Buffet Ramadan 2024 Harga Bawah Rm100 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi


Buffet Ramadan 2024 : Harga Bawah RM100 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi | Assalamualaikum semua.. Tahun 2024 ni boleh dikatakan dah banyak tempat mengadakan Buffet Ramadan. Ada restoran mahupun hotel yang boleh kita pilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk dijadikan lokasi berbuka puasa bersama kesayangan. Ahaa, ada tak yang mencari buffet Ramadan 2024 di bawah RM100?? Kalau ada, meh sini sis kongsikan untuk korang satu lokasi iaitu di Santapan Ummis Hijau Kasturi, Sentul



Info Mengenai Ummis Hijau Kasturi
Restoran yang telah bertapak selama lebih tiga tahun di Sentul Village, Kuala Lumpur ini telah diusahakan oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah yang menyajikan pelbagai sajian pada setiap hari. Pasangan suami isteri ini telah berkecimpung lebih dari 30 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, kedua-dua mereka setia berkhidmat dengan kerabat diraja Brunei selama lebih dari 8 tahun. Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada dikalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka


Selain itu, pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Menguatkan lagi rekod mereka, Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal. Antaranya Astro, BERNAMA, TV3 serta banyak lagi. Selain itu, Santapan Ummis Hijau Kasturi juga telah menaja sajian hidangan konsert Liza Hanim yang berlangsung baru-baru ini

Tema Buffet Ramadan 2024 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi
Siapa yang pernah makan di Santapan Ummis Hijau Kasturi ni pasti takkan dapat melupakan keenakan menu makanan mereka. Untuk tahun 2024 ni, Restoran dan syarikat katering tempatan, Santapan Ummis Hijau Kasturi berbesar hati untuk membawakan gabungan sajian desa dua negara iaitu Malaysia dan Brunei


Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan kali ini bertemakan 'Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu' dengan lebih daripada 45 jenis makanan gabungan hidangan Malaysia dan Brunei bakal tersedia sepanjang Ramadan. 
Menurut pemilik yang juga cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, tema tersebut sengaja dipilih memandangkan sajian desa di Santapan Ummis Hijau Kasturi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pelanggan. Selain itu, berbekalkan pengalaman mereka terdahulu berkhidmat sebagai cef peribadi Istana Nurul Iman, pelbagai jenis sajian asal Bandar Seri Begawan akan turut disajikan. Jelas pasangan suami isteri ini lagi, mereka tidak menolak ada diantara sajian tersebut bakal menggamit memori pelanggan-pelanggan mereka. 


“Alhamdulillah, sambutan berbuka di restoran kami pada tahun lepas sangat memberangsangkan. Setiap hari dipenuhi dengan para pelanggan yang disayangi. “Susulan itu, pada tahun ini kami memilih menu-menu desa kerana mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi daripada para pelanggan. Pakai sahaja apa yang ada untuk ke sini kerana yang pasti sajian ini akan menggamit memori” ~ Cef Hajah Norziah ~

Menu Buffet Ramadan 2024 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi
Antara menu yang bakal disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi. 









Memenuhi permintaan pelanggan, kuih yang sedang tular, Punten juga akan berada di dalam senarai bufet kelak. Menariknya, Punten ini dilengkapi bersama Sambal Hijau Ikan Bilis yang menjadi kegemaran pelanggan Santapan Ummis Hijau Kasturi. Lebih menarik, konsep gerai diperkenalkan kali ini dengan hidangan panas iaitu pelbagai gorengan dan lockcing sate ikan asli Kelantan. 

Kemudahan Di Santapan Ummis Hijau Kasturi
Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis. 


Alamat dan Waktu Operasi Di Santapan Ummis Hijau Kasturi
Berikut merupakan info mengenai Buffet Ramadan 2024 di Santapan Ummis Hijau Kasturi bagi rujukan korang supaya mudah untuk membuat pilihan :
Tarikh Buffet Ramadan : 13 Mac 2024 hingga 8 April 2024
Masa :6.30 petang hingga 9.00 malam
Waktu operasi harian (selain bulan puasa) :Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin
Masa :8.30 pagi hingga 6.00 petang
Alamat :Santapan Ummis Hijau KasturiG3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur. 

Harga Buffet Ramadan 2024 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi
Seperti yang sis nyatakan kat atas, harga Buffet Ramadan 2024 di Santapan Ummis Hijau Kasturi ni di bawah RM100 kan. Ok, ni details harga untuk rujukan korang :

Harga Buffet Ramadan Santapan Ummis Hijau Kasturi 2024 :
Promosi Early BirdRM50.00 nett - dewasa(pembelian sehingga sehingga 12 Mac 2024)
Harga BiasaRM59.90 nett - dewasaRM25.00 nett - kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawahRM25.00 nett - Warga Emas 60 tahun ke atas
* kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma** Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan
Selain itu, buat mereka yang ingin mencuba pelbagai jenis sambal juga boleh dapatkan di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Pelbagai jenis sambal tersedia seperti Sambal Hijau Ikan Bilis dan Sambal Daging. Berharga RM19.90 bagi 500gm, semua sambal-sambal ini sedia untuk dimakan dan boleh disajikan dengan aneka hidangan terutama di bulan Ramadan. 
Untuk info, restoran ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar. Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan** atau sebarang acara hubungi :
Telefon :03-40324383(pejabat),017-6534133(operasi) 011-23058511(pengeluaran/production). 
Facebook : https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9 
Instagram : https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2024/03/buffet-ramadan-2024-harga-bawah-rm100.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buffet Ramadan 2024 Santapan Ummis Hijau Kasturi Bertemakan Nostalgia Sungkei Di Desa Air Tangan Ibu

Buffet Ramadan 2024 Santapan Ummis Hijau Kasturi Bertemakan Nostalgia Sungkei Di Desa Air Tangan Ibu

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 275 hits
Hi Korang Ingin rasa air tangan bekas cef Sultan Brunei jemputlah datang dan ke Santapan Ummis Hijau Kasturi Untuk bufet ramadan tahun ini Santapan Ummis Hijau Kasturi membawakan barisan hidangan gabungan sajian desa dua negara istimewa unt...
Nak Mencuba Sajian Negara Brunei Dan Malaysia Ramadan Ini Boleh Datang Ke Santapan Ummis Hijau Kasturi

Nak Mencuba Sajian Negara Brunei Dan Malaysia Ramadan Ini Boleh Datang Ke Santapan Ummis Hijau Kasturi

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 245 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Korang pernah cuba masakan orang Brunei Kalau Maha memang tidak pernah dan ini pertama kali dapat rasa masakan Brunei Jom kita...
Lokasi Harga Bufet Ramadan Bawah Rm100 Sekitar Kuala Lumpur 2024 Menarik Untuk Berbuka Puasa

Lokasi Harga Bufet Ramadan Bawah Rm100 Sekitar Kuala Lumpur 2024 Menarik Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 294 hits
Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Kuala Lumpur Tahun 2024 Memilih hidangan atau juadah yang hendak dinikmati ketika berbuka puasa adalah menyeronokkan dan adakalanya agak mencabar disebabkan oleh kebanjiran pilihan yang ada Da...
Destinasi Rasa 2024 Santapan Raja Sehari Sempena Bulan Ramadan Di Le M Ridien Putrajaya

Destinasi Rasa 2024 Santapan Raja Sehari Sempena Bulan Ramadan Di Le M Ridien Putrajaya

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 301 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Ayuh meraikan bulan mulia dengan makanan yang enak dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan menghayati cita rasa tempa...
Buffet Ramadan 2024 Selera Al Mubarak Di Talia World Kg Melayu Subang

Buffet Ramadan 2024 Selera Al Mubarak Di Talia World Kg Melayu Subang

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 231 hits
Buffet Ramadan 2024 Selera Al Mubarak Di Talia World Kg Melayu Subang Assalamualaikum semua Untuk Preview Buffet Ramadan kali ini sis nak kongsikan satu lagi lokasi untuk korang berbuka puasa Lokasi kali ini adalah di Talia World Kg Melayu ...
Buffet Ramadan 2024 Tradisi Semarak Rasa Kuala Lumpur Convention Centre

Buffet Ramadan 2024 Tradisi Semarak Rasa Kuala Lumpur Convention Centre

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 346 hits
Hi Everyone The Kuala Lumpur Convention Centre s is once again offering guests a wide range of well loved Malaysian culinary classics this fasting season While the Centre has maintained its overall Tradisi Semarak Rasa theme it has also rev...
Buffet Ramadan 2024 Merentasi Tradisi Sajian Dulu Kini Di Doubletree By Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadan 2024 Merentasi Tradisi Sajian Dulu Kini Di Doubletree By Hilton Johor Bahru

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 372 hits
Buffet Ramadan 2024 Merentasi Tradisi Sajian Dulu Kini di Doubletree By Hilton Johor Bahru Menu berbuka puasa di Doubletree by Hilton Johor Bahru ni antara menu yang dinanti nantikan tau mana taknya kebiasaan menu kat sini memang gempak gem...
Buffet Ramadan 2024 Di Ioi Mall

Buffet Ramadan 2024 Di Ioi Mall

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 346 hits
Assalamualaikum uollz Sebenarnya plan awal nak pegi bazaar ramadhan je di Putrajaya sebab ai dah masak kat rumah tapi terlajak jalan sampai ke simpang IOI pulak akibat asik berbual je dalam kereta nbsp Ai kata nbsp tak pe la tak payah susah...
Buffet Ramadan 2024 Cita Rasa Timur Tengah Dari Zai Sri Gemilang Katering

Buffet Ramadan 2024 Cita Rasa Timur Tengah Dari Zai Sri Gemilang Katering

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 242 hits
Hi Korang Bersempena menyambut kehadiran bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi syarikat katering terkemuka tanah air Zai Sri Gemilang kembali dengan tradisi pakej berbuka puasa Bufet 25 Malam untuk penganjuran tahun yang k...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense