Buffet Ramadan Dari Dapur Selasih Persada Johor




Buffet Ramadan 2024, Dari Dapur Selasih at Persada Johor.

Iftar & Moreh bermula 13 March 2024 hingga 8 April 2024.

Harga Early bird (15/2 - 10/3/2024) :
Dewasa : RM88
Kanak- kanak: RM44
Warga emas: RM44

Harga Biasa:
Dewasa: RM100
Kanak-kanak: RM50
Warga Emas: RM50
*Sumbangan RM2 kepada Tahfiz terpilih dari pakej dewasa*

Apa yang istimewa di sini,Majlis buffet bermula jam 6.30 petang sehingga jam 11 malam.Ya.. sampai 11 malam. Tak payah terkejar kejar nak balik untuk Isyak dan Terawikh kerana,Solat terawikh 8 rakaat akan turun diadakan di Persada Johor nanti.Azan akan dilaungkan oleh anak anak sekolah tahfiz..Lepas habis solat Terawikh,Boleh sambung semula makan dengan nama moreh pula.
Untuk tempahan boleh hubungi nombor telefon di bawah ya:👉Hakim  0197079858👉Razib  0184745772👉Zamri  0127390068👉Azreena  0174619440👉Rashul  0132292240

Mula mula kalau berbuka,mestilah cari air dulu...Ada air keladi, sirap selasih, asam boi, jagung, Bandung, Milo ais, kopi panas pun ada...
Sup tulang merah ni salah satu daripada juadah teristimewa yang dihidangkan Dari Dapur Selasih.Bawah kawah tu sentiasa ada api kecil ya..Jadi, sup ni sentiasa dalam keadaan panas. Jangan risau..Tak muak.

Tudung ni bikin spoiled tau.Langsung taknak bagi kerjasama.Ni lah antara time dia menjadi.Dah la suami MY banyak ambil gambar candid.Muka termuncung,Tudung terkepek,Kita bawak dia supaya jadi personal photographer,Tapi semua gambarnya tak semenggah.Nak kena potong elaun ni..hahaha 

Kawasan manisan ni sangatlah menggoda iman kita tau awak.Macam macam jenis manisan ada..Memang meleleh lagi mengences tengok pelbagai jenis manisan dalam gelas gelas comel je.Semua Mama Yan suka.Bagi orang yang sihat, ni memang syurga tau.Macam macam perisa dan warna puding ada.Kek comel comel pelbagai perisa pun ada.

Ni pulak syurga wong Jowo macam suami MY.Jauh jauh datang berbuka puasa buffet,mesti dia nak try lempeng.Hadehhh...

Ni jemput jemput sayur.Memang unik.Kacang panjang goreng dan brokoli goreng.Oh ya..Ada durian goreng juga.Lupa nak ambil gambar durian goreng.Suami MY ambil dua ketul durian goreng.Lepas tu,kata sedapnya..Kali pertama rasa durian goreng ni.Rangup di luar...Durian fresh di dalam.."Ma..tolong ambikkan lagi. Segan pula nak repeat ambil"Lerr.. macam la orang perasan kalau ambil dua tiga kali pun.Yang goreng goreng ni,tempat dia luar dewan tau.Jangan tak pergi explore ke bahagian luar..Rugi...Ada aiskrim goreng dan ada apam balik garing juga.

Bubur lambuk kat sini ada bubur lambuk ayam dan bubur lambuk daging,Dua dua pun kegemaran MY.Tak kisah buka puasa kat mana mana pun,memang wajib ambil.Bukan tak boleh buat sendiri..Boleh buat sendiri bubur lambuk ni,Tapi anak anak MY tak makan bubur yang sarat dengan rempah dan berlauk ni.Diorang makan bubur ayam style mekdi tu je.
Bubur lambuk ni menggamit memori puasa masa Mama Yan kecil kecil dulu.Zaman dulu,Mana ada mangkuk plastik jernih tu ,Agihan bubur lambuk di surau kampung MY,Kena bawa bekas sendiri.Kami rakan rakan sebaya pun berjalan kaki la ke surau,beratur ramai-ramai ambil bubur lambuk petang petang..Bawak tupperware mak,Zaman dulu pun tak banyak tipuware,Semua tupperware original.bawak tupperware dan plastik sendiri siap siap.Jadi sampai ke besar macam ni,Bubur lambuk tu jadi menu wajib buka puasa.eh bukanlah hari-hari buka puasa bubur lambuk,Maknanya, dalam satu bulan puasa tu,Nak kena la ada satu hari cari bubur lambuk buat buka puasa
Apa lagi keistimewaan berbuka di Restauran Selasih Persada Johor ni?Nasi beriani dan kambing kuzi laaa...Ni first dish yang Mama Yan ambil.

Ni bahagian kerabu.Kerabu sotong ni memang terbaik.cukup dengan rasa.MY nak try la buat sendiri kat rumah nanti.Kerabu sotong taruk suhun..ada macam macam lagi kerabu kat sini...Semua nampak menyelerakan.

Yang ni orang bandar panggil kerabu daun selom.Tapi MY panggil urap.Memang kesukaan MY ni.Ye,,gambar gambar dalam ni,Banyaknya kegemaran MY aje..hihihi...Gambar makanan yang lain,Banyak dalam Facebook MY.

Kuih muih ada pelbagai jenis sebenarnya,Tapi letak gambar satu aje la..Macam biasa.. MY pilih gambar makanan kegemaran MY.Ada kuih lapis, kuih seri muka, kuih talam, dan kuih bakar.

Mi goreng style pasar malam
Suami MY kata..Ni lah baru sate katanya...Ada sebelum ni pergi berbuka kat mana entah..Sate hangus rentung sebelah...Boleh makan separuh je...Tapi yang kat Cafe Selasih Persada Johor ni,Sate dia memang terbaik.Rasanya, stall sate tu dia panggil betul betul punya orang meniaga sate.Lembut, cukup masak tapi tak terlalu kering,Dagingnya gebu gebas,Bukan kulit atau lemak keras ketung.

Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang tak MY muatkan dalam ni.Tak larat nak cuba semua.Ada sup berempah yang boleh dimakan bersama mi, mihun, kueteow dan mi kerinting.Sup berempah tu juga boleh kalau nak letak daging, tetel, ekor dan babat juga.Tak ketinggalan dengan kondimen wajib warga Johor kalau makan sup,Ada sambal kicap sekali.
Ada Laksa Johor juga.Kata berbuka puasa kat Johor kan..Wajib lah ada Laksa Johor.Pasta pasta pun ada juga.Dihidangkan panas panas.Ada kuah bolognese dan carbonara juga.
Tak ketinggalan juga ABC, murtabak, kebab, buah buahan, rojak buah, aneka sambal serta ulam ulaman. Eh.. Macam-macam lah ada...Ni pun dah tak termakan dah ni.
Harga buffet kat sini pun nampak mampu beli,Jadi, apa lagi..Moh la kita..Beli awai tak kalut.Harga early birds tu sah dari 15/2/2024 sehingga 10/3/2024 je tau...






View this post on Instagram A post shared by Azian Khalil (@dianafisa81)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2024/02/buffet-ramadan-dari-dapur-selasih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buffet Ramadan 2024 Sedap Dengan Selera Serantau Ramadan Holiday Villa Johor Bahru

Buffet Ramadan 2024 Sedap Dengan Selera Serantau Ramadan Holiday Villa Johor Bahru

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 299 hits
Buffet Ramadan 2024 Sedap dengan Selera Serantau Ramadan Holiday Villa Johor Bahru Buffet Ramadan 2024 kalini adalah di Holiday Villa Johor Bahru Makanan pilihan Melayu Dan Antarabangsa disajikan untuk berbuka Puasa nanti Masa menaip ni pun...
10 Senarai Buffet Ramadan Putrajaya 2024

10 Senarai Buffet Ramadan Putrajaya 2024

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 351 hits
Senarai promo Buffet Ramadhan Putrajaya 2024 Pakej hotel promotion Tempat Berbuka Puasa Pada Harga Early Bird yang murah untuk iftar Ramadan yang menarik dan terdekat 1 PULSE GRANDE Hotel Putrajaya Bulan suci penuh keberkatan bakal tiba tak...
Buffet Ramadan 2024 Warisan Ibunda Di Hotel Concorde Shah Alam

Buffet Ramadan 2024 Warisan Ibunda Di Hotel Concorde Shah Alam

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 240 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan satu lagi lokasi tempat berbuka puasa menarik menawarkan pelbagai jenis menu menu menarik yang anda boleh cuba pada bula...
Buffet Ramadan 2024 Hotel Royal Kuala Lumpur Bertemakan Citarasa Klasik

Buffet Ramadan 2024 Hotel Royal Kuala Lumpur Bertemakan Citarasa Klasik

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 252 hits
Semestinya telah mulai ada banyak pakej buffet ramadhan yang sedang dipromosikan oleh hotel dan restoran di luar sana untuk tahun 2024 Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2024 antara lokasi tempat berbuka yang sempat AlongMurni singgah dan rasai se...
Buffet Ramadan 2024 Royal Signature Bawakan Sajian Titian Desa

Buffet Ramadan 2024 Royal Signature Bawakan Sajian Titian Desa

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 294 hits
Ramadan tak lama lagi dan bakal dimeriahkan buffet Ramadan yang sentiasa dinanti nantikan Hotel The Royal Signature membawakan buffet bertemakan Sajian Titian Desa di tengah tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur Lebih dari 200 juadah tradisio...
Buffet Buka Puasa Johor 2024 Merentasi Tradisi Double Tree By Hilton Jb

Buffet Buka Puasa Johor 2024 Merentasi Tradisi Double Tree By Hilton Jb

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 287 hits
BUFFET BUKA PUASA JOHOR 2024 Merentasi Tradisi Double Tree By Hilton JB Nampaknya banyak hotel di Johor dah mempromosikan promo untuk buffet buka puasa dan tak terkecuali juga untuk Double Tree By Hilton Johor Bahru Untuk kali ni Double Tre...
Buffet Ramadan 2024 Iftar Di Taman Dahlia I Dahlia Corner Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2024 Iftar Di Taman Dahlia I Dahlia Corner Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 292 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah kembali lagi dalam segmen Buffet Ramadan 2024 Baiklah kali ini aku nak kongsikan salah sebuah tempat berbuka puasa yang sangat indah menawarkan pel...
Makan Malam Di Meldrum Buffet Bonanza Gbw Hotel Johor Bahru

Makan Malam Di Meldrum Buffet Bonanza Gbw Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 269 hits
Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru I Haritu Juju dengan dak Yash dinner di GBW Hotel Apa yang membuatkan Juju tertarik untuk dinner dekat sini sebab kalini GBW Hotel menyajikan hidangan ayam golek madu untuk pelangg...
Buffet Ramadan 2024 Warisan Muhibbah Di Holiday Inn Sepang

Buffet Ramadan 2024 Warisan Muhibbah Di Holiday Inn Sepang

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 393 hits
Hi Everyone The recent new line up by IHG the Holiday Inn Se pang had been unveiled near the hub of airline travel KLIA Terminal 1 and 2 now it s offering a sumptuous breaking fast buffet Warisan Muhibbah aptly named for the property to be ...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun