Buffet Ramadan 2021 Selera Malaysia Buffet Dinner Di Thistle Johor Bahru
Buffet Ramadan 2021: Selera Malaysia Buffet Dinner di Thistle Johor Bahru || Ramadan semakin menghampiri. This year banyak buffet dan bazar dibolehkan open untuk memeriahkan waktu berbuka puasa kita dengan makanan. Thistle Johor Bahru jugak tidak ketinggalan mempersembahkan Selera Malaysia buffet dinner buat seisi keluarga dan semua golongan dari usia 6 tahun sehingga 60 tahun dan keatas!!! Bila namanya Selera Malaysia, sudah tentu menu yang disajikan pun menu menu yang mejadi kegemaran rakyat Malaysia.
Terujanya Nona nak potong Kambing Kuzi nih!!
Abang chef pun cute! HAHAHAHNona bersama-sama geng JDT Blogger haritu try menikmati makanan yang mereka sediakan untuk Selera Buffet Dinner akan datang. Segala menu buffet dan tempat berbuka kesemuanya berada di Orchid Ballroom, Thistle JB nih. Tempat yang selesa sebab berdindingkan kaca (nampak suasana kat luar dan ikan ikan dalam kolam). Jemput tengok Nona makan apa kat sini dan apa yang menarik dalam Selera Malaysia Buffet Dinner!! I'm hungry back~ O.o...
Nasi Briyani Kambing Kuzi~
Gulai Patin Bersama Tempoyak
Asam Pedas Ikan Merah
Ayam Opor Maharani
Sup Tulang Merah
I love this!! Sedapnya sedut sup tulang ni! Favourite Nona
Rasa nak makan lagi.. Hehe.
Ini pun ada! Bersama-sama sate dan otak-otak
I love the grilled lamb chop tu..lembut
With Sofea. Anak Blogger Mia Liana yang cute
Alrite, you guys tahu tak apa yang menarik dalam Selera Malaysia Buffet Dinner this year ??!
1. Persembahan 'LIVE' oleh Aqmal Daniel #thestyloviolinist . Fuhhh! Nona peminat anak muda nih tau!!
2. 5 rotating menus - Ada beberapa menu yang bertukar-tukar selama lima hari berturut turut dan berulang kembali selepas lima hari. Contohnya, rendang rusa, gulai nangka dan ikan kering, serta pecal jawa.
3. Highlights Menu { Mesti cuba! Confirm memikat hati!} :
3.1 Lapan Kawah
-Asam Pedas Ikan Merah, Gulai Patin bersama Tempoyak, Gulai Kawah Daging Salai
3.2 Rencah Timur Tengah
-Nasi Briyani Gham, Kambing Kuzi, Acar Nenas
3.3 Western Corner
- Carving Station with BBQ Beef Brisket, Grilled Lamb Chop, BBQ Chicken Wing (Blackpepper Sauce, BBQ Sauce, Mint Sauce)
3.4 Bakar-Bakar
-Shell out , Sotong Percik Seri Begawan, Satay Ayam & Daging, Udang Telur Masin
3.5 Salam Aneka Johor
-Soto Ayam Parit Raja, Mee Bandung Muar
3.6 Tradisi Ramadan
-Lemang/Ketupat Nasi/Palas, Lontong, Ayam Kuah Kacang/ Serunding
3.7 Durian Delights
-Durian Goreng Istimewa, Pulut Serawa Durian, Serimuka Durian, Kuih Ketayap Durian, Durian Cream Puff
Segala yang berintikan durian! Sedapnyaaa.
Durian crepe pun ada! First time try semua ni
You guys kalau datang sini, must try!
Segala ulam-ulaman, kuah, ikan masin, telur masin dan pelbagai kerabu juga disediakan dalam buffet nanti. Sungguh berselera. Citarasa Melayu sangat ni wo
Bubur lambuk tiga jenis, pelbagai sup dan pengat pun ada kat sini tau
Tak pernah bosan dengan makanan tradisi Melayu di atas~
Uish, sebagai penutup, ada aiskrim pelbagai perisa
Ada banyak dessert dan buah buah untuk dimakan. Rambang mata sebab semua pun sedap
Ehem, makan aje ke? Minuman takda
Of course ada! Nona tertarik dengan Cucumber Detox Water dan Jus Epal
Lebih best lagi, , sambil makan, kita ditemani gesekan violin yang merdu oleh Aqmal Daniel
SIAPA TU
Inilah Aqmal Daniel! Bermain violin dengan penuh stylo
Aqmal akan buat persembahan setiap hari semasa waktu berbuka pada bulan Ramadan di Thistle JB nih. Tenang dan enjoy suasana bila dengar bunyi violin digesek
So, overall semuanya pasti memuaskan tekak dan perut. Kena dengan citarasa kita sebagai rakyat Malaysia, dan menunya yang berkualiti tu bersesuaian dengan harga.
Jangan risau, surau pun disediakan bagi yang ingin bersolat di sini cuma kena bawa peralatan sembahyang sendiri.. Ya, kat sini tetap ikut S.O.P norma baharu mengikut peredaran masa.
Jomlah berbuka di sini bersama yang tersayang! Pasti seronok!!! Nona pun terasa nak pergi lagi nih..Hihi
Boleh refer info di bawah untuk booking meja ye. Dari western sampai makanan Melayu disajikan buat semua customer yang dihargai.
SELERA MALAYSIA BUFFET DINNER
Tarikh : 13 April- 12 May 2021Waktu : 6.30 PM-10.00 PMLokasi : Orchid Ballroom, Thistle JB
HARGA BIASA:RM118 nett per adultRM 58 nett per child (6-12 years)
TAPI
Kalau grab harga Early Bird Promo (Beli sebelum 12 April 2021), dapat murah lagi!!
EARLY BIRD PROMO:RM98 nett per adultRM 48 nett per child (6-12 years old)
Instagram: Thistle Johor Bahru
Contact: +607 222 9234 / +607 267 8999 / +60127892092
Email :
[email protected] /
[email protected]Alamat : Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor
#ThistleJohorBahru #Selera Malaysia #TasteofHome #GrandEstBuffetinJohorBahru
Notahati : Banyak sangat gambar... Nona post beberapa menu lain di Instagram dan Facebook tau~ Sila jengah sana ya. Thank You!
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2021/04/buffet-ramadan-2021-selera-malaysia.html