Buffet Ramadan 2022 Di Wtc Kuala Lumpur
Hello pembaca kesayangan,
Tak lama lagi dah bulan puasa dan tahun ini kita bertuah kerana berpeluang berbuka puasa dan beribadah bersama ahli keluarga dan rakan taulan. World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dahulunya dikenali sebagai PWTC membawakan buffet ramadan Aneka Selera Desa, khas buat mereka yang mahu berbuka puasa di luar sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Gambar dari FB WTCKL
Restoran Riverside menyediakan lebih dari 300 jenis juadah setiap hari buat pengunjung yang mahu berbuka puasa sambil mengimbas nostalgia berbuka puasa di desa.
Gambar dari FB WTCKL
Gambar dari FB WTCKL
Gambar dari FB WTCKL
Pelbagai juadah klasik desa disediakan seperti Ikan patin goreng sambal hijau, daging rendang minang, Ketam goreng dengan cili kering, Ayam lemak cili padi dengan belimbing buluh, pelbagai jenis asam pedas (Misz-ella suka asam pedas ekor & asam pedas daging tetel), pelbagai jenis sup dan macam-macam lagi.
Gambar dari FB WTCKL
Selain dari itu, ada juga Kambing golek yang dibakar dengan lada hitam dan dinikmati bersama sos cendawan yang sangat enak dan sentiasa menjadi pilihan ramai sepanjang bulan Ramadan.
Gambar dari FB WTCKL
Pada tahun ini, WTCKL membawakan Nasi Kandar Saddam sebagai salah satu hidangan istimewa buffet Ramadan. Tak perlu lagi 'lepak mamak' lepas solat Tarawikh kerana nasi kandar ada, roti canai ada, teh tarik pun ada juga tau. Semuanya ada di buffet ramadan Aneka Selera desa, WTC.
Gambar dari FB WTCKL
Selain dari itu, pengunjung juga disajikan dengan pelbagai jenis pemanis mulut yang terdiri dari kuih muih tradisional Melayu dan kuih muih moden.
Jika pengunjung suka kan makanan di buffet Ramadan dan mahu bawa pulang untuk sahur atau sebagainya, jangan ragu-ragu untuk sendukkan makanan pilihan anda ke dalam mangkuk tingkat yang disediakan. Ada 2 saiz dan dua harga iaitu RM59 dan satu lagi RM79 sahaja.
Pengunjung juga boleh bersolat tarawikh di Surau Ar-Rahman, WTCKL manakala kadar parkir hanya RM5.00 mulai dari jam 6 petang dan seterusnya.
WTCKL juga menawarkan pakej jamuan persendirian dan korporat bermula dari RM148.00 seorang untuk tempahan minimum 100 orang di atas. Jamuan persendirian ini akan diadakan di pelbagai ruang atau bilik di WTCKL. Pakej ini termasuk sistem audio, hidangan buffet khas dan ruang solat khas.
Gambar dari FB WTCKL
Harga buffet Ramadan Aneka selera desa WTCKL adalah RM128.00 nett untuk Dewasa dan RM75.00 nett buat warga emas berumur 65 ke atas dan kanak-kanak dibawah 12 tahun. Walaubagaimanapun, WTCKL sedang mengadakan tawaran istimewa iaitu Early Bird RM108.00 nett sahaja seorang. Baucer Early bird ini boleh dibeli secara dalam talian iaitu melalui Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada dan laman web Restoran Riverside. Baucer Early Bird ini boleh dibeli mulai dari 2 Mac 2022 sehingga 4 April 2022 dan sah untuk ditebus sehingga 29 April 2022.
So pembaca-pembaca kesayangan, Misz-ella dah cuba buffet Ramadan Aneka Selera Desa WTCKL .. semua makanan sedap-sedap sehingga saya tak berpeluang untuk komplen apa-apa. Jangan tunggu lagi. Jom kita cepat-cepat beli Early Bird baucer untuk lebih jimat (wallet friendly price)
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila layari : www.riverside.wtckl.com atau hubungi 03-26146701 dan 019-2678960.
Jangan lupa ikuti : Instagram WTCKL https://www.instagram.com/worldtradecentrekualalumpur/Facebook WTCKLhttps://www.facebook.com/WorldTradeCentreKualaLumpur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2022/03/buffet-ramadan-2022-di-wtc-kuala-lumpur.html