Budget 2025 Jadi Tumpuan Parlimen Misi Ke Laos Berjalan Dengan Lancar



Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi tumpuan utama pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang akan bersidang selama 35 hari bermula Isnin ini hingga 12 Dis depan. Belanjawan bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera” itu adalah belanjawan ketiga yang digarap Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar dan terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum menginjak ke RMK13 bagi tempoh lima tahun akan datang. Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 itu berlangsung pada 4 petang, 18 Okt dan akan dibahas di peringkat dasar bermula 28 Okt hingga 5 Nov sebelum jawapan oleh menteri-menteri selama empat hari. Persidangan Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan perbahasan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov hingga 3 Dis untuk diluluskan Dewan Rakyat. Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum ini berkata lebih banyak pembaikan struktur ekonomi akan diperkenalkan menerusi Belanjawan 2025 untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dapat dikongsi dengan rakyat terbanyak secara saksama. Selain itu, sesi penerangan menteri mengenai isu GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan diadakan pada hari kedua persidangan Dewan Rakyat, Selasa ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata sesi penerangan itu bagi memberikan ruang kepada ahli Parlimen berbahas selain menjadi platform untuk rakyat mendapatkan maklumat dan perkembangan mengenai isu berkenaan secara sahih. Sementara itu, beberapa Rang Undang-Undang akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama antaranya Rang Undang-Undang Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024. Persidangan kali ini juga akan menyambung perbahasan bagi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan menurunkan had umur untuk memohon kewarganegaraan daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun serta Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024. Selain itu, Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 dan Rang Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul ketika dihubungi Bernama berharap persidangan kali ini berlangsung dengan lancar melibatkan penyertaan ahli Parlimen dalam perbahasan penting mengenai Belanjawan 2025 dan isu-isu rakyat. Beliau berkata tempoh persidangan Dewan Rakyat perlu dimanfaatkan sepenuhnya ahli-ahli Parlimen sebagai medan perbincangan serta penyelesaian masalah selain mempamerkan etika serta displin yang tinggi sebagai wakil rakyat. “Saya amat berharap semua ahli Parlimen kena keluar daripada kepompong politik … ini waktu untuk bekerja keras, memberikan pandangan dan masing-masing harus memberikan komitmen supaya kita dapat bergabung dalam membangunkan negara,” katanya. Dalam pada itu, Dewan Negara akan bersidang bermula 2 hingga 19 Dis. – BERNAMA






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/budget-2025-jadi-tumpuan-parlimen-misi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reinstate Tax Exemptions For Tour Operators In Budget 2025 Govt Told

Reinstate Tax Exemptions For Tour Operators In Budget 2025 Govt Told

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 550 hits
Malaysian Tourism Federation president Tan Kok Liang said its members want the tax exemptions that were withdrawn in 2023 to be reintroduced PETALING JAYA The Malaysian Tourism Federation has urged the finance ministry to reintroduce tax ex...
Fiscal Responsibility Is The Key In Budget 2025

Fiscal Responsibility Is The Key In Budget 2025

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 1008 hits
Budget 2025 has a hard act to follow from last year when Prime Minister Anwar Ibrahim who is also the finance minister presented one of the best budgets in two decades The fundamental principles of moderate increases in spending higher reve...
Budget 2025 Give Unity Priority

Budget 2025 Give Unity Priority

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 408 hits
With Budget 2025 ready for unveiling on Oct 18 in Parliament Malaysians are anxiously waiting to see how much in allocation different ministries will get If the past is any indication we can be certain that education and health will receive...
Budget 2025 Extension Of Individual Income Tax Relief For Healthcare And Sports Activities For Parents

Budget 2025 Extension Of Individual Income Tax Relief For Healthcare And Sports Activities For Parents

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 296 hits
The government proposes to review individual income tax relief rates for matters related to sports activities and healthcare for the elderly Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said that relief expansion involves five categories First t...
A Time To Seize Opportunities In 2025 Budget

A Time To Seize Opportunities In 2025 Budget

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 323 hits
The prime minister has already made some preliminary remarks about the 2025 budget In a recent statement he has mentioned that he proposes to address inflation and the cost of living There will certainly be many other issues that the federa...
Will Budget 2025 See Govt S Transport Priorities Change

Will Budget 2025 See Govt S Transport Priorities Change

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 312 hits
Will the upcoming Budget 2025 see the government change its approach towards transportation or should we brace for disappointment once again Past budgets have seen the government pursue flawed priorities Highway privatisation Until now ther...
Belanjawan 2025 Harap Peruntukan Ahli Parlimen Sokong Pmx Kekal

Belanjawan 2025 Harap Peruntukan Ahli Parlimen Sokong Pmx Kekal

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 584 hits
KUALA KANGSAR Kerajaan diharap mengekalkan peruntukan yang diberikan kepada ahli ahli Parlimen bebas yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul ...
How 2025 Budget Can Set The Stage For Malaysia S Asean Chairmanship

How 2025 Budget Can Set The Stage For Malaysia S Asean Chairmanship

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 831 hits
From Lauren LopezThe federal government budget has traditionally been one of the less accessible aspects of national policy typically discussed only in the last quarter of the year and then quickly set aside As we approach the end of the ye...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Scooter Day 2025

Naikkan Imej Produk Wangian Anda Dengan Kotak Perfume Premium

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Seronok Travel Tapi Perut Buat Hal Pula Ini Cara Nak Rasa Lebih Selesa Sepanjang Perjalanan

Dua Mayat Ibu Dan Anak 2 Tahun Ditemui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur Sebuah Pangsapuri

How The Ai Gold Rush Is Making People Rich