Buka Sekolah Sesi 2020



Buka Sekolah Sesi 2020
Alhamdulillah pembukaan persekolahan bagi sesi 2020 telah pun selamat ditempuh anak bujang, Ikhwan Hafeez. Setelah bercuti lama akhirnya jadual persekolahan yang padat kembali semula seperti tahun-tahun sebelumnya. Syukur, semangat, minat dan keinginan dia ke sekolah masih menggunung


Sama seperti tahun-tahun sudah, hari pertama persekolahan dia akan teruja nak jumpa kawan-kawan. Sejenis excited sampai sarapan pun dia tak sempat makan. Tiada selera, tak sempat dan macam-macam alasan lagi.

Oleh sebab ini tahun ketiga dia bersekolah jadi aku kurang risau nak lepaskan dia ke sekolah. Hari pertama minta suami temankan sebab nak beli T-Shirt Pendidikan Jasmani. Terlepas pandang nak beli masa beli barang-barang sekolah hari tu



Penempatan dan Kedudukan Dalam Kelas
Urusan penempatan kelas cikgu dah beritahu masa akhir tahun lepas. Jadi dah tahu yang Ikhwan masuk ke Kelas 3 Cemerlang. Rasanya tiada perubahan memandangkan tiada perubahan sistem pendidikan dari KPM setakat ni.

Masih berjumpa kawan-kawan yang sama. Guru kelas tahun ni adalah guru lelaki. Pengalaman pertama untuk mama berurusan dengan Guru Lelaki. Setakat ini pertanyaan ibu bapa di group Whatsapp dijawab dengan baik dan tiada drama. Syukur.

Dah pesan pada Ikhwan cari tempat duduk di barisan hadapan dalam kelas. Dia pun sedar dengan saiz dia yang comel tu agak bermasalah kalau duduk di barisan belakang. Alhamdulillah dia terima arahan dengan baik. Biasanya untuk permulaan murid-murid boleh pilih tempat duduk sendiri, guru kelas akan ubah mengikut keperluan dan kesesuaian masa mengajar.

Jadual waktu Kelas 3 Cemerlang
Ada penambahan jadual waktu kelas Ikhwan bila dia masuk darjah tiga. Tahun ni dia diperkenalkan dengan subjek Muzik. Tahun ni juga dia kena hadiri aktiviti Kokurikulum. Akan ada satu hari dalam seminggu dia akan balik pada pukul 4 petang. Aktiviti Kokurikulum pula akan ditentukan kemudian. Dia bercita-cita nak masuk Kadet Remaja.

Subjek lain seperti Bahasa Inggeris pula dia akan belajar lebih mendalam seperti menulis esei. Tasmik dan subjek lain seperti biasa. Risau juga sebenarnya, dengan matapelajaran yang semakin sukar aku harap dia enjoy dan faham apa yang cikgu ajar

Aku dah terangkan apa yang bakal dia tempuh. Sentiasa ingatkan untuk dia fokus supaya dia tak penat kena buat kerja sekolah di rumah. Dulu aku selalu hairan kenapa dia tak pernah ada kerja rumah, rupa-rupanya murid-murid yang ada kerja rumah adalah murid-murid yang tak sempatkan tugasan dalam kelas.

Jadi, kalau dia tak buat dekat rumah bermaksud dia berjaya siapkan dalam masa yang ditentukan dekat sekolah. Lega hati mama. Aku selalu je di kritik orang sekeliling sebab terlalu ‘tegas’ dengan anak-anak terutama mengenai pelajaran. Tapi aku tak kisah, selagi aku tahu apa yang aku buat dan anak faham kenapa aku tegas.

Kalendar Cuti Sekolah 2020 Malaysia

Bagi Ibu bapa yang mempunyai anak dan bakal menduduki peperiksaan besar seperti PT3, PSRA, UPSR dan seangkatan memang dah siap maklum tarikh-tarikh penting dalam kalendar cuti sekolah. Tak seperti tahun 2019 banyak cuti bersambung, tapi bersyukur Raya bulan 5. Kena bijak merancang dan berbelanja la nampak gayanya.



Kesimpulan

Semoga sesi persekolahan 2020 untuk Ikhwan Hafeez dipermudahkan oleh Allah. Semakin bertambah usia, semakin bertambah tanggungjawab dan makin banyaklah beban yang perlu dipikul. Sebagai ibu bapa aku sehabis baik akan membantu dan in sya Allah akan sentiasa di sisi dia.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/01/buka-sekolah-sesi-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Percuma Buat Murid Sekolah Rendah Bermula 20 Januari 2020

Sarapan Percuma Buat Murid Sekolah Rendah Bermula 20 Januari 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 520 hits
Sarapan Percuma Buat Murid Sekolah Rendah Bermula 20 Januari 2020 Program Sarapan Percuma ini membabitkan 100 buah sekolah Rendah Alhamdulillah Umi tumpang gembira bila Kerajaan membuat Program Sarapan Percuma bagi anak anak The post appear...
Persediaan Sekolah 2020 Bayaran Kelengkapan

Persediaan Sekolah 2020 Bayaran Kelengkapan

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 415 hits
Persediaan Sekolah 2020 Bayaran kelengkapan Orang lain semua dah nak naik cuti aku baru nak mula cuti Memang lain betul tahun ni Nak buat macam mana kan Dengan ngurus iqi dengan kerja baharu Yang penting masih ada masa untuk menguruskan kep...
Perjuang Sekolah 1 Aliran Bahasa Melayu Fokus 2020 Iguru

Perjuang Sekolah 1 Aliran Bahasa Melayu Fokus 2020 Iguru

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 212 hits
Ustaz Mohd Azizee Hasan Jurang perpecahan antara kaum dapat dielak jika hormat Perlembagaan1 MARI kita sederap selangkah berganding bahu memikul amanah mendidik anak bangsa dengan penuh komited dan serius demi melihat masa depan negara yang...
Sekolah Tun Fatimah 20191231 Back To School 2020

Sekolah Tun Fatimah 20191231 Back To School 2020

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 386 hits
Sekolah Tun Fatimah 20191231 Back To School 2020 Iqa jadi orang pertama yang kembali ke sekolah Dah nama pun duduk kat asrama kan So Dari pagi lagi dah sampai ke sekolah Orang dah ramai seawal jam 7 45 pagi kat sini Tepat jam 8 pagi pendaft...
7 Perkara Tentang Program Sarapan Pagi Di Sekolah Yang Akan Bermula 20 Jan 2020 Ini

7 Perkara Tentang Program Sarapan Pagi Di Sekolah Yang Akan Bermula 20 Jan 2020 Ini

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 262 hits
Program Sarapan Pagi di sekolah rendah merupakan inisiatif terbaru untuk menyediakan makanan yang berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan gaya hidup sihat serta me...
Perhimpunan Pertama Bagi Sesi Persekolahan 2020

Perhimpunan Pertama Bagi Sesi Persekolahan 2020

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 287 hits
Sk Kubang Kerian 2 Tanggal 05 Janauari 2020 perhimpunan pertama bagi sesi persekolahan 2020 telah diadakan seawal pagi Suasana di pagi ini sangat ceria ditambah dengan cuaca yang baik Alhamdulillah Sempena perhimpunab pertama ini Unit Kebaj...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


How To Purchase And Use Japan Rail Pass Everything You Need To Know

Melempeng Pulak Dah

Wanita Tiba Tiba Ketawa Menjerit Dipercayai Dirasuk Ketika Majlis Perkahwinannya

Makanan Yang Harus Dihindari Bila Anak Yang Ada Eczema Demam

Anak Bapak Ini Tanda Tanda Anak Yang Kuat Bonding Dengan Bapanya

Boleh Beli Queens Group Pelakon Paling Mahal Di Korea Nilai Aset Kim Soohyun Dilapor Cecah Lebih Ratusan Juta