Bukan Banjir Biasa Biasa Ni


Manzaidi Mohd Amin Penduduk di Hulu Langat terpaksa menyelamatkan diri mencari perlindungan di bumbung surau kerana air naik dengan cepat di kawasan mereka.INI bukan banjir kilat lagi dah.. ini banjir musim tengkujuh, kata seorang kawan dalam perbualan telefon kami pada pagi Sabtu, 18 Disember 2021.
Ketika itu hujan mencurah-curah sejak tengah hari Jumaat, 17 Disember lagi. Tapi tidak ada siapa pun menduga, hujan Jumaat itu melarat hingga ke pagi Sabtu, menyebabkan banyak kawasan dan jalan dinaiki air.
Ingat kan banjir kilat saja, sebab itu yang sinonim dengan Selangor dan Kuala Lumpur. Tiap hari, tak kira musim panas, luruh atau sejuk, Selangor/KL selalu hujan. Hujan beserta dengan ribut petir.
Hujan pada Jumaat itu tidak sikit pun dijangka itu petanda banjir. Malah, tidak ada pun amaran awal dari Jabatan Kaji Cuaca (MetMalaysia) mengenai hujan berpanjangan akan berlaku di Selangor/KL.
Rakyat, termasuk aku, tidak terfikir akan berlaku banjir dengan keadaan hujan yang tak henti-henti itu. Sehingga pagi Sabtu, dalam cuaca hujan, aku hidupkan enjin kereta, kononnya nak cari makanan di pusat bandar Shah Alam.
Dua kanak-kanak bermain banjir di halaman rumah yang dinaiki air di Seksyen 24, Shah Alam.Sebaik keluar dari pagar rumah, keadaan di jalan agak lenggang. Biasa, dalam jam 9 pagi, kereta dah berderet, penuh. Pagi tu memang lenggang selenggang lenggangnya.
Sampai di simpang jalan, kira-kira 500 meter dari rumah, aku tengok ada banyak kereta berhenti tepi jalan. Orang ramai juga berkumpul di laluan masuk ke simpang nak ke pusat bandar.
Ada jentera Bomba dan Penyelamat. Ada polis. Ada kakitangan MBSA. Lalu orang sebelah kata, “air la…”, “air limpah atas jalan.. patutlah sesak, jalan tutup.. naik air.
Aku cuba menenangkan orang sebelah, walaupun aku juga dalam kebinggungan dengan keadaan yang berlaku. Rupa-rupanya mereka yang berkumpul di simpang jalan itu tidak tidur sejak malam lagi.
Mereka alih kenderaan ke kawasan lebih tinggi. Sambil-sambil memantau paras air, yang ketika itu dikatakan semakin naik.
Kereta penduduk yang tidak sempat dialih ketempat selamat hampir tenggelam dalam kejadian banjir di Selangor, semalam.Aku pula terpaksa gunakan jalan utama nak ke pusat bandar. Aku ketika itu tak tahu dengan pasti apa yang berlaku. Aku teruskan juga memandu. Kata orang, kalau tak explorer kita tak tahu.
Kenderaan dah mula bersusun, bergerak perlahan-lahan. Jalan raya dah sesak, banyak kawasan dinaiki air.
“Eh, ni macam suasana musim tengkujuh di Kelantan ni,” kata aku pada orang sebelah.
“Iya la.. dengan keadaan cuaca gelap, hujan sejak tengah hari semalam tak henti-henti sampai sekarang, tak pernah berlaku lagi di Selangor ni,” bebel orang sebelah.
Masa yang sepatutnya 10 hingga 15 minit sampai ke pusat bandar pada hari biasa, pagi tu perjalanan aku hampir dua jam. Selepas mengisi perut, hati aku rasa tak sedap.
Ingat nak ke beberapa tempat lagi, tapi terpaksa batal. Tengok keadaan hujan yang makin lebat dan langit pula gelap keseluruhannya, aku buat perkiraan kena balik segera.
Aku keluar rumah jam 9 pagi, sampai di pusat bandar jam 11 pagi. Makan lebih kurang setengah jam, kemudian balik.
Lebuh Raya Persekutuan menghubungkan Shah Alam ke Klang terputus.Dalam perjalanan balik, jalan yang aku datang tadi mula bertakung. Dalam setengah jam masa aku makan, dah berlaku banjir di beberapa tempat. Orang sebelah dah mula panik.
Sambil memandu dalam keadaan kenderaan banyak berhenti dari bergerak – kerana jalan sesak, aku buka Whatsapp. Mana tau kot-kot ada info mengenai keadaan cuaca, yang aku terlepas pandang.
Masya-Allah, rupanya beratus chat aktif dalam grup pejabat. Aku tak tengok Wasap sebab kebetulan cuti rehat dua hari – Jumaat dan Sabtu.
Dalam grup wasap tu Kumara, Kasthuri dan bos tengah kelam kabut melaporkan kejadian air naik, tanah runtuh, jalan ditutup dan sebagainya di lokasi sekian-sekian.
Aku pula masa tu dah terperangkap dalam hujan. Nak balik ikut laluan biasa tak boleh lagi dah, jalan dah dipenuhi air. Aku ikut saja kereta depan bergerak, asalkan dapat laluan selamat.
Dengan sedikit pengetahuan mengenai jalan di bandaraya Shah Alam ini, dapatlah membantu aku mencari jalan pulang yang aku fikir agak selamat dan terlepas dari banjir.
Dan, memang aku bernasib baik, walaupun ada tikanya kereta terpaksa mengharung air sedalam paras lutut, aku akhirnya selamat sampai di rumah. Jam masa tu menunjukkan 3 petang.
Kediaman penduduk di Shah Alam hampir tenggelam.Bayangkan, hanya 30 minit pergi dan balik pada hari biasa, hari tu lima setengah jam aku terperangkap. Minyak kereta hampir separuh tangki habis. Bonet depan kelihatan berasap kesan enjin terlalu panas dengan bonet basah.
Di rumah, aku terus mengadap laptop. Monitor setiap berita yang ada mengenai banjir. Sekali sekala hubungi keluarga di kampung tanya khabar diri dan cuaca. Di Kelantan, kata mereka cuacanya baik-baik saja, hanya hujan sebelah malam.
Di Selangor/KL pula keluar info ramalan cuaca menyatakan Sabtu dan Ahad akan berlaku hujan lebat.
Di luar sana keadaan sudah tidak terkawal. Aku tekun melayari media sosial Twitter dan Facebook. Tiap saat ciapan Tweet dan hantaran Facebook Menteri Besar Selangor melintas depan mata. Sebelum ni, susah nak tengok laman sosial dia aktif.
Datuk Seri Amirudin Shari melaporkan kesibukan dan kekelamkabutan pengurusan kerajaan negeri dalam mengurus bencana banjir.
Dia turut memaklumkan telah berhubung dengan Perdana Menteri dan Menteri Kanan Pertahanan untuk dapatkan bantuan dan tenaga anggota Tentera Malaysia.
Khidmat Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan NGO sukarelawan diperlukan untuk membawa keluar mangsa banjir yang terperangkap.
Kali ini bukan banjir kilat lagi. Ini memang sah-sah banjir besar. Puluhan ribu terperangkap dalam kereta di jalan raya, lebuh raya, di rumah, di kompleks beli belah dan di mana-mana saja.
Sepanjang 14 tahun aku di Selangor, tak pernah berlaku banjir begini besar, teruk dan terburuk. Selalunya kejadian seperti ini berlaku di negeri Pantai Timur, setiap tahun.
Kekelamkabutan ini berlaku kerana kerajaan Selangor tidak ada pengalaman berdepan dengan kejadian seumpama ini. Hanya sekadar menangani banjir kilat saja.
Air semakin naik. Laju mengikut arus memenuhi dan melimpahi kawasan rendah serta lembah. Ribuan kereta tenggelam, ratusan hanyut. Air makin menggila naik. Penduduk terpaksa berpindah ke tempat lebih selamat.
Antara ribuan penduduk yang menyelamatkan diri mencari tempat perlindungan sementara.Bantuan pula agak lambat sampai, rakyat makin penat dan letih menjerit meminta tolong. Ada yang terdampar dan terlantar di atas bumbung bangunan sementara menunggu bantuan sampai.
MB masih aktif melaporkan perkembangan semasa di Twitter dan Facebook. Setiap masa memaparkan nombor-nombor talian kecemasan yang boleh dihubungi mangsa banjir.
Cybertrooper pihak sebelah sana pula, termasuk dua tiga orang bertaraf peguam sibuk menyalah orang tu orang ni. Mengkritik kerajaan lembab dan lambat bertindak. Sampah-sampah ini langsung tidak membantu.
Hari Ahad, 19 Disember 2021, cuaca agak baik. Namun, kerja menyelamat masih diteruskan. Penduduk terperangkap dibawa ke pusat penempatan sementara (PPS). Bantuan sekadarnya dihulur. Cuti kecemasan juga diberikan hari ini, Isnin, 20 Disember 2021. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/bukan-banjir-biasa-biasa-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebab Banjir Besar Luar Biasa Di Malaysia 2021

Sebab Banjir Besar Luar Biasa Di Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 319 hits
Kenapa berlaku banjir luar biasa di beberapa kawasan di Malaysia 1 Menurut pakar meteorologi Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah ianya ada kaitan dengan Taufan Rai yang sekarang berada di tengah Laut China Selatan di mana ia memecut serbuan udar...
Selangor Aktifkan Unit Pengurusan Bencana Negeri Hadapi Banjir Luar Biasa

Selangor Aktifkan Unit Pengurusan Bencana Negeri Hadapi Banjir Luar Biasa

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 315 hits
Hujan yang turun tidak berhenti henti di hampir keseluruhan negeri Selangor sejak semalam menyebabkan beberapa daerah dinaikki air dan menyebabkan sebilangan mangsa perlu dipindahkan Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Aminuddin Shari...
Pengurusan Pincang Punca Banjir Luar Biasa Gagal Diatasi

Pengurusan Pincang Punca Banjir Luar Biasa Gagal Diatasi

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh Zuhayati Yazid METMalaysia gagal koordinasi meskipun punyai aset hebat BANGI Ketirisan dan kepincangan dalam pengurusan bencana dipercayai menjadi punca kegagalan pihak berkuasa menangani masalah banjir luar biasa baru baru ini Malah a...
Apa Fungsi Nadma Semasa Banjir

Apa Fungsi Nadma Semasa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 313 hits
Apa fungsi NADMA semasa banjir Ahmad Shabery Cheek mempersoal kenyataan bahawa Agensi Pengurusan Bencana Negara tidak terbabit dalam soal pengurusan bencana Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berharap kenyataan menteri bahawa Nadma hanya mengur...
45 Jalan Di Selangor Masih Tutup Keadaan Banjir Tak Banyak Berubah

45 Jalan Di Selangor Masih Tutup Keadaan Banjir Tak Banyak Berubah

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 276 hits
45 jalan di Selangor masih tutup keadaan banjir tak banyak berubah Meskipun cuaca bertambah baik namun musibah banjir yang melanda negara sejak Sabtu lepas masih tidak menunjukkan perkembangan positif yang besar Di Selangor Ibu Pejabat Poli...
Beri Moratorium 3 Bulan Kepada Pks Terjejas Banjir

Beri Moratorium 3 Bulan Kepada Pks Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 209 hits
Beri moratorium 3 bulan kepada PKS terjejas banjir Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana menggesa kerajaan memberikan moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas akibat banjir b...
Warga Sepaku Diminta Waspadai Banjir Rob

Warga Sepaku Diminta Waspadai Banjir Rob

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 153 hits
Badan Penanggulangan Bencana Daerah Kabupaten PPU masih terus menyebarkan informasi kebencanaan kepada masyarakat baik melalui jejaring media sosial maupun berkoordinasi dengan aparat daerah setempat untuk kewaspadaan banjir
Majlis Kahwin Dibatalkan Pengantin Agih Lauk Kenduri Kepada M4ngsa Banjir

Majlis Kahwin Dibatalkan Pengantin Agih Lauk Kenduri Kepada M4ngsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 441 hits
Banjir kilat yang melanda negara baru baru ini telah meng4kibatkan banyak kawasan terjejas terutamanya bagi penduduk di Selangor Bukan itu sahaja banyak aktiviti turut tergendala berikutan dengan benc4na alam yang berlaku Agih lauk kenduri ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep