Bufet Ramadan Mewah Menyambut Bulan Suci Di Barbeque Nation Pavilion Kl


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menymbut penuh gembira bulan mulia Ramadan Al-Mubarak. Begitu juga Restoran Barbeque Nation Pavilion KL dengan sukacitanya mengumumkan Bufet Buka Puasa Ramadan 2025. Pertama kali Maha diundang untuk mencuba juadah berbuka puasa yang ditawarkan di sini sangat mengkagumkan



Bagi Maha kalau dapat berbuka puasa di sini ia bagai satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tambahan pula kalau datang membawa seisi keluarga atau juga kawan-kawan sepejabat dengan persediaan barbeku secara langsung. Juga ada juadah pelbagai variasi makanan eksotik di kaunter bufet serta menu yang disusun khas untuk meraikan semangat Ramadan

Istimewa Bufet Buka Puasa Ramadan 2025
Satu konsep buka puasa yang lain daripada lain dimana setiap tetamu yang datang dijamu dengan Barbeku Panggangan Menggunakan Arang tanpa had. Semua orang boleh menikmati hidangan Barbeku tanpa had dengan grill arang yang panas dan berasap yang disediakan di setiap meja. Pilih daripada pelbagai jenis daging, ikan dan juga makanan laut yang lembut, dipanggang segar untuk kesempurnaan yang disediakan oleh cef profesional di sini




Maha pertama kali cuba makanan di sini dah jatuh hati dengan konsep panggan menggunakan arang. Bila disapu dengan minyak makin berasap dan boleh makan panas-panas lagi. Makan pula dengan nasi yang istimewa di sediakan. Tak nak makan nasi boleh pilih untuk nikmati roti juga ada. Itu yang dibawa kepada meja korang





Lepas tu ada pula variati kaunter makanan bufet. Boleh ambil sepuasnya makanan eksotik di meja bufet yang menyediakan hidangan popular seperti Raan, Chopan Boti, Baidha Paratha, Haleem dan kepakaran serantau yang lain untuk meningkatkan pengalaman Iftar lain daripada lain. Mana nak dapat semua hidangan sebegini hanya di sini sahaja yang Maha pernah jumpa





Selain itu juga, ada menu Bufet Ramadan istimewa yang direka khas untuk menepati citarasa musim ini. Ia menawarkan pelbagai hidangan tradisional dan kontemporari yang menarik seperti Pilaf, Jumbiri Kabsa, Khubani-Ka- Meetha, Qatayef, Basbousa, Shahi Tukda, Rose Kulfi & Web Date Almond Kulfi dan pilihan Ikan Sardin Bakar, bersama-sama dengan salad segar dan sardin panggang

Harga Promosi Ramadan Eksklusif
Banyak dah tu memang tak boleh nak habis kalau makan seorang memang kena bawa teman atau keluarga berbuka sekali di sini. Bab harga korang jangan risau kat sini mereka menawarkan harga diskaun untuk pembelian awal dari tarikh 12 Februari hingga 25 Februari akan menikmati harga pembelian awal pada kadar istimewa RM69* hari bekerja (Isnin hingga Khamis) dan RM79* pada hujung minggu (Jumaat hingga Ahad)



Itu untuk harga pembelian awal, kalau harga biasa lepas itu dan untuk walk-in atau tempahan akan dapat harga RM79* hari biasa (Isnin hingga Khamis) dan juga RM84* untuk hujung minggu (Jumaat hingga Ahad). Tarikh untuk dine-in bufet ini bermula 28 Feb 2025 ini hingga 30 Mac 2025. 


Kalau tempahan untuk kuantiti banyak seramai 10 orang ke atas dapat Diskaun Kumpulan iaitu harga istimewa atau minuman percuma untuk majlis Iftar. Boleh bawa kawan pejabat berbuka sini memang berbaloi sangat ni. Persembahan muzik berlatar belakang Melayu tradisional seperti Gambus akan menambahkan lagi suasana tenang sewaktu korang berbuka puasa di restoran ni



Mesti ramai risau untuk solat dulu sebelum berbuka. Jangan risau kerana kalau datang berbuka sini mereka sediakan ruang solat khusus dengan tikar sejadah dan permaidani untuk tetamu menunaikan solat dengan selesa. Sempena dengan Ramadan bulan Mulia mereka sediakan Sentuhan Istimewa Ramadan, di mana para tetamu akan menerima kurma percuma, Pinggan Iftari, dan air Zamzam

Peraduan "Kongsi & Menang"
Sertai peraduan "Kongsi & Menang" di mana korang menyiarkan pengalaman bufet Ramadan korang di media sosial untuk peluang memenangi hidangan istimewa. Juga ada pemberian baucar Iftar harian melalui penglibatan media sosial interaktif dengan tinjauan pendapat, sesi Soal Jawab dan perbincangan tentang hidangan Ramadan kegemaran korang di restoran ini






Petugas restoran ini juga akan berpakaian seragam tradisional Melayu seperti baju Kurta, tanda sedia menyambut kehadiran tetamu istimewa dalam pengalaman penuh Ramadan di sini. Seluruh ruang restoran akan dihias akan dengan hiasan bertemakan Ramadan, termasuk lampu bulan dan bintang. Ini kerana bagi mereka Sambutan Ramadan tahun ini di Barbeque Nation Pavilion KL adalah lebih daripada sekadar hidangan berbuka puasa sahaja. Ia merupakan perhimpunan komuniti, budaya dan tradisi, semuanya disajikan dengan rasa dan kemesraan yang luar biasa. 
Jadi tunggu apa lagi tempah sekarang, sila layari:Lokasi:    Barbeque Nation Pavilion KL                Level 9, Elite Pavilion,                 Pavilion Kuala Lumpur,                 Jalan Bukit Bintang Kuala LumpurLaman web: shorturl.at or barbequenation.comTel/Whatsapp : 012-309 6088










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2025/02/bufet-ramadan-mewah-menyambut-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadan

Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 183 hits
28 Februari 2025 Jumaat Pagi Pertama kali aku menghadiri Majlis Bacaan Yassin yang telah diadakan di tempat kerja baruku sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan Suasana baru rakan kerja baru membuatkan aku teruja merasainya Alhamdulillah...
Salam Menyambut Ramadan Al Mubarak 1446h 2025 Semoga Bulan Berkat Ini Membawa

Salam Menyambut Ramadan Al Mubarak 1446h 2025 Semoga Bulan Berkat Ini Membawa

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 149 hits
Salam Menyambut Ramadan Al Mubarak 1446H 2025 Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa kedamaian keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua VisitMalaysia2026 MalaysiaTrulyAsia SalamRamadan RamadanMubarak Semoga bulan suci ini membaw...
Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 199 hits
PANDUAN LENGKAP PERSIAPAN MENYAMBUT BULAN RAMADAN Pejam celik pejam celik dah tak lama dah kita bakal masuk ke bulan Ramadan Alhamdulillah dengan izin Allah kan Macam mana dengan persiapan korang menyambut bulan Ramadan tu nanti Macam dah l...
Waktu Bekerja Penjawat Awam Di Negeri Pahang Berakhir Jam 12 30 Tengah Hari Pada Jumaat Sepanjang Bulan Ramadan

Waktu Bekerja Penjawat Awam Di Negeri Pahang Berakhir Jam 12 30 Tengah Hari Pada Jumaat Sepanjang Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 157 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menetapkan waktu bekerja penjawat awam di negeri ini berakhir pada 12 30 tengah hari pada setiap Jumaat sepanjang RamadanBaginda bertitah Kerajaan Pahang ...
Waktu Bekerja Jumaat Bulan Ramadan Sehingga 12 30 Tengah Hari Sultan Pahang

Waktu Bekerja Jumaat Bulan Ramadan Sehingga 12 30 Tengah Hari Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 156 hits
Waktu bekerja Jumaat bulan Ramadan sehingga 12 30 tengah hari Sultan Pahang Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menetapkan waktu bekerja bagi penjawat awam Negeri Pahang pada setiap hari Jumaat sepa...
Selamat Datang Bulan Ramadan Untuk Semua Umat Islam Semoga Ramadan Ini Membawa Keberkatan

Selamat Datang Bulan Ramadan Untuk Semua Umat Islam Semoga Ramadan Ini Membawa Keberkatan

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 130 hits
Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam Semoga bulan yang penuh berkah ini menjadi waktu untuk mendidik jiwa kita meningkatkan amal ibadah serta mendekatkan diri kepada Allah SWT Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa te...
Bulan Ramadan Bukan Hanya Tentang Ibadah Tetapi Juga Penuh Kenangan Setiap

Bulan Ramadan Bukan Hanya Tentang Ibadah Tetapi Juga Penuh Kenangan Setiap

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 141 hits
Bulan Ramadan bukan sekadar tentang ibadah tetapi juga tentang kenangan Setiap kali azan Maghrib berkumandang hati bergetar mengingat waktu lalu saat berbuka bersama menyuap juadah kegemaran arwah berkongsi cerita di meja yang kini terasa s...
10 Jenis Status Update Yang Selalu Kita Lihat Menjelang Bulan Puasa Ramadan

10 Jenis Status Update Yang Selalu Kita Lihat Menjelang Bulan Puasa Ramadan

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 731 hits
Bila nak masuk bulan puasa pasti kita akan jumpa beberapa jenis status klise yang sering di upload di dan menjadi penghias stories ig social media setiap tahun Get ready semua antara status update yang bakal kita lihat di sana sini Jadi jom...
Adakah Wajib Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan

Adakah Wajib Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 144 hits
Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan sinonim dengan amalan membaca al Quran Ramai yang berusaha mengkhatamkan al Quran sepanjang bulan ini kerana ingin meraih keberkatan Namun timbul persoalan adakah wajib khatam al Quran di bulan Rama...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Drama Dari Rahim Yang Sama

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Bismillah 5 Dan Kaedah Merawat

Skrip Automasi Pembersihan Google Drive Perjalanan Penuh Cabaran Dan Pembelajaran

Plnt Co Cyberjaya Birthday Plant Pilihan Hati

Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik