubah dan tone down permintaan berdasarkan realiti politik Bukan persepsi saya berubah tetapi mereka yang berubah kata Dr Mahathir kepada Sinar Harian dalam satu wawancara yang d...
Dr Mahathir Bertanding Pengerusi Bersatu Demi Selamatkan Parti Dari Umno

Dr Mahathir Bertanding Pengerusi Bersatu Demi Selamatkan Parti Dari Umno

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 305 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan diri untuk bertanding sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bekas Perdana Menteri itu berkata sebagai pengasas dan ahli pertama beliau mahu menyelamatkan parti itu yang kini bekerjasama dengan k...
Keangkuhan Dr Mahathir Dan Punca Kebencian Beliau Terhadap Umno

Keangkuhan Dr Mahathir Dan Punca Kebencian Beliau Terhadap Umno

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 696 hits
Baru baru ini TS Muhyiddin dikatakan telah mengutus surat kepada Dr Mahathir Tujuan Muhyiddin mengutus surat adalah untuk menjemput Dr Mahathir supaya berbincang dan mencari jalan perdamaian Tetapi Dr Mahathir telah menolak jemputan Muhyidd...
Mahathir Tolak Saya Tapi Majoriti Orang Melayu Sokong Kata Anwar Ibrahim

Mahathir Tolak Saya Tapi Majoriti Orang Melayu Sokong Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 419 hits
Bukan orang Melayu yang tolak saya tapi Dr Mahathir Mohamad Itu bidas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu tidak menyokong Anwar kerana falsafah politiknya yang liberal Tun Mah...
Nak Kutuk Saya Buat Apa Tanya Anwar Kepada Mahathir Yang Pelik Macai Ph Salahkan Umno Pas

Nak Kutuk Saya Buat Apa Tanya Anwar Kepada Mahathir Yang Pelik Macai Ph Salahkan Umno Pas

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 339 hits
Akhir terbongkar dalam video Anwar cakap salah orang itu salah orang ini Mereka yang bercakaran antara satu sama lain tapi yang peliknya macai PH menyalahkan UMNO PASInilah JAHATnya macai PHMR Yang menipu akhirnya akan terbongkar jua Untuk ...
Dr Mahathir Bukan Tak Nak Salam Dengan Jemaah Tapi Jaga Kesihatan Setpol

Dr Mahathir Bukan Tak Nak Salam Dengan Jemaah Tapi Jaga Kesihatan Setpol

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 699 hits
KUALA LUMPUR Bukan tidak sudi tapi demi menjaga kesihatan kata Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad Abu Bakar Yahya Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan bekas Perdana Menteri itu meninggalkan Masjid Negara hari ini se...
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Navigate The World Of Online Business

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Hisense Leads 2025 In Miniled And Laser Tvs

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Let Law Run Its Course Says Ean Yong After Teoh S Sister Calls Him Out

Trash Trouble In Sabah Waste Pests And Health Risks Plague Tourist Hotspots

Veterinarian Turns Marriage Reception Into A Petting Zoo