Buka Puasa Percuma Di Menara Bank Islam Setiap Hari
Rupanya bagi mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan tak sempat nak balik rumah untuk berbuka puasa, anda boleh sahaja singgah ke Menara Bank Islam dan makan secara percuma - selama sebulan disitu, ya percuma!
"BUAT APA BELI KALAU BOLEH BERBUKA FREE
Hari ni stuck di office sebab banyak deadlines minggu ni. Ended up tak sempat balik berbuka puasa. Ada orang rekemen try buka puasa di Menara Bank Islam.
Very impressive! The setting and the ambiance. Classy macam makan kat hotel plak. Padahal makan free. Makanan plak banyak. Pelbagai jenis lilihan dari nasi, lauk pauk, kuih muih dan air minuman. Dapat pula berbuka puasa dengan manusia dari pelbagai latar, termasuk buruh-buruh asing yang bekerja di sekitar kawasan ini. Setidaknya dapat menginsafi untuk sentiasa pandang ke bawah.
Kepada yang berdekatan jangan lupa try singgah nanti. Lepas makan boleh terus solat Maghrib sampai terawikh di Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy Menara Bank Islam, Jalan Perak KL," kata Shafiq dalam satu hantaran di Facebooknya pada isnin.
Sebenarnya ini bukan kali pertama Bank Islam memberikan makanan percuma kepada mereka-mereka yang berpuasa di sepanjang bulan Ramadhan.
Tradisi ini juga dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya, cuma ditambahbaik dari tahun ke tahun.
Jumlah mereka yang berbuka puasa di Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy juga semakin ramai.
Bukan hanya Menara Bank Islam, boleh dikatakan rata-rata masjid di seluruh negara memberikan makan percuma, menjamu mereka yang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.
Jadi, anda tak semestinya perlu berada di sekitar Kuala Lumpur sahaja untuk menikmati juadah berbuka puasa percuma ini.
Cuba tinjau masjid di lokasi berdekatan anda. Mungkin mereka juga menawarkan juadah percuma kepada umat Islam yang berpuasa.
Walaupun takla macam hotel seperti suasana di Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy tapi makanannya masih percuma dan sedap. Lagipun, itulah yang paling penting kan, bagi anda yang benar-benar tak sempat pulang ke rumah untuk berbuka puasa. - 9 Mei 2019.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/buka-puasa-percuma-di-menara-bank-islam.html