Buka Restoran Sampai Pagi Tarik Budaya Lepak Sekali Lagi


Ahmad Mustakim Zulkifli Pekerja di restoran yang dibuka hingga awal pagi mengakui ramai pelanggan yang tidak mematuhi SOP Covid-19.
Budaya lepak di kedai mamak dilihat sekali lagi berlaku selepas kelonggaran kedai dibuka sehingga pagi sempena Ramadan. Ketika detikan jam menghampiri tengah malam, jalan-jalan di Setiawangsa, Kuala Lumpur satu persatu menjadi sunyi.
Beberapa pejalan kaki mulai bergegas pulang, dan lampu di bangunan ditutup.
Namun, di satu lokasi komersial, kenderaan memenuhi kawasan parkir, kerumunan orang ramai, kebisingan dan keriuhan masih berterusan.
Dilihat cuai dan tidak mempedulikan waktu yang sudah menjangkau tengah malam, kira-kira 50 orang pengunjung yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia, sedang menikmati makanan lewat malam di sebuah restoran mamak.
Satu kumpulan bermain permainan dalam talian, sementara satu lagi kumpulan sedang menikmati shisya dan vape.
Tawa dan perbualan mereka berlaga dengan bunyian bising dari dapur sambil pelayan sibuk mengambil pesanan.
Mereka memenuhi meja tanpa penjarakan antara satu sama lain, tingkah laku yang tidak sepatutnya dilakukan ketika ibu negara merekodkan ratusan kes Covid-19 setiap hari, sementara kes harian negara yang turut meningkat sehingga 3,000 kes untuk beberapa hari.
Seorang kakitangan di sebuah restoran di daerah itu yang tidak mahu disebutkan namanya berkata bahawa keadaan orang ramai seperti itu sudah biasa dilihat setiap malam sejak Ramadan bermula.
“Mereka datang sebelum tengah malam dan ‘lepak’,” katanya, menggunakan perkataan Melayu yang biasa digunakan bagi menggambarkan aktiviti berpeleseran.
“Kadang-kadang mereka menggabungkan meja. Jumlah mereka akan berkurang pada pukul 2 pagi ketika kami nak tutup restoran.”
Adegan serupa dapat dilihat di Wangsa Maju di mana pelanggan duduk dalam kumpulan besar, terdiri lebih dari 10 orang, bahkan melewati lebih dari pukul 2 pagi.
Tinjauan lokasi oleh MalaysiaNow mendapati bahawa tidak ada seorang pun daripada mereka yang mengamalkan penjarakan fizikal minimum satu meter.
Seorang pekerja restoran yang juga tidak mahu disebutkan nama berkata mereka berusaha untuk tidak mengganggu pelanggan mereka walaupun terdapat pelanggaran SOP yang jelas.
“Ini bulan puasa, dan kami tidak mahu menimbulkan rasa tidak senang bagi pelanggan,” katanya.
Dia menambah bahawa semua tingkah laku pengunjung dapat dilihat di CCTV.
Justeru, katanya, pihak pengurusan “pasti tahu mengenai perkara ini”.
“Tetapi kami tidak diberitahu apa-apa berhubung perkara tersebut,” katanya.
Percubaan MalaysiaNow untuk menghubungi pemilik restoran dan persatuan perniagaan itu bagaimanapun tidak berjaya.
Jangkitan Covid-19 melonjak di banyak tempat di negara ini, mencetuskan kebimbangan jumlahnya akan mencapai 4,000 sehari, satu angka yang direkodkan pada bulan Februari, semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.
Mohd Yusof Abdul Rahman, timbalan presiden Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia, berkata bahawa ini adalah keadaan yang berlaku di beberapa restoran mamak dan restoran lain di negeri-negeri yang berada dalam keadaan status PKP bersyarat (PKPB) dan PKP pemulihan (PKPP).
Katanya, restoran-restoran itu diberi lampu hijau pada 12 April untuk terus dibuka sehingga 6 pagi pada bulan Ramadan.
“Melepak memang berlaku di beberapa restoran pada bulan Ramadan,” katanya.
“Pelanggan yang melepak memerlukan lebih dari satu jam duduk di restoran, bukan untuk makan tetapi untuk berbual dengan rakan.”
Yusof menyarankan agar pengurusan restoran menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengingatkan pelanggan dengan sopan untuk menjaga penjarakan fizikal, atau memasang poster yang memberi tahu pelanggan tentang had waktu untuk duduk di premis.
Beliau turut berkata persoalan sama ada untuk terus membenarkan pelanggan makan di premis atau tidak adalah dilema bagi kerajaan ketika ini.
“Kita pernah jalani larangan makan di restoran dalam PKP sebelum ini.
“Tetapi restoran pasti akan tidak senang hati jika larangan ini dikenakan sekarang, kerana mereka akan kehilangan pelanggan.”
Yusof berkata, perkata ini menjadi tanggungjawab orang ramai bagi memastikan setiap anggota masyarakat mematuhi SOP.
Orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak mengambil hati atau kecewa sekiranya mereka diingatkan oleh pekerja restoran tentang pematuhan SOP.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr M Subramaniam mendesak pegawai penguatkuasa untuk melakukan pemeriksaan lokasi secara berkala bagi memastikan restoran mematuhi SOP.
“SOP penjarakan fizikal satu meter mesti dipatuhi dengan ketat kerana orang ramai boleh terdedah kepada risiko jangkitan ketika pelitup wajah mereka dibuka ketika makan.
“Waktu makan juga perlu dihadkan kerana terdapat kekurangan penguatkuasaan di restoran pada waktu tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan kepada MalaysiaNow.
Beliau turut berkata bahawa restoran juga boleh mempromosi makanan bungkus untuk membantu menurunkan risiko jangkitan Covid-19 dengan menawarkan harga yang lebih rendah daripada makan di premis.
“Orang harus digalakkan makan di luar, terutama sekarang ketika kes Covid-19 berada pada tahap yang membimbangkan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/buka-restoran-sampai-pagi-tarik-budaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Kedai Sampai 4 Pagi Abang Burger Didakwa Hidup Mewah Siap Ada Kereta Besar

Buka Kedai Sampai 4 Pagi Abang Burger Didakwa Hidup Mewah Siap Ada Kereta Besar

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 243 hits
Baru baru ini telah tular beberapa peniaga yang dikenakan kompaun atas kesalahan masing masing oleh pihak berkuasa Apa yang menjadi perbualan hangat adalah perihal jumlah kompaun yang dikenakan kepada beberapa orang peniaga hingga viral di ...
Tidak Lengkap Pagi Raya Tanpa Cookies Dari Twinbow

Tidak Lengkap Pagi Raya Tanpa Cookies Dari Twinbow

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 681 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kerajaan baru sahaja umumkan yang tahun ini Raya masih tidak boleh rentas negeri dan daerah Tapi kita masih boleh menyambut ha...
Hidrat Ramadan Bundle Dari F N Menemaniku Di Pagi Raya

Hidrat Ramadan Bundle Dari F N Menemaniku Di Pagi Raya

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 431 hits
AssallammualaikumHai semua pejam celik pejam celik sudah masuk 10 malam terakhir Sekejap sahaja masa berlalu Persiapan raya Shailla tahun ini banyak beli atas talian sahaja termasuk minuman untuk di Pagi Raya Ingat tak entry Shailla yang le...
Ulasan Pagi Mengenai Pasaran Saham As Untuk 7 Mei 2021

Ulasan Pagi Mengenai Pasaran Saham As Untuk 7 Mei 2021

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 309 hits
S P 500Semalam pasaran saham AS naik ke tahap data ekonomi yang kukuh Dow memperoleh 0 9 sementara indeks utama lain meningkat 0 3 China mengemukakan statistik ekonomi yang kukuh Minyak menghadapi rintangan di bawah paras tertinggi tahun in...
10 Menu Juadah Wajib Di Pagi Raya Aidilfitri

10 Menu Juadah Wajib Di Pagi Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 845 hits
Alhamdulillah 1 syawal bakal menjelang lagi beberapa hari lagi Mesti para ibu dan emak di rumah pening bagi memikirkan menu juadah atau makanan di pagi raya aidilfitri ini apa yang ingin disajikan pada seisi keluarga nanti kan Dengan itu di...
Makan Laksa Penang Pukul 2 Pagi 26 Puasa

Makan Laksa Penang Pukul 2 Pagi 26 Puasa

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 481 hits
Assalamualaikum DISEBABKAN larangan merentas negeri maknanya tidaklah kami sekeluarga dapat beraya di kampung halaman Pak Inche pada tahun ini Sejak 20 tahun kahwin setiap tahun kami akan balik beraya cuma mengikut giliran raya pertama saha...
Hiburan Kenal Pasti 5 Tanda Kulit Sensitif Dengan Mudah Barulah Nampak Berseri Di Pagi Raya

Hiburan Kenal Pasti 5 Tanda Kulit Sensitif Dengan Mudah Barulah Nampak Berseri Di Pagi Raya

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 294 hits
Panasnya cuaca kat luar nak cuci muka la sejuk sikit Kejap adakah anda macam ni Kerap mencuci muka sebab rasa panas atau berpeluh Anda tahu tak mencuci muka dengan kerap sebenarnya menjadi punca utama kulit kering AdvertisementBukan itu saj...
Karabum Hq Jadi Pilihan Digayakan Pagi Raya Dan Ke Pejabat

Karabum Hq Jadi Pilihan Digayakan Pagi Raya Dan Ke Pejabat

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 281 hits
KARABUM HQ MENJADI PILIHAN DIGAYAKAN PADA PAGI RAYA ATAU PEJABAT Ramai yang masih tercari cari baju raya yang sesuai dan sedondon dengan famili Rasanya pandemik Covid 19 semuanya boleh dilakukan di hujung jari Berbalik dengan senarai piliha...
Doa Pembuka Pintu Rezeki Ilmu Dan Amal Amalkan Setiap Pagi

Doa Pembuka Pintu Rezeki Ilmu Dan Amal Amalkan Setiap Pagi

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 789 hits
Salam Jumaat 11 Ramadan 1442H Hari jumaat dan bulan Ramadan yang penuh berkat Pagi pagi hari Rasullullah SAW mengajarkan pada umatnya untuk sentiasa berdoa selepas menunaikan ibadah solat dan di waktu pagi Waktu pagi adalah permulaan hari y...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue