Bukan Boleh Buat Main Soal Bunuh Semut Mufti Tampil Jelaskan Hukumnya Yang Ramai Tak Tahu


Jika sekali pandang, semut sejenis serangga kecil yang seperti tidak memberikan apa-apa manfaat dalam kehidupan manusia. Namun begitu, makhluk kecil ini mendapat perhatian istimewa dalam agama Islam sehinggakan di dalam kitab suci Al Quran sendiri ada suatu surah khas yang dinamai dengan  Surah Al-Naml yang bererti semut.
Namun timbul satu persoalan apabila ada yang bertanya ;
Apakah benar kisah Nabi Sulaiman dan semut dan adakah terdapat hadith yang melarang untuk membunuh semut ?
Bagi merungkai segala persoalan, ikuti jawapan yang sahih dan jelas oleh Mufti Wilayah seperti di bawah. Semoga semua mendapat manfaat daripadanya.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Kisah Nabi Sulaiman sahih Berkenaan dengan kisah Nabi Sulaiman dan semut, ia merupakan kisah yang sahih dan kisah ini dirakam oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an. Firman Allah SWT :
حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
Maksudnya : “(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”. [ al-Naml : 18 ]
Di dalam tafsir al-jalalayn, ayat ini bermaksud: “Apabila mereka sampai di lembah semut iaitu di kota Thaif atau di negeri Syam (yang dimaksud adalah semut-semut kecil dan semut-semut besar). Telah berkata raja semut ketika melihat bala tentara Nabi Sulaiman: “Hai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarang kalian, agar kalian tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya sedangkan mereka tidak menyedarinya”. Semut dianggap sebagai makhluk yang dapat bercakap, namun percakapan ini hanya berlaku sesama mereka sahaja”.
Sebelum kami menjawab persoalan ini, maka kami sertakan beberapa hadith yang menceritakan berkaitan semut di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW :
نزَل نبيٌّ منَ الأنبياءِ تحتَ شجرةٍ ، فلدَغَتْه نملةٌ ، فأمَر بجهازِه فأُخرِج من تحتِها ، ثم أمَر ببيتِها فأُحرِق بالنارِ ، فأَوحى اللهُ إليه  فهلَّا نملةً واحدةً
Maksudnya : “Terdapat seorang nabi daripada nabi-nabi telah singgah di bawah sebuah pohon, kemudian baginda telah digigit oleh seekor semut,. Maka baginda memerintahkan agar mengeluarkan semut tersebut dari bawah pohon itu lalu memerintahkan agar membakar sarang semut tersebut. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada Nabi tersebut : “Apakah hanya kerana seekor semut (yang mengigitmu lalu kamu membakar kesemuanya)”. [Riwayat al-Bukhari, kitab permulaan penciptaan makhluk, bab lima haiwan yang tergolong fasiq dan boleh dibunuh di tanah haram, no.hadith 3072, Muslim, kitab salam, bab larangan membunuh semut, no.hadith 4158, Abu Daud, kitab Adab, bab membunuh semut kecil, no.hadith 4581]
Ibn Hajar telah menaqalkan pendapat al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini, al-Nawawi berkata, hadith ini membawa maksud dibolehkan membunuh semut bagi syariat nabi tersebut. Begitu juga, dibolehkan membunuh semut dengan menggunakan api. Ini kerana, asal dalam membunuh dan membakar adalah tidak berlaku kekerasan (penyeksaan) padanya, bahkan ia (di dalam hadith ini) membakar lebih dari seekor semut (sarang).
Adapun di dalam syariat kita tidak dibolehkan membakar haiwan dengan menggunakan api melainkan dalam masalah Qisas yang mencukupi syaratnya. Begitu juga, tidak dibolehkan disisi kami membunuh semut berdasarkan hadith Ibn Abbas di dalam kitab sunan (kitab yang menghimpunkan hadith-hadith).  [Lihat: Fath al-Bari, 6:358]
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda :
كنَّا معَ رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ في سَفَرٍ، فانطلقَ لحاجتِهِ فرأَينا حُمَرةً معَها فرخانِ فأخذنا فَرخَيها، فجاءتِ الحُمَرةُ فجعلت تفرِشُ، فجاءَ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ فقالَ: من فجعَ هذِهِ بولدِها؟ ردُّوا ولدَها إليها. ورأى قريةَ نملٍ قد حرَّقناها فقالَ: مَن حرَّقَ هذِهِ؟ قُلنا: نحنُ. قالَ: إنَّهُ لا ينبَغي أن يعذِّبَ بالنَّارِ إلَّا ربُّ النَّارِ
Maksudnya : “Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu permusafiran, kemudian baginda SAW pergi untuk menunaikan hajatnya (keperluan). Kemudian, kami melihat seekor burung bersama dua ekor anaknya. Lalu kami mengambil kedua anaknya dan burung tersebut datang dan mengepak-ngepak sayapnya. Kemudian Nabi SAW datang dan bersabda : “Siapakah yang menyakiti burung ini dengan mengambil anaknya ? kembalikan anaknya kepadanya.
Setelah itu, baginda SAW melihat sebuah sarang semut yang telah kami bakar dan baginda SAW bersabda: Siapakah yang membakar sarang ini ? Kami menjawab: Kami (yang membakarnya). Baginda SAW bersabda lagi: Sesungguhnya tidak layak untuk menyeksa dengan api melainkan Allah SWT kerana Dia adalah penguasa api”. [Riwayat Abu Daud, kitab Jihad, bab larangan membakar musuh dengan api, no. hadith: 2300]
Imam al-Khattabi dalam mensyarahkan hadith ini, padanya (hadith ini) petunjuk bahawa membakar sarang serangga adalah makruh. Adapun semut terdapat keuzuran baginya amat sedikit. Ini kerana, kemudharatannya boleh dihilangkan tanpa menggunakan cara membakar (dengan api). Nabi SAW telah bersabda daripada Abu Hurairah RA, bahawa baginda SAW bersabda:
إنَّ نبيًّا مِنَ الأنبياءِ قَرصتهُ نملةٌ، فأمرَ بقريةِ النَّملِ، فأُحْرِقَت، فأوحى اللَّهُ عزَّ وجلَّ إليهِ: في أن قرصَتكَ نملةٌ، أَهْلَكْتَ أمَّةً منَ الأُمَمِ تسبِّحُ
“Dahulu ada di antara para Nabi telah digigit oleh seekor semut, kemudian Nabi tersebut memerintahkan untuk mendatangi sarang semut tersebut lalu membakarnya. Maka Allah mewahyukan kepada Nabi tersebut : Apakah kerana seekor semut yang menggigitmu, kemudian kamu menghancurkan umat daripada umat-umat yang bertasbih”. [Riwayat Ibn Majah, kitab Buruan, bab haiwan yang tidak boleh dibunuh, no. Hadith 3216][Hadith sahih]
Aku berkata: Semut terbahagi kepada dua kumpulan, kumpulan pertama yang membawa mudharat maka dibolehkan (membunuhnya) bagi mengelakkan mudharat. Manakala, kumpulan kedua adalah semut yang tidak memberi mudharat. Semut jenis ini mempunyai kaki yang panjang dan tidak dibolehkan membunuhnya. [Lihat: Ma’alim al-Sunan, 2:283]
Daripada Ibn Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda :
نَهَى رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ عن قَتلِ أربعٍ منَ الدَّوابِّ، النَّملةِ، والنَّحلَ، والهُدهُدِ، والصُّرَدِ
Maksudnya : “Rasulullah SAW melarang membunuh empat jenis binatang yang melata: semut, lebah, hudhud (burung) dan salah satu jenis burung”. [Riwayat Abu Daud, kitab Adab, bab membunuh semut kecil, no. hadith: 4583, Ibn Majah, kitab Buruan, bab yang tidak boleh dibunuh, no. hadith: 3215]
Imam al-Syaukani ketika mensyarahkan hadith ini, Al-Shurd (الصرد) adalah sejenis burung dan ia boleh dimakan mengikut mazhab Malik. Telah berkata Ibn Arabi: Sesungguhnya larangan Rasulullah SAW daripada membunuhnya adalah disebabkan orang arab mempunyai kepercayaan akan berlaku sesuatu yang buruk pada burung tersebut. Untuk itu, Nabi SAW menghalang daripada membunuhnya bagi menghilangkan daripada hati-hati mereka kepercayaan yang salah ini.
Terdapat satu pendapat di dalam mazhab al-Syafie sepertimana pendapat Malik bahawa bagi sesiapa yang bermuhrim (dalam keadaan ihram) akan mendapat balasan jika membunuhnya. Adapun semut pula, seolah-olah telah berlaku ijmak dalam larangan membunuhnya.
Telah berkata al-Khattabi: “Sesungguhnya larangan membunuh semut yang dimaksudkan adalah al-Sulaimaniy (jenis semut yang tidak membawa mudharat) iaitu mengelak kecelakaan daripadanya tidak kira yang kecil”. Hal ini juga disebut di dalam Syarh al-Sunnah.
Adapun lebah, telah diriwayatkan bahawa dibolehkan memakannya oleh sebahagian salaf (generasi terdahulu). Selain itu, Hudhud pula diriwayatkan bahawa ia boleh dimakan dan ini diambil daripada pendapat di dalam mazhab al-Syafie bahawa perlu membayar fidyah bagi orang yang membunuhnya (Hudhud). [Lihat: Nail al-Awthar, 8:141]
Pendapat ulama dalam masalah membunuh semut Para ulama ‘ telah berselisih pendapat dalam menentukan adakah dibolehkah membunuh semut atau serangga, ada di antara mereka yang mengharamkan dan ada juga yang membolehkan untuk kita membunuh semut atau serangga ini tetapi dengan syarat yang tertentu.
Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ mengatakan telah berkata Ashab Syafie bahawa tidak boleh membunuh lebah, semut, burung dan katak. Selain itu, al-Baihaqi dan selain daripadanya juga berpendapat tidak boleh membunuh haiwan tersebut berdasarkan hadith Ibn Abbas RA. [Lihat: al-Majmu’, 7:316]
Adapun antara fatwa-fatwa sebahagian ulama komtemporari seperti Syeikh Ibn Baz, Syeikh Soleh Ibn Uthaimin dan Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili membolehkan untuk membunuh semut dengan syarat jika semut tersebut membawa mudharat dan ancaman kepada kita. Ia boleh dibunuh dengan apa-apa cara sekalipun melainkan tidak dibolehkan membunuhnya dengan api. Di samping itu, membunuhnya tanpa sebab adalah dilarang sama sekali berdasarkan nas-nas di dalam hadith Nabi SAW.
Diboleh membunuh semut jika ia membawa mudharat kepada kita Tarjih
Berdasarkan apa yang telah dinyatakan, kami lebih cenderung kepada pendapat yang diboleh membunuh semut ini jika ia membawa mudharat kepada kita. Sekiranya, ia tidak membawa mudharat atau ancaman maka hukumnya adalah tidak boleh untuk membunuhnya berdasarkan hadith Nabi SAW yang jelas melarang kita membunuh semut tanpa sebab.
Penutup
Dalam isu menghormati haiwan adalah diperintahkan dengan istilah “Ihsan” kepada makhluk berdasarkan nas-nas yang disebut oleh Rasulullah SAW dan juga perintah Allah SWT agar kita berlaku baik kepada sesama makhluk. Antaranya sebuah hadith yang dimuatkan oleh Imam al-Nawawi di dalam karyanya, daripada Syaddad RA bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ihsan atas setiap perkara. Maka apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan baik. Dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik. Tajamkanlan alat sembelihan dan tenangkanlah haiwan sembelihan”. [Riwayat Muslim, kitab buruan, sembelihan dan haiwan-haiwan yang dimakan, bab perintah agar berlaku ketika menyembelih, no. hadith 3615]
Semoga Allah SWT memberi kita taufiq dan hidayah dalam melakukan setiap tindakan yang kita lakukan seharian. Amin. Wallahua’lam.
Sumber : Mufti Wilayah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/06/bukan-boleh-buat-main-soal-bunuh-semut-mufti-tampil-jelaskan-hukumnya-yang-ramai-tak-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Rm100 Adalah Duit Cetakan Yang Ditulis Speciment Ejen Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Duit Rm100 Adalah Duit Cetakan Yang Ditulis Speciment Ejen Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 261 hits
Video seorang peniaga online yang didakwa terkantoi paparkan wang palsu dalam video livenya sehingga tersebar meluas di media sosial sejak malam tadi mengundang pelbagai reaksi netizen Bagaimanapun seorang individu tampil menjelaskan bahawa...
Mereka Paksa Saya Minum Pelajar Tampil Jelaskan Cerita Sebenar

Mereka Paksa Saya Minum Pelajar Tampil Jelaskan Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 277 hits
The ReporterSusulan viral gambar seorang pelajar tingkatan dua tidak sedarkan diri selepas meneguk arak murahan individu berkenaan tampil memberi penjelasan bahawa dia telah dipaksa untuk mengambil minuman itu oleh rakannya Menerusi satu kl...
Kini Tampil Seperti Cewek Tulen Millen Cyrus Blak Blakan Soal Operasi Yang Udah Dilakukannya

Kini Tampil Seperti Cewek Tulen Millen Cyrus Blak Blakan Soal Operasi Yang Udah Dilakukannya

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 313 hits
Selama ini bikin penasaran dengan penampilannya kini akhirnya Millen pun perombakan apa aja yang terjadi pada dirinya
Troll Atau Membahan Di Media Sosial Sampai Bergaduh Apa Hukumnya Ini Jawapan Mufti

Troll Atau Membahan Di Media Sosial Sampai Bergaduh Apa Hukumnya Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 372 hits
Gejala atau perbuatan troll di platform media sosial mungkin boleh dianggap sebagai gurauan jika dilakukan bersama kawan kawan Akan tetapi ia mungkin akan menimbulkan masalah jika dilakukan kepada individu yang tidak dikenali sehingga boleh...
Hiburan Ini Soal Hati Saya Tak Boleh Terima Dia Hanya Sebab Rasa Kasihan Bella Astillah

Hiburan Ini Soal Hati Saya Tak Boleh Terima Dia Hanya Sebab Rasa Kasihan Bella Astillah

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 385 hits
Sah bercerai talak satu dengan Bella Astillah pada 16 Mei lalu penyanyi Aliff Aziz beberapa kali mengakui dia masih berharap dapat merujuk kembali bersama dengan bekas isterinya itu Aliff akui dia tidak mampu hidup tanpa wanita itu yang sud...
Konon Tak Boleh Angkat Tangan Elok Je Main Telefon Rakan Sekolah Pertahan Cikgu Isu Rotan Viral

Konon Tak Boleh Angkat Tangan Elok Je Main Telefon Rakan Sekolah Pertahan Cikgu Isu Rotan Viral

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 1038 hits
Baru baru ini tular kes seorang pelajar perempuan yang dirotan cikgu kerana memanggil cikgu tersebut ah kua atau pond n Akibat dirotan sehingga berbirat di lengan dan peha ibu pelajar tersebut menyerang guru berkenaan sambil merakam dan mem...
Ditegur Lantaran Sering Main Pubg Mobile Remaja 17 Tahun Ini Bunuh Diri

Ditegur Lantaran Sering Main Pubg Mobile Remaja 17 Tahun Ini Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 247 hits
Haryana seorang remaja 17 tahun di Jind India bunuh diri setelah dilarang main PUBG Mobile oleh ibunya Sang ibu diduga mengambil paksa smartphone yang dipakai untuk main PUBG Mobile
Bukan Paksaan Kehendak Sesiapa Lisa Surihani Jelaskan Tampil Berhijab

Bukan Paksaan Kehendak Sesiapa Lisa Surihani Jelaskan Tampil Berhijab

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 663 hits
Gambar Lisa Surihani tampil berhijab mendapat perhatian peminat dan netizen apabila Lisa memuat naik 4 keping foto di laman Instagram miliknya awal pagi tadi Lisa berharap dia dapat kekal dengan imej berkenaan dan menganggap keputusan sama ...
Boleh Ke Campur Makanan Laut Dan Darat Mufti Doktor Perjelas Dari Sisi Islam Dan Sains

Boleh Ke Campur Makanan Laut Dan Darat Mufti Doktor Perjelas Dari Sisi Islam Dan Sains

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 362 hits
Mungkin ramai yang pernah mendengar mengenai pantang larang tidak boleh mencampurkan antara makanan laut dan darat bersama sama Ikan jangan dimakan dengan daging Ayam tak boleh dimakan dengan ikan dan seumpamanya lagi Larangan ini diterapka...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord