Bukan Calang Calang Bodoh Dia Gadis Dituduh Penggodam Muka Dan No Phone Disebar Gara Gara Scammer Ig Tak Pandai English
Betul lah orang kata kadang kala niat baik kita ini boleh disalah erti kan, sebab itu kita kena lebih berhati-hati dalam setiap tindakan lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini.
Kali ni berlaku pada seorang gadis yang juga penuntut di Universiti Swasta sehingga menyebabkan gambar dan no telefon dia viral di media sosial hanya kerana dia mengucapkan “sorry for your instagram account”.
Menurut mstar , niat penuntut tahun dua Diploma Multimedia itu untuk meluahkan rasa simpati kepada seorang peniaga telefon atas talian berubah 360 darjah apabila dia di ‘cop’ sebagai dalang yang menggodam akaun milik ‘instashop’ itu..wuishhh bukan calang-calang tuduhan tu!
Siti Norhaifa Hamzah, 20 tahun berkata ucapan itu adalah untuk menunjukkan yang dia bersimpati terhadap instashop tersebut, bukannya nak minta maaf kerana dia yang jadi ‘punca’ akaun milik instashop tu tak dapat di log masuk.
Awalnya niat nak beli phone tapi stock habis..
Pemilik twitter high.fa itu berkata mula-mulanya dia tertarik melihat iklan telefon pintar pada twitter peniaga tersebut, yang menawarkan harga yang sangat murah, so dia pun whatsapp la peniaga itu untuk tanya lebih lanjut malangnya dia dimaklumkan stok dah habis.
“Memang iklan itu di Twitter, tapi saya terbaca yang dia beritahu bahawa akaun Instagram miliknya digodam.
“Bila saya tahu telefon itu tiada stok, saya cuma ingin mengakhiri perbualan dengan sopan dan mengucapkan ‘Sorry for your Instagram account’,”
Hanya kerana ayat sorry, dia dituduh hacker!
Haifa yang berkongsi kisah tersebut di twitter miliknya berkata dia tak sangka yang peniaga tersebut salah anggap dengan ‘text’ nya hanya kerana perkataan ‘sorry’ yang di hantarnya itu.
Satu..
Dua…
Tiga..
So, lepas beberapa jam daripada kejadian tersebut dia dibanjiri dengan soalan daripada rakan-rakannya yang ingin tahu adakah benar dia telah menggodam akaun seorang peniaga di Instashop..kan dah satu kerja nak explain satu-satu.
Obviously la Haifa terkejut dengan soalan-soalan tersebut, so dia segera bertindak menghubungi semula peniaga terbabit dan bertanya sama ada peniaga itu faham bahasa inggeris atau sebaliknya.
Tapi ini jawapan peniaga tu…
Ya, memang saya bodoh bahasa Inggeris,”
Dah lah jawab macam tu, peniaga tersebut juga menghiraukan permintaan Haifa yang mahukan namanya dibersihkan.
Rupanya peniaga tu scammer guyyyys!!!
BUT! Haifa cukup bersyukur sebab tak beli telefon pintar terpakai dari peniaga tersebut sebab rupanya model telefon bimbit yang diiklankan tu sebenarnya TAK WUJUD!..pulak dah.
“Elok juga saya tidak jadi beli daripada dia kerana ramai yang cakap dia adalah scammer.
“Pada mulanya, saya rasa marah bila dia dedahkan nombor telefon dan wajah saya secara terbuka di Twitter. Tapi, lama-lama saya rasa kelakar. Itulah pentingnya English education (pendidikan bahasa Inggeris),”
Katanya dia terpaksa memuat naik kisah mengenai insiden tersebut di Twitter pada Ahad lepas supaya orang tak salah faham dengan dirinya.
Sehingga kini status Haifa di Twitter telah di retweet sehingga 5400 kali dan likes sebanyak 2,544 kali.
Korang tengok sendiri komen-komen netizen yang rata-rata ‘sekolahkan’ peniaga tu sebab terlalu bijak.
Bodoh tu simpan, esok nak pakai lagi..
Ni bukan tak reti English, ni bebal namanya…
Like omg bodohnyaa!!
Sengal macam ni pun boleh berniaga ke?
Haish, kata orang penggodam rupanya dia yang scammer, macam-macam eh perangai scammer sekarang!sumber
The post “Bukan calang-calang bodoh dia…”- Gadis Dituduh Penggodam, Muka Dan No. Phone Disebar Gara-gara Scammer IG Tak Pandai English. appeared first on InfoJe.Com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infoje.com/bukan-calang-calang-bodoh-dia-gadis-dituduh-penggodam-muka-dan-no-phone-disebar-gara-gara-scammer-ig-tak-pandai-english/