Bukan Hanya Bantuan Ala Kadar


Golongan miskin bandar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah kos rendah adalah antara yang menderita teruk dalam pertarungan Covid-19 ini. Dengan masalah pendapatan dan simpanan, mereka hilang kemampuan untuk memenuhi keperluan asas. Tambahan lagi, nyawa mereka terancam disebabkan keadaan perumahan teruk yang meningkatkan risiko jangkitan Covid-19. Malangnya, sejumlah kes telah pun dilaporkan di beberapa PPR, menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Terdapat empat tindakan yang kerajaan harus lakukan untuk memberi kelegaan segera kepada golongan miskin di PPR dan untuk mencegah penularan Covid-19.

Pertama, skim di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) seperti Bantuan Khas Covid-19 (BKC) perlu dipercepatkan ke Julai, manakala skim lain seperti Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) perlu diperluaskan bagi membantu pekerja sektor informal dan orang lain yang memerlukan. Sebagai contoh, BKC hanya akan diedarkan secara berfasa pada Ogos, November dan Disember, bermakna tiada bantuan diberi pada Julai.

GARIS KEMISKINAN
Tambahan lagi, jumlah bantuan hanya sehingga RM1,300, jauh lebih rendah daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata negara sebanyak RM2,208 sebulan. Skim lain pula seperti subsidi gaji upah dan BKP hanya membantu mereka yang berdaftar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ini akan menyisihkan ramai penduduk miskin bandar dan PPR yang kebanyakannya pekerja informal dan bekerja sendiri.

Kedua, kerajaan harus memperkenalkan semula pengecualian sewa PPR selama enam bulan di seluruh negara. Ini dilakukan pada 2020 dan diperkenalkan semula di Sabah dan Selangor pada tahun ini tetapi untuk jangka masa lebih pendek. Dengan kehilangan sumber pendapatan dan simpanan berkurangan, setiap wang ringgit amat penting bagi golongan miskin bandar supaya mereka sekurang-kurangnya mampu membeli keperluan asas seperti makanan. Tempoh pengecualian sewa yang lebih lama pula akan membantu mereka untuk lebih bersedia dalam menghadapi cabaran pandemik ini yang berpanjangan dan tidak berapa menentu.

Ketiga, kerajaan harus menawarkan perumahan sementara tambahan untuk penduduk PPR dan perumahan awam bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19. Ini penting terutamanya untuk isi rumah yang terdapat ahli keluarga disyaki Covid-19 atau aktif bekerja di luar rumah tetapi belum menjalani ujian swab. Perumahan sementara ini boleh menggunakan unit PPR kosong yang terdekat tanpa mengenakan caj sewa dan unit dari pasaran swasta dengan subsidi baucar sewa.

Keempat, ujian Covid-19 percuma perlu dipertingkatkan dan diperluaskan di PPR dan flat kos rendah di Lembah Klang dan kawasan bandar utama yang lain. Ini telah bermula di beberapa PPR di Kuala Lumpur yang boleh menjalankan sehingga 500 ujian setiap hari. Namun, memandangkan tahap penularan virus dalam komuniti agak tinggi, kerajaan harus bersedia untuk menjalankan lebih banyak ujian di PPR (jika perlu) bagi memastikan kadar positif Covid-19 menurun dan kekal di bawah tahap lima peratus mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

SESUAP NASI
Pada 2016 dan 2017, Institut Kajian Khazanah (KRI) menjalankan kajian di lima PPR dan mendapati ramai penduduk hidup dalam belenggu kemiskinan. Lebih 60 peratus berada di bawah PGK purata RM2,208 dan lebih 21 peratus dikira miskin tegar (pendapatan bawah RM1,038). Ini mungkin tidak mengejutkan memandangkan PPR ditetapkan sebagai perumahan bagi golongan miskin tetapi kadar kemiskinan yang tinggi ini bermaksud penduduk PPR mempunyai simpanan tidak mencukupi dalam menghadapi krisis semasa.

Lebih membimbangkan, kira-kira empat peratus ketua isi rumah yang bekerja tidak pernah bersekolah, sementara hanya 13 peratus yang belajar pasca menengah. Ini bermaksud pilihan pekerjaan mereka secara amnya terhad kepada pekerjaan gaji rendah. Selain itu, lima peratus bekerja sambilan dan 30 peratus bekerja sendiri, bermaksud ramai mudah dilepaskan kerja memandangkan sekatan ekonomi semasa. Tambahan pula, mereka tiada perlindungan sosial KWSP atau insurans pengangguran daripada Perkeso.

Juga disebabkan sifat kerja mereka, kebanyakan penduduk PPR tidak mampu bekerja dari rumah ketika PKP, memburukkan kekangan pendapatan. Jika terpaksa menghadiri tempat kerja secara fizikal, ini menimbulkan risiko jangkitan Covid-19. Dalam keadaan terdesak, tidak mengejutkan jika ada yang mengambil risiko demi sesuap nasi.

Risiko jangkitan juga tinggi antara ahli isi rumah disebabkan keadaan sempit PPR. Setiap unit PPR di Kuala Lumpur biasanya hanya 650 kaki persegi dengan bilik-bilik kecil yang tidak menepati Piawaian Perumahan Negara Malaysia. Kajian KRI pula menunjukkan sekurang-kurangnya 15 peratus unit PPR sesak, di mana terdapat tiga atau lebih orang dalam setiap bilik tidur. Statistik ini lebih teruk jika lelaki dan perempuan memerlukan bilik berasingan.

TANDAS
Masalah-masalah ini, serta ruang berkongsi seperti tandas yang terhad menyebabkan langkah pencegahan Covid-19 sukar dilakukan. Di samping itu, kesan buruk lain seperti kesihatan mental juga tidak boleh diabaikan.

Sementara itu, kompleks PPR secara keseluruhan sangat padat, meningkatkan risiko jangkitan antara isi rumah. Sebuah PPR di Kuala Lumpur biasanya mempunyai sekurang-kurangnya 316 unit bagi setiap blok, di mana setiap blok setinggi 17 tingkat dan mempunyai tiga lif. Memandangkan isu lif (lambat dan sesak) adalah antara keluhan utama penduduk PPR sebelum pandemik, ini menimbulkan risiko kesihatan yang serius.

Kesusahan yang dihadapi orang yang kurang bernasib baik di Malaysia seperti di PPR memerlukan kita untuk merenung semula cara layanan yang diberikan kepada mereka. Oleh kerana seseorang ‘miskin’, tidak bermaksud mereka hanya layak menerima bantuan ala kadar sahaja. Tidak munasabah untuk mengharapkan mereka hanya bersyukur apabila penyelesaian yang diberi jauh daripada mencukupi, malah mungkin lagi memudaratkan. PPR lama dan baharu mesti dipertimbangkan semula secara menyeluruh di bawah dasar perumahan sosial komprehensif yang menjamin taraf kehidupan berpatutan untuk semua. 
Oleh: Adam Firouz


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/bukan-hanya-bantuan-ala-kadar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inspirasi Pernikahan Ala Ariana Grande Yang Hanya Digelar Di Rumah Dihadiri 20 Orang Aja

Inspirasi Pernikahan Ala Ariana Grande Yang Hanya Digelar Di Rumah Dihadiri 20 Orang Aja

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 301 hits
Pernikahannya memang sudah berlalu tapi idenya pestanya yang nggak ramai mengundang banyak orang tetap bisa menginspirasimu
Sakit Hati Tengok Orang Minta Dan Bagi Bantuan

Sakit Hati Tengok Orang Minta Dan Bagi Bantuan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 232 hits
1 Bendera putih 2 Dia macam ni Bendera putih sekadar simbol yang senang difahami ramai tanda kita perlukan bantuan 3 Kalau pencetusnya bagi idea guna bendera hitam atau letak signboard lalu dipersetujui masyarakat untuk dijadikan kempen ora...
Menteri 517 769 Terima Bantuan Jkm Berjumlah Rm1 1 Bilion Tahun Ini

Menteri 517 769 Terima Bantuan Jkm Berjumlah Rm1 1 Bilion Tahun Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 210 hits
Sebanyak 517 769 individu di seluruh negara menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1 1 bilion sejak Januari hingga Mei tahun ini Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun b...
Bantuan Kehilangan Pendapatan Rm500 2021

Bantuan Kehilangan Pendapatan Rm500 2021

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 746 hits
Baru baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat berikutan penularan wabak Covid 19 yang sehingga kini masih belum berakhir Ramai ...
Laporkan Pada Polis Sekiranya Perlukan Bantuan

Laporkan Pada Polis Sekiranya Perlukan Bantuan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 184 hits
PETALING JAYA Penduduk sebahagian besar mukim di lapan daerah di Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula esok dinasihatkan untuk menghubungi pihak polis sekiranya berdepan dengan masalah seperti terputus be...
Hiburan Ustaz Ebit Lew Kongsi Hulur Bantuan Terima Pula Bila Saya Buat Kena Kecam Alha Alfa

Hiburan Ustaz Ebit Lew Kongsi Hulur Bantuan Terima Pula Bila Saya Buat Kena Kecam Alha Alfa

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 233 hits
Baru baru ini jurusolek artis Datuk Alha Alfa berkongsi sebuah video hantaran di akaun Instagramnya dimana dia sedang mengedarkan bantuan buat Orang Kelainan Upaya dan peniaga di tepi jalan telah membuat beberapa pihak tidak senang dengan t...
Aku Tak Mainlah Pakai Pampers Brand Cap Ayam Ni Suri Rumah Demand Bantuan Pampers Branded Untuk Anaknya Berusia 5 Tahun

Aku Tak Mainlah Pakai Pampers Brand Cap Ayam Ni Suri Rumah Demand Bantuan Pampers Branded Untuk Anaknya Berusia 5 Tahun

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 659 hits
Aku tak mainlah pakai pampers brand cap ayam ni Suri rumah demand bantuan pampers branded untuk anaknya berusia 5 tahun Ko simpan jelah pampers buruk tu untuk rakyat yang selayaknya pergi mampossss demikian kata seorang suri rumah terhadap ...
Rafidah Persoal Mengapa Golongan Berpendapatan Masih Perlukan Bantuan

Rafidah Persoal Mengapa Golongan Berpendapatan Masih Perlukan Bantuan

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 199 hits
PETALING JAYA Seorang bekas menteri mempersoalkan alasan di sebalik permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam baru baru ini untuk penangguhan pembayaran balik pinjaman perumahan yang diambil oleh penjawat awam Rafi...
Sukarelawan Dikompaun Bukan Kerana Sampaikan Bantuan

Sukarelawan Dikompaun Bukan Kerana Sampaikan Bantuan

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 159 hits
KUALA KANGSAR Kompaun yang dikeluarkan ke atas seorang sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan bukan kerana kesalahan menghantar bantuan sebaliknya disebabkan gagal mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 Ketua Poli...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah