Bukaan Bersalin Fasa 3cm 8cm 10cm Dan Petua Yang Bakal Ibu Wajib Tahu


Adakah ini kehamilan pertama dan anda ingin tahu tentang bukaan bersalin? Bukaan serviks ketika hampir melahirkan anak akan dilalui oleh hampir semua wanita.
Mungkin ada juga bakal ibu yang berdebar untuk lalui proses pemeriksaan vagina yang melibatkan selukan jari oleh doktor atau jururawat.
Adalah penting untuk wanita hamil fahami proses ini dengan supaya lebih bersedia pada hari kelahiran kelak.
Oleh itu, di sini kami akan kongsikan tentang fasa bukaan rahim serta beberapa tips penting yang wajib bakal ibu ketahui.
Apa Itu Bukaan Bersalin? Para ibu khususnya yang pertama kali akan bersalin mungkin rasa ngeri mendengar cerita daripada orang sekeliling tentang pemeriksaan bukaan serviks.
Bukaan bersalin adalah fasa awal yang berlaku apabila sakit kontraksi bermula dan pintu rahim semakin nipis.
Bagi mengesahkannya, doktor atau jururawat perbidanan yang terlatih akan memasukkan jari ke dalam vagina bagi mengukur bukaan pintu rahim.
Prosedur yang dikenali sebagai vaginal examination ini juga boleh mengenalpasti sama ada pintu rahim masih keras atau bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, status air ketuban, uri serta tali pusat.
Oleh itu, para ibu tidak perlu risau. Bertenang, tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Jangan keraskan badan atau kemut kerana ini boleh menyukarkan prosedur pemeriksaan dan ibu juga akan berasa sakit.
Fasa Bukaan Bersalin Sekarang, para ibu perlu fahami fasa bukaan bersalin yang biasanya dilalui apabila mulanya contraction.
Pada peringkat awal kelahiran, serviks akan mula menipis dan terbuka akibat hormon yang dirembeskan.
Untuk melahirkan secara normal, serviks mestilah mencapai bukaan sepenuhnya iaitu kira-kira 10 cm agar kepala bayi dapat melepasi.
Fasa ini akan bermula sebaik sahaja contraction bermula sehingga serviks mencapai bukaan penuh.
Sumber : Moms Junction Fasa Awal
Fasa awal ini akan memakan masa tempoh yang paling lama dan boleh berlarutan sehingga 20 jam, lebih-lebih bagi wanita yang pertama kali melahirkan anak.
Pada tempoh ini, contraction yang dirasai adalah sederhana, pendek dan tidak konsisten.
Serviks pula akan terbuka kira-kira 3cm (1 inci) dan mukus berwarna merah jambu bercampur darah yang dinamakan ‘show’ mungkin akan muncul daripada vagina.
Air ketuban juga biasanya akan pecah pada waktu ini namun tidak menyebabkan sakit. Jika anda alami ketuban pecah dengan pendarahan vagina yang ketara, anda perlu berjumpa doktor segera.
Faksa Aktif
Para ibu akan alami contraction yang lebih sakit dan kerap pada fasa kedua iaitu fasa aktif.
Contraction yang dialami akan lebih kuat, lebih sakit dan berlaku setiap 2 hingga 3 minit.
Serviks juga akan membuka dengan lebih pantas sehingga kira-kira 8 cm (3 inci).
Pada waktu ini, kepala bayi juga telah mula menurun ke bawah menghampiri pelvis.
Ada juga para ibu yang pecah ketuban pada fasa ini dan turut disertai dengan tekanan pada bahagian bawah belakang.
Fasa Peralihan
Dalam fasa akhir sebelum bersalin ini, bukaan akan mencapai antara 8cm hingga 10 cm (3-4 inci) iaitu diameter yang diperlukan untuk laluan kepala bayi.
Contraction akan menjadi lebih kuat dan berlaku kira-kira 2 ke 3 minit sekali. Ia juga boleh berlarutan selama 60 saat atau lebih.
Pada tahap ini, kaki para ibu mungkin akan alami kekejangan. Ada juga akan menggigil rasa loya.
Sesetengah wanita juga akan memilih untuk gunakan ubat tahan sakit seperti tranquilizers atau epidural.
Kepala bayi juga akan semakin menurun ke bawah menandakan proses bersalin bakal berlaku.
Pada penghujung fasa ini, bukaan bersalin biasanya akan berada pada tahap maksima iaitu 10 cm.
Laluan kelahiran atau ‘birth canal’ juga akan terbentuk. Ia merupakan laluan bayi dari rahim, serviks dan terus ke vagina.
Seterusnya, para ibu akan lalui proses melahirkan anak dan pengeluaran plasenta sehingga selesai.
Nota : Proses serta tempoh bukaan bersalin mungkin berbeza bergantung kepada individu. Ada yang berlaku dengan pantas dan ada yang memakan masa yang lama.
Petua Untuk Lancarkan Bukaan Bersalin Untuk lancarkan bukaan bersalin, di sini kami ingin kongsikan beberapa petua yang para ibu boleh ikuti :
Banyakkan Berdiri dan Berjalan
Aktiviti berdiri dan berjalan boleh membantu mempercepatkan proses bukaan serviks kerana semakin banyak anda bergerak, ia boleh menambah tekanan pada rahim akibat berat kandungan.
Anda juga boleh lakukannya dengan mudah di dalam rumah.
Lakukan Urutan Perineum
Sekitar minggu ke-34 hingga 35, para ibu disarankan untuk membuat urutan perlahan di bahagian perineum iaitu kawasan antara bukaan faraj dan dubur.
Dengan melakukannya sebanyak 10 minit sekali dalam sehari, petua ini dipercayai dapat memanjangkan dan melembutkan tisu perineum dengan berkesan.
Makan Kurma
Buah kurma juga sering disyorkan kepada para ibu hamil kerana ia dipercayai membantu dalam meningkatkan kematangan serviks dan mencegah kehilangan darah.
Lakukan Hubungan Seksual
Hubungan seks boleh merangsang rembesan hormon oksitoksin yang turut berperanan dalam kontraksi.
Sementara itu, orgasma ketika hamil boleh membantu mengecutkan rahim sekiranya tubuh sudah bersedia. Air mani juga dikatakan boleh menjadi sumber semula jadi prostaglandin untuk melembutkan serviks.
Meskipun tiada bukti kukuh mengenai petua ini, namun tiada salahnya untuk mencuba sebagai ikhtiar untuk melancarkan bukaan.
Anda juga boleh rujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat mengenai keselamatan ketika melakukan hubungan seksual ketika hamil.
Amalkan Senaman Squat
Pergerakan mencangkung dalam squat dikatakan dapat membantu meluaskan otot pelvik dan boleh memberikan rasa tenang terhadap otot di kawasan tersebut.
Anda juga boleh gunakan bola angin (gym ball) dan lakukan pergerakan ke depan dan ke belakang sambil duduk secara berulang.
Sumber : emmasdiary.co.uk Kesimpulannya, bukaan bersalin bukanlah perkara yang perlu ditakuti oleh para ibu. Sebaliknya, kekal tenang dan patuhi arahan doktor dan petugas perubatan.
Jangan lupa untuk turut amalkan petua yang kami kongsikan agar proses bukaan dapat berjalan dengan lebih lancar.
Sumber : Enfagrow, medicinenet.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bukaan-bersalin/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bukaan-bersalin

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekal Langsing Cantik Lepas Bersalin Itulah Keinginan Setiap Wanita Bergelar Ibu

Kekal Langsing Cantik Lepas Bersalin Itulah Keinginan Setiap Wanita Bergelar Ibu

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 138 hits
Dalam dunia moden yang semakin sibuk dan serba cepat kesihatan fizikal sering menjadi keutamaan bagi ramai individu Satu aspek penting yang kerap menjadi fokus adalah berat badan dan bentuk tubuh Bagi sesetengah orang menjaga berat badan da...
Nae Kitchenette Sg Wang Plaza Para Ibu Pasti Ralit Dengan Pinggan Mangkuk Cantik Pelbagai Jenis Dan Corak

Nae Kitchenette Sg Wang Plaza Para Ibu Pasti Ralit Dengan Pinggan Mangkuk Cantik Pelbagai Jenis Dan Corak

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 640 hits
Awal bulan hari tu habibi dan umi ke Plaza Sungei Wang lagi sebab kacamata yang baru dibuat tu terkeluar getahnya Anak anak tak nak ikut sebab masing masing ada progrm sendiri sementara Cik Cha memang tak boleh ikut sejak dah bekerja Nak ku...
Ibu Bapa Jangan Takut Takutkan Anak Dengan Hantu Kesannya Anak Jadi Penakut Tinggalkan Parut Psikologi

Ibu Bapa Jangan Takut Takutkan Anak Dengan Hantu Kesannya Anak Jadi Penakut Tinggalkan Parut Psikologi

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 147 hits
Ibu bapa jangan anak dengan hantu kesannya anak jadi boleh tinggalkan parut psikologi Kenapa masih ada yang masih menakutkan anak anak mereka dengan ada hantu semata mata untuk memudahkan urusan kekeluargaan Ibu Bapa Jangan Takut takutkan A...
Pukul Ibu Sedang Solat Penganggur Diarah Jalani Pemeriksaan Psikiatri

Pukul Ibu Sedang Solat Penganggur Diarah Jalani Pemeriksaan Psikiatri

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 110 hits
BernamaKUALA KANGSAR Lelaki yang mencederakan ibunya menggunakan senjata tajam ketika wanita itu menunaikan solat di rumah mereka di Kampung Bongor Gerik diarah menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta Tanjung Rambutan ...
Ibu Maut Cuba Selamatkan Anak Terperangkap Kebakaran

Ibu Maut Cuba Selamatkan Anak Terperangkap Kebakaran

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 185 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang wanita dan dua anaknya maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau pagi tadi Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian jam 7 pagi itu dikenali Nurul Bowjiya 58 dan anak lelaki...
10 Strategi Ibu Bapa Membantu Anak Yang Lemah Membaca Di Rumah

10 Strategi Ibu Bapa Membantu Anak Yang Lemah Membaca Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 201 hits
Anak masih belum lancar atau mahir MEMBACA Untuk membantu anak yang lemah membaca ibu bapa boleh mencuba beberapa strategi berikut di rumah 1 Baca Bersama Luangkan masa untuk membaca bersama anak setiap hari Pilih buku yang sesuai dengan ta...
Kabur Usai Bunuh Ibu Kandung Pria Ini Ditangkap Saat Ngumpet Di Perkebunan

Kabur Usai Bunuh Ibu Kandung Pria Ini Ditangkap Saat Ngumpet Di Perkebunan

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 116 hits
Saat ini pihak kepolisian masih melakukan pemeriksaan guna mengetahui motif pelaku nekat menghabiskan nyawa ibu kandungnya sendiri
Tak Pernah Hubungi Kim Jongkook Dedah Ibu Ayahnya Di Ambang Penceraian

Tak Pernah Hubungi Kim Jongkook Dedah Ibu Ayahnya Di Ambang Penceraian

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 105 hits
Betul ke makin tua makin pasangan kurang kasih sayang dengan satu sama lain Artikel Berkaitan Dalam episod terbaru My Ugly Ducklings para selebriti merungkai hubungan kedua ibu bapa mereka Malah bapa Kim Jong kook turut mendedahkan hubungan...
Gelang Emas Diragut Ibu Bawa Dua Anak Naik Motor Jadi Mangsa Samun

Gelang Emas Diragut Ibu Bawa Dua Anak Naik Motor Jadi Mangsa Samun

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 141 hits
Seorang wanita bergelar ibu bawa dua anak kecilnya dan membonceng motosikal menjadi mangsa samun dalam kejadian di Senawang Seremban Negeri Sembilan pada Khamis Menerusi satu perkongsian di X update1111 wanita yang sedang membawa dua orang ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Juicy Luicy Tanggung Jawab Chord

Amicorp Denies Alleged Fraud Over Us 7bil In 1mdb Scandal

Draining The Healthcare Swamp

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025