Buffet Ramadhan 2024 D Pine Loghouse Bertemakan Nostalgia Desa
Semestinya telah mulai ada banyak
pakej buffet ramadhan yang sedang dipromosikan oleh hotel dan restoran di luar
sana untuk tahun 2024. Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2024, antara lokasi tempat
berbuka yang sempat AlongMurni (AM) singgah dan rasai sendiri keenakan sajian
masakan adalah D’Pine Loghouse bertempat di Farm in The City.
BUFFET RAMADHAN 2024: D’PINE
LOGHOUSE BERTEMAKAN “NOSTALGIA DESA”
Dengan bertemakan ‘Nostalgia Desa’,
D’Pine Loghouse membawa semula kita semua mengingat tradisi dan kenangan yang
tercipta semasa di kampung. Bermula 13 Mac hingga 7 April 2024, D'Pine Loghouse
Farm di The City menawarkan pengalaman Buffet Ramadhan yang pastinya
menyelerakan.
Pengalaman semasa "Balik
Kampung" untuk Iftar semestinya mengamit kenangan seolah-olah sebuah oasis
di tengah-tengah pusat bandar yang mempunyai banyak kehijauan yang subur.
Antara keunikan dan keistimewaan
Iftar di D’Pine Loghouse adalah:
MASAKAN MELAYU ASLI
Dengan kerjasama bersama Hidayah
Katering yang telah mempunyai kepakaran lebih 30 tahun dalam masakan Melayu.
Daripada kegemaran klasik kepada ciptaan inovatif, setiap suapan memberi satu
keenakan yang pastinya tidak dapat dilupakan. Lebih daripada 88 hidangan setiap
hari, disajikan sebagai hidangan pilihan untuk tetamu yang hadir.
Antara menu yang tersedia di
Buffet Ramadan Nostalgia Desa ini termasuklah pilihan nasi, nasi putih, nasi
hujan panas, nasi beriani dan nasi goreng. Sajian yang pastinya menarik
perhatian adalah:
💥Ayam Masak Merah
💥Ayam Goreng Berempah
💥Ayam Geprek
💥Ayam Percik
💥Daging Masak Lemak
💥Daging Gulai Kawah
💥Daging Rendang
💥Daging Masak Merah
💥Daging Masak Hitam
💥Kambing Grill.
💥Sate
💥Ikan Bakar
💥Lontong.
Ada juga sajian masakan berasaskan
sayuran seperti kerabu dan manisan seperti bubur pulut hitam. Malahan terdapat
pelbagai pilihan kuih muih tradisi, kek, agar-agar dan kuih tradisional.
PETTING ZOO DELIGHT
Dengan adanya petting zoo di Farm
in The City, semestinya Buffet Ramadhan tambah meriah dengan haiwan kesayangan
yang menjadi tarikan pengunjung yang datang. Keunikan yang tiada tandingan bila
iftar bersama dan meluangkan bersama haiwan yang comel dan menghiburkan
terutamanya kanak-kanak.
PERMAINAN TRADISIONAL KAMPUNG
Permainan tradisional seperti
congkak dan batu Seremban turut mengimbau zaman kanak-kanak untuk warga 90-an yang
tidak lapuk dihujan tak lekang dek panas. Permainan tradisional ini semestinya menjalinkan
hubungan kekeluargaan dan persaudaraan yang erat.
SUASANA BALIK KAMPUNG
Suasana dan dekorasi yang terdapat
di lokasi ruangan Buffet Ramadhan yang dihiasi dengan rumah kayu yang
menggunakan 100% struktur kayu dan membawa suasana ala-kampung di Tengah-tengah
bandar yang sedang membangun.
PERSEKITARAN MESRA KELUARGA
Ruang tempat kereta yang selesa
dan luas sangat sesuai untuk dikunjungi oleh keluarga dan sahabat handai bagi
menjamu selera ketika Ramadhan menjelma.
D'Pine Loghouse teruja untuk
mengumumkan promosi harga yang tiada tandingan untuk Nostalgia Desa Iftar,
menjadikannya lebih mudah untuk keluarga dan kumpulan menikmati pengalaman unik
ini.
HARGA BIASA :
💥Dewasa: RM 98.00
💥Kanak-kanak: RM 58.00
HARGA PROMOSI TEMPAHAN AWAL
(Tempahan sebelum 20 Mac 2024)
💥Dewasa: RM 88.00
💥Kanak-kanak: RM 55.00
Setiap Harga 1 pax Buffet
Ramadhan berpeluang mendapat Voucher Beli 1 Percuma 1 untuk kemasukan ke Farm
In The City.
Tawaran Istimewa untuk Keluarga
Besar dan Kumpulan: Untuk setiap pembelian 10 pax secara pukal akan mendapat 1
pax percuma
D'PINE LOGHOUSE,
FARM IN THE CITY
Lokasi: Lot
40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1,
Pusat Bandar Putra
Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Talian : https://wa.me/60107627612
Website: https://farminthecity.my/
Facebook: https://www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/farminthecitymalaysia/
TikTok : https://www.tiktok.com/@farminthecity_my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2024/03/buffet-ramadhan-2024-dpine-loghouse-bertemakan-nostalgia-desa.html